Sunday, February 23, 2020

Promosi YOLO Eats di Philea Mines Beach Resort Menawarkan Pelbagai Tarikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kunjungan aku ke Philea Mines Beach Resort minggu lalu bukanlah yang pertama kali. Sebelum ini aku pernah juga ke sini untuk menikmati hidangan kari kepala ikan merah mereka. Kali ini, aku datang semula ke sini bersempena promosi YOLO Eats mereka. Ikuti butirannya !


Pada mereka yang tidak pernah dengar nama resort ini, Philea Beach Resort terletak betul-betul di belakang pusat membeli-belah The Mines. Resort yang mempunyai pemandagan di sebelah tasik ini mempunyai pelbagai tarikan yag menarik tau. Terdapat 25 tarikan baharu yang terdapat di sini.

Antaranya ialah :
  1. Paradise Bridge / Paradise Arch
  2. YOLO Garden
  3. Neon Arch
  4. I Want To Be Superstar
  5. Rainbow Arch
  6. Fairy Arch
  7. Fairy Waterfall
  8. Fantasy Garden
  9. Where Your Dreams Come True!
  10. Avatar Junction
  11. ABC BBQ Area
  12. Red Light District
  13. Peek A Boo Lane!
  14. You're My Sunshine!
  15. Love Tunnel!
  16. Look Up! Jelly Fish
  17. Love Lane
  18. Wishing Well
  19. Vroom & Splash
  20. Windmill
  21. Sand Pit
  22. Tiki Tiki Bar
  23. Sand Pool
  24. Waterfall
  25. Kung Fu Panda BBQ Area





YOLO merupakan singkatan kepada You Only Live Once. Promosi YOLO Eats ini pasti menarik ramai ibubapa untuk membawa anak-anak mereka bercuti dan menginap di sini. Kolam renangnya yang besar dan water slide yang terdapat di sini pasti membuatkan sesiapapun yang melihatnya teruja. Ia diserikan lagi dengan kehadiran itik gergasi di kolam tersebut. Pasti seronok kalau dapat mandi di sini.



Menariknya di waktu malam, pemandangan di kawasan sekitar menjadi lebih indah dengan kilauan lampu-lampu neon yang menerangi suasana malam di Philea Mines Beach Resort. Apa yang aku boleh katakan, ianya memang sangat indah dan terdapat banyak sudut yang cantik untuk dipertontonkan di instagram.


Sekiranya pengunjung memilih untuk datang dan menginap pada hujung minggu, mereka boleh menikmati makan malam sambil dihiburkan oleh live band di sini. Ouh ya, bercakap bab makan, makanan yag ditawarkan di Philea Mines Beach Resort sangat-sangat sedap !







Memang macam-macam makanan ada dihidangkan di sini. Peminat makanan western dan bbq pasti suka datang makan di sini. Semuanya sedap-sedap pulak tu. Kalau korang bercadang nak datang ke sini untuk menikmati makanan di sini, boleh rujuk butiran di bawah,

RM 50.00/per head (Kupon sah sehingga bulan 7)
Waktu operasi :
Isnin - Rabu : TUTUP
Khamis & Jumaat : 6 PM - 11PM
Sabtu & Ahad : 1 PM - 11 PM

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi talian berikut :
En Shaiful : 019 600 1455 / En Hamdan : 019 600 1529


PHILEA MINES BEACH RESORT, SERI KEMBANGAN
Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan Selangor
(Belakang The Mines Shopping Mall)


Jom datang beramai-ramai ke sini !

1 comment:

  1. POKERVVIP AGEN POKER TERPERCAYA
    *POKERVVP* Merupakan Penyedia Agen Situs Game Online Yang Memberikan Berbagai Macam Permainan Seperti Poker Yang Deposit Menggunakan Pulsa Telkomsel Dan XL Yang Ada Di Indonesia.
    *1 User ID 8 Permainan : * Poker - * -Domino99-*BandarKiu-*Bandar Poker-*Adu Kiu-*-Capsa Susun-*-Sakong *-Bandar 66-*

    *Minimal deposit & withdraw
    - Minimal Deposit 10,000 ( Rekening)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( Rekening)
    - Minimal Deposit 10.000 ( VIA PULSA)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( VIA PULSA)

    *Bonus Terbesar
    - Bonus CASHBACK 0.5%
    - Bonus Referral 15%

    Bandar Poker Online
    Agen Poker Online
    agen poker
    Cerita Dewasa
    Bandar Ceme
    bandar poker
    Poker Online
    Bandar Domino Online
    Agen Domino Online
    game terbaru

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini