Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ogos 2019, Hotel Sri Petaling secara rasminya dijenamakan kepada Espira Sri Petaling. Penjenamaan semula ini bagi memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat korporat yang disasarkan.
Ikuti butirannya !
Espira Sri Petaling merupakan sebuah hotel 3 bintang yang menyediakan 168 buah bilik hotel yang terdiri daripada bilik Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite. Terdahulu, hotel ini diuruskan oleh PNB Management Services Sdn Bhd. Kini, ia diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd. Ia juga merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Hampir kesemua ruang dan perabot di sini diubah dan ditukar. Yang pasti ia sangat selesa dan memberikan ketenangan buat pengunjung.
Bukan itu sahaja, Espira Sri Petaling juga turut memperkenalkan hampir 50 menu baharu. Aku sempat mencuba sendiri beberapa menu mereka. Antaranya ialah,
- Salmon Bakar
- Caeser Salad bersama Salmon Salai
- Daging Sirloin Panggang
- NZ Lamb Chop Panggang
- Fettucini Beef Stroganoff
- Daging Halia bersama Nasi
- Sup Ekor
- Kacang Pool
- Mee Sup Wantan
- Nasi Goreng Sri Petaling
- Cili Padi Chicken Chop
Nasi Goreng Sri Petaling : RM20 |
Cili Padi Chicken Chop : RM18 |
Sup Ekor : RM20 |
Terdapat pelbagai pilihan makanan di sini yang boleh dipilih. Portion makanan juga sangat memuaskan. Memang betul-betul kenyang. Harganya pon berpatutan.
Caeser Salad bersama Salmon Salai : RM15 |
Fettucini Beef Stroganoff : RM22 |
Mee Sup Wantan : RM18 |
Rasanya memang betul-betul sedap. Antara menu yang menjadi pilihan aku ialah Sup Ekor, Salmon Bakar, Salmon Salad, NZ Lamb Chop Panggang dan Beef Stroganoff Fettucini. Menu-menu sangat sedap dan kaya dengan rasa.
Kacang Pool : RM12 |
Salmon Bakar : RM38 |
NZ Lamb Chop Panggang : RM40 |
Sekiranya mereka mengekalkan kualiti makanan seperti mana yang kami dapat, InsyaAllah pasti ramai akan datang berkunjung untuk menikmati hidangan-hidangan di sini.
Daging Halia bersama Nasi : RM15 |
Daging Sirloin Panggang : RM35 |
Sekiranya korang penasaran untuk rasa kesedapan makanan di sini, jangan lupa datang singgah makan di Espira Sri Petaling. Aku percaya korang pasti suka. Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini dan apa yang mereka tawarkan, boleh terus ke laman sesawang mereka di,
HOTEL ESPIRA SRI PETALING
30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waze : Hotel Sri Petaling
No comments:
Post a Comment