Thursday, January 10, 2019

Restoran BAAN 109 Di 3 Damansara Mall Menghidangkan Sajian Jim Jum Muslim Friendly Yang Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makanan Thailand sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia amat menggemari masakan Thailand. Baru-baru ini, aku mencuba satu sajian Thailand di sebuah restoran yang berkonsepkan masakan ala Thai. Menu yang aku cuba ialah Jim Jum. Jom ikuti butirannya !


Pernah dengar menu nama Jim Jum ? Jim jum nie merupakan masakan signature masyarakat utara Thailand yang mana ia dimasak menggunakan hotpot atau periuk tanah liat. Ianya dihasilkan dengan menggunakan beberapa rempah dan sayuran. Rasanya sangat sedap dan unik. Bau dia seolah-olah seperti tom yam putih tetapi rasa dia tidak seperti tom yam. Kuah Jim Jum sangat kaya dengan daun ketumbar dan daun limau purut.

Kuah Jim Jum

Ia dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, cendawan, ayam, daging mahupun makanan laut. Pilih saja mengikut citarasa masing-masing. Untuk aku, apa-apa pon boleh sebab semua bahan sesuai dimasak bersama kuah Jim Jum nie.

Jim Jum Chicken Set : RM 46.90
Jim Jum Chicken + Seafood Set : RM 56.90

Bahan-bahan yang akan dimasukkan di dalam kuah Jim Jum

Biasanya di negeri Thailand, Jim Jum dimasak bersama dengan daging babi atau kambing. Sebab itu, kita jarang nampak atau jumpa masyarakat Muslim mencuba menu ini. Tapi kini masyarakat Muslim boleh menikmati hidangan Jim Jum di Restoran Baan 109 yang terletak di 3 Damansara Mall atau dulu dikenali sebagai Tropicana City Mall. Hanya di cawangan ini SAHAJA yang berkonsepkan Muslim-friendly restaurant. Jadi tak perlu ragu-ragu. Sekiranya anda penasaran ingin mencuba hidangan Jim Jum yang halal, Baan 109 cawangan 3 Damansara lah tempatnya.


Bukan sajian Jim Jum sahaja yang aku cuba, banyak lagi hidangan Thai yang lain aku turut cuba. Antaranya ialah Yam Voonseen, Nam Tok Kai Yang, Lab Kai Tod, Kai Ded Deow, Nang Kai Tod, Mama BBQ Chicken dan Mama Nam Chicken.

Yam Voonsen : RM 12.90

Yam Voonsen merupakan Thai glass noodle salad. Hidangan ini sangat sedap. Rasa masam, manis dan sedikit pedas. Sangat harmoni kombinasi hidangan ini. Ditambah pula dengan glass noodle, memang terbaik. Selain Jim Jum, Yam Voonsen ini juga menjadi menu paling win di sini. Sangat disarankan untuk mencuba hidangan ini !

Nam Tok Kai Yang : RM 16.90

Nam Tok Kai Yang merupakan hidangan ayam BBQ bersama hirisan daun selasih. Juga antara yang disyorkan untuk dicuba kerana ia menjadi kegemaran di setiap pengunjung yang hadir ke sini.

Mama BBQ Chicken : RM 12.90 dan Mama Nam Chicken : RM 12.90

Peminat mee segera Thailand pasti tertanya-tanya bagaimana restoran Baan 109 memasak mee segera yang sangat sinonim dengan mereka tetapi rasa dia lebih sedap dan jauh beza. Rahsianya ialah, hidangan ini tidak dimasak menggunakan air panas seperti yang kita selalu guna untuk masak mee segera tu. Mereka masak menggunakan sup rahsianya yang tersendiri. Sebab itu, rasa mee segera di sini berbeza. Juga sangat disarankan untuk dicuba !

Lab Kai Tod : RM 9.90, Kai Ded Deow : RM 9.90 dan Nang Kai Tod : RM 9.90

Untuk hidangan side dish, pengunjung boleh cuba hidangan Lab Kai Tod iaitu hirisan ayam goreng, Kai Ded Deow iaitu daging ayam goreng dan juga Nang Kai Tod, kulit ayam goreng.


Secara peribadi, aku sangat suka dengan hidangan Jim Jum tu. Ini merupakan kali pertama aku dengar nama hidangan ini dan juga kali pertama mencuba sendiri hidangan Jim Jum. Memang penasaran sangat nak tahu bagaimana rasanya. Ternyata rasanya sangat-sangat sedap. Jatuh cinta dengan rasanya yang sungguh unik !

Ouh ya, Iced Thai Tea dekat sini pon sedap gila !!!

Sempena masuk tahun baru ini, terdapat 20% diskaun untuk setiap set hidangan Jim Jum. Jom korang !

Untuk makluman, restoran Baan 109 TIDAK menggunakan sebarang perasa tambahan (MSG) pada setiap masakannya. Itu yang menjadikan restoran ini sangat istimewa dan berbeza dengan restoran masakan Thailand yang lain. Dengan adanya cawangan Baan 109 di 3 Damansara Mall satu-satunya yang berkonsepkan Muslim-friendly, maka kesemua lapisan masyarakat kini berpeluang menikmati hidangan Jim Jum yang istimewa.


Jom pakat datang ramai-ramai ke sini. Butirannya seperti berikut :

RESTORAN BAAN 109 

Unit L1-K2, 3 Damansara, No. 3, Jalan SS 22/27
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 013-2189953

Waktu operasi : 10.00 Pagi – 10.00 Malam - 


20 comments:

  1. Banyaknya pilihan makanan. nampak dalam gambarpun dah rasa macam sedap. Boleh bawa family datang sini nanti time cuti CNY.

    ReplyDelete
  2. Alaaa sedapnya la hai masakan Thai ni semua. Dahla aku ni penggemar masakan Thai. Kecur airliur bila lihat makanan Thai sebegini. Teringin nak makan juga.

    Nanti nak try pergi ke sini la. Nak cuba sendiri segala masakan yang disajikan ni.

    ReplyDelete
  3. x pernah plak dengar term jim jum ni... but the food looks so good! and my husband big fan bab makanan thai ni.. i must bring him here one day!

    ReplyDelete
  4. nak tanya kuah jimjum tu dia letak bahan apa je.. apa apa yang masuk kan, kena kuah yang sedap kalau tak nanti tak rasa dia punya flavor... nak try juga lah nanti nampak macam puas hati betul !

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, kecur liur tengok makanan kat sini. Dah la makanan Thai ni favorite sokmo. Nak singgah try la nanti. Macam berbaloi je kalau pergi. Sedap sedap menu dia. Mengancam. Tasabar nak try. Jom!

    ReplyDelete
  6. wow sedapnya makanna ini, biasalah nanti percutian CNY ke sini dan menikmati semua hidangan ini

    ReplyDelete
  7. Homai! Tekak makanan thailand ni mesti gemar makan di Restoran Baan ni, menyelerakan weh tengok semua menu dia, harga pun nampak macam reasonable. Nnt ada masa nak terjah sendiri la ke Damansara tu haaa.

    ReplyDelete
  8. Hari tu ada gak pergi sana tapi sis order Mama Nam Chicken, ingat nak gi lagi sana sebab nak merasa pulak Jim Jum tu, hari tu perut dah penuh..tak sempat nak merasa

    ReplyDelete
  9. Sis cuma tahu tomyam je.. haha..tak penah dengar or rasa jim jum n menu lain yang disebut di ats. Sadis btol sis ni. Takde geng nak cuba.

    ReplyDelete
  10. Jarang jumpa restoran hidang makanan Thai yg tak letak MsG. Bagus restoran ni tak letak. Nampak sedap menu tu. Bau macam tomyam sebab letak daun limau purit kot tu

    ReplyDelete
  11. Aduiiii... Kita dah la suka makanan thai ni. .. Kecur ailio dik oiiii. . Semua nampak mnyelerakan tau. Belanja boleh???

    ReplyDelete
  12. yum yum! seems very authentic thai food! i never heard of jim jum so i went to google for it then only found out it's similar to chim chum, just different spelling. anyway hope they open one in penang soon too so that i get to try it as well!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  13. Haaa kalau restaurant ada halal macam ni la baru syiok nak pergi try. Takde la rasa was-was. good good. nampak macam choice of food pun menarik. Bila la nak turun KL lagi ni.... boleh la nak sggah hehe

    ReplyDelete
  14. Menariknyaaaaaa! It looks delicious and so yummy! Never know about jim jum. Never heard until I came here to read your article. It looks great! Cx sangat suka makanan thai. Tp thai food festival tak pernah pergi hahahaha! Best kalau dapat hadap macam ni. Puas hati. Dahlah masakan Thai complete set of perasa. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  15. Sambil baca sambil telan air liur tau haha! Saya antara peminat masakan Thai juga, lagi-lagi Tom yam lah. Tak pernah dengar menu Jim jum ni tapi nampak memang sedap. Restoren yang boleh masuk senarai ni kalau ke sana.

    ReplyDelete
  16. Berair liur sekarang apabila nampak hidangan makanan yang boleh dijamu. Ouh~langsung tidak pakai sebarang MSG? Maka bolehlah makan dengan senang hati tanpa takut kan? Jom pergi ke restoren ni. :D

    ReplyDelete
  17. wa so many delicious food there, I am hungry now haha. Time to plan a dinner there with my friends and family. I hope they enjoy all the food there. Lucky Damansara is near to us haha

    ReplyDelete
  18. sedapnya semua..tengok pun macam dah dekat thailand dah..ehhee..bgusla dapat gak merasa maknaan thailand tapi lebih kepada muslim..nak kene try ni..nampak unik dan lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  19. Hey saja buat kita lapar tau. Bestnya, tetiba rasa macam nak pergi sana terus . Bukan mudah nak cari restoran macam ni dan halal untuk kita

    ReplyDelete
  20. mmg sedap2 menu kt sini...lain dari yg lain...bila lg dapat makan kt sana kan...kena bwt jadual ni...

    ReplyDelete