Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semasa mengikuti fam trip Travelogue South Perak, kami sempat singgah ke The MAPS yang terletak di Ipoh, Perak. MAPS stands for Movie Animation Park Studios. MAPS baru sahaja dibuka kepada umum. Kira baru lagi lah taman tema nie. Memang panas lit-lit betul masa nie sebabnya kami datang pada waktu tengahari.
Sebaik sahaja kami dapat tiket masuk, maka bermulalah pengembaraan kami di dunia animasi. Dan kami mulakan dengan The Smurf dahulu. Di sini terdapatnya teater The Smurf. Aku yakin kanak-kanak pasti suka tempat nie. Yelah, siapa yang tak suka makhluk yang berwarna biru nie kan ? Aku yang dah besar gajah nie pon teruja nak masuk ke teater The Smurf nie. Apatah lagi budak-budak.
Pada mulanya aku agak teruja untuk melihat teater nie. Bila teater nie dimulakan, aku makin teruja. Tapi malangnya, pengisian jalan cerita teater nie agak hambar sedikit. Mungkin pihak The MAPS boleh kaji balik macam mana nak buat pengunjung sentiasa teruja sehingga ke akhir tayangan teater dengan mempelbagaikan lagi watak, atau maskot The Smurf muncul secara mengejut ke dalam panggung. Itu mungkin akan lebih membuat pengunjung teruja. Secara jujurnya, aku agak sedikit kecewa dengan tayangan teater The Smurf nie.
Merchandise The Smurf ada juga dijual di sini. Ya Allah sumpah comel-comel gila semua barang-barang yang dijual di sini. Hati-hati bawak anak-anak di sini, takut koyak poket korang nanti. Hahahaha
Pengunjung juga boleh bergambar bersama maskot The Smurf. Kena beratur untuk bergambar sebabnya ramai gila yang nak bergambar dengan maskot nie. Aku malas nak beratur panjang, jadinya aku bergambar dengan pengacara yang menghiburkan pengunjung-pengunjung di The MAPS nie je sebab dia cantik sangat.
Aku seorang lelaki yang simple. Awak cantik, tinggi dan kurus, aku jatuh cinta. Kbai.
Since masa kami datang tu dah tengahari, jadinya perut pon sudah kelaparan. Kami mengisi perut di Starship Restaurant. Sangat unik restoran nie sebabnya ia berbentuk sebuah kapal angkasa.
Rekaan dalaman dia juga sangat unik. Memang betul-betul memberi aura berada dalam kapal angkasa.
Restoran nie terdapat 3 tingkat dan setiap tingkat menyediakan jenis makanan yang berbeza. Kami memilih untuk makan makanan barat pada hari itu, jadinya kami menuju ke tingkat paling atas, iaitu tingkat 3.
Teruja sungguh kami semua melihat bahan-bahan mentah kat sini. Pengunjung hendaklah memilih bahan mentah terlebih dahulu dan mereka akan masakkan untuk anda. Anda akan diberi satu alat penggera sebaik sahaja menyerahkan bahan mentah kepada tukang masak.
Once hidangan korang siap, penggera nie akan menyala dan berbunyi. Jadi, bolehlah datang ambil hidangan yang korang pilih tadi di kaunter. Aku pasti sistem nie sudah tidak asing lagi buat diri korang kan ? Aku pon tak tahu kenapa aku rajin sangat details kan macam mana benda nie berfungsi. Kbai.
Selain tu korang boleh pilih nak dessert apa di ruangan dessert. Ada salad, soup dan macam-macam lagi.
Setiap daripada kami memilih 2 bahan mentah. Kami ingatkan dia akan sekalikan dalam satu pinggan. Rupanya satu bahan mentah tadi tu untuk satu pinggan. Makanya kami semua dapat dua pinggan. Habis penuh meja kami dengan pinggan-pinggan. Serious weyhh, sedap gila ! Sos yang dituang atas pinggan tu memang sedap sangat. Tak puas makan kalau order satu pinggan je. Mujur kami semua ambik dua hidangan. Hihi
Sebaik sahaja kami selesai makan, kami pon mencuba segala jenis permainan yang terdapat di MAPS nie. Macam-macam ada, pilih je korang nak main yang mana satu. Semua permainan agak memeningkan yer. Jadinya, kalau nak main benda-benda nie, make sure jangan dilakukan selepas makan. Takut ada yang muntah satgi. Hihi
Kami gasak je main semua benda walaupon baru lepas makan. Paling best aku rasa main benda alah kereta nie. Memang syok habis ! Tambah-tambah team kami conquer tempat tu, jadinya permainan tu bertambah-tambah seronoknya.
OMG that pakcik behind me asyik dok nak menyodok je. Hahaha
Tepat jam 3 petang, kami bergegas ke Stunt Legends Arena untuk melihat aksi-aksi stunt daripada pelumba-pelumba motor dan kereta. Don't try this at home ya ! This were done by the professionals. They are very very good at it.
Tayangan aksi merbahaya ini lebih kurang dalam 15-20 minit. Anda akan menyaksikan aksi-aksi drift daripada 5 buah kereta dan juga 4 buah motorsikal. Selain itu, akan ada letupan-letupan mengejut yang dibuat. Untuk mereka yang mudah melatah, mohon tutup mulut. Hahahahaa
Boleh saksikan video aksi-aksi stunt ini dalam video yang aku sediakan di ruang paling bawah.
Akhir sekali kami ke tayangan 4D Boboiboy. Memang gempak gila tayangan Boboiboy nie. Setaraf dengan antarabangsa. Siap sekali dengan effect gegaran dan percikan air. Korang kena datang sini dan rasai sendiri pengalaman berada dalam panggung 4D Boboiboy nie. Memang best gila !
Merchandise Boboiboy juga ada dijual di sini. Semua cute-cute. Dan yang paling penting, biskut Yaya ada dijual di sini. Kalau dalam cerita Boboiboy, biskut Yaya merupakan biskut paling tak sedap dan teruk rasanya. Tapi tidak di sini kerana menurut tour guide kami, biskut Yaya di sini rasa dia sedap gila. Korang kenalah cuba nanti. Kami tak sempat nak cuba sebab rush untuk pergi ke destinasi seterusnya.
Dah penat-penat tu, singgah di Tok Aba Kokotiam untuk rasa Biskut Yaya.
Boleh saksikan video penuh sepanjang kami berada di MAPS di bawah nie. Enjoy !
Jom pakat ramai-ramai datang ke MAPS yang berada di Ipoh nie.
Persiaran Meru Jaya 3, Bandar Meru Raya
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-501 5666
Operating Hours : 10 AM - 6 PM ( Dibuka setiap hari )
Website : http://www.mapsperak.com/
Harga tiket :
Malaysian
Adult (13 years old - 59 years old) : RM 144
Child (3 years old - 12 years old) : RM 114
Senior (60 years ++) : RM 114
Ticket promotion valid until 1 January 2018
RM 550 for 5 people
Kami sangat enjoy berada di sini. Aku sangat sarankan korang datang ke sini sekiranya berada di kawasan Ipoh. Rugi kalau tak datang. Macam-macam attractions ada dalam nie. Pastikan korang alert dengan waktu-waktu yang tertera dekat jadual bagi tayangan-tayangan yang ada di MAPS nie. Sebabnya dia ada waktu-waktunya. So jangan terlepas pulak. Kang kena tunggu untuk tayangan waktu seterusnya. Jadi, rancanglah waktu dengan baik ketika korang berada di sini.
Anyway, MAPS nie masih lagi belum completely siap. Baru 85% siap. Jadinya ada part yang masih belum dibuka. Terbahagi kepada 6 bahagian di sini dan bahagian Dream Zone masih lagi belum dibuka kepada umum.
Wujudnya taman tema The MAPS, maka bertambahlah lagi satu tarikan di Ipoh nie. Pembinaan taman tema MAPS memakan belanja sebanyak RM 520 juta dan ia merupakan Animation Theme Park yang pertama di Asia.
Jom datang ramai-ramai ke sini !
Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea
kerana telah menaja travelogue kali ini.
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea
kerana telah menaja travelogue kali ini.
Dah banyak kali baca pasal MAPS ni tapi ni first time tahu harga tiket dia. Telan air liur gak bila baca tapi nampak macam worth the money.
ReplyDeletelol tak le bla, ngan awek orang puteh tu, dah tahu kena cantik baru dia suka hahaha... mahal gak MAPS ni tapi macma syok
ReplyDeleteAlaa... bestnya dah sampai Ipoh! Kita belum pernah sampai pun lagi. Banyak pula baca review positif daripada kawan-kawan!
ReplyDeletewahhh dah siap entry.. menarik jalan2 sampai tak ingat masa yang best sekali time makanan dia yang mantap dan sedap. kali kedua datang dan layan semua games memang best.
ReplyDeleteI can't wait to visit this new theme park in Ipoh, I've been driving past it my last 2 trips, that place looks awesome!
ReplyDeleteSeronok tengok gambar ko Zharif. Gila lawa! Hahaha. mohon bagi tau guna kamera apa ni. Lagi satu untunglah tinggi! Snap gambar semua view lawa! Next year akak pi MAPS. Tahun ni kita pi tempat lain dulu. Hehehe
ReplyDeleteKalau selfie guna iphone 7+ dan selebihnya guna kamera org sponsor, Canon Eos M10 😉😉
DeleteYou know what. Aku tak pernah tahu pasal tempat ini. Move over Legoland (and Universal Studios). Overrated sangat. Time to go to THE MAPS.
ReplyDeleteSelalu gak lalu tepi highway, nampak The Maps ni. Tak pernah pulak masuk. Tapi harga dia telan air liur 😂
ReplyDeletewow... menarik betul maps ni. Baru tau harga tiket kat sini.Terimakasih info
ReplyDeleteDah mcm2 tarikan menarik ada kat ipoh ya. Syiok jugak tgok tapi tgok je lah sb harga dia mak aiiii mahai bebenor
ReplyDeleteTak kesempatan lagi nak ke Maps. Lalu kat sebelah je. Nak pergi bila 100% complete. baru lah best
ReplyDeleteBetul betul betul 😉
Deleteselalu je lalu depan MAPS ni tapi belum berkesempatan pergi heee. tunggu siap 100% lah baru pergi kot hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Wahhh menarik juga MAPS ni belum pernah sampai... nak pergi jugaklah nanti follow info dekat sini... note wish list 2018!
ReplyDeletewishlist nak bawa anak-anak datang sini, hope murah rezeki anak-anak nanti
ReplyDeleteExcited! Baru tengok dah excited belum rasa sendiri lagi. Haha. Tunggu complete 100%
ReplyDeleteagaknya ala2 universal studio kan? menarik. masuk wishlist bawak anak2
ReplyDeletealamakkk macam bestlah, haritu kami gi lost world tambun, ada orang ni cakap, tak pergi ke maps alang2 dah sampai sini, akak pun blur maps tu apa, ini rupanya ye...maybe sebab tak banyak promosi jadi orang tak berapa nak tahu kot, next time insyaALLAH bolehlah bawa anak2 kesini :)
ReplyDeleteyanmieonline.com
fuh.. bestnya pi sini.. dah teringin nak book dah tadi.. sekali tengok harga tiket.. pingsan sekejap.. huhuhu.. Maps ni mas ateman dok ipoh takde plak .. time teman dha berhijrah KL kau keluar.. sabo jelahh.. aummm.. hahahaha
ReplyDeleteMAPS memang mengujakan. Kali pertam pergi masa tuh belum siap sepenuhnya. Okay...nampaknya kena pergi semula lah ni..
ReplyDelete