Wednesday, May 27, 2020

Lebaran 2020 : Sambut Perayaan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya bulan Ramadan melabuhkan tirainya. Rasa cepat sungguh bulan Ramadan berlalu pada tahun nie. Mungkin akibat pandemik yang sedang melanda dunia kita hari ini. Sambutan perayaan juga turut terkena tempiasnya di mana kita semua perlu patuhi SOP dan peraturan yang telah digariskan. Bagaimana agaknya sambutan perayaan aidilfitri aku di musim pandemik ini ? Ikuti butirannya.


Alhamdulillah, sambutan perayaan aidilfitri untuk keluarga aku tetap meriah biarpon cukup sederhana. Tiada yang beza, berkumpul sesama sanak saudara tetap berkumpul. Cuma beza dari segi ziarah-menziarahi, itu sahaja.

Hari raya aidilfitri sangat sinonim dengan aktiviti ziarah-menziarahi. Bagaimanapun pada tahun ini, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dan itupon banyak SOP yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu masa di dalam sesebuah kediaman. Untuk mereka yang berkeluarga besar seperti aku, penjarakan sosial ini cukup sukar untuk dicapai. Namun, kami cuba yang terbaik untuk patuhi setiap SOP yang telah digariskan.


Oleh kerana sedara-mara aku tinggal di sekeliling rumah, jadinya kami mengambil langkah dengan bertukar-tukar giliran ziarah setiap rumah. Sedara-mara yang duduk di keliling rumah ada 4 buah keluarga, manakala sedara-mara lain yang duduk di sekitar selangor ada 3 buah keluarga. Satu lagi keluarga berada di Negeri Sembilan. Untuk raya tahun ini, kesemua sedara-mara aku yang duduk di sekitar Selangor dapat berkumpul bersama-sama di Banting. Jadi boleh bayangkan tak, bagaimana agaknya apabila 8 buah keluarga berkumpul ? Sudah pastilah ramai dan riuh rendah.



Pendekatan yang kami ambil, 3 buah keluarga dalam satu masa di sesebuah rumah, lepastu rotate lah sampai semua rumah diziarahi. Walaupun tak dapat berkumpul sekali semua dalam satu tempat, tapi tetap berselisih ketika bertukar-tukar giliran. Cumanya, gambar sekali beramai-ramai tak dapatlah nak diabadikan pada tahun ini. Tak apa, yang penting dapat berjumpa. Itu sudah memadai untuk melepaskan rindu. Tiberr keluarkan ayat skema.



Walaupun tidak bergerak beraya ke rumah sepupu sepapat belah keluarga ibu, kemeriahan Syawal pada tahun ini tetap dirasai. Malah aku rasa raya tahun ini lebih tenang dan tidak kelam-kabut sebab biasanya, kami akan kelam-kabut kesana kesini untuk ziarah sebanyak rumah yang boleh dalam satu hari. Tapi kali ini, hanya beraya antara-antara kami je. Jadi tak terburu-buru.

Makanan pulak memang tak payah cakap, sentiasa meriah. Bermacam-macam jenis sebabnya dah bincang awal-awal nak masak apa dalam group whatsapp keluarga besar. Setiap rumah menyajikan menu yang berbeza. Dapatlah makan Sup Tulang, Lontong, Nasi Ayam, Laksa dan macam-macam lagilah menu-menu raya yang biasa didapati di hari raya.



Untuk baju raya pula, tahun ini, kami sekeluarga memakai baju raya bertemakan warna magenta. Walaupon tone magenta kami lain-lain, tapi tetap dalam range warna yang sama. Kira aci lah tu. Maklumlah, warna pilihan bidan terjun. Tak rancang pon nak pakai warna magenta tahun nie. Asalnya nak pakai warna lain. Tapi disebabkan PKP, semua perancangan jadi terbantut. Mujurlah masa sebelum PKP hari tu, aku dijemput ke event pembukaan Butik Haqqi cawangan Bangi ke lokasi baharu. Alhamdulillah rezeki, makanya dapatlah 5 pasang baju raya masa tu.



Bila PKP dikuatkuasakan, habis gelabah satu keluarga sebab baju raya tak hantar ke tukang jahit lagi. Actually yang gegirls semua dah hantar ke tukang jahit, tapi yang boboys tak hantar lagi. Tukang jahit aku duduk jauh nun di Selayang. Jadinya, memang tak dapat nak tempah. Warna baju raya yang sepatutnya dipakai pada tahun ini, kita tangguhkan ke tahun hadapan ya. Itupon kalau panjang umur, dapatlah merasa pakai baju raya warna tu. Hahahaha


So dalam banyak-banyak baju yang aku dapat tu, cuma satu je yang lengkap sekali dengan seluar. Yang lain semuanya jenis kurta sahaja. Atas faktor lengkap dengan seluar inilah, warna magenta dipilih. Makanya, adik-beradik aku semua mula mencari baju dan membeli secara atas talian. Mujur semua dapat sebelum raya. Cuma baju ayah aku je kena redah pi KL untuk cari sebab saiz dia susah nak dapat. Dasar Pakcik Azis gemuk. Dua hari sebelum nak raya gigih turun KL semata nak cari baju dia tau. Nasib baik dapat.


Ini kira tahun pertamalah aku pakai baju raya yang dah siap untuk hari raya pertama. Sebab selalunya memang aku akan design sendiri dan tempah khas. Tahun nie je special sikit. Oleh kerana baju raya aku biasa-biasa je tahun nie, makanya aku putuskan untuk kerintingkan rambut aku seperti watak Dennis dalam cerita Hotel Transylvania.

Gigih ya kerintingkan rambut pagi-pagi. Satu jam jugaklah nak buat. Mujur kakak aku tolong buat rambut aku nie. Kalau buat sorang-sorang, sampai raya tahun depan pon tak siap agaknya.




Walaupun dah besar panjang, duit raya tetap dapat ya tahun nie. Terima kasih buat insan-insan yang telah menghulurkan duit raya buat diri ini. Semoga kalian dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda. Aminn.


Meskipun sambutan hari raya pada tahun ini cukup sederhana, tapi kemeriahan tetap dirasai. Cuma sedikit terkilan sebab tak dapat beraya di kampung ayah di Pahang. Selalunya lepas habis meronda rumah sanak-saudara di Selangor, malam tu akan terus shoot ke Pahang. Tapi tahun ini, tidak. Semoga Wek dan Tokki baik-baik sahaja di Pahang. InsyaAllah lepas semua ini reda, kami akan ke sana.


Dan hari raya pertama aku ditutup dengan ber-video call bersama rakan-rakan seperjuanganku sewaktu di UPM. Tahun nie tak dapatlah nak beraya bersama-sama. Apa-apa pon, jaga diri semua. Enjoy cuti-cuti nie.

Tahun nie entri raya siap awal. Raya ketiga dah ter-update sebab raya aku officially tamat pada hari raya kedua. Sekian sahaja melaporkan cerita hari raya aidilfitri pada tahun ini. Bye !

2 comments:

  1. As you said, tahun ni awal siap entri raya. Kalau tak, tunggu lambat sikit :D Apa-apa pun selamat hari raya, Zharif :)

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...