Tuesday, May 12, 2026

Know Know Arrived Brunei : Brunei Ada Apa ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari kedua, well tehnically hari ketiga aku dekat Brunei, masa untuk fully utilize the whole day untuk pergi ke tempat-tempat yang aku tak sempat pergi semalam. Seawal jam 8 pagi aku dah berjalan kaki menuju ke bus stop. Kali nie aku nak cuba naik bas sebab lokasi yang aku nak tuju nie boleh dicapai dengan menaiki bas. 


Sumpah lama gila tak naik bas lompat-lompat. Dekat Brunei lah aku naik bas macam nie. Public transport dekat Brunei sangat tak berapa nak ada dan tunggu agak lama. Jadinya, agak tak convenience ya untuk pelancong. Kalau nak senang bergerak, naik Dart je. Masalahnya aku travel alone, naik Dart then convert duit Malaysia rasa macam nak nangis. Hahahahah. Naik bas 1BND je. So mana tempat kita boleh pergi naik bas, kita guna bas lah ye. Yang tak boleh tu, baru aku guna Dart. Pengguna bas kebanyakkan yang guna bukan local Bruneian. Banyak foreigner je yang guna bas. Local macam tak guna bas pon. Local semua ada kereta sendiri dikk nonn.



Lokasi yang aku nak pergi nie ialah Pantai Jerudong. Tak adalah nak mandi-manda ke apa, saja nak ambil suasana dan angin pantai. Lagi satu, risaulah ada buaya. Dekat Brunei nie aku asyik fikir bab buaya je. Bukan buaya darat ya, nie buaya betul. Populasi buaya dekat Brunei nie jangan dibuat main. Banyak yang tak terjangkau. Even aku duduk dekat tepi-tepi tebing tu, aku ada rasa anxious dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Risau tetibe muncul buaya. Hahahahaha


Dah habis healing, aku terus berjalan kaki menuju ke The Empire Hotel. The Empire Hotel Brunei merupakan hotel mewah 5 bintang milik Sultan Brunei dan menjadi lokasi penginapan para A-list yang datang melawat Brunei. Dia punya mewah tu, sampaikan hotel nie menjadi salah satu tempat yang tourist datang untuk melawat. Aku pon macam tak faham kenapa kau nak kena datang hotel untuk visit ? Hahahahaha



Dah orang recommend untuk datang, kau datang jelah. Agak berkicap yer aku jalan kaki dari Pantai Jerudong menuju ke hotel nie menggunakan laluan belakang hotel. Ingatkan walking distance. Nahhh, jauh sungguh. Oleh kerana aku tak rush or penuhkan hari aku dengan pelbagai benda, so berjalanlah aku menuju ke Empire Hotel nie. Bas yang aku naik tadi, aku dah tanya pemandu bas tu bila next bus punya schedule. Dia kata kekerapan bas adalah satu jam sekali, jadi aku kena balik semula ke bus stop pada sekian sekian waktu. 



Sesampai je aku dekat hotel tu, aku pon mulalah explore kemewahan The Empire Hotel nie. Well, it is just a hotel to be honest. Cuma memang kau dapat rasalah kemewahan hotel tu. Tapi tulah, hotel je kot. So kau nak expect apa daripada melawat sebuah hotel mewah ? Kalau korang nak makan, pon boleh dekat sini. Tapi tak apalah dikk. Kita takut tengok harga. Harga dia biasa je actually, tapi bila convert Ringgit Malaysia dia jadi macam tak apalah. Tak berbaloi. Baik aku beli makanan dekat Pasar Malam Gadong. Hahahaha



Dah puas aku berjalan satu hotel tu, aku mula berjalan kaki semula menuju ke Pantai Jerudong. Ya Allah berkicap lagi. Rasa macam nak mintak tolong buggy hotel hantar. Nampak dorang lalu lalang tapi mulut nie berat nak buka dan minta tolong. So kita jalan jelah macam biasa. Actually, I have no problem walking long distance pon. Malah aku rasa therapeutic je. Panas, yes panas. Tapi entahlah. Aku rasa okay je untuk berjalan kaki, even jauh sekalipon. Aku sorang je ke rasa macam nie ?



Aku sampai bus stop 15 minit sebelum bas bertolak. Not bad my timing. Bas tu akan bawa aku terus ke Bandar Seri Begawan. Sesampai je aku dekat bandar, aku cari bus untuk menuju ke Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien viewpoint. Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang menghubungkan teluk Brunei dengan tanah besar Brunei iaitu Temburong. Sebabtu jambatan ini juga dikenali sebagai Jambatan Temburong.


Masalahnya tak ada bas menuju ke situ pada hari tersebut sebab apa benda ntah. So aku naik Dart menuju ke viewpoint Jambatan Temburong nie. Naik Dart semata nak view jambatan, kau ghase ? Aku fikir, tak apalah. Entah bila lagi aku akan sampai Brunei. Mungkin dah tak sampai lagi kot. Jadinya, aku kena juga pergi ke viewpoint nie. 


Sesampai je aku dekat sini, aku terus mulakan aktiviti aku. Ambil-ambil gambar dan sebagainya. Ngam-ngam selesai aku bergambar, langit mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Weyhhhh dah lah tak ada tempat teduh berbumbung. Aku duduk bawah pokok-pokok yang berdaun lebat untuk elak daripada basah. Nasib baik hujan renyai-renyai je. Bayangkan kalau lebat gila, macam manalah agaknya?


Renyai-renyai pon, kalau kau tak berteduh, kuyup jugalah dibuatnya. Tak lama pon hujan tu, sekejap je. Aku sambung healing duduk dekat pembahagi jalan. Rasa macam dah "puas", aku tempah Dart untuk kembali semula ke Bandar Seri Begawan. Aku naik Dart dan stop dekat viewpoint Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.


Actually aku dah bergambar berlatarbelakangkan jambatan nie masa naik boat keliling Kampung Ayer semalam. Tapi disebabkan phone aku jatuh sungai, tak ada langsung gambar kenangan dengan jambatan nie. So aku pergilah ke viewpoint nie untuk ambil gambar kenangan. Actually kawasan nie tempat orang berjogging. Tak ingat apa nama kawasan nie. Orang lain sibuk berjogging, aku sibuk bergambar.


Then aku pergi ke kawasan The Royal Wharf semalam tu. Kebetulan macam tengah ada pesta or something. So banyaklah orang berjualan. Aku pon datang situ beli makanan dan minuman. And masa nie hujan lebat gila namampos. Mujur hujan turun dengan lebat selepas aku selesai melawat dua-dua jambatan nie. Kalau tidak, berapa lamalah aku nak menunggu hujan berhenti. Kalau the second viewpoint tu gagahlah lagi sebab ada tempat berteduh. Pulaknya hujan lebat turun masa aku tengah dekat viewpoint jambatan pertama tu ? Matilah dikk. 



Seterusnya, aku nak pergi ke Royal Regalia Museum. Nak masuk sini untuk foreigner adalah 5BND. Tapi sayang sekali, ngam-ngam aku sampai, dah waktu tutup pulak. So tak dapatlah nak masuk dalam museum nie. Aku pon sambung berjalan menuju ke wall art Brunei yang cukup terkenal untuk bergambar. Tempat nie dikenali sebagai The Big Wall. 


Datang Brunei wajiblah bergambar dekat sini. Aku pon bergambar dekat situ seperti tiada hari esok. Memang tiada hari esok dah pon, sebabnya aku dah nak balik. So The Big Wall merupakan lokasi terkakhir aku melawat dekat Brunei nie. Selesai je, aku terus order Dart menuju ke Pasar Malam Gadong. Aku nak makan malam buat terakhir kalinya di sini. I will miss the ambience of this pasar. 



Selesai dinner, aku balik semula ke hostel dan packing barang untuk check out besok harinya. Aku check out seawal jam 6 pagi ya sebab aku nak menuju ke ferry terminal. Nak ke ferry terminal nie mengambil masa hampir sejam jugalah. Perjalanan percutian aku kali nie belum berakhir tau. Berakhir untuk Brunei tetapi tidak untuk percutian know know arrived kali nie.



Next destination is Know Know Arrived Labuan pulak. Ya, dalam Malaysia tapi sebab tak pernah sampai ke Labuan lagi, jadi inilah masa terbaik untuk datang ke Labuan. Sekali harung alang-alang dah sampai Brunei sebab Labuan dengan Brunei sebelah-sebelah je. Kill two birds with one stone katanya. Tibehh.

Secara keseluruhan, aku puas hati dan happy je datang Brunei walaupun orang-orang kata tak ada apa pon Brunei nie. For me, setiap negara menawarkan pengalaman dan keseronokkan yang berbeza. Mungkin sebab ia tak mencapai apa yang kau harapkan dan inginkan, tapi itu tidak bermakna negara tu tak ada apa-apa. Despite tragedi phone aku jatuh sungai tu, i enjoyed this trip. Aku anggap benda nak jadi dan bukan rezeki aku. Dah tertulis hayat phone tu sampai situ je. Aku dah move on dah pon. Cuma sedikit terkilan sebab gambar-gambar dalam tu tak sempat nak back up lagi. Itu je. 


Dengan ternaiknya aku dalam feri menuju ke Labuan, maka percutian aku di Brunei sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. Sambung lagi nanti untuk cerita Labuan pulak ya? Trip nie belum berakhir lagi tau. Nantikan !

No comments:

Post a Comment