Sunday, January 21, 2018

Meneroka Tempat Menarik di Tanjong Malim

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Daerah terakhir Travelogue South Perak adalah daerah Tanjong Malim. Sebagai seorang graduan UPSI yang baru sahaja berkonvo tahun lalu, Tanjong Malim held a special place in my heart. So kali nie, aku datang sini bukan sebagai seorang pelajar, tapi sebagai media untuk meneroka apa yang menarik di sekitar Tanjong Malim nie. Jom terjah !


Environment Natural Element (ENE) Ginger Farm @ Ladang Halia ENE

Destinasi pertama kami di Tanjong Malim ini ialah ladang halia Environment Natural Element (ENE). Sepanjang duduk di Tanjong Malim, memang tak pernah dengar nama ladang halia nie. Macam mana nak tahu, kalau setiap hujung minggu je caww balik Selangor. Hahahaha



Ladang halia ENE ini menanam halia jenis Bentong. Halia ini asalnya daripada luar negara, dan dibawa masuk benihnya ke dalam Malaysia. Ia telah diusahakan secara besar-besaran di Bentong Pahang. Sebab tu nama halia nie halia Bentong. Apa yang istimewa halia Bentong nie ialah saiznya lebih besar, lebih berkhasiat dan lebih mahal.


Sepanjang kami berada di ENE nie, kami diajar bagaimana cara yang betul untuk menanam halia dan juga tips macam mana hasil tanaman kita berbuah dengan banyak dan teratur setiap tahun. Banyak sungguh ilmu yang aku dapat menerusi lawatan kami ke ladang halia ini. Dalam masa yang sama, baru aku tahu rupanya nak tanam halia nie senang je.

Tanaman halia di sini sangat unik dan ianya sangat organik. Bebas daripada racun serangga perosak. Jadi pengguna boleh consume halia nie tanpa ragu-ragu. Terdapat banyak produk yang dihasilkan di sini termasuklah teh halia, halia kering dan macam-macam lagi.


Halia kering yang korang boleh cuba. Agak pedas ye halia kering nie

Pengunjung berpeluang merasai teh halia yang disediakan di sini. Rasa dia memang kawww gila and aku sangat menyukainya. Kalau dulu, masa aku pergi India, aku sangat tak boleh terima gabungan teh dan halia, tapi kini aku bukan sahaja suka, malah aku cinta akan gabungan ini. Bagus untuk membuang angin dalam badan.


Seterusnya kami pergi melawat kebun pokok cendana pulak. Di sini terdapatnya 700 batang pokok cendana yang dibaja dengan 20 jenis herba dan berkonsepkan keseimbangan ECO. Baja nya itu memang sangat kuat baunya ya kawan-kawan. Selisih malaikat 44 kata orang Melayu.



ENE Ginger Farm (TMI)

Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki,
Industri Behrang 2020, 35900 Tanjong Malim, Perak

Tel : 012-370 3082


Natural Exotic Fish Fishing Pond

Natural Exotic Fishing Pond nie betul-betul belakang masjid warna biru Behrang 2020 tu. Aku pernah singgah masjid tu, tapi tak pernah pulak terniat nak terjah tempat memancing nie. Ada keperluan apa aku datang lagipon.



Ternyata, kolam ikan di sini sangat besar dan terdapat banyak ikan-ikan yang "sihat". Antara ikan yang terdapat di sini ialah ikan baung, mekong, tilapia dan macam-macam lagi. Aku juga berpeluang mencuba sendiri bagaimana rasanya memancing ikan. First time nie cuba memancing.


Konsep memancing di sini adalah tangkap dan lepas. Kadar bayaran pula sebanyak RM 100 untuk tempoh 4 jam. Dan bayaran RM25 ringgit dikenakan setelah tamat tempoh 4 jam itu.


Natural Exotic Fish Fishing Pond (NEFFP)

Lot 13305, Jalan Wawasan Dagangan 2,
Bandar Behrang 2020, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Operation Hour : 24 jam

Tel : 011-3322 1898


Rumah Makan Sri Muallim

Tengahari tu, kami singgah makan di Rumah Makan Sri Muallim yang sangat unik. Ia berkonsepkan makan cara kampung. Untuk cerita ini, aku dah update di entri lain, korang boleh terjah di entri bawah nie,



Kampung Kubu

Seterusnya kami melawat Kampung Kubu yang berhampiran dengan stesen bas Tanjong Malim. Kampung Kubu merupakan antara kampung tertua yang ada di Perak nie. Ia merupakan kampung pertama yang wujud di negeri Perak. Bahkan beberapa rumah yang terdapat di Kampung Kubu nie berusia lebih dari 100 tahun dan ianya masih lagi utuh dan dijaga rapi.



Antara rumah-rumah lama yang dijaga dengan baik oleh pewaris-pewaris rumah ini.

Dato' Hj Mustapha merupakan penghulu pertama Kampung Kubu nie. Demi mengingati jasa beliau, jalan berhampiran Kampung Kubu diberi nama sempena nama beliau, Jalan Hj Mustapha Bin Raja Kamala. Korang boleh baca banyak sejarah mengenai asal-usul kampung nie di papan-papan yang disediakan di sini.



Bagi aku, apa yang menarik di sini ialah bagaimana agama Islam sampai ke Tanjong Malim. Besar sungguh jasa Dato' Hj Mustapha dalam membawa Islam dan mempraktikkan ajaran Islam di bumi muallim ini. Di sini merupakan tapak masjid lama Kampung Kubu. Dulu, masjid takat besar rumah je. Bila semakin ramai yang berkunjung ke masjid, maka dorang pon membina satu masjid baru yang lebih besar. Tapak masjid ini dibiarkan untuk menghormati dan tanda sentimental yang terdapat di kawasan ini.

Korang boleh baca dengan lebih details di papan-papan yang terdapat di sekitar Kampung Kubu ini.

Tanjong Malim Street Art Mural

Aku dah pernah bergambar di Street Art Mural yang terdapat di Tanjong Malim nie. Tapi masa tu, art dia tak lah sebanyak art yang macam sekarang nie. Sekarang nie makin banyak pulak art-art nya. Kalau nak ambik gambar satu-persatu setiap art, jawabnya krismas tahun depan pon tak siap lagi.



Terdapat banyak street art yang ada. Kebanyakkan merupakan figura-figura karton yang terkenal. Baik figura karton dalam negara mahupon figura karton luar negara. Macam-macam ada.



Aku sangat sokong usaha membuat mural-mural di dinding nie. Sebabnya, ia menambahkan lagi seri dan memperindah kawasan tersebut. Daripada dinding tu terbiar kosong dan berkulat, adalah lebih baik jadikan ia satu punca tarikan orang datang berkunjung. Betul tak ?



Bila diwujudkan insiiatif memperindah dinding-dinding di sini, sedikit sebanyak dapat menjaga kebersihan dinding tersebut dan kawasan sekitarnya. Bilangan pengunjung melawat ke bumi Muallim ini pon bertambah saban tahun. Terima kasih atas usaha memperindah Tanjung Malim !

----------------------------------------------------------------------------------------

Kalau ikutkan, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Tanjong Malim nie. Tapi ini sahaja yang kami sempat terjah. Terima kasih Majlis Daerah Tanjong Malim kerana mengiringi dan membawa kami menjelajah kawasan sekitar sini. 


Kalau korang berpeluang datang ke Tanjong Malim, jangan lupa singgah ke kawasan-kawasan yang aku terjah ini.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

18 comments:

  1. Banyak juga tempat menarik yang ada di Tanjung Malim. Banyak tempat tempat di Malaysia tak habis jelajah lagi

    ReplyDelete
  2. Eh halia kering tu memang korang makan macam gitu je ke? Tak pernah pulak terfikir nak keringkan halia pastu makan macam jajan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Makan je mcm tu pon boleh. Tapi halia kering tu untuk dibuat air. Bancuh dalam air panas. Kalu nak bancuh bersama teh pon boleh.

      Delete
  3. Menarik juga Tg Malim, yang tahu pau yik mun jeee

    ReplyDelete
  4. Pernah juga ke Tanjung Malin sebelum ni. Memang menarik dan seronok! Bandar belialah katakan! 😁

    ReplyDelete
  5. Selalu juga minum teh halia. Bagus kalau rasa ada angin dalam badan kan. Btw, pokok cendana nak buat apa ye? Pertama kali dengar. Suka juga tengok binaan rumah lama tu, macam tengok rumah Melaka pula. Tak sangka Tanjung Malim ada bnyk tempat menarik walaupun kg kita kat Behrang nun.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya tempat menarik di tg malim ni. Teringan pau yik mun kalau ke tg malim

    ReplyDelete
  7. Banyak betul tempat menarik tu ha...bestnya..ntah bila la akak dpt peluang pi terjah..pernah pi tg malim..tp setakat sampai kat kedai pau tu je..

    ReplyDelete
  8. Halia kering tu boleh makan macam tu je ke? Tak payah masak masak dulu? Kira macam jeruk lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau nak terus makan mcm tu. Tapi pedas sikit lah. Hahaha. Bukan jeruk. Halia kering tu untuk dibancuh bersama air panas. Atau boleh masukkn dalam air teh.

      Delete
  9. wah.. ada juga tempat best kat tanjung malim ni yhea.. TB selalu ingat Tanjung Malim ni apa la yang ada.. huhu.. tapi bila baca entri ni.. ada tempat menarik utnuk dilawati rupanya.. eh..TB suka tau Teh dan Halia.. gabungan mantop utnuk membuang angin dalam badan..

    ReplyDelete
  10. A good catching and the fish so big. And I like kampung style eating.

    ReplyDelete
  11. Tanjung Malim, tak pernah pergi lagi sebelum ni. lpas ni Insyaallah leh singgah tempat2 menarik ni

    ReplyDelete
  12. Xsangka byk tmpt menarik kt tjg malim ya
    Yg mural tu cantik

    ReplyDelete
  13. Banyak juga tempat kat tg malim yang boleh dilawati. Ingatkan tak ada apa kat sana.

    ReplyDelete
  14. pergh tanjung malim pun ada macam-macam erk tempat..bestnyaa

    ReplyDelete
  15. Tanjung Malim pun ada tempat2 menarik ye?Biasa lalu jer jrg singgah net tine kena ajak hubby jln2 kat Tanjung Malim tgk ladang halia.

    ReplyDelete
  16. Menarik!! LeYa pun tak tahu Tanjung Malim punya tempat menarik sebegini. Ooohhhh...kena terjah juga ni..

    ReplyDelete