Tuesday, January 6, 2026

Purr & Play Showhome Day @ Laman Sendayan 2, Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak kongsikan dengan korang satu projek perumahan iaitu Laman Sendayan 2, yang terletak di Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan. Aku kira projek perumahan ini sangat sesuai buat mereka yang mengutamakan ketenangan jauh dari hiruk pikuk bandar tapi dalam masa yang sama, kawasan yang dekat dengan pelbagai kemudahan. 



Seperti yang kalian sudah sedia maklum, Bandar Sri Sendayan sedang giat membangun. Semakin hari semakin banyak kemudahan dan infrastruktur dibina di kawasan ini bagi menggalakkan penempatan di sini. Oleh sebab itu, Matrix Concepts Holding Berhad membina satu lagi projek perumahan di sini. Mari kita teliti projek Laman Sendayan 2 ini dengan lebih terperici.

Master Bedroom




Hari minggu yang lalu, aku berkesempatan untuk melawat ke show unit mereka. Jujur cakap, aku cukup kagum dengan ruangan dan ciri smart home yang mereka letakkan pada setiap unit perumahan di sini. Show unit tersebut merupakan show unit untuk Laman Sendayan 2 unit Meria dan Elaria. Kedua-dua unit ini berkeluasan 20' x 70-75' kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Harga untuk stiap unit di sini bermula daripada RM5xxx,xxx bergantung pada keluasan rumah yang dipilih.

Bilik tidur 1





Bilik Tidur 2




Unit di sini ditambah dengan ciri smart home system yang pasti akan menjamin kecekapan dan keselamatan penduduk. Ciri rumah pintar ini termasuklah seperti kunci digital, lampu pengcahayaan, sistem penyaman udara IR blaster dan sistem audio yang dikawal oleh telefon pintar. Kesemua ciri ini pasti memudahkan dan menjadikan kehidupan sehari-hari lebih mudah dan efisien. 

Ruang Keluarga Tingkat Atas



Bilik Tidur 3 di Tingkat Bawah



Bandar Sri Sendayan kini sedang berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang bertenaga dengan tawaran kemudahan seperti kelab rekreasi, pusat hiburan, sekolah, taman rekreasi, hub komersial dan banyak lagi. Kemudahan akses untuk segala kemudahan ini menjadikan Laman Sendayan 2 pilihan ideal para pembeli tidak kira buat mereka yang sudah berkeluarga ataupun yang bujang. Paling menarik, Laman Sendayan 2 boleh diakses ke lebuhraya-lebuhraya utama untuk memudahkan pembeli bergerak ke utara dan selatan.

Ruang Tamu dan Ruang Makan






Antara kemudahan yang terdekat termasuklah :
  1. Matrix Global Schools: Sekolah bertaraf dunia dengan kurikulum tempatan dan antarabangsa. Dibina di atas tanah berkeluasan 8 hektar dan mampu menampung sehingga 2,500 pelajar.
  2. d'Tempat Counttry Club: Merupakan kelab keahlian penduduk Bayu Sutera yang mempunyai pelbagaikemudahan termasuklah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, gelanggang boling, tens dan juga spa.
  3. X Park Sendayan: Hub hiburan terbesar di Negeri Sembilan yang menawarkan aktiviti o-kart, memanah dan juga paintball. Terdapat gelanggang futsal, badminton dan padang golf.
  4. Sendayan Merchant Square: Kawasan komersial yang menempatkan sekurang-kurangnya 163 kedai pejabat berhdapan Carnelian Park. Membuka ruang buat penduduk membuka aktiviti perniagaan di sini.
  5. Lebuhraya: Laman Sendayan 2 ini sangat dekat dengan lebuh raya utama bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke bandar dan kawasan sekitar.
  6. Big Brands bakal menpak: McDonald's, Watsons, Coffee Bean, Family Mart A&W, Zus Coffee dan banyak lagi
Dapur dan Laman Belakang




Kalau kalian berkenan dengan projek perumahan Laman Sendayan 2 nie, aku nak menjemput korang semua untuk datang ke Purr & Play Showhome Day yang dianjurkan oleh pihak pemaju pada 10 dan 11 January 2026. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang untuk anda. Antaranya ialah:

  1. Show Unit Unveiling: Jadikan peluang ini untuk menjadi antara yang pertama melawat rumah contoh untuk projek ini.
  2. Purrwalk Fashion Show: Anda boleh melihat fashionshow kucing-kucing dan berpeluang untuk menyertai fashion show ini dengan membawa kucing peliharaan anda sendiri.
  3. Kids Coloring Contest: Anak-anak anda boleh turut serta dalam perandingan mewarna yang disediakan.
  4. Whisker Craft Workshops: Boleh menyaksikan workshop yang bertemakan kucing untuk anda dan anak-anak anda.
  5. Cat Cafe Zone: Boleh menikmati coffee dan kudap-kudapan di cat cafe mereka sambil dihiburkan dengan kucing-kucig yang jinak.
  6. Cat Adoption Lounge: Anda juga berpeluang untuk adopt kucing-kucing terbiar yng diselamatkan untuk dipelihara.
  7. Merchandise Stalls: Pelbagai merchandise bakal dijual yang bertemakan kucing.
  8. Animal Magic Show: Anda pasti tterhibur dengan gelagat yang bakal disajikan untuk acara ini.

Untuk mereka yang berminat menyertai Purrwalk Fashion Show dan Kids Coloring Contest, boleh ke laman Facebook rasmi Matrix Concepts untuk mendaftar.


Apa tunggu lagi, kosongkan tarikh 10 dan 11 January 2026 anda dan datang beramai-ramai ke Laman Sendayan 2 untuk menyertai Purr & Play Showhome Day. Sekiranya anda menempah unit ketika festival ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dibawah:
  • Petron E-Fuel Card
  • Grab Rewards
  • Lexis Hibiscus 3D2N Stay
  • Airwheels Electric Smart Riding Suitcase
  • Marshalls Stanmore III Bluetooth Speaker.





Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Matrix Concepts atau hubungi nombor berikut 1 800 88 2688

No comments:

Post a Comment