Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mengancam tak cheezy dia ?
Tapi cik abang di luar sana, tak perlu bimbang. Dekat Bangi Sentral nie, ada satu tempat makan best yang aku nak syorkan kepada korang untuk cuba. Tempat makan tu nama dia The Hob. Korang biar je isteri or kekasih korang meroyan dekat butik-butik tu, and korang datang isi perut dekat The Hob nie. Berhampiran je daripada butik-butik tu semua.
Apa yang bestnya dekat The Hob nie ialah konsep dia yang mana ia mengetengahkan makanan barat dan makanan tempatan ke dalam satu cafe. Jadi korang tak perlu pening-pening nak pilih tempat makan. Datang je The Hob nie, dua-dua ada. Nak makanan kampung ? Makanan western ? Semua ada.
Aku sangat jatuh cinta dengan Crispy Cheezy Panini dekat The Hob nie. Ya Allah sedap gila !!!! Sumpah tak tipu. Nak order 8 pinggan terus pon tak apa. Crispy Cheezy Panini nie korang boleh pilih sama ada nak chicken slice, turkey slice, beef slice and banyak lagi. Aku sempat rasa yang chicken, turkey dengan beef. Ya Allah sedap sangat. Tak jemu makan banyak-banyak. Rasa dia sangat berkeju. Sedap !
Another recommendation menu yang pengasas The Hob nie suggest ialah Mee Kari nya. To be very quite honest, i am not so fancy about Mee Kari. I can eat it but i am not a big fan of it. Tambah pula bila dah dihidang dengan makanan western, jadi makanan local aku tak berapa nak prefer. Bukan lupa asal usul tau, choii korang nie !
Taste wise, okay-okay saja. Kalau korang peminat tegar mee kari, boleh lah order menu nie.
Cafe The Hob nie actually terkenal dengan menu burger nya. Sebabnya, patty burger-burger dekat The Hob nie adalah homemade. Original recipe from the owner of this cafe. Sangat aku sarankan korang cuba burger dekat sini. Boleh pilih jenis burger macam mana yang korang nak.
Patty dia jenis tak kedekut punya olang. Tebal dan sangat berdaging. Memang puas gila makan. Aku ingat dia hidang satu burger je, sekali ambik ko, semua signature burger dia hidang. Siap yang bertingkat-tingkat pulak tu. Perghhh !
Pilihan minuman juga sangat banyak. Nak yang sejuk ? Panas ? Blended ? You name it. Semua ada. Yang penting harga dia sangat mampu milik. Pilihan aku masa nie adalah Strawberry Ice. Tapi yang paling recommended katanya Soda Sirap Bandung. So korang cuba lah try nanti. Aku tak sempat nak rasa.
Banyak lagi menu-menu yang ditawarkan di The Hob nie. Korang boleh refer menu dekat bawah, untuk pilih yang mana korang nak makan. Banyak sangat pilihan, so jangan meroyan okay.
Pilihan menu-menu tempatan boleh rujuk menu dekat bawah nie. Mesti sukar nak buat pilihan kan ?
Nama The Hob nie terinspirasi oleh pengasas semasa beliau tengah bersihkan dapurnya. Hob kan bermaksud dapur masak dalam bahasa melayu. Jadi dari situ lah terlahirnya idea nak namakan cafe nie sebagai The Hob. Buat masa sekarang, The Hob belum mempunyai cawangan lagi. Akan datang insyaAllah. Setakat nie, physical store cuma ada di Bangi sahaja. Tapi kalau korang dah terliur sangat lepas tengok gambar-gambar kat atas tu, korang boleh beli dekat Food Truck The Hob depan PKNS bangi tempat parking tu. Jualan secara food truck tak semua menu dorang tawarkan. Cuma signature dish je yang ada.
Susun atur dan deco di cafe The Hob nie berkonsepkan minimalis. Dinding-dindingnya dilukis mural oleh salah seorang pekerja The Hob sendiri. Beliau sangat berbakat dalam lukisan mural. Makanya beliau menggunakan bakatnya itu dengan melukis mural di dinding cafe The Hob nie.
Kalau korang nak buat gathering kawan-kawan office ke, or buat parti hari jadi ke, pon boleh. Contact je dengan owner The Hob untuk bincang. Maklumat The Hob, korang boleh dapatkan dekat bawah nie.
THE HOB CAFE
No 5-G-01 Jalan Medan PB2A,
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi
Selangor Darul Ehsan
Waze : The Hob
Waktu Operasi :
11.30 am - 9.00 pm (Close on Monday)
Tel : 03-8926 8878
Facebook : https://www.facebook.com/tastytilllastbite/
Instagram : https://www.instagram.com/thehobmsia/
Photo credit to MamaJue. Boleh baca review beliau di sini ---> KLIK
Tersepit sorang-sorang blogger lelaki di situ. Hahaha. It is always fun hanging out with other bloggers. Banyak ilmu boleh dapat dari otai-otai blogger yang hebat. Semoga berjumpa lagi di event-event akan datang. Thank you The Hob for having us ! Semoga perniagaan terus sukses kami doakan.
Jom pakat ramai-ramai datang cafe The Hob di area Bandar Baru Bangi nie. Kami sudah, anda bila lagi ?
Seekor kumbang dikelilingi bunga2 hahaha.. sedap panini tu kan.. hehehe
ReplyDeleteHarga tak la mahal pun. Yg panini tu nampak sedap. Mmg selalu sgt pi Bangi Sentral ni shopping baju, lagi2 kat Minaz & leeyana rahman. Tp tak perasan pulak the hob ni
ReplyDeleteLove the interior and the burgers looks delicious.
ReplyDeleteBy the way, tak tahu pula aku maksud hob tu. Menarik.
pada gambar yang ke-11 dari atas - ada seorang kanak-kanak riang seronok dapat makan sedap sedap.. hahahaha~
ReplyDelete