Wednesday, November 29, 2017

Goodbye America, Hello Malaysia

Assalamualaikum and good day everyone !

Sudah hampir 3 tahun aku meninggalkan bumi Amerika. I miss everything about America. I miss my friends. Rindu makanan dekat The Max. Rindu suasana sekitar campus GCSU. Rindu nak berfoya-foya.

Okay yang berfoya-foya tu aku tipu je k.

So kali nie, aku nak ceritakan perjalanan pulang aku ke bumi Malaysia setelah satu semester berada di Amerika. Kira ini merupakan entri penutup untuk perjalanan satu semester aku di bumi Amerika. Semua cerita-cerita pasal Amerika dah ter-update (I guess so), jadi entri ini merupakan entri penutup.

Pengalaman pertama naik flight masa nak datang Amerika dulu --> KLIK


Untuk pengetahuan korang semua, ada satu lagi pelajar UPSI yang ditempatkan di Georgia nie. Kami ditempatkan dalam satu negeri yang sama tapi di dua universiti yang berbeza. Satu di utara Georgia dan satu lagi di selatan Georgia. Tapi sepanjang satu semester kitorang di sana, kitorang tak pernah berjumpa langsung pon. Hari terakhir dekat Amerika barulah kami berdua dipertemukan. Itupon sebab kami decide nak balik Malaysia sama-sama. So kami beritahu pegawai UPSI yang in charge dalam menguruskan tiket flight kami, supaya tempahkan flight yang sama.


So on 27 December 2014, Alex's father sent me to the airport, together with Alex and my Japanese friends. I was quite close with the Japanese when i was there, so it was quite emotional to leave them. They were there for two semesters while i was there for only one semester. So i had to leave. Kena lah balik walaupon dalam hati tak nak balik. Eh tipu. Seriously, masa nie, aku tak sabar gila nak balik Malaysia. I missed Malaysia so much and i missed my family.

Takafumi dengan Eri menangis kot masa nie. Malangnya masa nie aku macam tak sensitif pulak. Langsung tak boleh nak nangis sebabnya aku tak sabar sangat nak balik Malaysia.


Kami ada dua transit. Satu di Boston dan satu lagi di Dubai. Dari Atlanta ke Boston, kami menaiki Delta Airlines. Dari Delta ke Dubai dan Dubai ke Kuala Lumpur, kami menaiki Emirates. Terima kasih lah UPSI sebab bagi kami flight Emirates. Aku memang teringin sangat naik Emirates dari dulu lagi.


Check in luggage merupakan detik yang paling aku risau masa nie, sebabnya satu luggage aku tu overweight. Berdebar gila jantung aku masa tu. Takut kena re-packing balik. Pegawai yang check luggage tu suruh aku transfer sikit barang dari luggage yang terlebih tu, ke luggage yang lagi satu. I can't do that. I really cant. I told him if i open the luggage, i am afraid that i can't close it back. LOL. And he said, "It's okay. I take it".


To hear that, OMG !! I was very happy at that time. And when he told me that i can collect my luggage at Kuala Lumpur and don't have to worry to collect it during my transit, i was even happier. Thank God. The thing that i worried so much was solved. Now aku boleh naik kapal terbang dengan tenang.

When everything was settled, then i went to find Nor at the waiting area. Nor nie sangat tenang orang nya. Masa aku nampak dia tengah tunggu flight di ruang menunggu, she was very calm macam tak ada masalah langsung. Manakala aku, dah macam apa ntah masa tu. Serabut gila. Hal luggage memang lah dah selesai. Tapi tangan aku kiri kanan still penuh dengan barang-barang yang aku tak boleh nak sumbat masuk dalam luggage. End up, aku bubuh semuanya dalam beg yang Nor galas. Beg dia kosong tak ada isi. Ko ghase ?


Selalunya yang hadapi masalah banyak barang tak muat luggage nie orang perempuan. Tapi dalam kes aku nie macam dah terbalik. Nor was the calm one and i was the messy one. Perempuan kah aku ? Perempuan fuhhh !

Sebelum aku pergi lebih jauh untuk menceritakan pengalaman perjalanan pulang aku ke Malaysia, adalah lebih baik aku ceritakan kejadian sehari sebelum aku bertolak pulang. Maklumlah, dah kata ini entri penutup perjalanan Amerika aku, jadi kena lah sumbat semuanya dalam satu post. Nampak tak permainan dia ?


A day before my departure, Alex brought me to Kelly's house to say a final goodbye to her. We had a lot fun. I can't really recall what we did. But from the pictures and videos that i have, we cycled around the neighbourhood and we randomly had a running competition. Lol. You may watch the video below to witness these.


We had a tasty dinner at Kelly's, cooked by Kelly's mother. Keluarga dia dan dia sendiri sangat menitikberatkan soal pemakanan aku. You know, being Muslim, there are a lot of restrictions when it comes to food. So it is a good feeling and i am very grateful to have friends that care about "the restrictions". They are very thoughtful.

Goodbye Kelly, and thank you for the gifts. 

Now, lets continue the story of my flights to Malaysia.

Our first flight was with Delta Airlines, from Atlanta Georgia to Boston Massachusetts. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Transit dekat Boston selama 6 jam. Yes, 6 jam. Memang agak mereput.


Sampai je dekat Boston, kami terus keluar daripada airport untuk tengok sama ada bersalji ataupon tidak. Masa nie kan tengah musim winter. So besarlah harapan aku untuk melihat salji real buat pertama kali dalam hidup. Tapi agak malang sekali, salji tak turun lagi masa nie. Uwaaaaaaa !

Sedih gila. Bercuti ke New York dengan harapan nak merasai salji, end up sampai hari terakhir dekat Amerika pon still tak dapat tengok salji. Even sampai sekarang nie aku tak pernah lagi experience the real snow. Malang sungguh nasibku.


Ada cerita kelakar masa transit dekat Boston nie. Tak tahu lah bagi korang ianya kelakar ataupon tidak. Tapi aku nak share jugak. So, aku masa nie tak berapa sangat menitikberatkan soal solat <--- Ayat nie kalau potential mak mertua baca nie, confirm reject aku terus. Hahahaha

Aku jenis qada' solat, kalau tak ada tempat untuk solat. Aku tak suka solat di tempat awam secara terang-terangan. Segan. I am not that strong. So, masa kat airport Boston nie, tak ada surau. Transit 6 jam, dan terkena pulak pada waktu solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya masa nie. Sebab sampai ke Boston jam 3.30pm dan next flight pula dalam jam 10.30pm. Jadi Nor pon ajak aku solat. Nor nie jenis yang alim and bertudung labuh ye kengkawan. Jadi aku nie agak segan sedikit lah dengan dia. So aku pon pergilah ambik wudhuk dalam bilik air.


Time ambik wudhu nie aku takut gila. Bukan takut apa, aku takut aku kena jadi imam. Hahahahaha. <--- Another reason potential mak mertua nak reject aku. So memang nervous gila. Aku memang jarang jadi imam so memang agak takut lah. So aku pon beranikan diri. Jadilah apa nak jadi sekalipon.

Sekali bila dah keluar tandas tu, aku tengok Nor "kering" je. Eh dah ambik wudhuk ke Nor nie, aku bermonolog dalaman. Lepastu aku tanya lah Nor pasal dah wudhuk ke belum, rupanya, masa nie Nor tak boleh nak solat. Kusss semangat ! Lega gila aku masa tu. Hahahahahahahahaha

Lepas satu azab. Datang lagi azab baru. Now nak solat dekat mana. Itu persoalannya. Banyaklah ruang di airport tu yang aku boleh jadikan tempat solat. Tinggal bentang kain then solat. Islam itu kan mudah. Gituee. So solat jamak zohor-asar lah aku masa tu. Memang segan gila lah cerita dia. Aku tak berapa selesa solat terang-terangan di tempat awam.

Then kami pon tunggu lagi and mereput dekat airport tu.

My favourite drink while i was in the US. Dunkin Donuts Coffee Coolatta with cream and caramel on top. Kalau korang berpeluang datang ke US, make sure try air nie. Rasa dia sedap gila !! Saiz dia bapak besar. Rasa dekat Dunkin Donuts yang Malaysia punya sedih gila. Tak sama langsung. Saiz pulak kecik. Padahal harga sama je dengan harga di US. So please please please try air nie kalau korang berpeluang ke US okay. 

Then masuk pulak waktu maghrib. So ambik wudhuk lagi and solat jamak maghrib-isyak. Turns out kan, tempat yang aku solat tu merupakan tempat ketibaan penumpang kapal terbang. OMG. Masa nie solat memang tak khusyuk langsung. Rasa malu sangat orang tengok aku solat. Dah lah ramai gila. Boleh bayangkan tak, situasi dia macam mana ? Serious tak khusyuk masa tu. Aku betul-betul tak perasan tempat tu laluan ketibaan penumpang. Hahahahahaha

Cerita solat pon tamat. Alhamdulillah. Now kami ke flight kedua pula. Dari Boston Massachusetts ke Dubai, perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam 30 minit. Ye, 12 jam. Anda tak silap baca.


Flight kedua nie pon ada jugak cerita kelakarnya. Again, bab solat. Okay masa nie Nor sangat baik hati kerana kejutkan aku untuk solat Subuh. Terima kasih Nor for did that. TAPI, aku segan nak solat dalam kapal terbang. Uwaaaaaaaaaaa !!! Masa flight datang ke Amerika, semua solat aku qada'. <---- Sah ! Potential mak mertua reject.

Nauzzubillah sistur, apa nak jadi lah kan.

Itulah kali pertama dalam hidup, aku solat duduk dan solat atas kapal terbang. Malu lah uolss. Iolss tak biasa. Tambah-tambah seat aku di bahagian tengah kapal terbang. Seat bahagian tengah kan ada 4. Aku dengan Nor diapit oleh dua lelaki stranger. So bayangkanlah aku solat duduk dekat situ. Segan weyhh >____<

I felt like "Apa yang aku buat nie, rasa mcm gonjeng gila". Maklumlah, pertama kali solat duduk, rasa dia agak lain dan janggal. Orang sebelah dok tengok menda lah budak nie buat. Terangkat-angkat tangan, tertunduk-tunduk. Iols tebalkan muka je masa nie. Soal khusyuk toksah cerita kat sini. Memang tak khusyuk langsung.


Apa yang best naik flight Emirates nie ialah makanan dia semua halal. Yeay !! Memang sedap-sedap makanan yang kami dapat masa tu. Kenyang sangat !


Another cerita kelakar ialah dalam flight tu aku terkejut-kejut time tengok movie seram. Aku dengan Nor decide nak tengok movie yang sama. So kami pon tengok lah cerita seram. Tak berapa ingat masa tu movie seram apa. Aku rasa macam cerita Annabelle. Rasanya lah. Tak berapa nak ingat.

So bila scene-scene yang mengejut tu, Nor rileks je. Tengok macam tak ada memberi kesan apa-apa. Tapi aku sebaliknya. Aku jenis kalau terkejut bukan lah jenis yang terkejut Arghhhhhhhhhhh macam perempuan jerit-jerit tu. Aku just terkejut "Ha!". Terkejut jenis jantan lah kiranya. Gitueee.

Macam video atas nie aku terkejut. Aku memang mudah terkejut. 
Sampaikan kawan-kawan aku kat sana suka terperanjatkan aku. Lol

Nor dan orang sebelah aku punya lah dok ketawakan aku time aku terkejut tu. Dah tu, banyak pulak tu scene yang mengejut. Kuss semangat. Sabor jelah.


Setelah 12 jam lebih berada dalam kapal terbang, kami pon sampai di airport Dubai pada jam 7.35pm. Tak lama pon kami transit di Dubai. Ada lebih kurang 2 jam je. 9.45pm nak kena naik flight balik.


Time sampai dekat Dubai nie, rasa gembira sangat. Gembira sebab nampak muka-muka yang familiar. I mean muka orang Malaysia. Dan yang paling penting, aku tak perlu solat di tempat awam lagi. Hahaha


Time dekat Dubai nie jugak, aku start rasa panas yang amat. Untuk pengetahuan korang, oleh kerana luggage aku lebih muatan dan tak boleh nak sumbat barang lagi, makanya aku terpaksa memakai pakaian sebanyak 6 lapisan. Time dekat Boston okay je lagi sebabnya masih lagi sejuk. Tapi bila sampai Dubai nie, terus jadi panas. Iklim sudah berubah. Terus tanggalkan satu persatu dan sumbat semuanya dalam beg galas Nor. Kesian Nor. Jadi mangsa aku. Sangat bersyukur aku balik bersama Nor masa nie. Kalau tak ada dia, tak tahulah macam mana aku nak sumbat barang-barang aku.


Kami bertolak dari Dubai ke Kuala Lumpur pada jam 9.45pm. Baru je turun kapal terbang then kena naik lagi. Fuhhh memang penat gila masa nie. Tapi aku tak kesah. Sebabnya aku suka sangat naik kapal terbang. Berada dalam kapal terbang memberikan aku ketenangan. Aku sangat enjoy naik kapal terbang.


Untuk flight yang terakhir nie, perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami sampai di Kuala Lumpur pada jam 9 pagi waktu Malaysia. Masa nie memang penat sangat. Total 22 jam perjalanan dari Amerika ke Malaysia. Perghhhh !


Luggage aku pecah. Entah macam mana orang yang handle luggage nie. Sampai pecah luggage aku dibuatnya. Nasib baik isi dalam tu tak terburai keluar. Agak terkejut masa tengok luggage Nor. Nor's luggage looked so light and her second luggage was not event full. Terus terkenangkan barang-barang yang aku terpaksa buang sebab tak muat nak sumbat dalam luggage. Kalau lah tahu luggage Nor tak penuh, aku manfaatkan kapasitinya. Hahahaha

Selesai je collect luggage, kami pon pulang. Keluarga Nor di Kelantan, jadinya Nor ikut aku balik ke Banting.


Perkara pertama aku cari masa sampai rumah mestilah nak jumpa si Opish kesayanganku. Selalu video call je masa aku dekat Amerika. Opish tengah hamil masa nie. Malang sekali, Opish sudah tiada lagi di dunia nie. Opish mati dilanggar kereta tahun lepas. Sedih sangat T___T

And aku juga sempat pergi melawat anak buah aku yang baru sahaja dilahirkan. Comel sangat Nasuha masa nie. Tak nangis bila didokong. Sekarang nie dah besar, takut dengan orang.

Masjid Kampus UPSI Proton City

And pada belah petangnya, keluarga aku hantar Nor pulang ke UPSI Tg Malim. Nor ada latihan apa ntah. Nor nie nampak je bertudung labuh dan sangat lemah lembut, tapi jangan pandang sebelah mata. Dia ahli palapes kot. Kawad tengah panas and masuk hutan tu makanan dia. Caya lah Nor !

Maka itu sahajalah cerita perjalanan pulang aku ke Malaysia. Yang baik boleh ikut, yang tak baik tu jangan ikut tau. Jangan lah korang menilai aku macam-macam. Tapi kalau nak judge pon, aku sikit pon tak amik kesah. BHAHAHAHAHA

Dengan ini, tamat lah sudah cerita Amerika aku. Alhamdulillah berjaya update semuanya. Setelah hampir 3 tahun pulang, baru sekarang habis mengupdate cerita Amerika. Actually ada lagi benda nak cerita, tapi cukuplah kot entri nie sebagai penutup perjalanan aku. Tak nak janji dengan korang nak update lagi pasal Amerika, tak tahu bila ntah akan terupdate.

Untuk mereka yang baru sahaja mengikuti cerita perjalanan aku di bumi Amerika, boleh klik link bawah nie untuk baca kesemua entri yang aku updated sepanjang aku berada di sana selama satu semester.


Atau pergi je dekat post history tu and klik entri tahun 2014. Banyaklah cerita Amerika aku akan keluar kat situ.

4 comments:

  1. wah bestnya dpt ke america. sebulan pula yer. manyak syokk. tp lama gilerkko kot dok dlm flight. memang mereput. kitorang ada pengalaman solat dlm flight masa ke korea last year. mmg awkward tp senang sgt. org pun xperasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bukan satu bulan, tapi 5 bulan kat sana Kak Ana. Memang best dpt experience tinggal dekat negara orang. and of course sangat mereput dalam flight. Satu hari duduk dlm flight >__<

      Delete
  2. Ohhh, abam ni bekas mat saleh rupanya. Kehkeh

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum & hello , bro Zharif boleh share sedikit tips untuk skor kos psikologi & dapat pointer tinggi? saya student sem 1 di ums.saya harap bro boleh tolong , terima kasih :')

    ReplyDelete