Assalamualaikum dan salam sejahtera
16 December 2010 merupakan tarikh jejakakaula.blogspot ditubuhkan. Pejam celik pejam celik dah tujuh tahun usia blog aku nie. Menulis atas dasar minat untuk bercerita. Tak sangka ia menjadi sumber rezeki aku dari zaman aku belajar sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. Terima kasih jejakakaula.
Sejarah header yang pernah jejakakuala guna
Mengimbau semula detik penubuhan blog nie, ketika itu aku berusia 17 tahun. Muda remaja gituee. Baru sahaja tamat menjawab paper SPM, paper subjek Pendidikan Quran dan Sunnah (Dapat A+ okay. Mohon tepuk tangan sikit). Malam tu terus tubuhkan blog. Dulu aku cuma baca satu blog je. Blog kawan sekelas aku, Farah. Sebab baca blog dia nie lah yang membuatkan aku nak berblogging.
Aku suka baca blog dia sebab aku suka baca penulisan English dia. Seronok ! Aku berharap satu hari nanti aku boleh berbahasa Inggeris sebagus dia. Dari zaman sekolah, Farah nie memang hebat English. Essay dia best untuk dibaca dan dijadikan rujukan.
Since tertubuhnya blog aku nie, aku terdedah kepada lebih banyak blog-blog lain. Dari situlah aku kenal orang-orang hebat dalam dunia blogging. Seperti Maria Elena, Cik Epal, Nisa Kay, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Hizami Li dan ramai lagi. Tapi Maria Elena is my most favourite blogger lah. Hihi
And masa tu rezeki pulak, aku berpeluang berbuka puasa sama dengan Maria Elena pada saat jejakakaula belum genap setahun penubuhannya. Masa nie aku memang gila betul dengan Maria Elena. Aku punya lah asyik dok bercerita pasal dapat berbuka puasa dengan Maria Elena nie dekat family aku. Even dah sebulan lebih pon masih lagi tak boleh nak move on sampai my family was like "Can you stop with that Maria Elena thing. We had enough". LOL
Aku suka tengok vlog dia. Dia suka vlog benda-benda random yang everyone can relate to. Dan yang paling best vlog dia dating dengan boyfriend dia a.k.a Dato' (Sekarang nie dah jadi husband dia). Sape masih ingat zaman-zaman Maria Elena aktif dengan vlogging ? Rindu lah zaman tu. Sekarang dia dah tak seaktif dulu. Mungkin faktor dah kahwin kot kan.
For those yang nak baru nak start buat blog, aku ada 2 perkara nak bagi tips.
1. Jangan blog kerana duit. Yes, berblog boleh buat duit. Tapi percayalah, once kau berblogging and tak dapat hasil apa-apa. Kau akan start fed up and berhenti. Nak dapat income through blog bukan ada jalan pintas. Kadang ambik masa. Sebab tu aku cakap, jangan buat blog sebab duit. Berblog lah sebab kau cinta. Kau suka bercerita dan berkongsi cerita. Nescaya, blog kau akan sentiasa hidup biarpon tidak menjana apa-apa. Sebab rata-rata akan tanya aku cara untuk buat blog sebab nak menjana income. Come on !
2. Jangan share cerita cinta kau di dalam blog. Kau pergi dating ke, or cara kau berkenalan dengan si dia ke, please elakkan daripada cerita dalam blog. Unless kau dah berkahwin, boleh lah kot nak cerita. Yang tu tak apa lah. Tapi time baru nak cintan-cintun nie, cuba elakkan. Huhu
So itu je. Semoga aku terus istiqamah dalam mengupdate, agar blog jejakakaula sentiasa "hidup" dan memberi rezeki sampingan buat aku. Korang-korang yang sudi membaca entri-entri dalam blog aku, terima kasih naa.
Keep supporting jejakakaula okay ! Ce bagi satu like sikit dekat facebook page jejakakaula : KLIK
Kalau ada yang nak bagi job review ke, or invite untuk cover event ke, boleh lah contact aku. Cuma untuk review, aku tak ambil job untuk review produk-produk penjagaan muka. I wont review something that i dont use. Kalau benda lain, aku okay je. And untuk kawan-kawan aku yang mempunyai business tu, janganlah simply because kita nie kawan, kau pon suruh aku promot produk kau dalam blog. Kalau kau meniaga untuk mendapatkan income sampingan, aku pon berblog untuk dapatkan income sampingan. So faham-faham lah.
Ouh ya, for those yang nak business card, boleh contact kawan aku nie. Dia buat business printing. Harga murah-murah sajo. Aku buat business card daripada dia lepas kena tegur dengan satu wartawan nie semasa aku menghadiri event Air Asia tahun lepas. Aku ingat lagi masa tu event pembukaan route ke Sapporo Japan. Dia perli aku sebab tak ada namecard. Perghhh ! Makan dalam bhai. Balik tu terus survey harga business card dekat instagram. And kebetulan ada kawan aku buat business printing nie, so aku pon buat lah dekat dia.
3 box : RM 45
5 box : RM 55
10 box : RM 85
Free design dan free postage untuk semenanjung Malaysia
Whatsapp/call : 013-649 3088
Facebook : www.facebook.com/fizirazimanprinting
Instagram : fizirazimanprinting
Bukan setakat business card, korang nak calendar or macam-macam lagi, boleh tengok dekat facebook or insta dia untuk tengok perkhidmatan apa yang dia buat.
So once again, selamat ulang tahun ke-7 buat Jejakakaula !
Wah, thank you for mentioning my blog. Tak dan lah nak menulis dalam English lagi. Nak menulis guna bahasa rojak balik.
ReplyDeleteHonestly, you are actually one of the reasons why I decided to start blogging again. Aku rasa macam bestnya la baca si Zharif ni. So, for that, thank you so much! :)
And congratulations for the 7th anniversary! Dah jauh dah jejakakaula ni melangkah :D