Monday, November 27, 2017

Media Trip to Fiesta NBOS Sayang Malaysia 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 18 November lalu, aku telah mengikuti satu media trip ke Bagan Datuk Perak sempena Fiesta NBOS Sayang Malaysia 2017. Media trip ini dikelolai oleh Gaya Travel dan ditaja oleh tourism Malaysia. Media trip ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, yang bermula pada 18 November sehingga 20 November 2017.


Kami berkumpul di MATIC, Kuala Lumpur dan memulakan perjalanan pada jam 11 pagi. Aku sangat teruja untuk meneroka kawasan Bagan Datuk, Perak. Selama nie belajar dekat UPSI Tg Malim tak pernah lagi membuat road trip menjelajah Perak. Padahal 4 tahun duduk di Perak. Rasanya selama 4 tahun tu, cuma sempat teroka Kellie's Castle dan sekitar Tanjung Malim je. Itupon tak khatam sepenuhnya kawasan Tg Malim tu. Macam mana nak khatam, kalau tiap minggu balik Selangor. Manjang homesick kalau duduk dekat UPSI tu.

Mummy shark sedang briefing pada baby-baby shark dudududu

Sebaik sahaja sampai Teluk Intan, kami singgah makan tengahari dan terus check-in di Grand Court Hotel. Berehat untuk beberapa jam dan pada belah petang kami melawat tapak Fiesta NBOS Sayang Malaysia. Fiesta NBOS nie diadakan di padang SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk Perak. Kawasan dia amat luas dan telah diramalkan bahawa tempat nie akan dipenuhi dengan lautan manusia pada hari kejadian.



Untuk pengetahuan korang, Fiesta NBOS nie dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional (NSU), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Fiesta NBOS sudah masuk fasa kedua penganjurannya, yang mana kali nie ia bertemakan Sayang Malaysia bersempena dengan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia.



Aku sangat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada Fiesta NBOS nie. Sangat tak sabar untuk menunggu hari kejadian sebabnya banyak sangat aktiviti-aktiviti menarik bakal diadakan untuk para pengunjung. Dengar cerita, cabutan bertuah di Fiesta NBOS nie hadiahnya meriah-meriah belaka. Betul ke ? Eh mestilah betul. Memang meriah sungguh hadiah-hadiahnya.



Sebaik sahaja selesai melawat tapak, kami bergerak ke Menara Condong Teluk Intan. Orang kata, tak sah kalau datang Teluk Intan tapi tak jejak ke Menara Condong dia. Jadi team Gaya Travel membawa kami semua ke menara yang sangat ikonik di bumi Teluk Intan nie.


Dari dulu aku teringin jejakkan kaki ke Menara Condong Teluk Intan nie, tapi tak jejak-jejak. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke sini. Terima kasih team Gaya Travel.


Menara Condong Teluk Intan nie merupakan tangki air sahaja rupanya. Kot-kot berlaku kemarau atau kebakaran, jadi air di tangki air nie dapat disalurkan kepada sekeliling. Kini ia hanya berfungsi sebagai menara jam dan menjadi kebanggaan rakyat Teluk Intan. Bukan negara Italy sahaja mempunyai menara condong Pisa, Teluk Intan Perak pon ada okay. Nie yang buat aku makin #SayangMalaysia. Tibahhh !


So pada hari kejadian, 19 November, detik yang ditunggu-tunggu, hari untuk meraikan Fiesta NBOS. Sebaik sahaja bersarapan di hotel, kami sempat bergambar dahulu bersama chief, yang juga merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di lobi hotel.



Kami berada di tapak Fiesta NBOS seawal jam 9 pagi. Para krew masih lagi membuat persiapan terakhir sebelum ketibaan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Ketibaan Dato' Seri Zahid merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung. Hal ini kerana beliau akan merasmikan Fiesta NBOS bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, dan juga Ketua Setiausaha Negara, YB Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa.


Fiesta NBOS kali nie turut menyaksikan pelancaran beberapa produk. Antaranya

1. Pusat Transformasi Bergerak (Mbile CTC)
2. Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M)
3. Coding @ Schools (C@S)
4. NBOS Rangkaian Strategik
5. Program Komuniti Agropreneur Muda
6. Visit My Kampung (VMK)
7. 1 Strategic Partner Community (1SPC)
8. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Apa yang menariknya, MOTAC sebagai peneraju kempen Sayang Malaysia di bawah inisiatif NBOS Blue Ocean Tourism (BOT) telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik di booth Pavilion Sayang Malaysia dan booth Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia. Sempat lah juga bertepuk tampar, bersenda gurau dan berswafoto bersama Arja Lee dan Adeline Tsen di booth Pavilion Sayang Malaysia. Mereka berdua sangat ramah dan sangat bersemangat melayan pengunjung-pengunjung di booth. Dari pagi sampai ke petang mereka membantu mempromosikan booth Pavilion Sayang Malaysia dan juga booth Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia nie. Terbaik lah !


Bukan setakat Arja Lee dan Adeline Tsen je tau. Aku juga sempat bertepuk tampar bersama penyanyi legend negara, yang amat popular dengan lagu-lagu nya yang penuh nostalgia. Tak lain tak bukan, abg Jay Jay. Antara lagu kegemaran aku yang dinyanyikan oleh beliau ketika di Fiesta NBOS nie ialah Joget Angan Tak Sudah. Lagu nie memang tak lapuk dek zaman. Sentiasa evergreen !

Jay Jay-Joget Angan Tak Sudah


Tak cukup abg Jay Jay, aku juga sempat berswafoto bersama Dafi AF yang sentiasa cute ! Dafi juga sempat mempersembahkan beberapa buah lagu ketika di Fiesta NBOS.


Dato' Seri Zahid Hamidi juga sempat berkunjung ke booth Pavillion Sayang Malaysia dan merasmikan booth Pavilion Sayang Malaysia dengan menuang air dari labu sayong ke kolam ikan. Eh sebenarnya aku tak tahu simbol tuang air tu sebenarnya untuk apa. Jadi aku assume itu sebagai merasmikan je yer. Hahahaha


Bukan sekadar persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air sahaja, terdapat juga persembahan kesenian dan kebudayaan daripada penuntut-penuntut ASWARA.



Pertandingan memasak ala-ala Masterchef. Meriah sungguh pertandingan memasak yang diadakan nie. Pengunjung berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam memasak dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Tahniah buat mereka yang memenangi pertandingan memasak ini.

Sempat bergambar bersama ketua juri dalam pertandingan memasak nie


Pameran vespa auto show yang menampilkan vespa-vespa antik yang comel-comel. Geram tengok kecomelan setiap vespa nie. Rasa macam nak angkut bawak balik. Lagi-lagi yang warna kuning tu. Ouchhh !



Dan aku juga sempat mencuba permainan lembu goyang-goyang nie. Aku tak tahu ini dipanggil sebagai permainan apa, jadinya terima sahajalah panggilan yang aku bagi tu. Agak mencabar bermain benda alah nie. Nampak macam senang tapi hakikatnya tuhan sahaja yang tahu. Bahaya jugak main lembu goyang-goyang nie, tangan aku banyak melecet kot. Lepas dah selesai main baru terasa pedihnya. Masa tengah syok bermain tak perasan pon tangan melecet.

A post shared by Zharif Azis (@zharif93) on
Boleh saksikan video menunggang lembu goyang-goyang di atas nie.


Terdapat juga booth-booth lain ketika di Fiesta NBOS Sayang Malaysia. Produk-produk yang dijual ketika di Fiesta NBOS nie jauh lebih murah berbanding harga runcit di luar. Baik produk penguasaha tempatan mahupon produk pengusaha dari syarikat-syarikat besar. Dan yang paling hangat sudah tentu di booth bahan basah yang mana pengunjung berpeluang membeli ikan-ikan segar dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga di pasaran. Lebih menarik lagi, lelongan jualan tersebut telah dilakukan oleh menteri sendiri. Memang tak menang tangan mereka nak layan pengunjung ketika itu.


Apa yang aku boleh kata, Fiesta NBOS Sayang Malaysia sangat berjaya kerana ribuan pengunjung telah hadir ke fiesta tersebut pada hari kejadian. Segalanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Pengunjung sangat berpuas hati dengan hadiah-hadiah yang ditwarkan untuk pemenang cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiahnya adalah tiket penerbangan ke luar negara daripada 3 syarikat penerbangan terkenal, Malaysia Airlines, Malindo Air dan juga Air Asia. Selain itu juga, pengunjung berpeluang memenangi basikal elektrik, komputer riba, perkakas elektrik dan juga hamper hadiah. Hadiah utama untuk cabutan bertuah merupakan sebuah motorsikal Modenas. Tapi malang sekali, dalam banyak-banyak cabutan bertuah yang dibuat, satu pon tidak berpihak pada aku. Sedih !

Aku berharap Fiesta NBOS Sayang Malaysia nie akan dijadikan acara tahunan setiap tahun. Fiesta NBOS banyak memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar akan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan juga boleh mempromosikan sesuatu kawasan luar bandar untuk dikunjungi oleh penduduk-penduduk dari seluruh negara ke tempat tersebut. Looking forward to Fiesta NBOS next year !

----------------------------------------------------------------------------
Penginapan


Penginapan kami selama 3 hari 2 malam adalah di Hotel Grand Court, Teluk Intan. Kami difahamkan, hotel nie merupakan satu-satunya hotel yang paling gahhhh di Teluk Intan dan sekaligus merupakan bangunan paling tinggi di sini. Aku agak kagum dengan fakta tersebut.



Hotel yang sangat selesa dan ruang bilik yang maha luas. Sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak yang ramai. Boleh siap main kejar-kejar lagi dalam bilik tau. Maaflah, masa check in terlupa nak ambik gambar, nak check out baru teringat. Jadi please abaikan kesepahan yang telah dilakukan oleh kami berdua.



Nak tunjuk bilik bersepah ke acane nie ?

------------------------------------------------------------------------
Makanan


Sebaik sampai ke Teluk Intan, kami menjamu selera di Restoran Soto Sri Sayang yang terletak di Jalan Padang Tembak. Ikan bakar dia memang terbaik. Sedap !



Pada belah malam kami menjamu selera di Restoran Nasa Tom Yam yang berhampiran dengan Hotel Grand Court. Sungguh kenyang kami malam tu !



Pada malam kedua, kami menjamu selera di Restoran Wana yang terletak di Jalan Intan 3, Bandar Teluk Intan. Tak tahu macam mana boleh sumbat lagi makanan malam tu, sebabnya petang tu kami baru je makan KFC beramai-ramai.



Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah makan tengahari di Restoran Mastan Ghani yang terletak di A151 Taman Antek Avenue Bandar Teluk Intan. Rojak kat sini terbaik katanya. Korang kena datang cuba tau !


Dan team Gaya Travel membawa kami makan durian ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Lokasi nya di bus stop kawasan Sungkai. Sebakul besar durian kami lahap masa tu. Ya Allah nikmat sangat !!!! Lama gila tak makan durian. Memang tak lepaskan peluang betul masa nie. Walaupon sedar, mulut akan berbau durian tapi gasak lah. Peluang begini tidak datang selalu. Mulut berbau durian boleh dicuci, orang nak belanja sebakul durian jarang-jarang sekali.


Who can resist these beauty ? Abam tak kuadddd !

Buat entri nie terus mengidam nak makan durian lagi. Acane nie ? Aduiii.

-----------------------------------------------------------------------------


Terima kasih buat team Gaya Travel untuk media trip nie. Ini merupakan pengalaman pertama aku mengikuti media trip. Jadinya, aku sangat teruja dan dalam masa yang sama aku agak sedikit bingung pada mulanya kerana aku betul-betul tak tahu apa yang akan aku tempuhi untuk 3 hari 2 malam tu. Macam-macam bermain di fikiran. And turns out, it was a lot of fun and a very great experience. Dapat berkenalan dengan rakan-rakan media yang lain and i am up for more media trip in coming future. Please count me in Gaya Travel ! Thank you once again for having me.

Sekian laporan. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum !

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini