Sunday, January 7, 2018

Pak Awang Mee Hailam Gearbox Terbaekk !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Pak Awang Mee Hailam Gearbox yang terletak di Slim River Perak ini menjadi bualan ramai kerana gearbox nya yang fresh dan bersaiz besar pada harga yang sangat berpatutan. Pelanggan-pelanggannya datang dari seluruh pelusuk Malaysia, baik dari utara mahupon dari selatan. Semua pasti akan singgah makan Mee Hailam Gearbox sekiranya berada di kawasan sekitar sini. Mee Hailam Gearbox merupakan signature dish di kedai makan ini.

Tengok sahaja saiznya. Nyummm !

Azizan Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Awang, merupakan pemilik kedai makan ini. Anak kelahiran Jitra Kedah ini, pada mulanya hanya membuka gerai di kawasan rumahnya yang terletak di Felda Besout Sungkai. Namun setelah Mee Hailam Gearbox nya menjadi bualan ramai, kenalan beliau menawarkan satu lot kedai miliknya, untuk disewakan kepada Pak Awang bagi membuka kedai makan di situ.


Kenalannya percaya, restoran Pak Awang Mee Hailam Gearbox akan lebih ramai pengunjung dan lebih dikenali sekiranya menyewa di tapak bangunan MARA Slim River. Memang tepat sekali, Pak Awang Mee Hailam Gearbox mendapat sambutan yang sangat menggalakkan biarpon baru setahun beroperasi di tempat baru.


Mee hailam gearbox yang menjadi bualan tramai itu merupakan resepi arwah abang iparnya. Pak Awang yang mencetuskan idea untuk tambah gearbox ke dalam hidangan mee hailam ini. Memang sedap rasa mee hailam di sini. Tambah-tambah bila makan bersama dengan sambal cili potong. Perghhh ! Memang terbaik.

Korang boleh memilih sama ada mahu mee atau bihun.


Kedai makan ini dibangunkan bersama-sama ahli keluarganya. Anak-anak dan isteri Pak Awang banyak membantu beliau dalam menguruskan kedai makan ini. Bahkan, Pak Awang kini sedang giat melatih anak-anaknya memasak menu-menu yang ada di sini, kerana beliau ingin menyerahkan kedai makan ini kepada mereka.

"Pak Awang dah 63 tahun, dah tua", ujar beliau sambil ketawa kecil.

Keluarga Pak Awang

Ditanya pula mengenai stok gearbox, Pak Awang mendapatkan stok gearbox daripada pembekal yang berbeza. Antaranya pembekal di Batang Kali, Kuala Kubu, Pasar Tapah, dan Teluk Intan. Memang Pak Awang akan terkejar-kejar mendapatkan stok gearbox nie. Gearbox di sini dibeli fresh, BUKAN yang sejuk beku. Menurutnya, kalau nak yang sejuk beku boleh je dapatkan di Pasar Selayang. Banyak di situ. Tapi beliau memilih untuk mendapatkan gearbox yang fresh.

Biarlah terkejar-kejar mencari stok gearbox ke sana ke mari, asalkan pelanggannya menikmati gearbox yang fresh. Pak Awang akan tutup kedai sekiranya beliau tidak berjaya mendapatkan stok gearbox yang fresh. Beliau sangat menjaga kualiti gearbox hidangannya. Sehingga sanggup tutup kedai demi nak bagi pelanggan makan gearbox yang fresh.


Menurut beliau, gearbox ini mengambil masa selama 4 jam untuk dimasak. Jadinya, sekiranya anda hendak datang berkunjung dari jauh untuk ke sini, adalah lebih baik membuat tempahan atau bertanyakan dahulu pada Pak Awang, sama ada stok gearbox masih ada ataupon tidak. Kang gigit jari pulak bila korang datang tapi gearbox dah habis. So better call dulu sebelum datang tau !


Mee/Bihun Hailam + Gearbox (Size B)

2pax : RM 35.00
4pax : RM 40.00
6pax : RM 45.00


Mana nak dapat harga gearbox murah macam nie dekat luar. Jom pakat datang ramai-ramai bawak satu family makan mee hailam gearbox terbaik dari Pak Awang. Nikmat betul dapat sedut lemak dalam gearbox tu. Tak puas rasanya makan. InsyaAllah kalau datang area sini, akan aku singgah lagi ke Pak Awang Mee Hailam Gearbox.


PAK AWANG MEE HAILAM GEARBOX
Bangunan MARA @ Arked Mara, Slim River Perak
(Masih lagi belum ada cawangan lain)

Waktu operasi : 5.00 pm - 11.00 pm
Dibuka setiap hari, kecuali hari Khamis
(Bulan puasa tutup, dan dibuka semula pada Hari Raya Kedua)

Tel : 013-415 4593 / 017-552 8182
(Dinasihatkan supaya call dulu sebelum datang, takut gigit jari stok gearbox habis)



Semoga kedai makan Pak Awang Mee Hailam Gearbox terus maju dan melimpahkan rezeki yang banyak buat keluarga Pak Awang. Terima kasih kerana menjamu kami semua di sini !

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

20 comments:

  1. Gila besar portion dia. Ni bukan setakat boleh makan 6 orang, 10 orang pun boleh. And gear box dia tu boleh tahan besarnya. Harga tu rasanya memang berbaloi

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete
  3. Mak ai... Besar giler portion dia. Kalau kak ana kena kongsi lebih dr 6 orang tu zharif. 4 jam erk nak masak gearbox tu. Confirm sedap sup tu sebab well cook kan. Kenapa lah xde kat KL. Huhu

    ReplyDelete
  4. Ya allah..terus ternganga akak tengok portion mee hailam tu ha...nampak sedap..nak plak ada gearbox...terus rasa nak cuba..makanan yang pelik2 ni akak suka cuba sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. besar nya pinggan... bkn setakat pinggan besar isi dalam pun banyak... tp peminat mee hailam xrugi kot... bole mkn puas2...

    ReplyDelete
  6. gearbox!!! my fav jugak! portion-nya besar sangat, i think i hanya makan gearbox dah cukup without the mee hailam. haha

    ReplyDelete
  7. Asalam wah hebatnya...seronok kan jalan2

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan sup gearbox. Nampak sedap je. Mee naya banyak betul. Memang kena makan berdua ni baru habis

    ReplyDelete
  9. Fav tu shank kena try mee hailam Pak Awang ni.... terliur dah nih

    ReplyDelete
  10. portion dia gila besar memang cukup untuk makan 4 pax ni tapi tengok harga dia tak mahal melampau, rasa kena pergi ni tapi jauh lah pula dekat Perak !

    ReplyDelete
  11. fuh... gambar atas sekali du dasyatt.. besonya pinggan.. makan sorang ke tu? tapi kalau bagi kat TB insyaAllah boleh habis.. teringin plak nak try makan kat mee hailam pak awang ni

    ReplyDelete
  12. Mee Hailam??? Perghhh...favourite nih.. Adeh... Meleleh pulak rasa..Hehehe...

    ReplyDelete
  13. Aduh.. Banyak betul portion. Boleh kongsi dua orang ni

    ReplyDelete
  14. wah boleh cuba nih kalau melancong ke negeri perak , terlihat sangat sedap

    ReplyDelete
  15. Makhaihhhh share 1 family pon rasanya tak habis ni sbb family akak 3 org je....

    ReplyDelete
  16. Aduh sedapnya telan air liur baca entri ni time tengah lapar haha yaya suka gila sup gearbox feel gila time sedut pakai straw

    ReplyDelete
  17. The food looks good plus the portions here are huge. Need to check this out.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini