Sunday, January 18, 2026

Know Know Arrived Singapore : Birthday Trip 2 Hari 1 Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah tiba masanya aku bercerita kisah Know Know Arrived aku ke Singapore pada tahun lalu. Trip kali nie memang tiba-tiba je sebabnya my best friend sponsored this whole trip bersempena my birthday. Tak pergi lama pon, 2 hari 1 malam je. Kitorang pergi pada hujung minggu. Ikuti butirannya!


Kami bertolak pada belah malam hari Jumaat. Kiranya kitorang akan sampai Singapore di pagi hari. Datang Singapore naik bus je. Kami naik bas dekat Berjaya Times Square. Dari Balakong, kami naik MRT and Monorel untuk ke Berjaya Times Square. Sebelum naik bas, kami singgah malam kejap dekat Times Square tu. Bas kitorang jam 10 malam kalau tak silap. 



Selesai makan, kitorang terus naik bas. Dalam bas tu ada sekumpulan Bangladeshi yang akan ke Singapore juga. Salah sorang daripada dorang demam ke macam mana, tak tahu. Naik-naik bas je terus termuntah. Bas tu terus bau busuk. Padahal bas tak bertolak lagi nie sebab masih menunggu penumpang lain untuk naik. Kawan-kawan Bangladesh tu cepat-cepat basuh dan lap-lap apa yang patut untuk elak orang bas tahu kawan dia termuntah dekat tempat duduk. 


Walaupun kawan dia sempat muntah dalam plastik, tapi satu bas tu terus berbau busuk. Aku pulak yang rasa nak muntah. Geli dan busuk sangat bas kitorang masa tu. Aku spray-spray minyak wangi. Lantaklah dorang nak terasa hati ke apa. Dah memang busuk kot.


Aku sebenarnya dah lama tak naik bas untuk perjalanan jauh dalam negara. Jadinya tak tahu pula dorang siap bekalkan sarapan sekali untuk setiap penumpang. Comel je. 


Sampai Singapore waktu subuh gajah, selesai solat dan hal immigration semua, makanya bermulalah trip Know Know Arrived Singapore kami. Kami cuti kali nie berkonsepkan backpackers, 2 hari 1 malam je. Berat jugalah usung bag pack kehulu kehilir sebabnya tak boleh nak check in lagi. 



Bas station tempat kami sampai tu entah dekat manalah. Clueless gila, tapi nasib baik Singapore nie sangat maju dan public transport dorang sangat terbaik. Kitorang pon naiklah public transport menuju ke airport. Motif sangat, datang naik bas, tapi bila dah sampai Singapore, malah pergi ke airport dorang pulak. Jangan tak tahu, airport Singapore merupakan salah satu tempat wajib pergi kalau datang Singapore. Hahahaha.



Sampai airport, kitorang singgah sarapan ringan dulu dekat kafe yang ada sementara menunnggu jam 10 pagi untuk "air terjun" airport Changi dibuka. Datang terawal sangatlah pula. Lepas makan dan minum kopi, terus pergi ke "air terjun" Changi Airport yang terkenal sangat tu. Secure spot yang cantik untuk bergambar. By this time, dah ramai orang menunggu tau dekat sekitar "air terjun" nie. 




Dapat bergambar semua, kitorang terus pergi ke bandar? Bandar ke? Aku pon tak tahulah panggil apa. City Center lah kot. Spot biasa untuk bergambar berlatar belakangkan Marina Bay Sands dan juga Merlion Park. Barulah tanda hadir ke Singapore. Lepastu jalan-jalan ke kawasan sekitar. Mana spot cantik, kitorang berhenti bergambar. Walhal tak tahulah sama ada, perlu ke tidak untuk seorang pelancong mengabadikan kenangan dengan bergambar di situ ataupun tidak. 



Matahari semakin tegak di atas kepala. Masa untuk singgah makan tengahari. My friend nie memang teringin sangat makan dekat Wing-Stop. Banyak contents dekat Tiktok orang datang makan dekat Wing-Stop nie termasuklah pengunjung-pengunjung yang datang dari Malaysia dan Indonesia. Wing-Stop nie Halal tau korang. Makanya kitorang pun singgah makan situ. Agak ramai dan tempat duduk sangat-sangat limited. 


Pekerja dorang betul-betul atur pengunjung yang datang mengikut bilangan yang datang. Kalau dua, then dua lah tempat duduk. Tak adanya kau dapat tempat duduk untuk 4 orang. Kedai dia sempit. Seat limited. Jarak kau dengan meja sebelah seinci je dikk. Sangatlah tak ada privacy. Kalau kau datang sini untuk dating dan bermanjah, lupakanlah. Sebab orang sebelah literally boleh dengar apa yang korang bualkan. Sangat-sangat rapat. Serupa macam tak asing meja je kalau jaraknya seinci. Kemaluan aku lagi panjang. HAHAHA.


Makan pula tak boleh nak borak lama-lama. Kalau korang nak borak lama-lama, makanlah perlahan-lahan. Kalau makanan korang dah habis, kau memang tak akan senang duduk sebabnya pekerja dia akan suruh kau bangun dan bagi orang lain nak duduk pula. Memang ramai yang datang beratur nak makan dekat sini walaupun tempat duduk limited. Berhimpit pon sanggup nak makan. Sampai begitu sekali. 



Kitorang sambung lagi berjalan-jalan sebab masa untuk check in adalah pada jam 3 petang. Kitorang pergi ke bangunan bertingkapkan LGBT nie. Motif apa pon tak tahulah. Bergambar je buat kenangan. Lepastu terlalu pula dekat bangunan parlimen Singapore. Pon bergambar juga, apa motif pon tak tahulah.



Sambung naik bas menuju ke Jalan Sultan. Masa nie dah dekat dengan waktu check in, jadinya kami berjalan dekat-dekat dengan area hotel. Jam 3 petang je, boleh terus check in. Hotel kitorang dekat dengan Jalan Sultan nie. Tak adalah dekat like dekat sangat. Kena jalan kaki dalam 15 minit jugalah. Tapi okay je untuk berjalan. Tak kesah pon. 


Kami singgah Masjid Jalan Sultan. Tengok-tengok apa yang dorang jual dekat kawasan sekitar. Banyak cenderahati dijual, kalau korang bercadang nak bawa balik belilah dekat sini. Atau mungkin boleh suggestkan tempat lain yang lebih murah. Kami tak tahulah murah ke tidak sebab tak bercadang untuk shopping. Datang sekadar nak bergambar depan masjid tu je. 



Finally, masa untuk check in. Ya Allah sumpah penat berjalan kehulu-kehilir dengan bagpack. Walaupun kami packing lite je tapi tetaplah sakit bahu. Hotel kitorang untuk 2 hari 1 malam sangat selesa tapi kena panjat-panjat sikit. Jenis bilik hotel yang compact ala-ala dorm asrama tapi tak sharing dengan penghuni lain. Nice-lah konsep hotel nie. Not hotel lah tapi hostel, sharing bathrooms and toilets. 


Kami tak sempat nak rehat apa pon sebabnya nak kena siap-siap untuk menuju ke Garden by The bay. Ini merupakan kali pertama aku sampai ke Garden by The Bay. Lupa nak bagi tahu. Aku dah pernah datang Singapore sebelum nie. Exactly 10 tahun yang lalu dan juga pada bulan January. Masa tu datang melawat sedara aku yang sakit. Adik-beradik arwah Nyai aku semua dekat Singapore. Kiranya sedara jauh kami semua kebanyakkannya ada dekat Singapore. 

Throwback tahun 2015

Tetibe teringat the mistreatment yang keluarga aku terima masa datang melawat sedara kami nie. Tak nak ingat tapi bila dah tertulis nie, terus jadi segar dalam otak. Sampai bila-bila aku tak akan lupa.



Sambung balik percutian Know Know Arrived aku. So malam tu kitorang tengok pertunjukkan lampu dekayt Garden by The Bay. Aku cukup keliru dengan tiket masuk dia. Sumpah tak boleh nak digest dan aku tak ingat tiket apa yang kitorang ambil. Aku cuma nak tengok lampu-lampu tu je. Tak nak over-over visit semua benda pon. Bila tengok balik papan tiket tu, aku tak ingat which ticket yang kami ambil. Yang pasti bukan the entire access lah. 




Habis daripada pertunjukkan lampu di Garden by The Bay, kami pergi ke Chinatown untuk singgah makan malam. Ada satu kedai restoran Halal dekat area situ. Masa nie tak adalah malam sangat tapi dah dekat jam 10 malam macam tu. Ada satu tokong di Chinatown nie cantik sangat dengan lampu-lampu merah sekeliling tokong. Kami bercadang nak makan dulu, then baru explore Chinatown tu nanti. 



Makanya kami proceed untuk makan, takut kedai makan Halal tu tutup pulak. Dah habis makan, kembali semula ke tokong tu, lampu semua dah dimatikan. Sekali tutup daa. Awal betul tutup lampu. Baru nak bergambar-gambar. Cantik suasana waktu malam dekat tokong tu. Sangat aesthetic. Kami hanya sekadar berjalan-jalan dekat Chinatown tu tengok apa yang dijual sepanjang jalan. Again, kami tak bercadang nak beli apa-apa. Sekadar tengok-tengok. Singapore je kot.


Selesai je tawaf satu Chinatown tu, kami naik train menuju ke hotel. Hotel kitorang betul-betul bersebelahan Stesen keretapi. Sangat convenience. Kami stay dekat ST Signature cawangan Jalan Besar. Sangat recommended untuk stay dekat sini. Tapi kalau jenis yang sakit-sakit lutut tu, tak digalakkan lah sebab bilik dia kena panjat-panjat sikit. Dan kalau mereka yang ada claustrophobic, mungkin tak sesuai juga sebab space dia agak padat. Apa-apapun, murah je bilik hostel kami nie. Tak tahu berapa sebab my friend yang bayar tapi murah dan mampu miliklah walaupun kau convert Ringgit Malaysia.


Besok paginya, kami siap pagi-pagi untuk jelajah Singapore. Hari terakhir kami di sini, sekejap sangat rasanya. Macam tak sempat nak berehat dah kena balik. Pagi tu lepas bersiap, terus check out tapi beg-beg kami, boleh letak dekat hotel. Memang banyak bagpack dekat ruangan tu. Dorang dah cukup aware orang-orang inap hotel bajet dan check out awal tapi masih lagi nak explore Singapore, so dorang sediakan satu ruangan untuk simpan bag penginap-penginap yang menginap di hotel nie.



Kami pon memulakan perjalanan hari kedua dengan menuju ke Bugis Street. Oleh kerana masa nie awal pagi, jadinya tak banyak kedai buka lagi. Dorang baru nak buka pintu dan setting-setting. Terawal sangat kami datang. Dekat sini tempat untuk beli-beli barang. Macam yang aku cakap, kitorang tak plan nak beli apa-apa, so okay je walaupun kedai tak buka lagi. Kami just datang nak bergambar dan proceed ke tempat seterusnya iaitu Haji Lane. 





Dekat sini banyak juga kedai-kedai menjual barang tapi lebih kepada nak pergi makan hot chocolate yang viral sangat tu. Hot chocolate dekat The French American Bakery. Belilah satu hot chocolate viral nie buat rasa-rasa. Ya Allah manis letingggg. Rasa nak muntah sebab manis sangat. Tak boleh langsung aku nak minum. So it's a no for me. Seterusnya kami singgah beli kopi dengan roti bakar dekat Kafe Tarik yang berada dekat Jalan Sultan. Semalam nampak macam memanggil-manggil suruh singgah, jadinya kami pon belilah kopi dengan roti bakar dekat sini.




Untuk makan tengahari, kami makan dekat Singapore Zam Zam Restaurant. Ingatnya nak makan sup tulang merah yang ramai suruh cuba tu. Tapi entahlah, tekak nie tak rasa nak makan dan even lauk yang kitorang beli nie pon, rasa hanyir daging. Can you imagine kalau beli sup tulang merah tu ? Tak tahulah hanyir dia macam mana. Atau mungkin kami salah pilih restaurant ? Kami memang bersyukur tak order sup merah tu. Makan tutup mata jelah demi nak kenyang dan demi Singapore Dollar yang dibelanjakan. Hahaha.



Kami terus menuju ke Skyline Luge. Kitorang sebenarnya pakai terjah je pergi ke sini. Masa sampai dekat Skyline Luge nie, rasa macam terberhenti jantung bila dia kata nak naik kena tempah online. Mujur boleh naik dan cuma perlu menunggu 30 minit je. Nak naik luge nie dorang gunakan konsep batch setiap 30 minit. Kalau batch tu dah capai limit, kau kena join the next batch. Mujur masa datang nie, tak ramai sangat. Jadinya dapat secure for the next batch. 


Satu je nak cakap, pekerja dorang sangatlah tak mesra ya. Very kusam dan kesumat. Tak mesra langsung dengan pengunjung. I dont speak for all tapi yang jaga barisan masa kitorang datang nie, sumpahlah kepam. Faham penat tapi dah itu yang kau pilih untuk bekerja, hadap lah. Janganlah nak masam muka. Jawab pertanyaan macam sial tau. Dahlah muka buruk, perangai pon buruk. Tak ada satu pon benda cantik dekat kau. Jenis muka kepam. Bukan kepam sebab gemok, tapi muka dia muka kepam. Faham tak buruk dia macam mana ? Level buruk paling tinggi. 


Naik Luge nie merupakan benda paling best aku buat dekat Singapore walaupun pekerja jaga barisan tu kepam. Aku memang suka aktiviti-aktiviti macam nie. Tapi malang sekali tak dapat nak rekod masa naik luge tu sebab terlampau laju dan takut handphone jatuh. Apa-apapun memang terbaik. Best !


Selesai ber-luge, kami singgah ke Pantai Siloso. Sebelum berjalan-jalan sekitar pantai tu, kami singgah beli air coconut shake yang juga viral dan sangat ramai recommend untuk beli iaitu coconut shake dari Mr. Coconut. Sumpah memang sedap ! Selesai membeli, kami sambung berjalan-jalan di persisiran Pantai Siloso. Rasa macam pantai nie pantai buatan. Tapi aku tak pasti. Ramai pengunjung yang datang ke pantai Siloso. Pelancong ada, local Singaporean pon ramai juga especially budak-budak sekolah. Mungkin ini port budak-budak sekolah nie berhujung minggu kot. 


Selesai bergambar dan buat video-video healing dekat sini, kami naik train untuk pulang ke city center. Tapi sebelum tu, singgah sekejap dekat Universal Studio. Tak masuk dalam pon, sekadar ambil vibe dari luar je. Kami bergambar dekat globe yang terkenal sangat tu. Nak masuk sini, perlukan satu hari lagi. Kami dekat Singapore cuma 2 hari 1 malam je, jadinya ambil gambar jelah mampu.


Kami patah balik semula ke hotel untuk collect semula bag-bag kami. Masa collect bag nie, aku sempat mandi dekat bilik air dorang. Hahahaha. Dah satu hari berjalan berpeluh-peluh. Maka bersihkan diri dulu sebelum naik bas untuk pulang semula ke Malaysia. Dah bersihkan diri, kami pon menuju ke bus station. 


Mungkin sebab penat sangat, kami terlajak tidur dalam bas. Sepatutnya turun dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Tapi bas dah terlajak jauh menuju ke Shah Alam. Aku pon tak fahamlah kenapa orang-orang bas tu tak alert kan penumpang. Dorang tak cek ke penumpang yang nak turun. Takkan tak faham yang bas tu bas malam, jadinya moslty penumpang akan tertidur dan mungkin tak sedar. Kitorang terlajak dan bila tanya dorang, bas sedang menuju ke Shah Alam dan minta kitorang turun. Kalau tak, semakin jauh nanti.

Masalahnya, bas turunkan kitorang betul-betul lepas tol masa masuk highway. Kot ye pon nak turunkan, turunkanlah dekat tempat yang accessible sikit. Kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 3km menuju ke stesen LRT terdekat. Masa nie jam 3 pagi ya kawan-kawan. Kami kena sidai dengan pemandu bas dekat highway sebab terlepas tempat stop. Kami order grab, tapi grab cancel sebabnya dorang kena masuk highway dan kena keluar highway semula. Nak keluar highway kena buat putaran U yang jauh. So grab cancel.


Kami decide untuk jalan ke lokasi yang accessible untuk grab pick up dan masa tu dekat dengan Steven LRT apa entah, tak ingat. Kami terus order grab dan Alhamdulillah ada grab jam 3.30 pagi datang pick up kami berdua untuk pulang ke Balakong. 3.30 pagi tau bukan jam 10 malam. Kawan aku dah lah kerja besok paginya. Aku work from home so tak ada apa sangat. Boleh rehat dekat rumah sambil goyang-goyangkan mouse. Hahaha.


So itu jelah cerita Know Know Arrived kami ke Singapore pada bulan January tahun 2025 yang lalu. Tahun nie ada birthday trip lagi ke ? Entahlah dikk. Kita tengok jelah nanti. 

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri.

No comments:

Post a Comment