Saturday, December 2, 2017

Mencari Barang Hantaran di Butik Telekung Qasha

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pasangan mempelai yang hendak melangsungkan perkahwinan, sudah pastinya sedang sibuk menyiapkan kelengkapan untuk majlis perkahwinan. Nak tempah khemah, nak tempah pakej photography, tempah catering lagi. Pokoknya, banyak benda lah nak kena tempah dan beli. Serabut kan ?

So, nie nak tanyalah jugak, barang hantaran dah cukup ke ? Oppsss. Maaflah kalau pertanyaan aku nie makin menambahkan serabut korang-korang yang sedang sibuk membuat persiapan nak kahwin tu. Aku bukan nak serabutkan fikiran korang lagi, malah nak bantu korang nie.

Alhamdulillah, mujur ada Telekung Qasha !

Read : Telekung Qasha --> TQ

Salah satu dulang hantaran yang aku rasa wajib ada, mestilah seperangkat alat solat. Jadinya, bolehlah korang terus pergi ke Butik Telekung Qasha yang terletak di Bangi Sentral nie, untuk dapatkan alat-alat solat, terutama sekali telekung.


Telekung-telekung yang dijual di butik TQ sangat eksklusif. Kalau pakaian hari-hari pon nak yang eksklusif, sudah pasti lah pakaian ibadah kita pon kena eksklusif juga. Telekung Qasha yang eksklusif sudah pasti memberikan keselesaan buat si pemakai untuk beribadah.

Sesuai sangatlah nak dijadikan hantaran. Takkanlah nak bagi pasangan korang telekung beli kat pasar tu, ye dakk ? Inilah masanya, buat laki-laki di luar sana, termasuklah yang tengah menaip nie, untuk menunjukkan kasih sayang korang terhadap bakal isteri, dengan menghadiahkan telekung TQ kepada pasangan. Telekung TQ bukan sahaja untuk mereka yang sedang buat persiapan nak kahwin je, bahkan yang tengah buat persiapan haji dan umrah pon boleh datang ke butik Telekung Qasha nie. Semuanya ada dan lengkap. Tak payah pening-pening nak beli kat tempat lain. Nak hadiahkan untuk mak korang pon boleh !


Telekung yang dijual di TQ nie terdapat 3 jenis telekung.

1) Telekung Tasha
2) Telekung Dalifa
3) Telekung Zulaika

Dan yang menariknya lagi, ketiga-tiga telekung ini dinamakan bersempena nama anak-anak pengasas TQ, Pn Hjh Azilah Akashah. Ketiga-tiga telekung ini dibezakan dengan bentuk mukanya dan dikeluarkan mengikut kesesuaian pembeli dan pelanggan-pelanggan. Terdapat 2 jenis keluaran bagi setiap jenis telekung di TQ, standard dan premium.

Pada 29 November yang lalu, aku sempat berkunjung ke Butik Telekung Qasha di Bangi Sentral dan berpeluang berjumpa sendiri dengan pengasas Telekung Qasha. Kedatangan aku disambut mesra oleh pekerja-pekerja butik dan juga pengasas TQ sendiri, Pn Hjh Azilah Akashah.

Pengasas TQ, Puan Hajah Azilah Akashah

Sedikit latar belakang mengenai TQ, nama Qasha diambil bersempena dengan nama bapanya iaitu Tuan Hj Akashah Hj Abdul Samad bagi mengenangkan jasa arwah. Dari nama Akashah itu, beliau menyingkatkannya kepada Qasha. Butik ini wujud sejak tahun 2008 lagi. Butik ini terkenal dengan pakaian-pakaian islamiknya, baik untuk lelaki, perempuan mahupun pakaian kanak-kanak.

Pakaian-pakaian yang dijual, dijahit oleh tukang jahit TQ sendiri dan setiap koleksi pakaian TQ adalah limited edition. Tidak ada yang sama antara satu sama lain. Setiapnya pasti berbeza. Kebanyakkan butik-butik pakaian nie, dorang ambil dari pembekal dan rebranding kepada jenama mereka dan jual. Tapi cara itu tidak diaplikasikan di butik TQ. Di sini, mereka menjahit sendiri koleksi keluaran mereka. Itu yang istimewanya koleksi-koleksi di TQ nie. Apa yang lebih istimewa, koleksi pakaian di TQ, direka khas oleh Puan Azilah sendiri, yang juga pandai menjahit pakaian lelaki dan wanita.


Sudah menjadi adat resam dalam perniagaan, ada naiknya dan ada turunnya. Begitu juga nasib TQ. Pada tahun 2013 dan 2014 segalanya musnah kerana butik TQ di Seksyen Bandar Baru Bangi dilanda banjir teruk sehinggakan butik TQ terpaksa ditutup. Walaubagaimanapon, ketika itu TQ masih lagi menerima tempahan daripada kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan setianya.

Pada tahun 2017, TQ bangkit semula dan bertapak di Bangi Sentral. Kemunculan semula TQ dibantu oleh anak-anak Puan Azilah sendiri yang masing-masing mempunyai kelulusan ijazah dalam perniagaan dari universiti dalam dan luar negara. Mereka banyak membantu perniagaan TQ untuk menjadi lebih maju dan lebih tersohor. Kebangkitannya kali nie, TQ hanya memfokuskan pada jualan barang-barang umrah, pakaian solat dan telekung.

Apa yang eksklusif sangat Telekung Qasha nie ?

Yang eksklusif telekung di TQ nie, salah satunya ialah render yang terdapat pada kaki telekungnya. Render sulaman yang bermotifkan bunga Raflesia sudah pasti memberi impak elegan pada si pemakai. Dan render nie bukan jenis render tampal tau. Render sulaman nie dijahit terus ke kaki telekung. Sebab tu telekung TQ sangat special. Tak main lah pakai render-render tampal nie uols. Choi !


Selain itu, render kepala setiap telekung di TQ nie, terdapat sulaman berbunga "Q". Ia merupakan signature untuk telekung-telekung Butik Telekung Qasha.

Sulaman berbunga "Q" di bahagian kepala telekung

Selain itu juga, kualiti kain telekung-telekung di TQ sangat dititikberatkan. Kain jenis Spun Polyster telah dipilih kerana ia sangat berkualiti dari segi senang dijaga, ringan dan tidak pudar walaupon dipakai dengan kerap di bawah cahaya matahari. Kainnya juga sangat selesa dipakai baik cuaca sejuk mahupon cuaca panas. Ketebalannya juga dipantau supaya kain-kainnya ringan dan tidak tampak jarang untuk dibawa solat.

Apa beza antara telekung-telekung yang terdapat di Butik Telekung Qasha ?


Telekung Tasha

Tasha nama dari Natasha, anak pertama pengasas TQ. Telekung Tasha mempunyai design yang selesa dipakai buat mereka yang mempunyai wajah yang agak lebar dan besar kerana di bahagian dagunya dibesarkan untuk menutup ruang rahang dagu. Namun begitu, ia juga sesuai dipakai untuk semua bentuk wajah.

Telekung Dalifa

Dalifa nama dari Muzdalifah di Tanah Suci yang diabadikan pada nama anak pengasas TQ yang telah pergi buat selamanya ketika masih bayi lagi. Telekung Dalifa mempunyai corak muka yang berbeza di bahagian dagunya, yang mana ia ditarik hingga kebawah sedikit menampakkan muka tirus dan kecil, namun ia masih menutup aurat dan patuh pada syariah ketika bersolat. Kain likra digunakan bagi memudahkan ia diolah oleh si pemakai.

Telekung Zulaika

Zulaika nama anak keempat pengasas TQ yang diilhamkan dari nama isteri Nabi Yusuf A.S. Telekung Zulaika berbeza di kepala dan dagunya, yang mana ia berombak-ombak untuk memberi keselesaan kepada pemakai. Pada mereka yang menyukai telekung yang simple, telekung Zulaika lah jawapannya kerana ia tidak mempunyai render bunga yang sarat di bahagian kepala.

Setiap pembelian telekung di TQ didatangkan dengan kotak istimewa

Datanglah ke butik Telekung Qasha sendiri untuk menikmati potongan sebanyak 15% bagi setiap pembelian sepanjang bulan Disember nie. Bukan itu sahaja, pembeli juga berpeluang mendapat free gift misteri sementara stok masih ada. Jom pakat ramai-ramai berkunjung ke Butik Telekung Qasha untuk dapatkan telekung eksklusif buat mereka yang tersayang !

Alamat : 

6-25-01 Jalan Medan Pusat PB8A, Pusat Bandar Baru Bangi,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu operasi :

Isnin hingga Khamis : 10 pagi hingga 7 petang
Jumaat hingga Ahad : 10 pagi hingga 8 malam

No telefon

019-2687078

Boleh juga order online di website TQ ataupon platform media sosial TQ

Website : www.qasha.com.my

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di entri berikutnya.

Notakaki : Gambar first tu merupakan gambar aku dan kakak aku tau. Jangan korang mandai-mandai pulak buat andaian. Tiba masanya nanti, akan aku umumkan bidadari hatiku di sini. Choi. Ko ingat ko Beyonce ? Beyonce kahwin dengan JayZ pon senyap-senyap tau. Mohon sedar diri Zharif. Kbai

4 comments:

  1. Nampak eksklusif telekung2 di telekung qasha ni. Berkualiti dan premium. Sesuai dijadikan hadiah dan hantaran. Nk beli utk diri sendiri pun boleh. Nak hadap Allah kena lah cantik2 kan.

    ReplyDelete
  2. akak suka bahagian kepala dia.. tak payah pakai serkup dah.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Range harga dia mcm mana? Kalau compare dgn Siti Khadijah, jauh beza tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...