Monday, January 28, 2019

Sambutan Chap Goh Mei IJM Land di Seremban 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun Baru Cina semakin menghampiri, IJM Land Berhad sekali lagi akan mengadakan sambutan Chap Goh Mei di City Park, Seremban 2. Dengan bertemakan "Reunion in S2 with Joys Anew" pada 16 February ini, IJM Land Berhad pasti ia akan menjadi sambutan yang tak dapat dilupakan oleh pengunjung.


Ini merupakan kali keenam sambutan Chap Goh Mei dianjurkan oleh IJM Land Berhad. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti malah dapat memelihara tradisi dan kebudayaan masyarakat Cina. Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mencanting tulisan Cina yang akan bermula seawal jam 7 pagi serta pelbagai permainan yang disediakan di booth-booth yang akan dibuka nanti. Selain itu, pengujung juga boleh menikmati pelbagai makanan jalanan yang akan dijual ketika sambutan itu.


Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada selebriti Chinese terkenal daripada Astro seperti Jiang Han, Geraldine, Danny, Apple, Amy, Juztin dan ramai lagi. Mereka akan mempersembahkan persembahan istimewa yang dipanggil "Symphony of Love".

Ichiban paling comel, Harry Potter

Terdapat juga giveaway dan cash booth machine untuk pengunjung sertai dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Sambutan Chap Goh Mei ini akan dihiasi dengan pelbagai hiasan termasuklah patung-patung ichiban yang sangat comel. Sebanyak 178 patung ichiban hasil karya pelajar-pelajar Art Corridor Studio yang berumur sekitar 5 tahun sehingga 55 tahun. Pengunjung boleh bergambar bersama-sama patung-patung ichiban ini dan banyak lagi sudut menarik yang sangat cantik untuk dimuatnaik dalam instagram.

Antara patung-patung Ichiban yang dihasilkan

Menurut Dato' Hoo, Senior General Manager IJM Land, sambutan ini merupakan salah satu inisiatif IJM Land untuk mengekalkan hubungan baik dan memberikan kegembiraan kepada penduduk dan juga bakal pembeli kediaman IJM Land dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat.


Jadi, anda semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan Chap Goh Mei ini.

SAMBUTAN CHAP GOH MEI IJM LAND

Tempat : City Park, Seremban 2
Tarikh : 16 February 2019
Masa : Bermula jam 7.00 pagi sehingga lewat malam

Jika perlukan butiran lanjut mengenai sambutan ini atau mengenai IJM Land, boleh layari laman sesawang berikut :


18 comments:

  1. Meriahnya sambutan yg dibuat. Cantik betul hiasan..siapa yang suka berposing bolehle pergi kan. Kalau bertuah dpt bawak balik adiah. Sis nak gi jauh pulak

    ReplyDelete
  2. Alahai... Sayang nya Jauh Ke seremban lak. Tentu best ni kalau dapat bawak anak-anak sekali. Bestnya dekat KL, digigihkan jugak pi tengok apa yang menarik kat sana.

    ReplyDelete
  3. Ooo mmg kita boleh datang and join pada 16 feb ni. K azni suka dgr bunyi gitar ke apa benda tu eek... harmoni sgt.
    Agak2 ramai dak org yer.. manalah tau tersesat

    ReplyDelete
  4. Meriahnya! Siap jemputan dibuka untuk semua. Tapi ijm land memang antara pemaju yang famous. Kalau free bolehlah datang datang be famili sekali

    ReplyDelete
  5. Untungnya orang seremban boleh sama-sama meraikan Chap Goh Mei. Banyak aktiviti menarik. Banyak hariah menarik. Happy Chinese New year to all Malaysian yang berbangsa cina. Jom ramai-ramai memriahkan sambutan bersama IJM Land

    ReplyDelete
  6. Terkejut ingat eh da sambut ka Chap Goh Mei.. Rupa2 nya feb nanti... Heran.. Selalunya chap goh mei after CNY kan... Huhuhu. Suka CNY sebab boleh makan limau byk2

    ReplyDelete
  7. Dekatnya dengan rumah Rawlins nie. Boleh la nak clearkan jadual dan pergi enjoy celebration kan. Memeriahkan suasana dengan ramai orang kat sana.

    ReplyDelete
  8. Eh dekat je dengan rumah akak mesti sambutan chap goh mei meriah nanti dekat s2 .Banyak pulak tu aktiviti menarik yangvdiadakan. Sedangkan belum chap goh mei pun macam macam aktiviti yang diadakan apa entah lagi bila chap goh mei nanti kan

    ReplyDelete
  9. Duk malaysia ni kita berpeluang rasa pelbagai perayaan dan sambutan kan..Itu yg seronoknya. berbilang kaum dan agama. perayaan pun macam2

    ReplyDelete
  10. Untungnya duduk kat Malaysia ni, dapat tgk perayaan pelbagai kaum. Takyah merantau gi jejauh pun. Mesti meriahkan sambutan Chap Goh Mei ni nanti.

    ReplyDelete
  11. Wah mesti meriah kan sambutan tu nanti. Best orang seremban dapat merasa meraikan Chap Goh Mei. Sekali sekala dapat merasa perayaan lain

    ReplyDelete
  12. hahaha cny new year not even started yet so fast promoting chap goh meh already! anyway chap goh meh means 15th day.. so quite fast also. good that ijm land got such a open event to all.

    ReplyDelete
  13. Cantik dekorasi dia..sekejap je dah nak chinese new year kan..Tapi jauh sangat nak ke serembang..hehee..mesti banyak aktiviti yang dijalankan tu..

    ReplyDelete
  14. wahhhhh meriahnya awok! Tapi IJM Land ni kalau celebrate CNY memang meriah. Sape yang duduk berdekatan dengan Seremban 2 nanti boleh la sambuh Cap Goh Mei kan.

    ReplyDelete
  15. Wah! bestnya sambutan Chap Goh Mei IJM Land. kene singgah ni nanti. bole dengar aluanan muzik Guzheng. Banyak pula tu artis yang ada.

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya ad sambutan besar mcm ni. Ijm mmg kerap buat event besar untui setiap perayaan. Nk dtg la sbb dekat je dgn rumah. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  17. CNY just around the corner, member Chinese ramai yang dah ambik cuti awal-awal hehe ^^ btw, perayaan macam ni best selain dapat mengeratkan silaturahim, kita juga puas makan orange haha :D

    ReplyDelete
  18. syok nya cny celebration di ijm... so fast chap goh meh d? hehehehehe.... looks great.... happy holiday to u!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini