Sunday, December 24, 2017

Pengalaman Pertama Menginap di Homestay, Homestay Felcra Changkat Lada Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa mengikuti fam trip menjelajah daerah selatan Perak, kami sempat berkunjung ke Felcra Changkat Lada, Bandar Seberang Perak. Kedatangan kami disambut mesra oleh pegawai-pegawai felcra dan juga orang-orang kampung.


Sesampai sahaja kami di Felcra Changkat Lada, kami dibawa ke bendang untuk melihat sawah padi di sini. Memang luas sangat bendang sawah di Changkat Lada. Menurut pegawai felcra, mereka baru sahaja selesai proses menuai padi. Sebab itu, sawah bendang di sini kelihatan "kosong".


Kami dijamu dengan pisang goreng dan juga cempedak goreng sebaik sahaja sampai di sawah bendang. 


Di sini, mereka menerangkan serba sedikit mengenai perusahaan padi yang ada di Felcra Changkat Lada. Dan apa yang memeranjatkan kami ialah, betapa canggihnya sistem pengurusan sawah padi di felcra nie. Aktiviti meracun/membaja menggunakan helikopter kecil yang direka khas untuk meracun dan membaja pokok-pokok padi di sawah felcra nie.


Sangat canggih dan very up to date. Jangan ingat mereka yang duduk di felda/felcra semuanya mundur okay. Buka mata semua, orang felcra pon guna helikopter tau untuk meracun. Ko ada ?


Di sini merupakan runway untuk helikopter kecil tadi berlepas. Tak panjang sangat pon runway nya. Seterusnya kami berpeluang menjala ikan kampung style. Menjala ikan di parit dengan menggunakan jala. 


Sekali jala je dah dapat banyak ikan. Banyak yang saiz sederhana kecil. Sedap kalau dibuat ikan masin. 

Ikan paling besar kami dapat. 


Seterusnya kami pergi ke kilang pemprosesan padi. Amat kagum sekali dengan teknologi yang digunakan dalam mengendalikan tanaman padi di felcra nie. 


Biji-biji benih yang telah ditapis, hanya yang terbaik akan digunakan untuk tanaman semula dan diimport keluar negara.

Sebaik sahaja melawat kilang pemprosesan beras, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dan dibawa ke homestay yang ditetapkan kepada kami. Kami pon berkenalan lah dengan keluarga angkat yang diberikan kepada kami.


Pada belah malam, orang-orang felcra Changkat Lada menyediakan jamuan BBQ buat kami. Sedap-sedap betul makanan-makanan yang disediakan. Kerang bakar ada, ikan keli bakar ada, ayam bakar ada, udang bakar ada, sup tulang pon ada dan banyak lagi. Kenyang sungguh kami malam tu.


Selain tu, kami dihiburkan dengan tarian tradisional Negeri Perak daripada anak-anak muda kampung ini. Antara tarian yang dipersembahkan ialah Tarian Wan Lebor dan juga Tarian Dabus. Sungguh unik dua tarian ini.


Tarian Dabus dan Tarian Wan Lebor

Bergambar bersama penari-penari muda Felcra Changkat Lada

Kami juga sempat melawat ke rumah salah seorang keluarga angkat kami. Banyak sungguh koleksi replika kecil basikal-basikal yang dimilikinya. Beliau seorang pengumpul yang amat menggemari mengumpul replika basikal.



Terima kasih buat orang-orang Felcra Changkat Lada kerana telah menjamu kami dengan makanan BBQ yang super sedap dan menghiburkan kami dengan persembahan yang meriah dan unik itu.

Dengan mak angkat kami


Kami hanya berada semalaman sahaja di Felcra Changkat Lada nie. Keesokkan paginya kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya. Tak puas rasanya berada di sini. Keluarga angkat kami sangat mesra dan peramah. Pagi tu mak angkat kami masakkan sarapan yang super sedap. Mee goreng ada, roti telur ada dan yang paling penting pulut ikan pekasam pon ada sekali. Perghhh !

Pulut ikan pekasam terbaik !

Rajin mak angkat kami masak pulut dan ikan pekasam pagi-pagi buta. Terima kasih sangat kerana telah menumpangkan kami semalaman di rumah. Kini masa untuk kami pulang.


Pagi tu, pegawai-pegawai pejabat Felcra membawa kami ke tempat penghasilan madu kelulut. Agak takut pada mulanya sebab takut kena sengat. Tapi tak ada pon. Alhamdulillah.


Kantung tu merupakan tempat di mana madu tu berada. Kantung yang mempunyai kuning-kuning atasnya, itu bermaksud madunya belum siap "masak". Once dia masak, kantung tu akan completely tertutup. Dalam kantung yang tertutup itulah yang terdapat madu kelulut asli dan sedia untuk diambil.


Madu kelulut nie sangat laku tau. Sebaik sahaja madu diambil dari sarangnya, terus ada pembeli. Biarpon harganya mahal. Khasiat madu lebah tidak disangkal lagi. Memang banyak kegunaan dan khasiatnya. Setengah kilo dijual pada harga RM 120.


Setiap daripada kami berpeluang menyedut madu terus dari sarangnya. Memang lain sikit rasa madu lebah kelulut nie daripada madu lain. Rasa dia agak sedikit masam dan madunya tidak likat. Dinasihatkan supaya tidak menghancurkan kantung madu tersebut supaya lebah-lebah tadi tidak perlu bersusah-payah membuat kantung baru. Nak buat kantung baru mengambil masa yang agak lama. Jadi ia akan memberi kesan dari segi masa untuk menghasilkan madu.


Sebaik sahaja selesai, kami dibawa pula ke dusun buah-buahan yang diusahakan Felcra Changkat Lada. Banyak sungguh buah-buahan yang ditanam. Antaranya ialah pokok kelapa, pokok nangka, belimbing buluh, limau bali dan banyak lagi.




Penghasilan buah-buahan ini dalam kuantiti yang banyak. Satu pokok membuahkan buah yang banyak dan yang penting pokoknya sangat renek. Mudah untuk dipetik. Kami diberi minum air kelapa pandan muda pada pagi itu. Sungguh nikmat ! Sedap dan sangat fresh.




Sebaik selesai, kami pon beransur pulang menuju ke destinasi seterusnya. Amat berterima kasih pada orang-orang kampung Felcra Changkat Lada atas layanannya yang sangat terbaik kepada kami. InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi di lain hari.

Video penuh aktiviti kami di Felcra Changkat Lada

Bagus sungguh usaha yang diketengahkan oleh kerajaan untuk wujudkan homestay di setiap kampung-kampung. Kita dapat rasai sendiri pengalaman tinggal di sesuatu kampung itu dan menyaksikan aktiviti-aktiviti tradisional dan turun-temurun yang jarang kita jumpa di era moden ini. Kewujudan program homestay ini dapat meneruskan tradisi turun-temurun agar ia tidak ditelan zaman permodenan.


Ini merupakan pengalaman pertama aku tinggal di homestay. Aku sangat enjoy dan teruja. Sekali lagi, terima kasih orang-orang kampung Felcra Changkat Lada, Bandar Seberang Perak.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

20 comments:

  1. Menarik juga aktiviti macam ni. Sekurang kurangnya kita tau la aktiviti mereka yang tinggal di sini. Setiap tempat tu pengalamannya berbeza kan?...

    ReplyDelete
  2. wow geram tengok kelapa tu, rasa macam nak minum air kelapa harini, lama tak minum, waktu pregnant je rajin nak minum haha

    ReplyDelete
  3. Wahh menariknya, best dapat buat pelbagai aktiviti 👍👍

    ReplyDelete
  4. Best nya..pengalaman masuk dan menyelami hidup org felcra. Dapat mak angkat baik pulak lagi best

    ReplyDelete
  5. huhu.. tak tahu nak komen yang mana satu sebab semua ada dalam gambar tu menceritakan perkara yang ebst2 je.. terutamanya tang kantung madu tu.,. TB baru 1st time tengok kantung tu macam tu.. huhu.. sbeelum Tb tengok yang macam penapis aircond tu je.. hahaha

    ReplyDelete
  6. wah, bestkan duduk di homestay at least kita boleh rasa suasana kampung , jalankan aktiviti kampung , pergi dusun ok yang tertariknya ada helikopter lagi .salah satu tempat tarikan pelancong asing ke malaysia . god joob homestay felcra changkat lada

    ReplyDelete
  7. Satu destinasi menarik jika mahu menginap dikelilingi suasana perkampungan begini kan?

    ReplyDelete
  8. wahh!! sukanya dengan suasana kampung! rindu nak buat aktiviti macam ni. bolehlah singgah ni lain kali!

    ReplyDelete
  9. Best yer dapat pengalaman bercuti ke kampung. Dapat makan macam-macam makanan tradisi dan buahan segar.

    ReplyDelete
  10. Giler canggih guna helikopter utk meracun ye. Nape tak minta naik seround heli tu?? Hehe

    Meriahnya aktiviti dekat sana. Boleh memancing, lawat kilang padi, yg best ada makan2. Next time nak ikut plssss =)

    ReplyDelete
  11. wahhh seronoknya menerokai suasana Kampung.. macam -macam aktiviti boleh dibuat... pengalam indah penuh memori... ( pssstt lain kali hajak Sis sekali nak ikut)

    ReplyDelete
  12. pengalaman yang mahal ni...susah nak dapat...seronok kan bila dapat hilang kan stress dengan melakukan aktiviti macam ni...

    ReplyDelete
  13. bab minum n terus sedut madu tu paling best. teringin gak nak sedut terus tapi tak berkesempatan lagi. ada sedara kat changkat lada cuma sedara jauh.

    ReplyDelete
  14. Seronok kan duk homestay? Kita boleh rasa suasana kampung dan buat benda-benda yang best. Pernah stay di homestay kg Beng di Perak dulu. Memang best

    ReplyDelete
  15. Nice experience at the homestay. Run away from busy city and enjoy the fresh air and juicy fruits.

    ReplyDelete
  16. Syoknya nikmati suasana dikg. Memang tenang fikiran

    ReplyDelete
  17. This is certainly a very memorable experience to have, I have never done anything like this before! Way to go!!

    ReplyDelete
  18. Pengalaman yang menyeronokkan..kalau dapat flykan heli utk meracun tu mesti lagi syiokkkk

    ReplyDelete
  19. Wakkkkkk..bestnya dapat ke felda tu haaaa... pastu dengan suasana kampung,makanan...Allahurabbi...mengundangnya wak. Rasa nak balik kampung sekarang jugak.

    ReplyDelete
  20. wah nampak korang seronok betul. tapi suasana kampung memang the best moment!

    ReplyDelete