Wednesday, February 26, 2020

Butik Haqqi Cawangan Bangi Kini di Bangi Sentral

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haqqi merupakan sebuah jenama pakaian yang aku kira sudah tidak asing lagi dalam persiapan kelengkapan haji dan umrah. Ia merupakan satu hub persiapan pakaian haji dan umrah dan sekaligus menawarkan pelabagai pilihan baju patuh syariah buat lelaki dan wanita. Terkini, butik Haqqi cawangan Bangi telah berpindah ke lokasi baharu. Ikuti butirannya !


Ya, Butik Haqqi cawangan Bangi telah berpindah ke kawasan Bangi Sentral. Lokasi yang cukup strategik kerana ia merupakan sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai butik-butik terkenal yang lain. Satu langkah yang cukup bijak menukarkan butik Haqqi cawangan Bangi ke sini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pengurus besar Haqqi, Dr Fitri Haris dan juga pihak dari Tabung Haji. Setakat hari ini, butik Haqqi telah memiliki 4 buah cawangan termasuklah di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan juga Bangi. 


Kerjasama Haqqi dan Tabung Haji merupakan satu kerjasama yang bagus dalam memperlengkapkan jemaah Haji dan Umrah untuk ke tanah suci. Ia sekaligus memastikan kelangsungan Haqqi sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah dan melebarkan sayap bukan sahaja pada pasaran tempatan malah untuk pasaran luar juga. Syabas buat Haqqi di atas pencapaian ini.



Bagi yang belum maklum, Dr Fitri Haris sebelum ini merupakan duta untuk jenama Haqqi selama setahun sebelum mengambil alih dan menjadi pengurus besar jenama Haqqi pada tahun ini. Beliau telah mendapat penajaan dari Haqqi sepanjang beliau terlibat dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV). Semenjak daripada itu, beliau cukup berminat untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi.


Dr Fitri Haris yakin, jenama Haqqi boleh pergi jauh kerana ia sering mendapat sokongan penuh selebriti tempatan dan juga agamawan yang namanya sudah tidak asing lagi dalam industri. Diharapkan dengan pertukaran kepimpinan ini dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea segar dapat dilahirkan oleh beliau. 



Raya semakin menghampiri. Oleh itu, ramai sudah mula mencari-cari dan membuat persiapan raya. Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk membeli-belah di butik Haqqi sewaktu kunjunganku ke sana. Sempena pembukaan butik Haqqi di sini, terdapat banyak promosi sedang berlangsung. Makanya ini adalah masa yang cukup baik untuk beli persiapan baju raya. 



Apa yang aku suka di Butik Haqqi ini ialah design baju melayu dan kurtanya yang moden dan terkini. Selain itu, pemilihan warna juga sangat pelbagai dan sekaligus membuat kita rambang mata untuk memilih. Pilih punya pilih, dapatlah sambar beberapa pasang kurta dan baju melayu.



Juga sekarang sedang berlangsungnya promosi di mana setiap pembelian RM250 dan keatas di dalam satu resit, berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik. Moh lah datang ke Butik Haqqi cawangan Bangi Sentral. Manalah tahu rezeki kita kan. 


Jangan tunggu dekat-dekat nak raya baru nak serbu. Takut warna, design dan saiz habis nanti. Plus, takut jammed je nanti kawasan Bangi nie. Maklumlah, bumi Bangi merupakan hub untuk pelbagai butik-butik terkenal. Musim perayaan memang selalu sesak dengan manusia. Kalau sanggup redah, boleh je.

Butik Haqqi Cawangan Bangi
3-43, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut :


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini