Thursday, February 6, 2020

MISMIS, SWAG dan BLOSSOM Merupakan Antara 14 Produk Tempatan Baharu Yang Memasuki Pasaran Tesco

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Harap tidak terlambat untuk aku mengucapkan tahniah buat ketiga-tiga produk tempatan ini iaitu Mismis, Swag dan juga Blossom kerana telah terpilih menjadi antara 14 produk tempatan baharu untuk memasuki pasaran di pasaraya Tesco. Ini merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan buat usahawan-usahawan ini kerana ia bukan satu hal yang mudah untuk menembusi pasaran Tesco.


Ya, ia bukanlah satu hal yang mudah kerana produk-produk tempatan ini perlu melepasi beberapa saringan dan ujian sebelum ia diserap masuk ke pasaran Tesco. Ternyata 14 produk tempatan yang terpilih ini mempunyai nilai dan kualiti yang setanding dengan jenama luar yang lain. Hebat !


Minggu lalu aku berkesempatan untuk ke Tesco Kajang sendiri untuk mencuba dan menyaksikan sendiri produk-produk tersebut. Antara produk yang terpilih ini meliputi kategori makanan, kecantikan dan produk penjagaan diri. Mereka ada membuka booth di sana bagi memperkenalkan kesemua produk-produk tempatan ini dan aku sempat singgah ke beberapa buah booth di sana yang menurut pendapat aku, ia mampu pergi jauh. Antaranya tiga produk yang aku sebut tadi, Mismis, Swag dan juga Blossom.

Alang-alang tu, sempatlah sambar beberapa buah produk. Maklumlah, tengah ada promosi. Jadi pembelian lebih jimat.

MISMIS - Produk Penjagaan Gigi

Secara jujurnya, ini merupakan pertama kali aku mendengar nama ubat gigi MISMIS. Jadinya aku penasaran nak tahu dan singgah ke booth mereka. Tertanya-tanya juga, apakah maksud Mismis nie. Rupanya ia merupakan singkatan daripada tagline dia iaitu Make It Smile. Makanya jadilah MISMIS. Menarik !


Banyaklah produk rangkaian penjagaan gigi yang dikeluarkan oleh MISMIS. Antaranya ialah ubat gigi, berus gigi, pengkumur mulut dan macam-macam lagi. Terbaru, dalam bulan ini mereka akan lancarkan produk dalam bentuk travel friendly. Mudahlah, packaging-nya lebih kecil dan sangat sesuai untuk dibawa melancong.



Ubat gigi MISMIS Extra Cool Mint dan juga Pudina Koko Premium merupakan antara produk yang paling laris dan digemari oleh pengguna kerana kedua-dua ubat gigi ini kaya dengan bahan aktif polifenol - tannin yang terbukti berkesan membunuh bakteria di dalam mulut yang boleh menyebabkan nafas berbau dan pembentukan karies gigi.


MISMIS juga telah bekerjasama bersama pihak Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi yang alami. Ia juga telah memperoleh sijil HALAL dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Tidak hairanlah ubat gigi MISMIS setanding kualiti dengan jenama ubat gigi terkenal yang lain.

Pengarah Syarikat : Pn Noormawarni Nordin
Tel : +60 12-941 0528 


Kalau korang singgah Tesco dan tercari-cari ubat gigi hasil buatan tempatan, boleh cuba ubat gigi MISMIS. Sangat disarankan ! Boleh dapatkan di kesemua cawangan Tesco berhampiran anda.

SWAG - Perapi Rambut

Selain itu, terdapat juga produk perapi rambut keluaran tempatan di bawah jenama SWAG. SWAG merupakan pengeluar perapi rambut pomade dalam bentuk gel, cecair dan juga clay. Ia diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil dan Olive Oil bagi membantu menyubur dan menyihatkan lagi rambut. Pomade yang berasaskan air ini mampu memberi sentuhan semulajadi pada rambut dan amat selesa digunakan sepanjang hari. Yang penting, ia mudah untuk dibilas dan tidak menyakitkan kepala untuk menggayakannya.


Pomade daripada SWAG terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna.

SWAG Pomade 120g : RM28.00
SWAG Liquid Pomade 200g : RM19.90
SWAG Pomade Clay 80g : RM19.90

Pengarah Syarikat : En. Rozailmee Zulkeply
Tel : +60 12-435 6003

Ayuh dapatkan produk-produk SWAG hari ini hanya di seluruh outlet Tesco Malaysia

BLOSSOM - Losyen Penjagaan Tangan, Badan & Krim Tangan

Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose). Diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit. Ia juga didatangkan di dalam saiz kecil bagi memudahkan ia untuk dibawa kemana-.mana.


Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Setiap manusia mempunyai jenis kulit yang berbeza. Oleh itu, Blossom adalah pilihan yang terbaik. Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari.



Pengarah Syarikat : Pn. Leny Adam
Tel : +6019 265 6687

Produk Blossom boleh didapati di seluruh cawangan Tesco. Jangan lupa dapatkan untuk kulit yang mulus dan licin !

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kempen Beli Barangan Malaysia bersama usahawan tempatan IKS dalah salah satu program untuk membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajui oleh Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. Program seumpama ini adalah salah satu platform untuk membantu Usahawan IKS untuk memasarkan produk mereka di pasaraya besar diseluruh negara.

Kami support barang lokal !

13 comments:

  1. Yang Mismis tu Sis ada adik bagi sebab dia kerja di Tesco...ada promo apa entah masa tu katanya dia...tapi Sis kenan nak cari minyak rambut tu..nak belikan untuk Suami...

    ReplyDelete
  2. First time seeing such brands! Although dari Malaysia! Kinda proud that we have our own brands! Gotta buy for my daughter!

    ReplyDelete
  3. Tahniah kpd mismis dan lain2 sbb berjaya masuk tesco. Giant n lain2 dh masuk jgk ke

    ReplyDelete
  4. catchy betul nama mismis, packaging pun menarik, thanks for sharing. selalu je ke tesco boleh cari nanti

    ReplyDelete
  5. ketiga-tiga produk kita boleh support. Produk anak tempatan. Insyaallah habis PKP ni mommy nak beli. Sebab selalu jugak beli brg dekat tesco

    ReplyDelete
  6. wow ubat gigi kanak2 mismis tu cute sangat packaging dia .. lepas ni boleh la beli sokong buatan malaysia pula.. elok pula ada di tesco.. kita mmg slalu beli barang kat sana je

    ReplyDelete
  7. Tahniah pd tiga produk tempatan ini yang berjaya memasuki pasaran besar dan berada dalam gedung tesco yg memang sukar untuk ditembuai kecuali jika produk benar2 berkualiti.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah produk bumiputera dapat masuk pasaran tesco. Semoga terus success

    ReplyDelete
  9. Wah.. dah ada produk2 bari di Tesco nti blhlah pg shopping kat tesco dgn abg blh dah settle PKP

    ReplyDelete
  10. Produk bumiputera macam ni siapa lagi nak support kalau bukan kita. Nanti akak nak beli produk MisMis tu. Nampak memarik pulak ubat gigi untuk kanak kanak. Boleh akak beli untuk anak anak guna.

    ReplyDelete
  11. Bagus industri kecilan tempatan sebegini - buat produk yang berkualiti dan menepati kehendak ramai kan. Rawlins approve!

    ReplyDelete
  12. Wah, tahniah semua produk-produk ni kerana berjaya masuk dijual di Tesco. Kepada peminat produk-produk ni lepas ni senangla nak dapat

    ReplyDelete
  13. Firstimenampak barg mismis swag ni semua..bagus ni dah masuk tesco..nanti boleh cari..nak cuba mismis tu

    ReplyDelete