Thursday, December 21, 2017

Eat Travel & Ride Bersama KINGZ Motorcycle Group

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 8 hingga 10 Disember lalu, aku berkesempatan mengikuti media trip berkonvoi bersama abam-abam motor besar. Motor bukan calang-calang motor tau, motor semua stok Harley Davidson okay. Bergetar tulang rusuk melihatnya. Actually tak bergetar sangat. Sebab sekarang nie aku sedikit takut naik motor selepas terlibat dalam kemalangan tahun lepas. Hihi.


Tapi brother-brother Kingz Motorcycle Group (MG) steady je berkonvoi dari Kuala Lumpur menuju ke Johor, sehinggalah masuk ke Singapura. Haruslah steady sebabnya, trip kami kali ini mendapat kerjasama daripada pihak PDRM yang mana mereka mengiringi kami sepanjang perjalanan. Sebab tu smooth je perjalanan kami. Aku dekat dalam kereta dah feeling rasa macam Beyonce datang Malaysia. Sebab abam-abam polis tahan semua kenderaan untuk beri laluan kepada konvoi kami. Maka berlambai-lambai tangan acah-acah miss world aku dalam kereta tu. Ouchhh.


Perjalanan kami bermula di MATIC, Kuala Lumpur. Gigih ayah aku hantar aku pagi-pagi buta ke sana. Jam 4.30 pagi aku dah bertolak dari Banting tau. Ayah aku kerja pagi tu, so terpaksalah hantar aku pagi-pagi buta. Sebaik semua berkumpul, kami pon memulakan perjalanan pada jam 10 pagi.

KL CITY GALLERY


Destinasi pertama kami ialah KL City Gallery. Ini merupakan pertama kali aku sampai ke sini. Rupanya kat sini lah terdapatnya landmark I Love KL tu. Selama nie nampak orang bergambar kat situ tapi tak tahu dekat mana benda nie. Rupanya dekat sini.



Kuala Lumpur City Gallery nie merupakan tempat di mana ia memberi fakta-fakta mengenai Kuala Lumpur. Baik mengenai sejarah Kuala Lumpur mahupon Kuala Lumpur di masa akan datang. Di sinilah tempat para pelancong boleh datang untuk mendapatkan informasi mengenai kota raya Kuala Lumpur.



Di samping itu, pengunjung berpeluang mendapatkan peta Kuala Lumpur secara percuma di sini, membeli cenderamata Malaysia yang dibuat sendiri dan juga menikmati hidangan-hidangan menu Makanan Malaysia di The Arch Cafe.




Dan part yang paling best, korang boleh mengabadikan kenangan dengan bergambar di dalam KL City Gallery nie yang sangat insta-worthy. Jom ramai-ramai melawat KL City Gallery.

No 27 Jalan Raja Dataran Merdeka
50050 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2698 3333

Masa : 9 AM - 6.30 PM (Dibuka setiap hari termasuklah cuti umum)

Entrance fee : RM 5 (Promosi cuti sekolah, harga biasa RM 10)
 Warga emas dan kanak-kanak berusia bawah 3 tahun masuk percuma

Free Wifi

Kami pon meneruskan perjalanan ke arah selatan. Sempat singgah ke Nouvelle Hotel untuk bergambar. Aku difahamkan, salah seorang ahli Kingz MG adalah pemilik hotel nie. Sebab tu mereka singgah ke sini untuk sesi bergambar. Lepastu sambung semula perjalanan.


Dan kami pon meneruskan perjalanan menuju ke selatan.

A post shared by Zharif Azis (@zharif93) on

MINI MALAYSIA & ASEAN CULTURAL PARK, MELAKA

Ini merupakan pertama kali aku sampai ke sini. Di sini terdapatnya senibina-senibina tradisional masyarakat Malaysia dari seluruh negara. Jadi korang boleh tengok keindahan senibina masyarakat setiap negeri di Malaysia. Memang cantik-cantik. Tapi sayang sekali, aku tak dapat nak teroka satu per satu. Dapat tengok dari jauh je.



Selain dapat meneroka senibina-senibina tradisional yang terdapat di sini, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan berpeluang sama-sama menari di pentas bersama penari-penari tersebut.



Berikut merupakan harga tiket masuk untuk ke sini. By the way, dekat sini juga, terdapat senibina-senibina rumah tradisional negara-negara Asia yang lain. Korang boleh bermain permainan tradisional yang disediakan dan menyelami aktiviti-aktiviti masyarakat yang hidup di kampung dekat tempat nie. Jadinya, banyaklah tarikan yang terdapat dekat Mini Malaysia & Asean Cultural Park nie. Jemput datang ke sini sekiranya anda berada di Melaka.


Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Masa : 
Isnin - Khamis (9.00 am - 5.30 pm)
Jumaat - Ahad & Cuti Umum (9.00 am - 6.00 pm)

Tel : 06-2349 988
Email : enquiry@minimalaysiaasean.com

Kami pon meneruskan perjalanan ke Johor. Tapi sebelum tu, kami singgah makan tengahari di Restoran Lot Lapan Lima di Kampung Durian Daun Dalam, Melaka.

MILLESIME HOTEL


Sebaik sampai di Johor, kami terus check in di Millesime Hotel yang terletak di Iskandar Puteri. Millesime Hotel nie mempunyai 18 tingkat dan mempunyai sebanyak 161 bilik. Rekaan dalaman dia agak bercirikan kemewahan. Even kaki lima dari bilik ke bilik juga sudah membawa aura mewah itu. Dinding dia cantik.


Kemudahan di setiap bilik memang tip-top bagi pendapat aku. Ada Flat-screen TV, AC, water heater, refrigerator, hair dryer, hot shower, dan yang paling penting adalah seterika dan iron board. Aku nie jenis yang tak suka baju berkedut, jadinya aku amat memerlukan seterika. Jadi kalau stay dekat hotel yang tak ada seterika, aku agak turn off sikit. Dekat Millesime Hotel nie, seterika ada di setiap bilik. Sangat bagus !


Malam sebelum hari kejadian, aku call front desk kot untuk tanya mengenai seterika, so that aku tak perlu nak bawak seterika sendiri dari rumah. Hahahaha. Antara kemudahan lain yang terdapat di hotel nie ialah kolam renang, convenient store, fitness room, family spa, laundry services, surau, 24-hour room service, dan macam-macam lagi. Korang boleh lihat dekat website Millesime Hotel nie untuk lebih details.


Ruang bilik kami sangat luas. Sangat berpuas hati. Cumanya bilik mandi punya penghadang untuk shower sangat kecil kelebarannya. Jadinya bila mandi, air dia akan terpercik keluar dan mengakibatkan lantai sekitar tu basah dan licin. Mungkin pihak hotel boleh memanjangkan lagi kelebaran penghadang itu supaya air tidak terpercik keluar.

Swimming Pool di Millesime Hotel


Di sinilah tempat kami bermalam selama 3 hari 2 malam.

Jalan Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 
79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim

Tel : 07-509 8866

Email : info@millesime-hotel.com

ANNUAL DINNER KINGZ MG


Pada belah malamnya, terdapat annual dinner yang diadakan oleh kelab Kingz MG di ballroom hotel Millesime Hotel. Annual dinner Kingz MG kali nie menyaksikan beberapa ahli baru dan juga penyerahan jaket kepada mereka. Penyerahan jaket kulit ini merupakan simbolik kepada ahli baru yang diterima masuk ke dalam kelab Kingz MG.


Kami juga dihiburkan dengan live band pada malam itu. Sesi cabutan bertuah pon turut diadakan. Tapi cabutan bertuah nie hanya untuk ahli kelab sahaja. Kami krew media tak ada. Sedih je.



Hidangan makanan pada malam itu sangat sedap. Seriously sedap gila sampai aku lupa nak ambik gambar makanan yang terhidang. Sempat ambik gambar dessert je. Jadilah kan.


Sebaik sahaja dinner tamat, kami pon pulang semula ke bilik masing-masing untuk berehat. Aku semalaman tak tidur sebab takut terlajak tidur tak bangun pulak pagi nak bertolak tu. Sempat tidur dalam kereta. Itupon sekejap-sekejap je. Balik bilik terus bantai tidur tak ingat apa.

Motor-motor abg PDRM yang mengiringi kami ke Johor.

Keesokkan paginya, kami bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan penjelajahan sekitar Johor. Abam-abam Kingz MG semua terus gerak menuju ke kota singa, Singapura. Manakala kami team media dan abang-abang PDRM serta JPAM, meneroka bumi Johor dengan menaiki dua buah bas.

Recikk tak bas kami ? 


STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS

Destinasi pertama kami ialah Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos. Stadium ini juga dikenali sebagai Stadium Larkin. Nama stadium ini diberi bersempena dengan nama menteri besar Johor. Stadium ini dibina pada tahun 1964 yang mampu memuatkan seramai 30 000 orang penonton. Stadium ini kini dimiliki sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor.



Bas-bas pemain JDT yang sangat merecik. Bas yang warna silver tu dipanggil Chrome. Tak tahu pasaipa. Memang cantik luaran bas-bas nie. Lagi-lagi yang warna silver tu. Those who wish to see the interior design of the bus, sorry guys, picture is not available. Kami krew media pon tak dapat masuk dalam bas tu. Sedih !



Anyway, kami tak masuk pon ke dalam stadium nie sebabnya stadium nie tengah dalam proses baik pulih. Jadinya, tour guide kami kata kalau ambik gambar and gambar tu masuk dalam social media, nampak tak menarik pulak jadinya. So tak dapatlah kami masuk.


Di sebelah pintu masuk utama stadium nie, terdapat satu kedai rasmi JDT. So kepada mereka-mereka yang begitu fanatik akan bola sepak, boleh dapatkan koleksi-koleksi jersey dan macam-macam lagi barang pasukan bolasepak JDT dekat sini.



Dekat bahagian belakang stadium, terdapat satu tempat dipanggil Markaz. Markaz nie tempat di mana fan club bolasepak JDT beroperasi. Dekat sini terdapat jualan-jualan baju dan beberapa barangan JDT lain.



Boys of Straits merupakan nama club peminat untuk pasukan bolasepak JDT. Adakah anda juga peminat JDT ? Boleh lah datang melawat ke stadium nie.

Jalan Dato Jaafar, Larkin
80350 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

ISTANA BUKIT SERENE


Istana Bukit Serene merupakan kediaman rasmi Sultan Johor. Istana ini terletak di Bukit Serene, Johor Bahru dan menghadap selat Johor. Orang awam tak boleh masuk pon. Cuma dapat melihat keindahannya dari luar pagar sahaja.


Orang kata, kalau tak bergambar di landmark mahkota nie, consider macam tak datang Johor. Landmark mahkota nie merupakan salah satu tarikan utama pelancong-pelacong yang datang ke Johor.

Personally aku rasa landmark mahkota nie sangat cantik dan indah. 

PUSAT LATIHAN TERTUTUP JDT (INDOOR STADIUM)


Kami sempat melawat Pusat Latihan Tertutup JDT yang mana stadium ini digunakan buat pemain-pemain bolasepak pasukan JDT sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan. Terdapat dua padang bola yang ada di sini. Satu padang bola terbuka dan satu lagi padang bola tertutup.


Walaubagaimanapon, orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam pusat latihan tertutup JDT ini. Orang awam hanya dapat melihat dari luar sahaja. Indoor Stadium JDT ini dibina menggunakan duit TMJ sendiri tau. Boleh lihat betapa sayang dan cintanya TMJ terhadap pasukan bolasepak JDT nie. Sanggup berhabis duit untuk keselesaan pemain-pemain JDT.


Di sekitar Stadium Tertutup JDT ini terdapat satu restoran yang diberi nama JDT Cafe. JDT Cafe nie dibuka pada jam 3 petang sehingga 1 pagi. Cafe ini baru sahaja beroperasi lebih kurang setahun lebih yang lalu.

Selain itu juga, Menara Jam di Dataran Bandaraya ini juga bersebelahan dengan stadium tertutup JDT. Ia juga merupakan salah satu tarikan pengunjung untuk hadir ke sini. Aku difahamkan, pada belah malam dataran ini akan dipenuhi dengan pengunjung. Hal ini kerana, food-food truck akan menapak di dataran ini untuk meniaga.

DAPOR WARISAN

Untuk makan tengahari hari itu, kami makan di Dapor Warisan yang terletak di seberang jalan Stadium Tertutup JDT. Sedap sungguh lauk-pauk di sini. Semua ada. Ayam ada, daging ada, udang ada, ikan pon ada dan macam-macam lagi. Rambang mata betul nak pilih. Yang pasti, semuanya sedap !


Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik angklung yang dimainkan oleh the angklung man. Sangat berbakat pemuda itu. Hats off brother !


Dapor Warisan

Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Dibuka setiap hari
12.00 tengahari - 11.30 malam

Tel : 013-705 7301


Kami sempat singgah di tapak pembinaan Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang mana ia bakal menjadi stadium rasmi tuan rumah. Stadium ini dijangkakan siap pada penghujung tahun 2019. Stadium ini mampu memuatkan seramai 40 000 orang penonton dalam satu masa. Kedudukan stadium ini dibina agar dapat menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

FOREST CITY


Kami juga berkesempatan melawat Forest City. Sebelum nie cuma tengok dekat berita je mengenai Forest City. Alhamdulillah, trip nie aku dapat pergi sendiri tengok kawasan sekitar Forest City.


Actually Forest City nie belum siap lagi sepenuhnya. Tahun 2035 baru completely siap. Konsep Forest City adalah hutan di dalam bandar. Memang menarik sangat, sebabnya dalam membangunkan negara, kehijauan negara kita semakin berkurangan. Jadinya, aku sangat suka konsep yang cuba diketengahkan dalam pembinaan Forest City.



Malaysia telah tersenarai dalam tempat paling terbaik untuk hidup selepas bersara. Jadinya Forest City dibina untuk persediaan ke arah itu. Pemilikan rumah di Forest City adalah freehold. Jadinya sesiapa sahaja boleh membeli unit rumah di sini. Sebab tu kot, ramai penduduk Malaysia tak puas hati masa projek Forest City nie dimulakan.


CAFE DROPTOP

Kami juga sempat singgah minum petang di sebuah kafe yang terdapat di sini. Nama kafe tu ialah Cafe' Droptop. Aku sangat sangat recommend korang datang dekat kafe nie !!


Orang yang bawa kami meronda sekitar Johor nie suggestkan tempat makan nie kerana dia suruh rasa Icetop dekat sini. Icetop nie lebih kurang macam ABC lah. Tapi rasa dia sangat-sangat sedap !!!


Icetop mangga telah menjadi pilihan aku. Ada dua jenis je, satu Icetop mangga dan satu lagi Icetop kacang. Aku tak berapa minat kacang merah so mangga lah pilihanku. Ya Allah sedap gila weyhhh !!! Serious sedap sangat. Ais batu dia bukan pakai mesin ABC yang kita selalu nampak tu. Dia pakai mesin lebih canggih. Dan rasa ais dia lain-dari yang lain sebab mesin tu mengisar sambil letak susu. Mesin tu first time aku nampak.


Aku tak tahu nak cakap sedap macam mana lagi. Korang wajib cuba ice top nie. Harga dia memang agak sedikit mahal tapi sangat worth it. Portion dia besar weyh. Boleh share dua orang. Aku makan pon tak habis. Actually bukan tak habis, tapi disebabkan ramai sangat, jadi order aku lambat sikit. Eh lambat banyak. So aku tak sempat nak habiskan, dorang nak gerak dah. Next time kalau aku datang Johor lagi, aku nak singgah beli Icetop nie. Serious sedap gila !!




Kek yang aku tempah pon entah sape yang kebas. End up aku terpaksa ambik muffin cokelat tu. Dari segi servis, aku rasa cafe nie kena pertingkatkan lagi. Sebabnya tersangat lambat. Tapi nasib baik rasa dia sedap. Walaupon servis lambat, aku tetap recommend korang datang sini. Icetop mangga dia sumpah sedap teramat sangat !


Cafe Droptop

2f Fishman Whart, Island 1 Forest City
Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pok Gelang Patah.

Instagram : DroptopMalaysia

Tel : 012-773 0832

Open daily : 8 am - 8 pm


TRISHAW CITY TOUR


Pada belah malam pula, kami menaiki beca mengelilingi Johor Bahru. Perkhidmatan beca ini baru sahaja diperkenalkan bulan lepas. Perjalanan beca ini bermula dari Hotel Amari dan akan mengelilingi kawasan di sekitar situ.


Sempat kami berbual dengan pemandu beca kami. Agak terkejut bila adik nie memberitahu yang dia masih lagi bersekolah dan rata-rata pemandu beca di situ berumur dalam lingkungan 11 hingga 18 tahun. Sangat tabik dengan mereka. Kecil-kecil sudah mencari rezeki memanfaatkan waktu cuti sekolah.



Starting point : Hotel Amari

Bayaran : RM 15 sekepala untuk malaysian. Non Malaysian double the price.

GRAND BAYVIEW RESTAURANT

Malam tu kami makan di Grand Bayview Restaurant.



Segar-segar makanan laut di sini. Dan rasanya juga boleh tahan sedap.

Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru

Open Daily : ( 11.30 AM - 3 PM ) dan ( 6.30 PM - 12 AM )

Tel : 07-226 1688


KENDURIANS

Malam tu jugak, lepas je habis makan malam, kami singgah makan durian. Gigih jugaklah cari durian malam tu di pekan. Memang kenyang durian kami malam tu. Sedap gila !




Pada keesokan harinya, kami pon check out daripada hotel untuk beransur pulang. Tapi sebelum tu, kami ada beberapa lagi destinasi untuk singgah bersama dengan abam-abam motor Kingz MG


PUTU BAMBU JURIAH


Kami singgah membeli Putu Bambu Juriah yang berada di Ayer Hitam. Orang kata sedap sangat putu bambu nie dan aku sangat setuju. Memang sedap pon Putu Bambu Juriah nie.


Taman Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam Johor

Tel : 017-747 3550

KARI KAMBING 40 HARI


Seterusnya, kami singgah makan tengahari di Restoran Kari Kambing 40 Hari. Perghhh ramai gila orang dekat sini. Beratur panjang kot. Nak dapat meja pon kena tunggu orang lain habis makan. Laku keras tempat nie !


Taste wise, bagi aku okay-okay saja. Sebab aku pernah makan nasi arab lagi better dari tempat nie. Tapi oleh kerana tempat nie viral, jadi korang kena lah rasai sendiri macam mana. But for me, okay-okay saja.


Harga untuk satu dulang nie adalah RM 48. Boleh share untuk 4-5 orang. Besar portion dia.

Jalan Besar 83700 Yong Peng Johor.

Waktu operasi : 7.30 AM - 3 PM

Tel : 019-627 2243

HYPE MOTORSPOT HOTEL, NILAI



Destinasi terakhir kami ialah di Hype Motorspot Hotel Nilai untuk minum petang. Hotel nie masih lagi baru beroperasi. Apa yang aku boleh kata, aku suka konsep hotel nie. Konsep yang bercirikan motorsport yang mana dekorasi-dekorasi di hotel ini dipenuhi dengan tema kereta lumba.


Hotel ini dimiliki oleh 3 sekawan, En Johari, Tuan Haji Anuar dan Mr Chong. En Joharimerupakan seorang pelumba. Jadi tidak hairanlah hotel ini berkonsepkan kereta lumba. Apa yang menariknya di hotel ini ialah, terdapatnya tema-tema kereta lumba. Tema Harley Davidson, tema Michael Schumacher dan juga tema Valentino Rossi.


Hotel ini berhampiran dengan pelbagai kemudahan kerana ia terletak di tengah bandar Nilai. Bahkan, nak ke lapangan terbang antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hanya 15 minit dari hotel nie. Menurut pemilik, hotel ini sering dijadikan persinggahan untuk mereka-mereka yang datang dari jauh untuk mengerjakan umrah dan haji. Mereka akan menginap di sini sebelum berlepas ke tanah suci.


Rate harga untuk satu malam dari RM 150 hingga RM 280 mengikut jenis bilik. Sekiranya anda ingin merasai kelainan, boleh lah jadikan hotel ini sebagai pilihan. Untuk mereka yang amat menggemari suka lumba, wajib cuba bermalam di hotel ini.



Hype Motorspot Hotel Nilai

Lot No 31582, Putra Nilai, 
71800 Mukim Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus

Feisal Wanchik (Sales Manager)
012-375 5704


____________________________________________________________

Ribuan terima kasih aku ucapkan buat Gaya Travel for having me again. Tak lupa juga buat anggota PDRM dan JPAM yang terlibat dalam memastikan perjalanan Eat Travel & Ride 2017 selama 3 hari ini berjalan lancar.

21 comments:

  1. Ala bestnya semua tempat yang awak kunjungi. lagi-lagi Konvoi macamni, memang best

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. tolonglahhh.. banyak sangat gambar2 yang buat TB rasa jeles niii.. Durian lah.. Ice top laaa.. pastu konvoi diiringi pak polisi trafik la, dok kat hotel best2 la.. jumpa ramai kawan laaa.. fuh.. travel yang bikin moment indah tuuu.. terbaikk

    ReplyDelete
  3. Jemput Join Giveaway TB yea.. tarikh tamat 31 dis ni.. hadiah wang tunai untuk dimenangi.. Pemenang dipilih secara random .. sape2 pun boleh jadi pemenang.. syarat tak banyak.. hahaha.. jom2..

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat jalan-jalan konvoi macam nie, tempat makan pun semua nampak sedap..

    ReplyDelete
  5. fuuhhh ... bila baca entri ni cam nak join la pulak .. banyak tempat yang Sal tak pernah pegi lagi..

    ReplyDelete
  6. Wahhh blogpost dia lengkap ha sepanjang trip. Kamera apa guna ni? Cantik gambar!

    ReplyDelete
  7. Konvoi mcm ni memang best..jeles tgk gambar gambar yg ada

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat jalan jalan. part takleh tahan tu yang beyonce datang malaysia haha gelak sorang sorang sha. cantiknya stadium tu!

    ReplyDelete
  9. Gambar semua superb..awesome..cantik2 dan bertuah dapat ikut trip ni...SA suka pergi trip macam ni tapi tu la xde la plak kenderaan sendiri nak pi konvoi...

    ReplyDelete
  10. eh..lawanya hotel tu...unik sgt !

    ReplyDelete
  11. Memang enjoy sangat trip ni ... eat,travel,ride... kenyang perut kitakannnn

    ReplyDelete
  12. macam-macam tempat dia pergi..giler arghhh best....sekali sekala kena ada momen spent time mcm ni...apatah lagi dengan geng satu kepala...

    ReplyDelete
  13. menarik semua tempat tu. pengalaman yang berharga ni. wow betul motor Harley Davidson tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Seronoknya konvoi macam ni banyak aktiviti. Kendurians tu yang syok :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  15. gambar semua cantik2 la tp kelakar la part nak makan sgt sampai lupa snap photo hahaha

    ReplyDelete
  16. Seronok nya dapat join konvoi macam ni. Boleh pergi banyak tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
  17. Wow! best nyer konvoi macam ini. I wish to join next round.

    ReplyDelete
  18. wow syoknya got such eat travel ride... i never know about this Kingz.

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  19. Wow, you get to visit so many historical places and enjoy our local delights. jealous of it. I wish I can join the trip and enjoy together with the rest of the geng.

    ReplyDelete
  20. fuhhhh mantap cover penuh satu post

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...