Monday, February 3, 2020

Program Nak Ubah Hidup 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semua orang mahu berjaya, tapi tak semua orang berani membuat langkah pertama kearah kejayaan. Banyak benda bermain di fikiran bila mahu lakukan satu perubahan hidup. Kita mungkin ragu dengan kemampuan diri, kita terfikir apa yang orang lain akan kata pasal kita, kita takut gagal, takut rugi dan macam-macam lagi. Sudahnya, kita sentiasa berada di takuk yang lama tiada perubahan akibat keraguan-keraguan tadi. Sampai bila nak macam nie ? Cuba tanya diri.


Kadang, kita rasa macam dah di jalan yang betul. Rasa macam okay dah, tapi sebenarnya, kita sesat tanpa panduan, tanpa ilmu. Macam kita belajar ilmu agama, buku sahaja tidak cukup. Kita mesti kena berguru dengan orang alim untuk lebih memahami sesuatu ilmu agama itu. Begitu jugak kalau mahu berjaya dalam hidup dengan berbisnes. Buku sahaja tidak cukup, kita perlu ada guru.


Guru dalam berbisnes, nama Azizan Osman pasti tidak asing lagi. Beliau merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing dan Leadership Coach. Penyampaiannya yang santai, dimasukkan pula unsur-unsur jenaka dan pengalaman hidup beliau, menjadikan ilmu dan bimbingannya menyentuh hati ramai orang. Hasil bimbingannya telah merubah beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan di mana pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Program Nak Ubah Hidup (NUH)

Progran NUH yang telah diwujudkan sejak tahun 2008 banyak membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Program 3 hari berturut-turut ini sering mendapat sambutan tiap kali ia diadakan.


Terbaru, Program Nak Ubah Hidup 2020 yang diadakan di Setia City Convention Centre pada tahun baru cina yang lalu, telah menarik seramai 13,000 orang peserta. Walaupun ia diadakan ketika musim perayaan, namun itu tidak menjadi alasan untuk para peserta untuk tidak hadir.  Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.


Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga. Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan.


Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.


Pengalaman Menjadi Peserta Nak Ubah Hidup 2020

Ini bukanlah kali pertama aku turut serta program NUH ini. Kalau kalian mengikuti blog aku, pasti kalian banyak kali membaca beberapa perkongsian artikel pengalaman aku menyertai program-program NUH.


Apa yang aku dapat saksikan, peningkatan daripada jumlah peserta semakin bertambah. Semangat dan aura setiap peserta NUH juga semakin membuak-buak. Aura mereka, masyaAllah. Tak perlu datang sampai 19 kali baru nak rasa aura tu. Pertama kali juga sudah memadai. Pagi petang siang malam, hari berganti hari, aura dan semangat mereka tetap sama. Semangat inilah yang kita mahukan untuk mengubah hidup.

Ayuh kita ubah hidup dan mulakan langkah pertama untuk ke arah kejayaan !


Kepada kalian di luar sana yang ingin turut serta menjadi peserta program NUH dan ingin bersama-sama dengan aura positif seperti ini, boleh mendaftarkan diri sekarang. Sebarang maklumat lanjut dan perkembangan terbaru, boleh dapati di laman sesawang berikut.



13 comments:

  1. Bestnyaaa, lama tak ikuti program Dr Azizan ni..dulu pantang ada, Sis mesti join..now dah comeback ni, kalau ada nak pergi!! Sangat positif kan...

    ReplyDelete
  2. hari2 tgk billboard dia kat highway..ohh ini lah programnya....ok trimas sebab share

    ReplyDelete
  3. Cakap pasal nak ubah hidup ni. Siapa taknak hidup lebih bagus kan. Kena keluar dari comfort zon dan move forward. Seminar mcm ni bgs sebenar nya

    ReplyDelete
  4. NUH memang bagus untuk menaikkan semangat peniaga semua. Sesi sebegini seumpama titik peringatan kepada mereka agar meneruskan perjuangan

    ReplyDelete
  5. Wah ramai juga bloggers hadir nak ubah hidup ya... semoga ada yang terus berjaya setelah dengar motivasi dari Dr Azizan ni yang memang ceramahnya membangkitkan semangat setiap yg mendenganya.

    ReplyDelete
  6. wow what a great event. is good to learn more new things

    ReplyDelete
  7. bestkan pergi belajar dengan Dr Azizan Osman, ada banyak benda baru yang boleh diambil untuk memulakan perniagaan.

    ReplyDelete
  8. Memang banyak ilmu dapat bila join program ni. Makin bersemangat nak ubah hidup :)

    ReplyDelete
  9. Ya betul..buku aje tak cukup, kita kena ada guru yg bimbing kita. Tapi kalau guru bimbing, kita tak ikut pun x leh jalan gak kan. Sebab itu kita kena ada kata2 dorongan untuk membangkitkan semangat kita mcm yg di beri oleh Dr Azizan ni. Moga kalian semua yg dh keseminar ni akan terus berjaya dan kaya

    ReplyDelete
  10. Belum pernah dengar lagi ucapan dr Dr Azizan. Ramai betul yg sertai sampai 13ribu orang. Tun M pun datang kira besar wei NUH2020ni. Boleh la awak kongsikan sedikit intipati nya nanti.

    ReplyDelete
  11. Terasa rugi sangat tak join NUH kali ni! Kalau ada seminar macam ni lagi next time saya orang pertama yg akan join!

    ReplyDelete
  12. MEMang bagus program ni. Sekurang2nya bagi motivasi dan semangat buat semua peserta untuk ubah hidup kepada lebih baik

    ReplyDelete
  13. saya banyak join circle Prof Muhaya, Ust Hakim dan Tuan Afnan. Memang sangat terinspirasi. Jom sama2 kita berjya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini