Monday, October 27, 2025

Rombongan Acik-Acik ke Jogjakarta, Indonesia - PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie nak cerita pengalaman percutian bersama acik-acik ke Jogjakarta Indonesia. Rombongan acik-acik nie telah berlaku pada bulan September 2024 tahun lepas. Macam biasalah, setahun kemudian baru terupdate ceritanya.


Kami berkumpul dekat KLIA2 seawal jam 4 pagi. Sebelum subuh gajah sebab flight kami flight pertama for that day menuju ke Jogjakarta. Sampai KLIA2 cek kehadiran semua acik-acik. Lepastu masing-masing solat Subuh dan check in luggage. Agak kelam kabut ya check in masa nie sebabnya lebih muatan dan kena transfer barang ke beg-beg orang lain.


Selesai check in, menunggu masa untuk boarding. Sampai ke Jogja, kami terus disambut oleh pak supir yang telah menunggu di lapangan terbang. Total kami semua 18 orang, memang sempit gila van masa tu sebab luggage banyak.

DAY 1




Kami tak boleh check in lagi masa nie sebab terlampau awal, cuma drop kan semua luggage dekat tempat penginapan dan terus memulakan sesi penjelajahan hari pertama kami di bumi Jogjakarta. Barulah lapang sikit van kami. Van kitorang nie boleh memuatkan dalam 20 orang penumpang. Memang cukup kami 18 orang dan selesa. Pendingin hawa dia pon function je.  

Obelix Sea View


Aku dah tak ingat jauh ke dekat perjalanan nak ke Obelix Sea View nie dari hotel, yang pasti semua itinerary semasa kami di Jogjakarta telah dirancang dan diaturkan oleh adik perempuan aku. Dia yang deal dengan Pak Supir kami untuk aturkan perjalanan ke tempat-tempat yang kitorang dah senaraikan untuk pergi. 



Memang cantik view dari atas nie. Masa kami sampai tu, matahari betul-betul atas kepala. Agak panas lit-lit. Tapi sebab tepi pantai, angin pantai pon turut kuat bertiup. Jadinya balance rasa panas dan sejuk berangin tu. Dekat atas nie ada restoran, kami singgah minum petang. Agak sedikit mahal harga makanan dekat sini, jadinya kami beli sekadar untuk alas perut sahaja. 


Selesai melawat Obelix Sea View, kami terus cari tempat untuk solat sebelum pergi ke tempat yang seterusnya. Rombongan dengan acik-acik, waktu solat kenalah jaga ya. Hihi

Gumuk Pasir


Dekat Gumuk Pasir nie kami kena menaiki kenderaan pacuan empat roda. Satu jeep dalam 4 orang macam tu. Jadi total 4 jeep semuanya. Gumuk Pasir nie merupakan padang pantai pasr yang cukup luas dan terkenal dengan jolokan padang pasir di Indonesia. Agak berhabuk, jadinya dinasihatkan untuk memakai mask masa dekat sini.




Menariknya, bila kau ambil pakej untuk naik jeep nie, auttomatik pemandu korang akan jadi tukang ambil gambar dan video. Banyak gila gambar dan video dorang ambil. Macam-macam sudut. Kitorang naik 4 jeep, empat-empat pemand akan tolong ambilkan gambar. Bukan sekadar ambilkan gambar yang ada dekat jeep dia sahaja. Gambar pulak cantik-cantik. Sumpah cantik dan video dorang tahap macam pro yang record. Angle bermacam-macam.





Mujur sempat kitorang buat aktiviti nie sebelum matahari melabuhkan tirai. Memang cantik sangat tengok sunset. Kitorang merupakan klien terakhir dorang, mungkin sebab tu rasa lama bethul masa kami buat aktiviti di Gumuk Pasir nie. Sebelum balik, pak supir bawa kami singgah amkan malam. Sumpah lapar gila guyss sebab cuma makan kudap-kudapan je masa tengahari tu. 


Selesai makan, kami terus check in. Hotel yang kami check in adalah Hotel Intan. Sangat startegik lokasi hotel nie, dekat tengah-tengah senang nak berjalan kaki ke pekan. Cumanya jalan dia sangat narrow. Mujur van kitorang boleh masuk untuk turunkan barang. Cumanya kalau kereta lalu, satu hala je boleh. Kalau bas, memang minta mahaplah yer nak masuk sini. Sebab hotel nie dia masuk jauh ke dalam.



DAY 2

Sesubuh gajah, kami dah bertolak keluar dari hotel sebab nak tengok surnise dekat puncak.

Puncak Mangunan



Sampai je ke lokasi, kami solat subuh dulu sebab litreally kitorang pergi pagi-pagi sangat. Langit masih gelap. Lumayan ramai juga orang masa kami sampai sebab semua tunggu nak tengok sunrise. Tapi agak malang sebab tak nampak pon sunrise tu. Mungkin terlindung disebalik awan. Tapi suasana dekat sini best sangat. Sejuk dan tenang. Berangin pon ya. 

Pantai Timang



Nak pergi ke Pantai Timang nie, kena naik lagi jeep. Aku rasa setiap hari aku dekat Joggjakarta nie setiap haritulah kitorang kena naik jeep. Agak jauh ya dari tempat kitorang diturunkan untuk ke Pantai Timang. Sakit bontot dibuatnya sebab jalan dia agak berliku dan berbatu-batu. Melompat-lompat aku dalam jeep.



Dah sampai ke lokasi, kalau korang nak naik gondola ke tengah-tengah pulau, kena bayar extra 200 ribu rupiah. Lepastu korang akan dapa cop tangan mengatakankorang dah bayar untuk menaiki gondola tersebut. Orang dekat gondola tu akan tengok.




Percaya atau tidak, tempat nie dah lama sangat aku nak pergi. Tapi aku tak pergi-pergi dan tak tahu dekat mana. Aku tahu dekat Indonesia tapi which part of Indonesia, aku tak tahu. Bila sampai tu, aku rasa macam tak percaya. This is the place yang aku nak pergi sangat. Nampak tak, bahawasanya kau tak ambil port langsung dalam merancang rombongan acik-acik nie. Memang 100% kau biarkan adik kau rancang dan kau ikut je dan bayar. Hahahaha



Kitorang memang tiap hari ada tema baju. Jadinya semua orang ikut tema dan sangat tak sangkalah ini tempat yang kitorang nak lawat hari nie. Mujurlah baju aku berlengan panjang walaupun nampak macam pelik pakai baju lengan panjang di bawah terik mentari. Sebenarnya tidak peelik. Ia melindng kulit tangan aku daripada sunburn.



Memang sangat dinasihatkan untuk pakai baju lengan panjang dan sunscreen yang tebal sebab panas lit-lit dekat sini. Dan memang sunburn tu terus akan muncul kalau kau tak betul-betul prep muka dan badan untuk ke sini. 



Balik dari Pantai Timang tu, kami terus singgah makan tengahari dekat Pak Sis Kedai Lobter nie. Actually, sebelum nak ke Pantai Timang tu, pak supir akan bawa ke sini dulu untuk kita tempah makanan. Pelancong ramai, jadinya kena macam "book" dulu makanan dan memudahkan orang kedai untuk bersiap sedia. Nanti balik dari Pantai Timang, tinggal makan je sebab makanan akan terus tersedia. 



Ramai kata, jangan lupa makan lobster dekat Jogjakarta. Rupanya inilah lobster yang dorang maksudkan tu. Not bad lah rasa dia. Harga dia tak mahal sangat dan tak murah sangat. Biasa-biasa je. Rasa dia kalau ikutkan pon biasa je. Tapi disebabkan semua tengah kebulur, makan apa pon jadi sedap.


Tempat nie consider tak payah pergi kot. Tak ada apa-apa, sekadar untuk ambil-ambil gambar. Sumpah bosan dan tak perlu masukkan dalam list itinerary korang. Korang tak rugi apa-apa. Hahaha. Tak semua orang turun dan pergi ke sini. Dorang tidur dalam van sebab letih dari melawat Pantai Timang. My family wajiblah turun dan merasa jugak walaupun tempat itu bosan. Benda dah bayar dikk. 


My parents pulak jenis onz je. Dorang akan ikut anak-anak dia. Tetap gagahkan diri pergi. Dapatlah minum petang makan goengan dekat atas nie sambil ber-view-kan pantai. Hirup air kelapa muda sambil layan angin tiup sepoi-sepoi bahasa.


Sebelum balik hotel, pak supir bawa kami ke kedai membeli belah. Pertamanya dia bawa ke kedai menjual cenderahati macam barangan batik dan kulit. Tak ada beli apa sangat pon, tengok-tengok je dulu sebabnya kedai dia more to high end punya harga.



Lepastu singgah beli bakpia. Mak sedara aku punya dok promot beli bakpia beli bakpia. Wajib singgah tempat bakpia dan beli. Macam berzikir. Dok ratib benda yang sama. Maka kami singgahlah malam tu di kilangnya. Actually banyak je kedai tepi-tepi jalan jual. Tapi kami pergi tempat pengeluaran terus dan memang banyak sungguh variasi kudap-kudapan masyarakat Indonesia dijual di sini. Dekat sini barulah kami semua borong. Namun maaf shakap, bakpia rasa biasa-biasa je. Tak faham kenapa mak sedara aku dok promot non stop as if bakpia ne sedap gila. Rasa dia biasa je nyahh. Hahahaha



Balik dari shopping, pak supir terus hantar balik hotel. Kami bersiap-siap segarkan badan sebab dah satu hari berjalan. Sumpah penat gila dan berlengas. Dah segar, kami keluar semula ke pekan untuk cari makan malam. Tak semua ikut masa nie sebab semuanya dah letih. Sape yang nak keluar je, keluar. Kami yang muda-muda nie haruslah mengular malam tu. Kami makan ayam gepuk. Pilihan aku sudah semestinya itik goreng. Hihi.



Tamatlah sudah rombongan acik-acik di hari kedua. Jumpa lagi di entri berikutnya untuk hari ketiga dan keempat pula ya. Terima kasih kerana sudi baca. Jumpa lagi, bye!

No comments:

Post a Comment