Saturday, December 30, 2017

Pengalaman Bekerja di WHSMITH Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah menjadi lumrah, setiap kali aku bekerja mana-mana, akan aku abadikan kenangan bekerja itu dalam blogku. Jadi kali nie, aku nak cerita pengalaman aku bekerja di WHSMITH selepas aku unofficially tamat belajar tahun lalu. Aku officially tamat belajar pada bulan Feb 2017. Tapi dek kerana penghantaran draft akhir thesis/final year project pada 9 December 2016, jadi aku sendiri yang isythiar dah habis belajar masa tu. Sebabnya memang dah free masa tu. Tak ada exam ke apa, cuma tinggal tunggu masa untuk buat correction (kalau ada), then jilid.


Aku start bekerja di WHSMITH pada 30 December 2016. WHSMITH yang aku kerja nie terletak dekat KLIA2 bahagian landside (Sebelum immigration check). Gigih sangat kerja jauh-jauh dari rumah. Dari Banting ke KLIA2 lebih kurang dalam 50 minit menaiki motor dengan kelajuan seorang Zharif. Kalau korang kenal aku, korang tahulah laju mana aku bawak motor. Memang sedih lah kelajuan aku. Hahahaha

So aku pon masuklah kerja pada 30 December tu. Masa tu memang tak ready langsung nak bekerja tau. Yelah, baru habis belajar. Mental pon tak sedia lagi nak bekerja. Ingat nak rehat dulu dekat rumah. Penat kot belajar 4 tahun nak maintain CGPA. So bila masuk kerja nie, aku rasa berbelah bahagi. Betul ke aku nak bekerja nie. Jauh pulak tu.


Aku belajar banyak perkara bila bekerja di sini. Pertama sekali belajar erti kesabaran. Oleh kerana aku bekerja dekat airport, korang boleh imagine kot suasana kerja dia macam mana. Airport kan tempat orang asing datang dan keluar dari negara kita. So certain people from certain countries can't understand English. Even the basic one. So kalau jenis customer yang kesumat, dorang akan marah kita. Eh dah kau yang tak faham English, aku pulak yang kau nak marah lepastu expect aku faham bahasa kau. Memang tak lah dikk non.

Mostly jenis yang nie datangnya dari customer Chinese from mainland China. Selalu mintak tolong Chinese Malaysian untuk tolong kami translate kan apa yang customer nie nak. Seriously dorang langsung tak faham English. Memang selalu sangat dapat customer jenis nie. Banyak mengucap jelah. Dah lah dorang datang by group, kalau datang menyerbu tu, memang kalut gila. Satu kedai penuh dengan orang dia. Semua benda nak tanya harga walhal harga jelas terpampang dekat tempat yang dorang ambil tu. Oleh kerana dorang tak boleh nak baca, tu yang semua benda nak tanya. Yang geram tu, bila dia marah kita tak faham bahasa dia. Serious geram.


Tapi yang best kalau dapat customer Japanese. Jenis makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Dorang pon tak tahu English jugak tapi seriously dorang sangat comel dan sopan. Kalau tak faham, dorang akan senyum dan geleng kepala. Serious sangat comel dan kelakar.

Bila kerja kat sini jugak, aku dapat tahu rupanya banyak produk-produk Malaysia yang viral dan dicari-cari oleh orang luar negara. Antaranya ialah Old Town White Coffee Classic. Selalu yang beli orang China. Kalau dah beli tu, sampai berpaket-paket. Banyak lagi produk Malaysia menjadi kegilaan orang luar negara, malas pulak aku nak list kan satu persatu.

Ouh roti yang aku pegang tu pon salah satu produk Malaysia yang ramai orang beli. Mostly rakyat Indonesia.

Di samping itu, as a non smoker, aku memang fail bab-bab jenis rokok nie. Masa mula-mula tu sangat terkial-kial dengan jenis rokok. Lama-lama, wahhh sudah hafal kotak warna nie rokok apa, kotak warna tu rokok apa. Hebat bukan ?

And yang paling tak faham dengan perokok-perokok nie, bila bagi kotak rokok yang gambar jijik-jijik, dorang minta tukar kotak rokok yang gambar janin bayi. Katanya kurang kejijikan. Aiyooo itu macam punya olang pon ada ka ?

Izinkan aku bubuh gambar selfie dalam uniform kerja di sini, ahaks ~

Seperti yang korang tahu, harga barang dekat airport nie lebih mahal jika dibandingkan beli diluar. So selalu aku akan bermonolog dalaman mengatakan betapa membazirnya lah korang membeli-belah dalam kedai yang aku kerja nie. Padahal dekat luar baru berapa ringgit. Tapi tak apalah, belilah banyak lagi, so naiklah sales kedai kami. Hahahaha

Kerja kat sini tak bestnya ialah bab makan. Mahal beb makanan dekat airport. Memanglah ada discount untuk staf airport, tapi berapa sen sangatlah diskaunnya pon. Harga dia tetap mahal jika dibandingkan dekat luar. So selalunya aku akan bawa bekal dari rumah. Kadang tu tak sempat nak masak, aku beli nasi bungkus kat tepi jalan kalau sempat. Tak pon, bawak maggi cawan je datang kerja.

Terima kasih ibu sebab selalu sediakan bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja =)

Kerja dekat WHSMITH nie ada 3 shift. Sebabnya kedai bukak 24 jam. So memang agak mereputlah kalau masuk shift malam tu. Tapi shift malam best, kalau partner kita best. Kalau dapat partner shift yang tak best, memang akan jadi tak best shift malam tu. Aku suka shift malam dengan pekerja Malaysian. Sebabnya lebih relax dan chill. Tapi kalau shift partner dengan pekerja filipinos, adoiiiiii serabut. Malam-malam buta yang tak ada customer pon still dorang gigih nak buat kerja. Relax-relax je sudah lah. Dekat WHSMITH nie cuma pekerja Filipina je. Tak ada foreigner dari negara lain.

Kalau dorang nak gigih sorang-sorang tak apa tau, ini dorang yang gigih nak buat kerja tu, tapi nak jugak kita buat kerja tu sama-sama dengan dorang. Dorang tak boleh nampak kita free sikit. Eh dah kau yang gigih sangat nak buat benda tu, buatlah sorang-sorang. Kadang tak ada kerja pon dorang cari jugak kerja. Geram je rasa.

Well, mesti korang cakap, eh baguslah pekerja-pekerja filipina nie. Rajin cari kerja walaupon tak ada kerja. Choii. Dorang kalau satu shift sesama dorang, memang tak buat kerja. Relax je. Dengan orang kita je dorang tunjuk action ala-ala ketua and bos yang in charge. Padahal sepangkat je, pekerja biasa jugak. Just because dorang nie kerja lama dekat situ, lagak kerja kalah manager. Suka mengarah itu ini. Lagi-lagi kalau ada orang atasan, wahh rajinnya tu rasa macam boleh menang award pekerja terajin.


Bukti banyak weyhh. Cuma aku bukan jenis suka report ke pihak atasan. Pernah sekali tu, pangkat atas-atas semua tak ada dekat store, amboinya salah sorang daripada dorang nie, boleh naik atas tempat passenger tunggu flight and tidur dekat bangku panjang. Aku nampak time nak otw ke toilet. Terbujur kaku tidur dengan nyenyak. Ko rasa ??

Kawan-kawan dorang yang lain akan cover untuk dia. Bijak tak foreigner nie ?

Sebab tu aku cakap, dorang nie action je lebih. Depan orang atasan bukan main rajin. Tapi bila kat belakang, dorang nie lah raja segala pencuri tulang. Orang-orang atasan ada tahu ? Ye tak tahu.

Alaaa, orang-orang atasan pon kadang tak leh nak bawak bincang. Dengan foreigner bukan main lentok, bukan main mesra lagi melayan. Siap boleh borak-borak lagi. Nak marah pon tak sampai hati, sebabnya dah "geng". Dengan warganegara sendiri, hangin tak sudah. Masam mencuka je muka tu. Kalau kita tak buat kerja, bukan main angin dia marah. Dorang tak tahu, kalau orang filipina nie turun stor berjam-jam ambik barang, bukan dorang buat kerja. Dorang berborak-borak, beli makanan kat kedai berhampiran. Ada dorang tahu ? Ada dorang tanya ? Tak ada. Kalau orang kita yang turun stor berjam-jam, bukan main banyak soalan dia tanya. Macam detektif. Siap tahu dah berapa lama kita turun stor. Kalau filipina yang turun stor berjam-jam, dorang tak soal pon.

Sebab apa ? Sebab dorang percaya filipina buat kerja. Tuihhhh kerja !

Buang air chiller. Contoh sambil menyelam minum air katanya.

Pepatah melayu ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Pandai-pandailah korang fahamkan pepatah nie. Tak semua lah orang atasan macam tu, tapi adalah beberapa yang aku kenal.

Aku tak cakap pekerja filipina nie jahat. Bab berkawan okay je. Dorang baik dan mesra. Tapi bab kerja, dorang sangat panjang akal. Banyak helah dia. Terutama sekali bab jadi cashier. Perghhhhh !

Kitorang kat WHSMITH dapat komisien kalau kitorang capai target sales untuk menjual dua produk iaitu cokelat M&M dan juga cokelat Snickers. Pengiraan nak dapat komisien nie ada related dengan berapa banyak customer kita ambil. Semakin ramai customer bayar dekat kaunter korang, semakin rendah peratusan sales. Jadi nak capai target susah. So filipinos nie semua jenis malas nak jaga cashier sebab tak nak bilangan customer dekat kaunter dorang tinggi. Tapi bila nampak customer pegang M&M or Snickers, bukan main laju dia datang kaunter cashier dia and suruh customer tu bayar dekat kaunter dia. Supaya dia dapat sales tu.

Pengiraan komisien adalah seperti berikut supaya korang lebih faham,

Bilangan cokelat 
________________________________         x  100%
Bilangan customer bayar dekat kaunter 

Kalau sales minggu tu capai 25%, maka orang tu dapatlah RM 100 ringgit extra untuk minggu tu.
So nampak tak, betapa banyak helah dorang nie ?

Outlet KLIA

Semua nie tak jadi bila aku dipindahkan ke outlet KLIA. Ya Allah aku sangat gembira bila dipindahkan ke sana. Bulan terakhir perkhidmatanku di WHSMITH, aku dipindahkan ke KLIA sebabnya Airport tak bagi foreigner kerja di bahagian dalam (Bahagian yang kena cek dengan immegresen). Mulanya aku agak keberatan, sebabnya aku dah biasa dengan selok-belok KLIA2. Tapi lama-lama, aku sangat bersyukur bila dipindahkan. Sebabnya, outlet WHSMITH KLIA tak ada foreigner langsung. Kerja dengan orang Malaysia saja. Jadi isu mengelak jadi cashier tak berlaku. Malah turun stor juga, bukan untuk curi tulang. Betul-betul buat kerja. Manager KLIA pon best gila. Sangat sporting and kelakar. Cuma kadang-kadang je angin dia tetibe datang. Hahaha

Tapi most of the time, dia sangat happening dan kelakar orangnya.

Outlet KLIA, betul-betul depan pintu keluar aerotrain

Perpindahan aku ke KLIA bertambah best sebabnya aku dipindahkan bersama-sama dengan kawan baik aku semasa bekerja di WHSMITH, Lala. Dari mula aku bekerja, sampaikan kena pindah pon kami pindah sama-sama.


Dia nie lah penyeri hari-hari aku di WHSMITH. Aku enjoy datang bekerja dekat situ sebab dia lah. Seronok dapat satu shift dengan dia. Tambah-tambah kalau shift malam. Best sangat bekerja dengan kau, Lala ! Jujur aku cakap, jarang jumpa wanita seperti dia di abad ini. Kalau korang mengenali dia secara peribadi, korang akan faham maksud aku. Lala nie dah ada boyfriend. Boyfriend dia pernah hantar mesej kat aku, ugut nak bunuh and pecahkan muka aku weyhh.

Insecure betul boyfriend dia. Tahulah aku nie hensem. Kbai.

Lain manusia, lain ragamnya. Jadi kita akan belajar banyak benda bila mengenali ramai manusia. Pengalaman bekerja di WHSMITH banyak ajar aku tentang dunia pekerjaan. Aku officially tamat bekerja pada 25 Mei 2017. Aku berhenti sebelum bulan puasa, sebabnya aku tak nak bekerja time buka puasa. Hahahaha.

Ngam-ngam je seminggu aku berhenti kerja, aku diserang pula dengan sakit chicken pox. Adeiii.

Ouh ! Tak lama lepastu, aku ditawarkan pangkat Assistant Manager di WHSMITH tau. Tapi aku tolak tawaran tu sebabnya aku dah tawar hati. Sebabnya gaji akhir aku dipotong sebanyak RM 400 lebih. Terkejut dan sedih jugak lah. Yang nie malas nak details kan, kang makin panjang berjela entri nie.

30 / 12 / 2016    -   25 / 5 / 2017

So itu sahaja. Jumpa lagi di lain entri.

12 comments:

  1. seronok baca pengalaman keje kat whsmith..5 bulan jgk keje kat sn ye..mesti rindu terimbau kenangan layan mcm2 kerenah customer...semua pekerja comel2 n manis je..

    ReplyDelete
  2. Kasihnya ibu buat bekal. Kat setiap organisasi ada la cerita tersendiri. Macam2 perangai orang kita boleh tengok....

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak keje KLIA .....lagi2 masuk bahagian satelite. Foreigner tak boleh dilayankan sangat~

    ReplyDelete
  4. Bertuah dapat jumpa bermacam-macam orang secara tak langsung boleh polish bahasa. :)

    ReplyDelete
  5. Zharif Samsung. Master ker degree

    ReplyDelete
  6. Aku teringin nak kerja dekat KLIA! Rasa lagi membuak bila baca post ni walaupun tak semuanya indah la. T__T

    ReplyDelete
  7. gaji kena potong sbb dia kira brpa hari b4 kita resign kan? sbb dulu pernah camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang cerita dia kalau nak cerita bab kne potong gaji nie.

      Okay first masa briefing, dia kata kalau nk berhenti kne bg surat 2 minggu sblm tarikh berhenti in order xnak potong gaji. I did that. Bg notis 2 minggu lebih. Rupanya dkt surat perjanjian yg kita tandatangan, kne bg notis sebulan baru xpotong gaji. First, it was my mistake sbb xbaca surat tu betul2 sebelum tandatangan. Sebabnya dh dgr briefing tu, so percaya lah bulat2 apa yg manager tu ckp.

      Second, dia kata tutup gaji 25 hari bulan. So sy pon resign pd 25 haribulan. Rupanya gaji dikira sehingga 30 haribuln and i was like, selama nie kata tutup gaji 25 haribulan dh knp bila sy dh berhenti bru nak bagi tahu. And sy boleh je berhenti 30 haribulan sbb bukan nya rush pon nak berhenti tu.

      Sy cuma ikut prosedur je cara berhenti tu. Tup tup tgok gaji kena potong 400 lebih. So redha jelah kot. Bukan rezeki agaknya.

      Delete
    2. When i asked him, the area manager, he simply said sorry. Itu silap drpd manager outlet tu sbb salah bg informasi. Masalahnya yg rugi tu sy. Simply said sorry ? Mcm xleh nak terima pulak. Again, it was my mistake sbb xbaca surat perjanjian tu betul2. Bulg2 percaya kata manager.

      Delete
  8. Pengalaman kerja yang menarik... Kasih seorang ibu kan.. Sanggup masakkan untuk anak bawak bekal.. And semoga boss di WHSMITH KLIA2 tu tahu siapa pencuri tulang sebenarnya.. Ekekeke...

    ReplyDelete
  9. sama lah gaji kita pun kena potong byak .. TPC allowance pun tak penah dpt walau byak buat tpc .. shitt dh laa keja xleh duduk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...