Thursday, January 4, 2018

Kapal Korek Bijih Timah Terakhir Di Malaysia (TT5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) merupakan lokasi di mana tersimpannya kapal korek bijih timah yang terakhir di Malaysia. Kapal korek ini dahulu digunakan sebagai medium untuk mendapatkan bijih timah.

Tahukah anda, suatu ketika dahulu Malaysia sangat terkenal dengan perlombongan bijih timah ? Aku pasti semua orang tahu fakta itu. Perak merupakan lubuk bijih timah. Semasa zaman kenaikkannya, Perak telah menjadi sangat terkenal dengan hasil mineral ini sehingga penjajah England datang menjajah negara kita untuk mengeksploitasi hasil mineral ini.


Maka mereka datang dengan membawa kapal korek khas untuk melombong hasil mineral ini. Kapal korek ini mengambil masa setahun untuk dipasang supaya menjadi sebuah kapal korek bijih timah. Kapal korek ini sangat berat, 4500 tonnes to be eaxct. Jadi ia sangat-sangat berat dan menakjubkan sekali ia mampu terapung dipermukaan air seperti sebuah kapal.

Tapi apa sudah jadi dengan perlombongan bijih timah saat harganya jatuh merundum ?


Saat harga bijih timah jatuh merundum, perlombongan bijih timah semakin perlahan, Lama-kelamaan ia tidak lagi dijalankan dan ditutup. Yang tinggal hanyalah sebuah kapal korek gergasi yang terapung di atas permukaan air ini.


Sebaik sahaja mengenakan topi keselamatan, kami dibawa masuk ke atas kapal korek tersebut untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam kapal korek gergasi ini. Tour guide kami menceritakan serba sedikit sejarah dan apa fungsi yang terdapat di setiap komponen kapal korek tersebut.


Pengoreknya. Setiap satu pengorek tu beratnya seberat 2 tan

Kapal korek ini dipasang dan secara rasmi beroperasi pada tahun 1938. Namun apabila harga bijih timah jatuh merundum, aktiviti mengorek hasil mineral ini terpaksa diberhentikan setelah 44 tahun beroperasi. Tahun 1982 merupakan tahun terakhir perlombongan bijih timah dijalankan di sini.

Apabila itu berlaku, maka kapal korek ini terbiar dan tersadai tidak diselenggara sehingga menjadi sebuah kapal korek yang lusuh, berkarat dan takut untuk dimasuki. Namun segalanya berubah pada tahun 2012 apabila kerajaan Negeri Perak mengambil keputusan untuk menyelenggara tinggalan sejarah ini untuk dibangunkan supaya generasi muda dapat berkunjung untuk rasai sendiri berada di kapal korek ini.

Pejabat di dalam kapal korek bijih timah 


Sewaktu awal perancangan projek ini, puas mereka merangka bagaimana untuk menjadikan ia sebagai salah satu tarikan untuk dikunjungi. Ada yang mencadangkan supaya memindahkan kapal korek ini ke Ipoh, kerana Ipoh merupakan sebuah bandar besar dan sekaligus merupakan ibu negeri Perak. Bahkan bilangan pengunjung ke Ipoh sangat tinggi. Tapi apalah maknanya jika ia dipindahkan sedangkan objektif projek ini dilakukan adalah untuk memelihara peninggalan sejarah ini agar kita dapat menghayati nilai sejarah itu. Jadi ia tidak jadi dipindahkan. Mereka hanya menyelenggara kapal korek ini agar ia selamat untuk dikunjungi.


Tapi tahukah anda, kos menyelenggara kapal korek terbiar ini sangat tinggi nilainya ? Dalam setahun sahaja menelan belanja sebanyak 1 juta ringgit untuk membaik pulih. Kapal korek bijih timah ini terlalu banyak untuk diselenggara. Mereka terpaksa melakukan kimpalan baru untuk mengimbangi semula kapal korek ini.


Jikalau anda dapat lihat, kapal korek ini agak senget sedikit kerana bahagian dasar kapal korek tersebut bocor dimasuki air yang menyebabkan ia tenggalam dan senget.

Selain itu juga, mereka perlu membersihkan dan mengecat semula beberapa bahagian kapal korek tersebut agar ia kelihatan lebih menarik. Tapi mereka tidak cat baharu sepenuhnya kerana mereka saja membiarkan beberapa bahagian kapal korek ini berkarat agar pengunjung dapat merasai "kekaratan" itu.

Ada ke istilah "kekaratan" itu dalam kamus dewan ? Lol


Kalau mereka mengecat semua bahagian, lebih baik mereka tukar baru terus. Betul tak ? Jadi, demi untuk mengekalkan nilai estetika sejarah itu, mereka membiarkannya sedikit berkarat supaya pengunjung dapat rasai nilai tersebut.


Selain itu, kami juga dibawa dan diajar mendulang untuk mendapatkan bijih timah. Mendulang merupakan cara tradisional yang digunakan sebelum terciptanya teknologi yang lebih advance dalam mendapatkan sumber mineral ini. Ternyata ia bukan suatu kerja yang mudah kerana ia sangat memerlukan kekuatan tangan dan kemahiran. Dulang yang digunakan diperbuat daripada kayu dan agak sedikit berat dan melenguhkan bila mendulang. Hahaha

Aktiviti mendulang 

Setelah hampir berjaya mengasingkan bijih timah daripada pasir dan bendasing lain.

Selain itu juga, di bahagian pintu masuk Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 nie terdapatnya sebuah galeri yang mempamerkan latar belakang dan fakta mengenai lombong bijih timah ini dan sekaligus kapal korek tersebut. Di sini juga terdapatnya merchandise TT5 yang korang boleh beli pada harga yang berpatutan.



Sangat tabik dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam memelihara dan memulihara kapal korek bijih timah tinggalan sejarah ini. Kapal korek ini merupakan kapal korek bijih timah yang terakhir dan satu-satunya yang masih ada di Malaysia. Oleh itu, memang ia perlu sangat untuk dijaga agar generasi muda dapat melihat dan merasai sendiri berada di atas kapal korek bijih timah ini.


Kepada mereka yang nak melawat kapal korek bijih timah ini, boleh lah menghadirkan diri ke alamat berikut.

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5)
9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin
9.00 AM - 6.00 PM

Tel : 014-904 3255 / 05-370 2253

Harga Tiket 

Dewasa : RM 10
Kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas : RM 5
Kanak-kanak bawah 7 tahun masuk adalah percuma


Tour time :
10.00 AM | 11.00 AM | 12.00 PM | 2.30 PM | 3.30 PM | 4.30 PM

Pastikan nak datang tengok waktu tour nie. Kalau tak nanti korang terlepas dan terpaksa tunggu lama untuk ke sesi yang seterusnya. Mohon cakna akan hal ini. Full video tentang lawatan kami ke TT5 nie, boleh saksikan video di bawah.


Ayuh bawa anak-anak anda ke sini. Sekali lagi diingatkan, ini merupakan kapal korek bijih timah yang terakhir di Malaysia. Tiada lagi yang lain. Oleh itu, sementara ianya masih kukuh dan dibuka untuk dilawati oleh orang ramai, eloklah manfaatkan peluang ini. Lagipula, harga tiket sangat murah. Tak mahal pon. Nak buat rombongan sekolah pon sangat digalakkan. Boleh hubungi nombor yang tertera untuk membuat tempahan tarikh.

Photo credit to : Dboy_studio


Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

22 comments:

  1. Good info. Thanks for sharing dik. Bestnya dapat masuk dalam kapal korek. Kalau ada rezeki, nak jugak bawa anak-anak datang sini.

    ReplyDelete
  2. pasal pelombongan bijih timah tamat tahun 1982 tu tepat ke ya? sebab rasanya waktu saya kecil (lahir selepas tahun 1983), masih ada aktiviti kapal korek di kawasan rumah pakcik saya di selangor.

    atau tarikh tu untuk aktiviti perlombongan di Perak?

    Apapun memang besar kapal ni, sebab waktu balik rumah pakcik, selalu nampak kat tepi laluan ke rumah beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. yang fakta berhenti melombong tu hanya untuk di Tanjung Tualang sahaja. Tahun 1982 merupakan tahun terakhir kapal korek nie beroperasi. Dah edit balik fakta tu. Thanks ! =)

      Delete
  3. Wow...what a very expensive experience you all have...apapun seronok la tgok awak2 semua dpt experience semua tu..baru tau penat lelah pekerja zaman dulu kan especially mendulang bijih tu..

    ReplyDelete
  4. pernah ke sini tahun lepas. tapi x explore sepenuhnya. hope next time nak p lagi

    ReplyDelete
  5. Pengalaman yang best ni.
    Tak pernah lagi masuk dalam kapal korek ni.
    kalau ke sana, boleh singgah bawa anak-anak ni.

    ReplyDelete
  6. Wahh..pengalaman berharga sangat ni dapat gi dekat2 gan kapal korek bijih timah ni..kalau ada peluang sis pun nak gi tgok dekat2

    ReplyDelete
  7. good sharing... xpernah tengok lagi kapal korek... tapi nampak besar dan luas dlm gambar..

    ReplyDelete
  8. Sayangkan dulu deorang biar ke kapal ni macam tu. Seb bek Tourism Perak ambil dah baik pulih semula.

    ReplyDelete
  9. Pengalaman yang sangat berharga ni. Bagus juga Perak ambil inisiatif nak preserve benda-benda macam ni. At least ade peluang untuk kite pergi tengok

    ReplyDelete
  10. this is interesting. I never visit before

    ReplyDelete
  11. Wah..at least boleh tengok dri dkat kan..
    Bestnyaaaa...

    ReplyDelete
  12. wow tak sangka boleh melawat kapal korek bijih ye..Bagus tu boleh buka mata generasi baru untuk tengok. tapi mcm seram je.

    ReplyDelete
  13. memang rare pengalaman pergi sini. lama nak pergi last pergi sini memang teruja sangat dan info yang di bahi memang best.. perak kaya oooo dulu :)

    ReplyDelete
  14. wah luar biasa ya peninggalan pengorek biji timah ini

    ReplyDelete
  15. Percutian yang menarik. Teroka sejarah lama negara kita.. Ini lebih hebat dari bercuti hanya di bandar2 besar. Hehehe...Okay... Akan LeYa cuba jejak ke sini suatu hari nanti untuk merasai pengalaman berada di kapal korek tersebut.

    ReplyDelete
  16. wow i didnt know got such a place in Tanjung Tualang to see the last kapal bijih timah!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  17. Woww.. interesting. Satu tahun ya, nak siapkan pemasangan kapal korek ni. Dulang tu.. di perbuat dari kayu ya.. woww.. berat tuuu
    Menarik sungguh , tertarik rasa nya nak berkunjung. Thanks for sharing dik

    Jom tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini

    ReplyDelete
  18. wow menariknya thanks for sharing I tak pernah lagi tengok kapal korek depan mata, bijih timah pun macam dah semakin tak diperlukan ye ke ? hahaha. nice exp btw !

    ReplyDelete
  19. I saw one in Tambun. Small version. A good experience and learn how to separate the bijih time use dulang

    ReplyDelete
  20. wow, post paling epik,,, syok kot bukan semua orang berpeluang macam ni.. good job,,good post

    ReplyDelete
  21. Baru kak ana tau tentang kapal korek terakhir ni. Besar rupanya ye. Jutaan ringgit tu nk baik pulih setahun ye. Mahal juga.

    Bestnye zharif dapat belajar mendulang. Susah nak dpt pengalaman macam ni lagi skrg ni. Makin dilupakan lagi.

    ReplyDelete