Thursday, January 25, 2018

Membeli Tiket Flight Air Asia Murah dengan Traveloka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang suka melancong dekat sini ? Aku pasti, semua orang suka melancong. Baik dalam negara mahupon ke luar negara. Betul ke idokk ? Sekarang dah mudah dah uolss. Syarikat penerbangan kos rendah banyak. Nak pergi mana, cakap je. Tapi pilihan aku haruslah AirAsia. Sebab AirAsia selalu menawarkan tambang terlajak murah.

Walaupon sudah 2 tahun berlalu, tapi pengalaman bercuti bersama 3 kesumat ke India menaiki AirAsia Airlines, paling tidak dapat dilupakan. Sebanyak 9 buah negeri di India kami jelajah sepanjang 2 minggu berada di sana. Banyak kenangan manis kami di sana. Bila boleh repeat lagi nie guys ?

3 kesumat di India. Boleh ikuti perjalanan kami bertiga dengan klik INDIA di ruangan label bahagian kanan anda

Kalau korang mengenali aku secara personal, aku sangat terkenal dengan super penjimatannya yang maha dahsyat. Kalau boleh, semuanya nak murah. Termasuklah bila bab nak bercuti. Percayalah, kesemua percutian aku bersifat percutian bajet. Apatah lagi soal membeli tiket penerbangan. AirAsia jelah yang selalu menawarkan tiket penerbangan yang sesuai dengan bajet aku.

Dengan tagline "Now Everyone Can Fly", merupakan matlamat utama Sir Tony Fernandez, pemilik syarikat AirAsia, untuk menjadikan penerbangan udara adalah mampu untuk semua orang. Penerbangan AirAsia menawarkan ke pelbagai destinasi di Asia. Syarikat penerbangan ini meliputi lebih daripada 15 buah negara dan banyak bandar-bandar penting. Ia mempunyai lebih daripada 10 hub di tiga negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. Sektor utama bagi AirAsia Airlines ialah dari KL-Pulau Pinang, Kota Kinabalu-KL dan Pulau Pinang-KL. Sektor ini merupakan sektor paling banyak di setiap minggu dengan jadual 73, 73 dan 52 penerbangan. Manakala sektor antarabangsa utama di Asia termasuklah KL-Singapura, Singapura-KL, KL-Bangkok dan Bangkok-KL. Dengan armada pesawat Airbus A320 yang cekap, ia dicipta untuk keselamatan dan keselesaan penumpang-penumpangnya.

Keselesaan penumpang di dalam pesawat sangat dititikberatkan oleh AirAsia yang kerap kali memperbaiki mutu dan kualiti servisnya. Baru-baru ini telah memperkenalkan tempat duduk flatbed yang memberi keselesaan buat penumpang yang terbang ke destinasi yang jauh. Selain itu, hidangan di dalam pesawat juga sering dipertingkatkan dan dipelbagaikan bagi memenuhi keperluan dan kehendak penumpang yang pelbagai. Banyak menu-menu lazat yang korang boleh tempah dengan membuat pra-tempahan dalam talian AirAsia.

Korang juga boleh membeli-belah di atas pesawat dari produk penjagaan kulit, ke perhiasan, make up, gula-gula dan banyak lagi. Yang paling penting, ianya bebas cukai. Manakala untuk hiburan dalam penerbangan, penumpang dibekalkan PC tablet peribadi yang dimuatkan dengan muzik dan filem. Ia juga menawarkan program kesetiaan global yang dikenali sebagai BIG. Sebagai ahli, korang boleh mendapatkan mata dengan setiap tempahan AirAsia dan menebus ianya untuk tiket penerbangan percuma. Korang juga boleh mendapatkan faedah lain seperti tempahan keutamaan, tawaran istimewa dan diskaun dan lebih elaun bagasi AirAsia sebagai Ahli Kesetiaan AirAsia BIG.

Tunes Hotel disediakan oleh AirAsia untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan. Penginapan yang ditawarkan juga adalah pada kadar yang rendah terutama kepada sesiapa yang sudah membeli tiket penerbangan AirAsia. Satu pakej yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Bagus kan ?


Dengan memilih AirAsia, korang tidak perlu membuang masa dengan menunggu beratur di lapangan terbang, sebab korang boleh mendapatkan jam perjalanan korang sebelum berlepas dengan menggunakan daftar masuk ke Traveloka. Dengan Traveloka, korang boleh menempah dan mencari tiket flight pada tarikh yang dirancangkan pada harga yang rendah. Korang boleh mendapatkan AirAsia flights promotions melalui Traveloka tau. Cepat, senang dan mudah.

So, jom pergi bercuti !!

Memang tidak dapat disangkal lagi, AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang rendah paling maju dan terlajak laris di abad ini. AirAsia telah merangkul gelaran sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di dunia sebanyak 9 tahun berturut-turut tau. Bukankah itu satu pencapaian yang sangat membanggakan ? Sebab tu aku lebih memilih AirAsia berbanding syarikat penerbangan lain. Pencapaian Syarikat AirAsia, bukti bahawa kita boleh berjaya walaupon dipermualaannya penuh onak dan duri. Terima kasih AirAsia kerana menawarkan tiket tambang murah untuk orang seperti aku menjelajah melihat dunia tanda kebesaran Allah yang maha Esa. 

20 comments:

  1. Agree with you as buying with Traveloka is must cheaper that other website.

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka bercuti tapi kena tunggu timing Dania cuti sekolah. Hee Hee....Nak selesa naik AA kena pilih Quiet Zone Area.

    ReplyDelete
  3. wahh.. dah pergi ke 9 negeri tu.. Tapi betul sekarang India dah banyak tempat menarik untuk dilawati. Hope one day dapat jejak kaki ke sana jugak.. hehe

    ReplyDelete
  4. wow bestnya ! Traveloka memang the best app untuk percutiaan, I pun prefer AA juga kalau nak melancong sana sini, biarlah seat a bit sempit janji sampai ke lokasi yang nak dipergi kan..

    ReplyDelete
  5. hohoho dah sampai ke India. Senang browse kat Traveloka.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi bercuti naik kapal tebang..teringin nak juga..mayb one dayof..pernah tempah hotel dengan traveloka

    ReplyDelete
  7. Akak memang suka pi travel..lepas ni nak pi travel ngan Dania anak dara akak tu...dh besar and dah boleh jadi geng travel akak dah...Air Asia memang pilihan..

    ReplyDelete
  8. Tak tau traveloka lagi murah! kena servayy kat traveloka dlu lepasni

    ReplyDelete
  9. wah bestnyaaa! Nak book sekarang dekat Traveloka

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak naik AA .. sejak ringgit malaysia jatuh ni.. nak keluar negara rasa kedekut aje kan.. huhuhu.. Tapi dalam gitu2 kome sampai gak ke India yea.. mana aciii!

    ReplyDelete
  11. I've also started using Traveloka to enjoy cheaper air tickets.

    ReplyDelete
  12. Tips bagus ntk sy sbb sy xpenah lg tempah mlalui traveloka. Kena cuba ni..anak pon dah besar.. senang nk travel.

    ReplyDelete
  13. dulu pernah beli tiket ngn traveloka masa ke Perth

    ReplyDelete
  14. Sis kalau kemana mana skrg ni mmg ambik Air Asia aje..memang murah kalau dpt yg promo punya, tapi tak pernah lagi melalui Traveloka. Nanti bolehlah cuba. This year mmg plan nak ke India jugak..:D

    ReplyDelete
  15. terbaiklah AirAsia. betul, kalau nak jimat pilihlah AirAsia

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Menarik! Nice sharing. Lepas ni boleh gune traveloka utk book flight ticket

    ReplyDelete
  17. Yeay! Rawlins dah booked flight & hotel untuk percutian ke Singapore bulan Mac kelak. Mudahan dapat la menang peraduan tu. Hehe

    ReplyDelete
  18. ya.. mmg jimat guna traveloka.. kt pon boleh set alarm bl de promosi

    ReplyDelete
  19. Yeah!!! Memang website Traveloka mudah dan menjimatkan.. LeYa sendiri dah 2-3 kali berpeluang menginap di hotel yang disediakan pihak Traveloka.

    ReplyDelete
  20. Sometime they do offer reasonable meal on AirAsia.

    ReplyDelete