Sunday, April 26, 2020

Keindahan dari Puncak Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay kali nie aku nak cerita pengalaman mendaki Bukit Batu Putih pulak. Selalu sangat nampak orang sana sini muat naik gambar atas puncak Bukit Batu Putih nie. Serious cantik, sangat-sangat insta-worthy. Jadinya aku teringin nak sampai ke puncak Bukit Batu Putih nie.


Makanya aku dan rakan-rakan sama belajar di UPM mula merancang untuk ke sini. Masa nie dah dekat hujung-hujung semester kitorang pergi. Walaupun kerja sudah berkurangan masa nie, tapi stress tetap ada ya sebab masih ada lagi beban kerja yang perlu diselesaikan. Tapi kitorang ambil masa satu hari nie untuk pergi mendaki.

Bermulalah perjalanan kitorang dari UPM menuju ke Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson. Agak jauh jugalah untuk ke sana. Kitorang bertolak lepas Subuh. Kali nie tak gigih untuk tengok matahari terbit. Sekadar cuma nak sampai sana dan bergambar. Tak segigih masa mendaki di Denai Tiga Puteri tu.


Nak mendaki Bukit Batu Putih nie tak ambil masa yang lama pon. Tak sempat nak penat, dah sampai ke puncak. Terus terang cakap, laluan dia langsung tak mencabar. Sangat landai dan biasa-biasa je. Cuma ada satu batu kapur putih besar nie, kita kena mendaki menggunakan tali. Yang nie jelah bahagian yang mencabar sebab curam gila dan perlukan tali untuk naik dan turun.

Yang lain tu, meyhhh. Tak sampai satu jam dah sampai ke puncak weyh.



Dan tak dapat dinafikan, pemandangan dari puncak Bukit Batu Putih nie memang cantik sangat ! Rasa macam tak nak balik. Ambillah gambar puas-puas. Best kalau tak ramai orang sebab boleh ambil gambar banyak-banyak. Tapi kalau ramai orang, kena bertimbang rasa sikit. Orang lain pon nak ambil gambar jugak. Tapi adalah segelintir manusia, jenis tak reti nak berganjak dari spot-spot cantik kat atas nie. Bukannya bergambar, duduk-duduk bermadu asmara. Eee geram pulak rasa kalau nampak couple dok bermadu asmara atas nie. 




Okay itu jelah nak cerita. Kalau rasa nak pergi mendaki tapi tak nak yang mencabar sangat, Bukit Batu Putih lokasi pendakian yang paling tepat. Jangan lupa masukkan Bukit Batu Putih dalam list okay !

1 comment:

  1. Bukit Batu Putih ni memang cantik... Ade juga dulu beberapa kali singgah dengan sedara mara dan Otomen..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini