Wednesday, April 15, 2020

Perjalanan Pengajian Master Ku di UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa aku baru sahaja tamat pengajian Master aku di Universiti Putra Malaysia (UPM) awal Januari 2020 yang lalu. Oleh kerana aku jarang berkongsi kisah peribadi di dalam blog, jadi hari ini, tengah musim kuarantin tak berbuat apa-apa, aku terpanggil untuk berkongsi cerita akan pengalaman aku sebagai seorang pelajar sarjana sepenuh masa di UPM. Ikuti butirannya !


Bagi mereka yang baru mengikuti blog Jejakakaula, anda mungkin juga berminat untuk membaca cerita-cerita berkaitan UPM yang aku pernah kongsikan sebelum nie.


Okay mari kita sambung.

1. Ramai juga yang bertanya pada aku, kenapa buat sepenuh masa, dan kenapa tidak buat sambil bekerja, at least dapat jugalah pendapatan sambil belajar tu.

Aku pada mulanya berfikiran ingin membuatnya secara separuh masa. Sebabnya pengajian sarjana separuh masa dan sepenuh masa tak ada beza pon dekat UPM nie. Korang still boleh habis sama-sama batch korang yang sepenuh masa. Cumanya kena pandai urus masa. Itu je.


Ye, urus masa dan jadual sangat penting. Jadi awal-awal pengajian tu, jumpalah penasihat akademik korang untuk atur jadual dan macam mana nak pastikan yang korang boleh bergraduasi pada waktunya (Graduate on time). Dari situ, baru korang boleh susun subjek apa yang perlu diambil dan berapa banyak jam kredit perlu korang ambik dalam satu semester untuk pastikan korang memenuhi semua kriteria bergraduat sebab tak semua subjek ditawarkan setiap semester.

Jadi kalau korang tanya, apa beza pengajian sepenuh masa dengan separuh masa di UPM, untuk kos aku, aku tak nampak apa bezanya. Untuk kos lain, aku tak tahu. Jadi memang aku saja pilih untuk ambil sepenuh masa. Lagipon, aku bukanlah tak bekerja langsung, adalah juga buat job-job tepi . . . . . yang HALAL. Tibehh bagi caps lock. Kah !


Ada universiti, pengajian separuh masa kelas pada hari minggu yakni Sabtu dan Ahad. Tapi dekat UPM nie, untuk kos aku kelas pada hari hari biasa. Mustahil ke tidak untuk graduate on time kalau buat separuh masa? Jawapannya adalah tak mustahil sebabnya kelas untuk pelajar sarjana jam 3 petang sehingga 9 malam. Dan bukanlah hari-hari ada kelas, susunlah jadual nak subjek hari apa dan jam berapa. Jadi tak adalah korang perlu ambik cuti tiap kali nak ke kelas. Kalau rasa boss tak bagi keluar jam 3 petang, then ambiklah kelas malam iaitu kelas jam 6 petang.

Ini yang aku rasa best lah pengajian dekat UPM untuk yang dah bekerja. Yang mana ia tidak mengganggu hari minggu korang. Yelah, bekerja je dah penat dan takkanlah nak korbankan setiap hujung minggu untuk datang kelas pulak, ye dakk? Lagipon, banyak aktiviti untuk dibuat pada hujung minggu, misalnya keluar dating dengan kekasih. Tibehhh


Buka puasa di restoran arab Cyberjaya

2. Kehidupan pelajar master berbeza sebab kebanyakkan dah bekerjaya dan berkeluarga.

Ramai cakap, kehidupan pelajar master nie berbeza dengan pelajar degree. Sebabnya semua benda sendiri-sendiri. Jumpa masa dalam kelas je lepastu buat haluan masing-masing. Maklumlah kebanyakkan pelajar master nie dah bekerja, semuanya dah matang, dah beranak-pinak. Jadinya tak sama macam kehidupan pelajar ijazah yang single muda remaja.

Pada mulanya aku pon berfikiran begitu, tapi bila dah bergelar pelajar master nie aku nampak bibit-bibit pelajar degree tu masih lagi ada. Yang mana, kita ada geng-geng makcik tingkap kita, makan sama-sama, keluar sama-sama. Sebab aku bayangkan benda-benda gini dah tak ada pada peringkat master nie. I dont speak for all, sebab memang ada kehidupan pelajar sarjana yang hanya sekadar datang kelas dan balik. Tapi tidak untuk aku.

Gathering makan-makan steamboat sempena tamat Semester 2

Gathering makan-makan steamboat sempena tamat Semester 2

Tempat makan hampir tiap malam di Padang Sri Serdang

Habis kelas pon masih berjumpa untuk makan sama-sama, buat kerja dekat library, keluar berjimba dan macam-macam lagi lah. Kiranya tak adalah jumpa waktu kelas dan time buat group assignment sahaja.

Ada lah bezanya jadi pelajar sarjana nie kalau ko duduk di kolej kediaman universiti. Zaman degree segala jadah aktiviti kolej whatsoever tu ko kena join demi kelangsungan hidup di kolej untuk semester hadapan. Taklimat jadah or jumpa felo semua tu, tiada pada peringkat sarjana. Pernah ada perjumpaan kolej kediaman pada awal-awal semester masa aku semester satu. Siapa yang tak datang akan dipanggil nama dan denda. Alaaa sama macam zaman degree dulu. Pihak kolej kan suka buat macam tu dekat pelajar degree. Walaupun jiwa aku nie jenis yang memberontak dan tak suka ikut, tapi aku turuti jugak sebab aku tak suka kena denda dan basically memang aku nie jenis baik. Tibehh !

But then bila aku datang ke perjumpaan tu, MMK kolej tanya blok mana, kos apa dan semester berapa, bila cakap je aku pelajar sarjana, dia suruh balik sebab untuk pelajar sarjana tak wajib pon datang. Notis "ugutan" tak datang tu hanya untuk pelajar degree sahaja. Kah ! Nampak tak bahawasanya pelajar degree nie pihak kolej suka ayam-ayam kan yang mana dorang boleh arah itu ini. I have nothing against pihak kolej or MMK kolej and what not, cuma aku tak suka bab-bab paksa nie. Menyampah !

3. Susah ke erk belajar peringkat sarjana nie.

Bergantung pada mode pengajian korang. Bagi aku semua mode pengajian master nie ada susah dan senangnya. Macam yang aku kongsikan sebelum nie, mode pengajian aku coursework, jadi tak ada beza sangat dengan zaman degree cumanya agak susah sedikit. Rasa macam banyak gila kerja.


Assignment dia agak tough dan bukan biashe-biashe yer. Sebab setiap kos akan ada 3 assignment besar. Kena buat kajian di sekolah-sekolah, bergantunglah pada subjek dan requirements yang subjek tu nak. Adalah beberapa projek yang aku buat dan aku rasa blog nie merupakan platform terbaik untuk bercerita pasal hal ini. Meyh aku bawa korang satu persatu kajian yang aku jalankan di luar. Jom !

Semester 1


Aku tak ingat ini untuk subjek apa tapi aku rasa nie kajian paling disaster yang aku pernah buat. I just can't work with kids. OMG, mengajar budak sekolah menengah pon boleh sakit kepala, inikan pula budak-budak kecik. Tuhan je tahu. Nasib baiklah muka semua innocent dan cute-mute. Adalah yang tak comel, yang tak comel aku tak ajak bergambar. Kah !


Kajian nie aku buat dekat sekolah pagi tempat ibu aku bekerja, jadi senang sikit. Tak perlu documentation yang rumit. Masa nie last minute jugak buat assignment nie. Nasib baiklah ada kabel. Tiberr. Apa dapatan kajian aku untuk projek nie pon aku dah lupa. Kah !

Semester 2

Aku rasa, dalam banyak-banyak semester aku dekat UPM, semester 2 paling gila. Aku rasa macam tak terkejar dan sangat-sangat stress. Sebabnya subjek aku banyak untuk semester 2 nie oleh kerana aku nak habiskan master nie dalam 3 semester, jadinya kena ambil banyak jam kredit dalam satu semester. Workload dia banyak gila dan pengurusan masa aku kelaut dalam. Semester nie juga aku dah mula buat dissertation untuk chapter 1 sampai chapter 3. Lepastu semester nie jatuh pada bulan puasa dan raya yang mana job blogging dan kempen social media were at its peak. Ko boleh faham tak, gila dia macam mana ? But somehow, i survived !


Nie assignment untuk subjek Special Needs in Education yang mana aku kena menemuramah guru-guru pendidikan khas. Pon last minute jugak benda nie aku buat. Dah nak dekat dateline untuk submit report, baru kelam-kabut cari sekolah. Nak masuk sekolah dan buat kajian kena ada surat proper. Means saluran yang betul dan saluran nie agak menagmbil masa. Sedangkan masa nie aku dah macam telur di hujung tanduk. Again, nasib baik ada kabel. Tiberr.

Sekolah nie tempat junior UPSI aku mengajar. Alhamdulillah sangat-sangat Allah hantar si Syara nie. Once in a while, kitorang memang berhubung melalui whatsapp and dia pon banyak tanya pasal life dan hal sambung belajar. Dari situ aku tahu dia mengajar di sekolah pendidikan khas. It was good to meet her again. Maaf ya, tiada gambar bersama pelajar, sebab itu akan melanggar etika sebab pelajar pendidikan khas nie lain sikit. Hihi


Memang agak mencabar ya mengajar budak-budak yang berkeperluan khas nie. Perlu banyakkan kesabaran, dan yang paling penting kena ada minat. Tak ada minat memang boleh angkat kaki. Salute habis buat guru-guru pendidikan khas.

Semester 2 nie jugak ada satu subjek iaitu subjek Applied Cognitive Psychology yang sangat mencabar disebabkan satu mini research yang kitorang kena buat. Banyak gila drama berlaku weyhh sampai ada yang tak bertegur sapa. Dahsyat ! Aku bersyukur ditempatkan dalam kumpulan yang sangat memahami dan bertolak ansur. Tenang dari mula sampai habis. Chill-chill je kumpulan aku.


Mini research tu kami kena pergi buat kajian berdasarkan tajuk yang diberi. Kumpulan aku ditugaskan untuk buat pasal Autobiographical Memory. Aku pon tak berapa nak ingat sangat apa yang kitorang buat dekat pelajar-pelajar nie. Yang pasti, bekas-bekas pelajar aku telah menjadi subjek untuk kajian nie. Nampak macam pakai kabel lagi kan ? Tapi tidak ya. Kena lalu saluran yang betul. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. It was good to see my students again after awhile.

Lepastu kena bentang dekat dalam kelas. Hujung semester tu kitorang ada buat mini exhibition. Setiap kumpulan kena buat poster dan terangkan kajian masing-masing dekat rakan-rakan dan pensyarah yang berkunjung ke booth kita. Kena siap sedialah untuk hadap soalan-soalan daripada mereka.



Assignment nie paling buat sakit kepala masa semester tu. Kumpulan aku sampai tak tidur kot malam sebelum pembentangan tu untuk touch up mana-mana yang masih tak siap. Kitorang buat kerja dekat kafe kolej. Mujurlah ruangan kafe kolej dekat UPM nie jenis buka 24 jam. Kalau dekat UPSI, jam 12 malam kafe dah gelap dan MMK kolej akan halau balik blok masing-masing. Tapi kat UPM nie, ko nak tidur situ sampai subuh pon boleh. Hahahaha




Satu kelegaan yang tak terungkap dengan kata-kata ya bila mini research nie selesai. Rasa macam satu batu berat dekat kepala dah dilepaskan. Terus kami malam tu celebrate makan-makan sedap dekat Bangi. Masa nie semua happy gila kot. Barulah nampak nur-nur indah di muka setiap orang.



Seterusnya ialah projek untuk subjek Motivation in Education. Projek nie kami buat di Sekolah Kebangsaan LB Johnson yang terletak di Labu Lanjut Negeri Sembilan. Agak sedikit jauh ya sekolah nie dari UPM. Ambil masa satu jam jugaklah nak memandu ke sana. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak untuk ke sana.



Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan kena handle satu kelas. Aktiviti di dalam kelas bergantung pada tajuk yang telah ditetapkan. Aku pon dah tak ingat sangat apa yang kumpulan aku buat untuk pelajar-pelajar yang kami dapat.



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selesai lagi satu bebanan untuk semester ini. Buat program merupakan satu benda yang memenatkan tau sebab persediaan dia tu ambil masa dan tenaga.


Semester 3

Semester 3 nie boleh tarik nafas lega sikit sebab kelas dah tinggal sikit dan aku hanya perlu fokus untuk siapkan dissertation. Tapi tetap juga ada projek yang kitorang kena buat untuk semester 3 nie. Projek kali nie untuk subjek Psychology of Attitude Formation and Atitude Knowledge. Ini sahaja satu-satunya projek besar untuk semester nie.




Projek nie kitorang buat dekat satu international school yang terletak dekat Putrajaya. Tak jauh pon dari UPM, dalam 15 minit perjalanan macam tu. Untuk projek kali nie kitorang dibahagikan kepada 10 kumpulan, Setiap kumpulan ada temanya yang tersendiri berdasarkan permintaan pengetua sekolah tu bagi meningkatkan attidue pelajar di sana. Untuk kumpulan aku, kitorang dapat tema "Cleanliness". Jadi aktiviti kami mengajar budak-budak nie untuk kitar semula dan kenali sampah-sampah kitar semula.



Terdapat 10 buah kelas yang turut serta dalam projek kami nie. Setiap 30 minit, kelas tersebut akan rotate. Jadi kami kena buat benda yang sama dan terangkan benda yang sama sebanyak 10 kali. Jenuh jugaklah. Awal-awal tu semangat lagi tapi bila dah hujung-hujung tu dah lemah. Fenatt diknonn. Nasib baiklah comel-comel pelajar dekat sini. Kebanyakkannya dorang nie berasal dari negara timur tengah. Ada juga pelajar dari Malaysia tapi tak ramailah.



Alhamdulillah projek kali nie pon berjalan dengan lancar. Dipermudahkan semuanya. Tahniah buat rakan seperjuanganku yang lain sebab dah bertungkus-lumus untuk projek kali nie. Yang penting, pihak sekolah sediakan nasi arab yang sangat enak !! Bertambah nasi aku dibuatnya. Serious sedap gila.




4. Stress menyiapkan dissertation

Menyiapkan disertasi juga memberikan satu impak yang besar terhadap rutin harian aku sepanjang dua semester menyiapkannya. Aku akui, aku memang tak pandai menguruskan masa. Aku jenis suka buat kerja saat-saat akhir dan akhirnya hampir memakan diri aku. Tapi sebenarnya, aku tak tahu nak buat research tu sebab aku keliru. Nasib baiklah aku mempunyai tulang belakang yang kuat, yakni kawan-kawan dekat UPM, sebab dorang banyak bantu dalam memahamkan konsep kajian aku sendiri.

Nampak tak, kajian aku sendiri pon aku boleh tak nak faham. Macam manalah benda tu nak bergerak. Aku nie bab buat kajian sedikit bodoh ya. Aku macam lost gila. Kajian aku mengenai perbezaan penggunaan teknologi dalam kalangan guru sekolah menengah yang berbeza generasi. Jadinya subjek aku merupakan guru-guru sekolah menengah dan target populasi aku ialah sekitar sekolah menengah bantuan kerajaan di daerah Kuala Langat. 


Alhamdulillah dipermudahkan dalam mengumpul data, semua sekolah memberi kerjasama yang baik KECUALI ada satu sekolah nie yang sangat tak beri kerjasama. Maaf cakap, langsung tak membantu. 2 minggu aku tinggalkan borang soal selidik untuk diedarkan pada guru-guru di situ, cuma 4 sahaja yang aku dapat balik. GPK sekolah tu kata guru-guru sibuk sebab dah hujung tahun. Masalahnya, sekolah lain boleh je buat. Siap ada yang boleh siap dalam masa 5 hari sahaja.

Maaf cakaplah ya, aku rasa masalah di situ ialah Guru Penolong Kanan itu sendiri. Dia jenis yang memang tak ramai "kawan" di tempat kerjanya disebabkan sikap dinginnya. Aku boleh nampak tu. Serious buat aku rasa menyirap sangat sebabnya kalau dari awal tak nak bantu, bagilah tahu. Aku boleh cari guru lain untuk uruskan. Aku datang dan telefon bertanyakan status borang-borang soal selidik tu, jawapannya tengah diuruskan. Banyak kali tau aku datang. Dah lah dari Serdang nak ke situ jauh. Selepas 2 minggu, aku terpaksa ambil sebab aku nak analisis data. 4 borang je terisi daripada 30 keping borang. Ko ghase ?


Agak sedih dan kecewa ada guru yang mempunyai personaliti sebegitu. Sebagai seorang GPK, kau sepatutnya jenis yang approachable oleh orang luar. Ini tak, dingin gila. Mungkinlah dia anggap kajian aku nie kajian entah pape, kajian yang tak penting dan tak bawa faedah. Jadinya dia anggap benda tu tak ada apa-apa pon. Siapalah aku, cuma seorang pelajar je, benda tu pon bukan arahan dari pihak PPD jadinya untuk apa bersungguh sangat, ye dakk ? Nak je aku mention nama sekolah tu dekat sini, tapi tak apa lah. Boleh PM tepi nama sekolah tersebut kalau nak tahu. Hahaha

Antara sekolah terbaik yang sangat memberi kerjasama adalah SMK Methodist, SMK Sijangkang Jaya, SMK Pulau Carey dan SMK Jugra. Sekolah lain yang tidak disebut juga beri kerjasama yang baik cumanya kerjasama dari sekolah yang aku mention nie terlebih sangat baiknya. Terima kasih buat sekolah-sekolah yang telah membantu aku dalam menyiapkan kajian nie. 


Bab collect data tu tak apa lagi, stress dia minimal. Bab nak analisis dan buat ulasan nie yang paling stress ya. Ya Allah sampai tak tidur dibuatnya. Kalau tidur pon, manjang asyik dok fikir pasal thesis nie. Towards the end of the semester, stress dia makin menjadi-jadi sebab tarikh untuk viva semakin menghampiri. Waktu tidur semakin kurang. Banyak spend masa dengan kawan-kawan dekat library. Siapkan apa yang patut. 



Mujurlah duduk dekat Serdang nie kawasan dia agak urban sedikit yang mana kedai-kedai 24 jam ada banyak dan dekat, seperti Petronas Solaris Serdang. Bolehlah lepak dekat KFC atau Starbucks sampai pagi. Pernah tau aku dan kawan aku lepak di Starbucks siapkan dissertation sampai Subuh yakni malam sebelum nak viva dan juga malam sebelum nak submit full thesis. Aku banyak habiskan masa dekat Starbucks untuk buat kerja sebab aku jenis tak boleh buat kerja dalam bilik. Feeling tu tak sampai. 


Bila rasa stress sangat, ada jugaklah berjimba untuk tenangkan fikiran, atau reward diri sendiri setelah berusaha dengan gigih. Tak adalah 24 jam mengadap thesis tu. Boleh gila dibuatnya. Banyak jugalah aku pergi berjimba, kebanyakkannya melibatkan makanan. Hahahaa




Tang makan no kompromi. Banyak kerja macam mana sekalipon, makan tetap wajib dan perlu diutamakan. Makanan ialah satu terapi yang baik. Stress je, pergi makan. Walaupon tak stress, pergi makan jugak. Hahahaha


Presentation Kelas Psychology of Attitude Formation and Attitude Change

Even small achievement pon kitorang reward diri dengan something. Eh tapi tak adalah small achievement sangat pon sebab ada satu presentation nie agak berat juga. Malam tu jugak kitorang pergi tengok wayang dekat The Mines jam 11 malam. Sebab tu aku cakap duduk dekat Serdang nie best. Even tengah malam pon masih ada tempat untuk hiburkan diri, yakni pergi ke panggung wayang. Bukan kelab malam yerr, choii !

Dan yang lagi best ialah, even kau balik lewat melebihi jam 12 malam sekalipon, kau tetap boleh masuk dalam kawasan kolej. Kalau nasib tak baik, pintu pagar utama tutup. Tapi tak perlu risau sebab ada laluan tikus. Dekat nak habis belajar baru aku tahu ada laluan tikus untuk masuk. Korang tahu tak, aku pernah jalan kaki dari pintu pagar utama ke kolej kediaman aku disebabkan pengawal tak bagi masuk sebab dah lebih jam 12 malam. Dah lah kolej aku tu kolej yang paling hujung. Lecak ketiak kena jalan kaki 30 minit tau. Bukan aku saja-saja balik lewat, masa tu aku ada event dekat KL.


Bila dah tahu ada jalan tikus, aku jadi tak kesah dan tak takut untuk balik kolej lewat. Selama nie pergerakan aku sedikit terbatas. Bila dah jam 11 malam je, aku dah mula gelabah nak balik kolej sebab takut pagar tutup. Aku tak adalah selalu balik lewat malam, kadang-kadang je. So malam tu kitorang pergi tengok wayang dekat The Mines. Kitorang tengok cerita Jumanji. Best gila ! Dekat jam 2 pagi macam tu baru balik kolej.

Mendaki Bukit Batu Kapur, Port Dickson

Mendaki Denai 3 Puteri

Kadang tu kitorang release tension dengan pergi mendaki. Selama 3 semester aku kat UPM, sempatlah tawan Denai Tiga Puteri dengan Bukit Batu Putih. Yang nie aku ingat nak cerita dekat entri lain. Tengoklah kalau aku rajin nanti. Hihi


5. Viva yang penuh dengan tekanan

Aku tak sangka viva presentation akan bawa 1001 tekanan dalam hidup aku. Tak tidur malam dibuatnya. Aku ingat lagi masa nie aku stay up dekat Starbucks Cyberjaya sampai subuh. Lepastu balik UPM tukar baju dan terus ke fakulti. Tak boleh nak mandi sebabnya masa nie ada masalah air. Kalau ada air sekalipon, memang tak sempat nak mandi. Bayangkanlah, dengan tak mandi, tak tidur, terus pergi presentation viva. Gila ke idakk ? 




Mujur giliran aku bukan nombor satu masa tu sebab aku datang sedikit lewat pada waktu yang sepatutnya. Aku tak ingat aku giliran nombor berapa, sama ada nombor dua atau nombor tiga. Yang pasti, panel aku sangatlah baik. Jenis yang tenang dan tanya soalan pon okay-okay je. Tapi ada satu soalan yang dia tanya, aku tak dapat jawab. Hahahaha




Apa-apa pon aku sangat bersyukur sebab segalanya dipermudahkan pada pagi tu. Lega sangat-sangat bila dah lepas present. Rasa macam mati hidup semula. Tibehh ! Masa nie barulah ada nur keceriaan di wajah aku. Beban yang aku pikul selama dua semester nie, telah diangkat dan dilepaskan. 



Memanglah masih lagi ada penambahbaikan yang aku perlu buat, tapi aku tak kesah. Yang penting, aku dah lepas viva nie. Dia punya gelisah tak tenteram tu, tuhan je yang tahu. Ya Allah lega teramat sangat masa nie. Bersyukur semuanya dah berakhir. Balik tu memang aku bantai tidurlah apa lagi. Hahahahaha



Lepastu buat kerja gila lagi, dah pagi buta tak reti nak balik kolej. Lepas makan malam kitorang pergi lepak dekat McDonalds Shafstbury Putrajaya main game Werewolf. Pertama kali main game nie, terus jatuh cinta sebab best sangat. Tambah-tambah bila kau main dengan mereka-mereka yang masuk air, bertambah-tambah bestnya. Tak ingat balik jam berapa, 3 pagi ada kot. Mujurlah Shafstbury Putrajaya dengan UPM nie cuma ambil masa 15 minit perjalanan je.

------------------------------------------------------------------------------------------

Rasanya tu sajalah yang aku nak cerita perjalanan selama setahun setengah aku di UPM dalam mendapatkan Ijazah Sarjana ini. Alhamdulillah, perancangan aku untuk habiskan dalam masa 3 semester berjaya. Penuh onak dan liku tapi berjaya juga aku harungi. Dan yang paling best, aku dapat banyak kenangan manis sepanjang aku belajar di UPM. Terutama sekali dapat kenal dengan kawan-kawan UPM. Hidup aku tanpa dorang dekat UPM pasti membosankan. Seronok dapat mengenali mereka.

Skema ayam ke idakk ayat aku ?

Hari Raya 2019

Beraya dirumah pensyarah kami, Dr Aniza

Ouh ya, sama macam masa zaman degree. Setiap kali habis kelas pasti akan ada group photo pada kelas yang terakhir. Meyhlah aku tepekkan gambar berkumpulan yang aku belum pernah upload lagi dalam blog nie.

Semester 2 - Kelas Special Needs In Education, Dr Aniza

Semester 2 - Kelas Motivation In Education, Dr Aniza

Semester 2 - Jamuan makan-makan lepas exam

Semester 2 - Kelas Statistics, Dr Ashraff

Semester 2 - Kelas Applied Cognitive Psychology, Dr Aini Marina

Semester 3 - Kelas Classroom Interaction, Pn Suria

Ouh ya, sebelum semuanya pulang ke kampung masing-masing untuk bercuti semester, macam biasa mesti kena buat gathering makan steamboat. Kitorang makan steamboat dekat area MAEPS. Aku sebenarnya tak sangka ada tempat makan steamboat & grill dekat dalam MAEPS nie. Yelahh, kawasan nie bila malam sangat gelap dan sunyi ya. 

Gathering makan-makan steamboat sempena tamat Semester 3

Gathering makan-makan steamboat sempena tamat Semester 3


Pon balik lewat lagi malam tu. Lepas makan pergi lepak lagi dekat McDonalds Shafstbury Putrajaya main game Werewolf. Semua dah nak balik kampung masa nie. Tapi sebelum aku balik ke kampung, sempat pergi ber-camping dekat Santai Riverside, Janda Baik. Yang nie nanti aku cerita dekat entri lain okay.

Camping di Santai Riverside, Janda Baik

Bestlah pergi camping nie, my very first experience pergi ber-camping dengan kawan-kawan. Dah lama aku mengarang entri camping nie, ada tu hah dalam draft tak siap-siap. Musim PKP nie insyaAllah boleh siap. Tunggu jelah nanti.



Balik dari camping tu, masa untuk kemas-kemas balik kampung. Ada satu malam tu, kitorang bermalam dekat airport hantar kawan kitorang balik Sarawak. Lepastu, masa untuk aku pulak tinggalkan UPM pada 13 January 2020.


Pihak kolej bagi notis supaya semua penghuni blok L7 kosongkan blok pada 31 December 2019 sebab dorang nak renovate blok kitorang tu. Tapi aku tak nak pindah sebab berbaki lagi 13 hari je aku kat kolej nie. Bila aku minta refund duit, pihak kolej tak boleh nak bagi. Daripada aku pindah-pindah lebih baik aku keluar terus dari kolej tu. Aku nak balik duit aku sebab aku bayar sampai 13 January. Tup tup tak boleh pulak.


Bila dorang tak boleh bagi refund, aku cakap aku tetap akan tinggal situ sampai 13 January, lepastu baru aku pulangkan kunci. Tak kuasa aku nak pindah-pindah blok lain. Tinggal 13 hari je kot aku kat situ. Buang tenaga nak pindah-pindah. Memandangkan aku dah habis belajar, sekarang baru aku boleh tunjukkan mini dapur dekat dalam bilik aku. Sebelum nie tak boleh nak tunjuk sebab aku masih tinggal dekat kolej tu. Hahahaha.


Anyway, dekat-dekat nak hujung semester boleh pulak ada spotcheck. Tak memasal kena saman. Kah ! Tak pernah-pernah tau dorang buat spotcheck. Bila dah beralih kepimpinan nie, rajin pulak dorang nak spotcheck bilik. Takde duit leteww nak saman pelajar, tiberrr. Kah !


13 January 2020, tamatlah sudah perjalananku di UPM. Alhamdulillah ! Sangat tak sabar nak berkonvo tahun nie. Tapi apakan daya, kita merancang tuhan juga merancang. Konvokesyen tahun nie ditangguh disebabkan wabak Covid-19. Mungkin tahun depan kot baru aku konvo.


Study status : COMPLETED !

Okay itu sahaja yang aku nak cerita. InsyaAllah ada rezeki, diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik, kita sambung belajar peringkat PhD pulak ya. Doakan tau. Terima kasih kerana membaca. Dah boleh bersurai.

1 comment:

  1. Bestnyaa pengalamannnnnnn!! I ada plan nak sambung master, but now I tahun 3 (Sem 5). Berbaki 3 Sem lagi nak habis then Nak sambung master. Doakan hati I tak berubah hbis degree nnti k

    ReplyDelete