Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semasa aku menjejakkan kaki ke Rumah Makan Sri Muallim yang terletak di Tanjung Malim Perak, membuat aku bermonolog dalaman, "Sejak bila rumah makan nie wujud ?". Sebagai seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru sahaja berkonvo pada bulan Oktober 2017 yang lalu, aku agak terpinga-pinga. 4 tahun bermastautin di bumi Tanjung Malim, tidak pernah pula nampak Rumah Makan Sri Muallim. Sedangkan perjalanan menuju ke kampus baru UPSI di Proton City wajib lalu depan rumah makan nie.
Setelah mendengar cerita dari pemilik rumah makan nie, barulah semuanya masuk akal. Rumah Makan Sri Muallim baru sahaja beroperasi pada bulan March yang lalu. Aku officially habis belajar pada bulan February. Patutlah tak pernah tahu. Sebelum nie, rumah makan nie berwarna silver dan kosong tiada penghuni.
Sekarang sudah dikomersialkan, dicat baharu dan telah menjadi salah satu tarikan di daerah Tanjung Malim nie.
Menurut pemilik rumah makan ini, En Rizal, beliau berbelanja hampir setengah juta untuk membeli dan membaik pulih rumah kampung ini. 9 tahun rumah nie kosong tidak berpenghuni. Rumah makan ini merupakan binaan asal rumah itu. Tiada apa yang diubah melainkan membaik pulih dan dicat baharu.
Makan duduk bersila di atas tikar mengkuang. Kampung style !
Minimalis. Kampung style !
Rumah Makan Sri Muallim sangat unik sebabnya ia berkonsepkan kampung tradisional Melayu klasik. Baik dari segi menu mahupon hiasan dalaman rumah makan nie. Bahkan peralatan-peralatan seperti pinggan dan mangkuk serta tudung saji juga sangat memberikan aura kampung kerana semuanya bercirikan klasik. Korang pasti tahu pinggan kaca kampung klasik macam mana kan ? Pinggan itulah yang digunakan di sini. Sangat unik !
Bermain permainan tradisional, congkak. Kampung style !
Bahan mentah yang terdapat di dapur Rumah Makan Sri Muallim. Kampung style !
Bedak muka legend dan juga celak klasik. Kampung style !
Menu-menu tradisional kampung menjadi pilihan makanan di sini. Cakap sahaja mahu menu apa, semuanya ada.
Set Nasi Tampi
(Harga RM 111 - RM 150, tertakluk kepada harga pasaran bahan mentah, takkan lebih daripada RM 150)
(Harga RM 111 - RM 150, tertakluk kepada harga pasaran bahan mentah, takkan lebih daripada RM 150)
Antara menu-menu yang disediakan di Rumah Makan Sri Muallim ialah Set Nasi Tampi, Asam Pedas Daging, Ayam Penyet, Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api, Pengat Ubi, Gulai Daging Salai, dan macam-macam lagi menu kampung.
Dari segi rasa, sudah pastinya sedap !! Aku sangat suka menu Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api tu.
Rumah makan ini mampu memuatkan seramai 500 orang dalam satu masa. Pengunjung boleh memilih sama ada mahu makan bersila di dalam rumah mahupon duduk di luar di tempat yang disediakan. Tapi sudah pasti korang semua mahu makan cara kampung duduk bersila semua tu kan. Barulah dapat feeling aura kampung tu.
Soal parking tidak perlu risau. Kawasan rumah makan nie sangat luas. InsyaAllah cukup untuk semua. Surau juga ada disediakan di tingkat bawah. Pokoknya, semua benda lengkap dan mampu menampung ramai orang dalam satu masa.
Sekiranya korang nak buat gathering ke, or ada function-function tertentu, boleh lah call/whatsapp pemilik rumah makan nie untuk tempah, sebab takut tak muat and habis makanan. Waktu tengahari ramai menyerbu rumah makan nie, jadi bila dah petang-petang sikit tu, makanan semua pakat nak habis. Jadi kepada mereka yang nak walk-in, dinasihatkan supaya datang awal. Takut korang gigit jari nanti. Hihi
RUMAH MAKAN SRI MUALLIM
Lot 4620, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjung Malim
(Seberang Pau Yik Mun, berhampiran kampus lama UPSI)
WAZE : Rumah Makan Sri Muallim
FACEBOOK : https://www.facebook.com/rumahmknmuallim/
TEL :
012-582 8087 (En. Rizal)
011-3291 9581 (Pn. Rozana)
Dibuka setiap hari (10 AM - 5 PM)
(Akan ditutup sekiranya ada tempahan catering 1000pax keatas)
Harga makanan di sini pon berpatutan
Jikalau anda ingin merasai menu tradisional kampung dan keunikan makan cara kampung, anda wajib singgah makan di Rumah Makan Sri Muallim yang terletak di Tanjung Malim Perak ini. Pasti tidak mengecewakan !
Team Travelogue Malaysia bergambar kenangan bersama En Rizal dan Pn Rozana,
pemilik Rumah Makan Sri Muallim.
pemilik Rumah Makan Sri Muallim.
Semoga perusahaan Rumah Makan Sri Muallim terus maju dan memberikan rezeki yang melimpah ruah. Aminnn !
Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea
kerana telah menaja travelogue kali ini.
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea
kerana telah menaja travelogue kali ini.
Makan dalam rumah sambil dok bersimpuh tu macam makan kat rumah sendiri dan bukannya pergi rumah makan. Satu pengalaman yang berbeza semestinya. Tak pernah dengar lak rumah makan buat macam ni.
ReplyDeleteWaa memang rare la konsep kedai makan dia. Bagus untuk promosi tradisi melayu. Tapi orang perut boyot susah sikit la nak makan kat sini. Takut tak nampak pinggan haha
ReplyDeleteuih legend betul...best la dapat makan suasana kampung ni. best idea pemilik rumah makan ni.
ReplyDeletecakap pasal kampung style ni.. bab makan memenag best giler sebab ada buha2 tempatan, ada masakan tradisional yang best-best dan paling penting.. tuuuu.. ada ulammmmmm .. aiyoo.. meleleh air liur.. Bestnya Rumah Makan Sri Mualaim ni.. boleh la pi nanti.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih
ReplyDeletealahai.. sukanya konsep kedai makan macam ni! sangat kemelayuan! Hopefully tempat macam ni akan lebih mendapat publisiti supaya boleh bertahan. Makanannya pun mesti sedap, kan!
ReplyDeleteCantiknya rumah dia. Saya suka betul rumah-rumah tradisional ni sebab unik dan lain antara satu sama lain. Lauk-lauk kampung tu Ya Allah, dah lama sangat tak merasa
ReplyDeletePelik gak kalau Rumah Makan ni dah lama beroperasi tapi bro tak pernah perasan walhal hari-hari lalu..hehe..nasib baik baru je beroperasi kan.. unik!
ReplyDeleteCantik giler hiasan dalam rumah tu memang nampak kampung style nye tu. Lauk lauk pun semua sedap2 nampam. Harga pun tak mahal mana pun nampaknya tu. Bolehah cuba kalau lalu tg malim.
ReplyDeleteYum yum selera kampung! Tapi jauh sgt klau saya nak try...Klau ada rezeki nnti la
ReplyDeleteunik dan kekalkan hiasan kampung tu paling penting. best
ReplyDeleteSedapnya 😍😍 Baru baca, perut dah berkeriot. Haha. Menarik konsep oranf kampung ni. Boleh ajar anak2 cara tradisional orang dulu-dulu. Kena singgah ni!
ReplyDeleteWah, unik terasa seperti suasana berada dikampung. Menu pula lauk kampung lagilah. :)
ReplyDeletememang sangat2 sedap sampaikan kami makan kesemuanya, macam2 menu yang ada kalau boleh nak tapau sekali. saya suka itik dan kamben. orang depan saya makan ikan sepat 2ekor lagi. memang korang kena try tau!
ReplyDeleteWow this place is so cozy and unique, too bad it's soooo from my place. So wanted to try it!
ReplyDeleteOkay, next time pergi Perak nak makan kat sini. Tergoda sangat tengok makaman dalam entry ni
ReplyDeleteRumah melayu lama ni sangat cantik sebab dipelihara dan dijaga... makanan kampung tu nampak sedap sekali... waaahahahahhhhhhhhhhha
ReplyDeletemakan bersimpuh, lauk-lauk kampung.. bestnya. dalam rumah pun cantik je
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Menarik sangat design rumah kampung yang kini tidak ramai mengekalkannya. Saya juga selalu ulang-alik from Kuala Lumpur to Penang, might take a chance to visit!
ReplyDeleteoh babe rumah ni cantik gila doh !!!! ni nak pergi melawat rasanya ! :)
ReplyDeleteNicely cantik dekorasi kampung style yang ditonjolkan.. LeYa macam dah tersuka dan nak pergi je bila ke sana...
ReplyDelete