Wednesday, January 16, 2019

Pengalaman Menginap di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Orang kata, nak merehatkan minda dan tenangkan fikiran, kita perlu dekat dengan kehijauan. Tapi bagi aku, tenangkan fikiran tidak semestinya perlu ke hutan dan kawasan pedalaman untuk mendapatkan ketenangan. Di hutan konkrit juga boleh memberikan ketenangan. Asalkan ia tenang, cantik dan selesa. Baru-baru ini aku menginap di The Pearl Hotel yang terletak dekat Kuala Lumpur untuk berhujung minggu. Mari ikuti pengalaman aku menginap di hotel ini.


Memang satu pengalaman yang menyeronokkan menginap di sini. Walaupun ia terletak di tengah bandar tetapi ia tetap sangat menenangkan kerana hotelnya yang bersih, makanannya yang enak dan layanan mesra daripada pekerja-pekerja di sini. The Pearl Hotel nie terletak di Jalan Klang Lama, yang mana ia berkongsi bangunan dengan The Pearl Point Shopping Mall. Kalau berkongsi satu bangunan dengan mall tu, maksudnya macam-macam kemudahan ada dan senang diakses oleh peninap-penginap di sini.


Untuk pengetahuan korang, The Pearl Hotel ini merupakan hotel yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini juga pernah merangkul anugerah sebagai Best Muslim-Friendly Hotel pada tahun 2017 oleh pihak JAKIM tau.


Meyh aku bawa korang tengok bilik yang aku pilih. Bilik aku merupakan bilik jenis Deluxe Room dengan queen size bed. Memang syok lah dapat queen size bed. Boleh golek-golek ke kiri dan ke kanan tanpa perlu risau jatuh katil. Bilik nie sekarang tengah ada promosi tau. Harganya lebih kurang RM180+ untuk satu malam.


Bilik ini turut dilengkapi dengan TV, meja dan juga coffee table. Tapi sayang, tiada balkoni untuk penginapan di sini. Walaubagaimanapun, ruang dia agak luas. Jadi, untuk mereka yang berkeluarga pon, sesuai untuk menginap di sini.



Kemudahan lain seperti, seterika, iron board, peti kebal, peti ais dan juga pengering rambut turut disediakan di setiap bilik di The Pearl Hotel nie. Mudahlah untuk penginap yang menginap di sini. Tak perlu bawa perkakas ini dari rumah.



Juga seperti hotel bertaraf 4 bintang dan ke atas yang lain, kolam renang ada disediakan buat penginap di tingkat 5. Kolam renang untuk kanak-kanak juga ada disediakan. Untuk kolam renang dewasa, kedalaman dia lebih kurang 5 kaki.


Alang-alang dah datang menginap dekat sini, jangan lupa datang menjamu selera di Executive Lounge di tingkat 23. Dekat sini pengunjung boleh menikmati hidangan makan malam sambil menyaksikan keindahan bandar Kuala Lumpur. Pengunjung boleh memilih untuk makan di bahagian luar ataupun di bahagian dalam yang berhawa dingin. Kenapa mesti memilih sedangkan kita boleh menikmati dua-dua, betul tak ?



Apa yang menarik di Executive Lounge ini ialah hidangan panggang dia yang berkonsepkan makanan negara Itali. King of the Gril (KOG) nama diberi. Ternyata sebuah pengalaman makan malam yang mengasyikkan di mana pengunjung dihidangkan pelbagai hidangan makanan laut yang segar. Hidangan BBQ buffet di sini sangat terbaik di mana ia dimasak mengikut citarasa pengunjung.



Terlampau banyak hidangan yang dihidangkan buat pengunjung yang datang menjamu selera di sini. Cakap je nak makan apa. Nak sotong ? Daging lembu ? Daging itik ? Tiram ? Udang ? Lobster ? Ikan ? Ayam ? Semuanya ada. Rambang mata dibuatnya tak tahu nak mulakan dengan yang mana dahulu.



Lebih menarik lagi, di meja pencuci mulut. Aneka jenis kek dan kuih dihidangkan. Sangat meriah dan berwarna-warni. Hidangan penutup terbaik untuk melengkapkan makan malam anda.



Executive Lounge untuk King of The Grill ini boleh dinikmati oleh pengunjung bermula jam 6.30 petang sehingga 10 malam. Jangan leka sangat makan tu, nanti jadi macam kami. Seronok sangat dengan makanan yang dihidangkan, ditambah pula leka berborak dengan rakan-rakan yang jarang-jarang dapat luangkan masa beramai-ramai seperti ini, borak punya borak sampai pelayan lounge bagi reminder nak tutup kedai.

But twas fun ! I had an amazing dinner with amazing people 😊

Pada mereka yang bercadang untuk membawa keluarga untuk menikmati hidangan grill di sini sempena Tahun Baru Cina nanti, berikut merupakan butiran harganya :

King Of The Grill - Chinese New Year (1 - 1 Feb 2019)

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve (4 Februari harga akan naik)

Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM45+ 

Chinese New Year Eve (4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5).

Harga menu King Of The Grill, Buffet Italian di Executive Lounge Level 23
(untuk tarikh selain yang dinyatakan di atas)

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM35

Sekiranya berminat, boleh terus walk in atau sebaiknya buat tempahan dulu. Takut penuh pula nanti. Maklumlah, musim perayaan sudah pasti ramai yang mencari tempat yang istimewa untuk makan malam bersama keluarga.

Berikut merupakan butiran hotel :

THE PEARL HOTEL, KUALA LUMPUR
Batu 5, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur 

Phone : 603-7983 1111 | Fax : 603-7621 9777
Email : enquiry@pearl.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel dan tawaran ini, boleh layari laman sesawang berikut :


Sedikit sedutan video yang sempat aku rakam ketika menginap di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.


21 comments:

  1. Bilik anda memang besar dan selesa. Sudah tentu akan terasa sungguh relaxing bila tinggal kat sana kan? Makanannya sedap sedap belaka juga terutama sekali tiram. 😄

    ReplyDelete
  2. sukalah design bilik hotel ni sgt simple, luas dan cantik. Harga pun affordable. Tapi yang paling win tu dia punya menu makan malam perghhhh lap air liur iols tengok..dah lah iols suka makanan itali aduhhh kalau turun sini wajib menginap di sini worth it!!

    ReplyDelete
  3. I wish I could go Pearl hotel and stay.. looks nice and great.. the food looks super yummy too~! with lots of variety!

    ReplyDelete
  4. Selain dari hotel yang very convenient, akak suka interior designer dia dan of course la restaurant kan..KOG tu memang buat akak terliur sentiasa la Zharif, nasib baik akak tengah berpantang makan..kalau tak..dah lama dah akak pergi makan kat sini

    ReplyDelete
  5. omg!! i literally stared at your oyster photo and cakes and pasta for like few minutes... Ya Allah sedapnyerr!! now you making me crave!

    ReplyDelete
  6. awak tidur sorang sorang ke ? sape photographer hahaah.. cantik bilik luas nampak selesa kemas dan bersih lebih lebih lagi perletakan perabot buat bilik tu sangat cozy... makanan pun enak enak... Tapi ABANG MAHA tu dimana mana saja dia berada tau.. ahahhahahahaahahhaha untung aih bakal bini si maha hari hari dia bawa p hotel nanti tau heeeeeee

    ReplyDelete
  7. This is very nice hotel. I like the environment. Since it is at kl, i can go stay there anytime i feel like i want to stay in hotel. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Wah best ni, bilik cantik & buffet menyelerakan. Rasa macam nak try check in jugaklah nanti. Thanks for the info

    ReplyDelete
  9. Wah cantiknya bilik kt the pearl Kuala Lumpur ni. Boleh plan bawak family kesini. Untuk makanan pun not bad. Macam2 pilihan ada. Harga pun berpatutan sgt. Thanks for sharing ya!

    ReplyDelete
  10. Syoknya dia duduk hotel ehhh! Asyik duduk hotel je lately ni kita tengok. And ya, menyesal plak dok usha satu-satu makanan tu hahahha. Perut dah siap berbunyi tetengah malam ni. Kek lapis dia tu aduh teringin pulak.

    ReplyDelete
  11. Best kan duduk kat hotel ni, bilik dia pun besar..leh lari2 gitu..hehehe. Makanan kat hotel ni pun sedap2..rasa nak repeat lagi duduk kat sana

    ReplyDelete
  12. Bilik dia nampak selesa and cosy sangat... Buffet spread dia pun nampak best gila.. Banyak varieties of food kan... Nanti kalau nak ke kl.. Boleh la stay sini

    ReplyDelete
  13. syoknyaaaa i wanna stay there too! the room looks very spacious which is rare thing in kl, and there's a bathtub to enjoy! after resting enough then there's great food waiting somemore! superb!

    ReplyDelete
  14. Wah makin menarik dan cantik hotel ni. Dulu rasa nampak biasa kini jauh beza. Lokasi pun strategic dekat juga dgn mv. Leh rekomen kat member2 ni

    ReplyDelete
  15. Design bilik die nampak macam design hotel hotel lama sikit kan. Tapi makanan dir, perghh banyak nya. Ni sejam tak cukup nak try semua ni hahahah

    ReplyDelete
  16. simple dan nice je biliknya.. apa yang penting dapat nikmati makanan sedap dan bersantai di tempi kolam.. barulah weekend namanya

    ReplyDelete
  17. bilik dia nampak biasa dan macam perabot lama, tapi okla , nampak selesa..bestnya sebab muslim friendly..dan bestnya sebab ada swimming pool..hehehe..lagi bets makann dia la..italian food tu..hey..ni rasa nak stay sana

    ReplyDelete
  18. Kalau gi Kl nak try pulak menginap kat pearl hotelni . Nampak menarik bilik & dekorasi. Kemudahan lain pun best contoh swimming pool . Makanan pulak pelbagai aduhai terliur dah ni

    ReplyDelete
  19. wahhhh....mesti best dapat bercuti kt hotel the pearl kl ni...bilik nya luas...hidangan menu untuk pengunjung pn nampaknya banyak sekali....boleh juga nanti ada kelapangan chek in disana...

    ReplyDelete
  20. Aah luas bilik dia suka prt kusi tu.. OMG BUFFET DIA AWESOME GLER!!! terliur gler tgk seafood2 tu x aci x ajak!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...