Wednesday, December 27, 2017

Assam House Ipoh Menghidangkan Hidangan Asia Yang Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa FAM trip ke Selatan Perak tempoh hari, kami singgah makan malam di Assam House yang terletak di Ipoh, Perak. Kedatangan kami disambut mesra oleh pelayan dan juga pemilik restoran Assam House ini.


Assam House Restaurant terletak di Medan Gopeng. Ia merupakan sebuah restoran yang menyediakan pelbagai menu masakan Asia dari serata negara dan ianya HALAL. Restoran yang dahulunya hanyalah sebuah restoran kecil, kini sudah menjadi salah satu restoran yang dicari-cari di daerah Ipoh. Malah sudah membuka 2 cawangan lain di negeri jiran.


Mdm Lee Ah Tham is the founder of Assam House Restaurant. Beliau mewujudkan restoran ini pada tahun 1991. Apa yang istimewanya restoran ini ialah beliau mengekalkan keaslian rasa dan bahan yang digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu tanpa mengubahnya.

Menurut Madam Lee,

"Nak mengubah atau upgrade rasa sesuatu hidangan tak susah, tapi nak mengekalkan keaslian rasa sesuatu hidangan, merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dikekalkan."

Kini, restoran Assam House diambil alih oleh anak lelakinya, Mr Loh. Berpegang dengan kata-kata ibunya ini, Mr Loh cuba mengekalkan keaslian rasa sesuatu hidangan itu mengikut resepi ibunya tanpa mengubah walau sedikit pon. Kalau sesuatu hidangan itu memerlukan 3 ulas bawang besar, jadi beliau akan guna 3 ulas bawang besar biarpon harga bawang sekarang semakin meningkat. Kebanyakkan restoran akan ubah rasa sesuatu hidangan itu dengan mengurangkan bahan-bahan mentah kerana tidak mahu rugi akibat bahan-bahan mentah semakin meningkat harga. Tapi Mr Loh tidak akan berbuat demikian kerana beliau mahu mengekalkan keaslian rasa sesuatu hidangan itu.

Itu yang istimewa Assam House restaurant nie. Dan yang paling istimewa sekali ialah beliau sendiri yang masak menu-menu di restorannya untuk pelanggan-pelanggan yang berkunjung.


Hidangan kami dimulakan dengan pembuka selera, iaitu Gado-gado versi sihat. Rasa Gado-gado nie lebih kurang macam kerabu mangga tapi versi sayur-sayuran. Sedap ! Rasa crunchy-crunchy sikit.


Boleh saksikan kami ber "yee sang" dalam video di atas.

Kari dia pekat and sangat ummmppphhh !

Prawns will always be my favourite 


A different version of otak-otak. This one has a unique taste !


Winning dishes of the night !! I just love it so much. Definitely wajib be in your menu list. 

Have you ever tasted chicken fillet covered with eggs ? If you haven't, you should. Recommended !


Our desserts finishing a great meal.

Kami dijamu meal set untuk 8/9 orang. Berikut merupakan meal set yang terdapat di Assam House nie. Jadi Jorang boleh pilih meal set mengikut bilangan pax yang ada bagi memudahkan korang membuat pilihan.

Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau.

Aku sangat suka dekorasi dalaman restoran ini. Sangat penuh kesenian. Hiasan di dinding membuatkan korang rasa seperti berada disebuah taman. Ditambah pula rona warna hijau di dinding memberi aura kehijauan menghirup udara segar di hutan. Gitueee ! Over tau.



Assam House Restaurant sudah dapat banyak pengiktirafan dan juga liputan dari pelbagai media seperti Jalan-jalan Cari Makan TV3, 8TV, NTV7, The Star, NST, Astro dan banyak lagi. Jadi, Assam House ini sudah tidak asing lagi dalam menyediakan hidangan-hidangan Asia yang terbaik. Mari pakat-pakat bawa satu keluarga makan di sini !

Kami team Travelogue Malaysia dah sampai sini, korang bila lagi ?


ASSAM HOUSE

N0 2 & 2A, Medan Gopeng 2,
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
31350 Ipoh, Perak.

Tel : 05-3132 223

Email : assamhouse1991@gmail.com

Business Hours :

11.30 AM - 3.00 PM
6.00 PM - 10.30 PM

Thank you for the great hospitality and cooking the tasty dishes for us, Mr. Loh.

Assam House juga ada dua cawangan lain.

Assam House, Taman Mahkota Putra, Kuantan Pahang.
Assam House, Presint 8, Putrajaya

So korang boleh lah datang ke mana-mana cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Semoga perniagaan Assam House terus maju dan sukses ! Terima kasih atas layanan 5 bintang kepada kami. Makanan semuanya sedap. Sangat puas hati. InsyaAllah akan datang lagi sekali sekiranya berkunjung ke Ipoh.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

21 comments:

  1. Wahhh...makanan nampak memyelerakan

    ReplyDelete
  2. Amboiiii kemain lagi awak ye travel. Kalau akak kan....pi sambar udang tu dulu. Nyum Nyum....

    ReplyDelete
  3. Ya allah Gravy Prawn ni.. melambai2 misainya.. hahahaha.. ni gambar yang buat nampak sedap ke memang terlebih sedap ni yeop.. cer citer...

    ReplyDelete
  4. pergh gambar semua cun-cun belaka. nampak sedap! ini buat kita rasa nak singgah ni. Haha. Kedai pun nampak selesa!

    ReplyDelete
  5. Assam House antara restoren fav Marsha.....sedap sedap tau makanan kat sana

    ReplyDelete
  6. wahhhhh teringat masa makan semua suka udang dia yang sedappp. makan tak ingat air dia sedap tambah terus.

    ReplyDelete
  7. wa looks so delicious! I nak makan semua dishes here juga

    ReplyDelete
  8. Weh meriah gila nampak makanan dia. Yang cendol tu yang paling nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Tak tahu plak kat Ipoh ada restoran nama Assam House. Memang bab makan Lia takkan terlepas pandang nak cuba. Tak boleh tengok gambar makan sedap2 ni. mesti terliur.

    ReplyDelete
  10. OK dah masukkan dalam list utk trip ke ipoh nanti. Ipoh memang banyak giler tempat makan sedap dan unik. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. Wahh. Bukan senang nak makan masakan Cina sedap yg menepati lidah orang Melayu. Senang tak nam jumpa?

    ReplyDelete
  12. Saya ada kenalan saya dari Indonesia yang tak boleh tinggal makanan tanah air dia. Saya boleh bawak dia ke sini, try gado-gado.

    ReplyDelete
  13. Cantik decoration kedainya. Makanan pun nmpk sedap.
    Ingatkan kat ipoh jer, putrajaya dan pahang pun ada.

    ReplyDelete
  14. asam pedas tu nampak sedap, udang gemok gemok dowh ! kalau ada trip macma ni I nak join !

    ReplyDelete
  15. Ya allah, kejamnya gambar-gambar kat sini. Semua nampak sedap. Terus rasa lapar ni, hahahaha. Asam pedas tu one of my favorite dish

    ReplyDelete
  16. Assam house ni pun ada kat Kuantan tau. SubhanAllah memang best. Siapa yang dekat, memang patut cuba!

    ReplyDelete
  17. Aduiiii...sedapnyaaaaaaa....
    Masakan peranakan ni mmg sedap kan

    ReplyDelete
  18. Semuanya nampak sedap. Nanti balik kampung boleh cuba. Hehehehe

    ReplyDelete
  19. Ok boleh masuk dalam list ke ipoh nanti. Yg penting halal. Gado2 je dah nampak sedap. Apa lg menu yg lain kan.

    ReplyDelete
  20. Wahhh...sangat menarik makanan yang dihidangkan.. OMG! Ade di Putrajaya. Kenapa LeYa boleh tak tahu ni? Okay sekarang jugak start engine kereta untuk berlepas ke sana.. Hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...