Saturday, January 27, 2018

Seharian Menjelajah Ipoh Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bandaraya Ipoh merupakan sebuah bandaraya besar yang penuh dengan tempat-tempat menarik. Ipoh jugak sangat terkenal dengan kepelbagaian makanan-makanan yang tular di sosial media. Tapi bukan makanan yang aku hendak kongsikan kali nie, tetapi tempat-tempat menarik yang korang kena lawati sekiranya bertandang ke Ipoh Perak. Apakah tempat-tempat itu ? Jom terjah !

Ipoh OldTown White Coffee


Yang pertama sekali, korang kenalah breakfast di Old Town White Coffee untuk bersarapan. Outlet Oldtown nie sangat terkenal tau, mungkin kerana mural dindingnya yang menjadi tumpuan pengunjung yang berkunjung ke sini.



Terus terang cakap, ini merupakan kali pertama aku dine in di Oldtown White Coffee. Nampak macam mustahil kan ? Tapi itulah hakikatnya. Not bad lah menu-menu yang ditawarkan di sini.

One of the famous mural art in Ipoh


Ipoh Oldtown White Coffee
No. 3 Jalan Tun Sambanthan
31650 Ipoh, Perak Darul Redzuan


Open daily from 11 AM - 12.30 PM

Memory Lane (Pasar Karat), Ipoh

Percaya atau tidak, ternyata ramai betul yang suka akan barang-barang klasik dan antik. Bila aku menjejakkan kaki ke sini, barulah aku sedar, barang yang lama jangan dikenang. Eh macam tak masuk je peribahasa nie 😅


Tapi seriouslah, barang-barang yang sewaktu ketika dahulu memberi makna dalam hidup kita, ada dijual di sini. Sangat mengimbau detik-detik nostalgik lama.

Antara yang dijual di pasar karat nie ialah wang-wang lama, alat-alat elektrik lama, barang-barang terpakai seperti mainan untuk kanak-kanak, dan macam-macam lagi. You name it ! Sampaikan satu tahap, aku rasa macam eh ada ke orang nak beli benda tu ? 



Some things that we consider useless, might give values to others. So we cannot simply make fool of those things kerana memang ada yang akan beli. Itu yang buat aku rasa terkesima sangat. Tak sangka benda macam tu pon ada orang cari.


But it was fun to be here. It brings back the good old days. Yall should pay a visit to Memory Lane okay.

Memory Lane Ipoh
Kinta City Shopping Centre, 2 Jalan Teh Lean Swee,
Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak.

Dibuka pada setiap hari Ahad dari pagi sehingga tengahari SAHAJA

Funtasy House Trick Art

Sangat best bergambar di sini. Sangat insta-worthy. Korang kena datang sini tau. Full details mengenai Funtasy 3D Art nie korang boleh baca di sini,



Concubine Lane Ipoh

Kami menyusuri lorong-lorong kecil di bandar Ipoh nie dan ternyata lorong-lorong kecil ini telah dikomersialkan menjadi tempat pelancongan. Bangunan-bangunan tinggal atau yang sudah runtuh, dikomersialkan menjadi tempat pelancongan, memang cantik lah !


And tak sangka pulak berjumpa Anding di sini. Gym partner aku nie. Okay tipu je.


Owh, sepanjang laluan di Concubine Lane nie, banyak spot-spot menarik untuk bergambar. Jadi, jangan lupa abadikan kenangan korang di sini. Background semua sangat insta-worthy.

Movie Animation Park Studios (MAPS)

Serious tak pernah dengar nama MAPS sebelum nie. Ternyata tempat nie sangat sesuai untuk keluarga meluangkan masa. Terdapat banyak permainan dan tayangan yang hebat untuk pengunjung, yang disediakan di sini. Untuk cerita details mengenai MAPS, korang boleh baca dekat link bawah nie,



Gunung Lang Recreational Park

Cantik tempat nie. Kalau tak tahu nak pergi mana, korang cuba datang ke Gunung Lang nie. Tiket masuk harga RM3 je. Kat sini terdapatnya gunung batu batu kapur yang tersergam indah di pintu masuk. Pemandangan di dalam tempat Gunung Lang nie sangat indah. Nak buat photoshoot kahwin sangatlah digalakkan.


Korang kena menaiki bot melalui tasik yang terdapat di sini. Then mereka akan bawa ke satu destinasi yang mana di situ terdapatnya mini zoo dan rumah tradisional negeri Perak, rumah kutai. Pernah tengok rumah kutai macam mana ?

Inilah Rumah Kutai 

Memang unik rumah kutai nie. Dinding dia diperbuat daripada anyaman daun mengkuang. Daun mengkuang lah kot, aku pon tak berapa pasti. Yang pasti ia sangat cantik.


Antara haiwan yang terdapat di sini ialah burung merak, rusa, burung unta, kuda padi dan macam-macam lagi.



 Pokoknya, memang menarik lah Taman Rekreasi Gung Lang nie. Sangat sesuai untuk dilawati bawak family untuk melihat kehijauan alam semulajadi. Oh lupa, dekat sini juga korang boleh jadikan tapak untuk berkhemah. Jadi, kalau nak buat camping untuk sekolah or universiti ke, boleh jadikan Gunung lang nie sebagai option okay.

Taman Rekreasi Gunung Lang
Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak 

Tel : +605-506 3088 

Perniagaan Kacang Putih

Serious talk, aku tak pernah dengar langsung pasal Perniagaan Kacang Putih nie. Masa dorang dok borak-borak cakap nak pergi ke Kacang Putih, i was like "Apa bondo tempat kacang putih nie". I was expecting something to do with kacang lah. Rupa-rupanya ianya adalah sebuah perniagaan kacang-kacang dan kerepek.


Nama perniagaan nie ialah Enak & Rangup. Tapi nama kacang putih tu lekat sampai sekarang kerana duhulunya, kaum India menjual kacang berwarna putih dan para pembeli sudah biasa memanggil kacang putih walaupon membeli kacang berwarna lain. Maka, nama tu lekatlah sampai sekarang. Bahkan nama tempat ini adalah Kampung Kacang Puteh.


Pemilik perniagaan Enak dan Rangup ini ialah seorang yang berbangsa India. Perniagaan membuat kerepek dan kekacangan ini merupakan perniagaan turun-temurun keluarga beliau. Pada zaman dahulu, mereka menjual kacang putih dengan cara menjunjung dulang atas kepala dari satu tempat ke satu tempat.



Perniagaan kacang putih ini telah bermula sejak tahun 1949 lagi. Ia merupakan satu masa yang sangat lama dan kini perniagaannya semakin maju dan besar. Kini, penghasilan produk-produk di sini menggunakan mesin yang canggih. Dengan wujudnya mesin-mesin yang canggih ini, penghasilan produk-produk kacang putih dapat dihasilkan dengan cepat dalam kuantiti yang banyak.



Menurut pemiliknya, ketika musim perayaan dan cuti sekolah, memang ramai akan datang berkunjung ke cawangan-cawangan perniagaan kacang putih nie untuk membeli kekacang dan kerepek. Memang laku keras tempat nie.


Sambil kami menemu ramah pemilik kedai ini, kami dijamu dengan pelbagai jenis kacang dan kerepek. Dan percayalah, kuih maruku dia sangat terbaik !!! Serious sedap sangat. Korang kena cuba maruku kacang putih nie. Rasa sekali, pasti nak lagi. Harga pon murah je.

Perniagaan Kacang Putih S.R Ipoh

No. 23, Jalan Sungai Pari, Kampung Kacang Putih Buntong, 
30100 Ipoh, Perak Darul Redzuan.

Tel : +605-253 3903

Assam House Restaurant, Ipoh

Makan malam di sini sangat tidak dapat dilupakan. Menu nyonya asli tradisional Melaka serta pelbagai menu tradisional masyarakat Asia merupakan hidangan yang disediakan di sini. Malam tu kami dijamu dengan menu-menu yang maha enak. Dimasak dari hati, kata sang pemilik kerana beliau sendiri yang memasakkan menu kami malam tu. Untuk tahu lebih lanjut makan malam kami di Assam House Restaurant Ipoh, boleh baca di blog post dengan klik link di bawah,



---------------------------------------------------------------------------------------

Satu hari yang pack dengan aktiviti menerjah tempat-tempat yang boleh dilawati di Ipoh. Kalau ikutkan, banyak lagi tempat menarik ayng ada di Ipoh nie. Tapi tak boleh lah nak sumbat semuanya dalam satu hari. Ye dakk ? So boleh lah entri nie dijadikan rujukan korang sekiranya hendak berkunjung ke Ipoh.

Aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih buat Majlis Bandaraya Ipoh kerana membawa kami menjelajah sekitar Ipoh. InsyaAllah akan datang lagi ke sini sekiranya dipanjangkan umur.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

14 comments:

  1. Jujurnya tak pernah lagi sampai ipoh.
    Tapi ada nya blogpost ini boleh lah jadi panduan akan datang.

    ReplyDelete
  2. Memang suka pasar Karat dekat ipoh tu... walau besar enjoy tawaf 1 pasar... banyak barang2 lama.

    ReplyDelete
  3. Ipoh banyak tempat best2.. seni pun banyak..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Byk jugak ya tmpt penarik kat ipoh perak ni. Lama betul tak ke sana

    ReplyDelete
  5. Had a wonderful time in Ipoh, yeah? It's one of my favourite cities in Malaysia. Love the food there and oh I've never been to Pasar Karat lagi. Would love to visit there and see the awesome vintage items sold by the locals. Nice!

    ReplyDelete
  6. kampung Nurul dekat ipoh.. tapi tak pernah tahu pun ada tempat2 best macam ni.. nampak la semata balik kampung je.. :p

    ReplyDelete
  7. What a fun itinerary next time I'll visit some of your recommend places when I'm in Ipoh.

    ReplyDelete
  8. Ipoh ni boleh kata tempat jatuh bangun AS la masa zaman belajar dulu. Tapi, seriously tak pernah terlintas nak explore Ipoh hihi..banyak tempat menarik rupanya

    ReplyDelete
  9. dah banyak perubahan di Ipoh. Walaupun sy orang Perak, jarang ke sana. Lepas ni boleh la explore lebih kat Ipoh.. hehe

    ReplyDelete
  10. The pasar karat look attractive to me. I have not visit the market yet. I wish I can get something that bring back my childhood time.

    ReplyDelete
  11. Ipoh, Perak memang banyak tarikan untuk dilawati.. LeYa sendiri belum habis menjelajah Negeri Perak sepenuhnya..

    ReplyDelete
  12. wah ipoh menarik untuk disambangi tahun ini melancong ke sana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini