Sunday, February 8, 2026

Staycation Ramadan 2026 - Geo Resort & Hotel, Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena nak dekat musim bulan puasa nie, aku nak kongsikan promosi yang diadakan oleh Geo Resort & Hotel yang terletak di Genting Highland. Ramai tak tahu, sepanjang bulan puasa, banyak hotel-hotel adakan promosi pakej penginapan beserta buka puasa. Mari aku perincikan promosi tersebut.


Geo Resort & Hotel tak berada jauh dari petaling Jaya. Lebih kurang dalam 1 jam perjalanan sahaja. Boleh dikatakan, Geo Resort & Hotel ini agak mewah sebab ruangan lobi sahaja sudah terasa kemewahan tersebut. Proses check in sangat smooth dan kami dibenarkan untuk check in awal (Bergantung room availability).



Promosi bufet Ramadan tahun nie diberi nama Ya Habibi Iftar. Menu bufet Ramadan tahun ini di Geo Resort & Hotel nie memang meriah. Pelbagai jenis masakan yang disajikan. Daripada menu kampung, menu fusion dan juga menu barat. Semua ada! Pokoknya, memang kenyanglah kalau berbuka puasa dekat sini. Sampai satu tahap, tak larat dah nak makan sebab banyak sangat. Semua sedap-sedap pulak tu. Untuk aku, sudah tentu aku akan kejar menu makanan laut dulu. Hihi.



Konsep buka puasa yang disajikan berkonsepkan seperti bazar Ramadan. Terdapat pelbagai gerai-gerai yang menyajikan pelbagai menu yang berbeza. Menu gorengan, menu celur-celur, menu Arab, menu BBQ dan macam-macam lagi.



Semua pengunjung bakal dihiburkan persembahan-persembahan yang telah dirancang oleh Geo Resort & Hotel. Pada malam preview buka puasa yang lalu, kami pengunjung dihiburkan oleh penari-penari cilik dari Anak Takzim. Sangat terhibur melihat bakat aik-adik kecil nie menari. 



Ouh ya, bergantung nasib korang pada malam buka puasa tersebut, sekiranya ada artis jemputan yang datang berbuka puasa pada malam tu, MUNGKIN dorang sudi untuk menyumbangkan satu dua lagu. Masa kami preview buka puasa haritu, kami dihiburkan oleh artis Rem, Zulin Aziz dan yang paling tidak disangka-sangka dari mummy Mas Idayu. Bukan satu lagu je, dua lagu okay. Sangat sporting lah mummy ! Memang terhibur kami malam tu. Mujur tunggu sampai habis majlis. Dapatlah menyaksikan persembahan spontan Mas Idayu.



Ouh ya, untuk bulan puasa nanti ada promosi staycation Ramadan yang mana pengunjung boleh check in dan berbuka puasa dan bersahur di Geo Resort & Hotel. Terdapat pakej istimewa buat pengunjung yang merancang untuk ber-staycation Ramadan di sini. Yelahh, mungkin korang merancang untuk membeli-belah dekat GPO time bulan puasa nanti. Malas nak terus balik, boleh menginap dekat Geo Resort & Hotel untuk beristirehat. 





Menu sahur juga meriah, jangan risau ia bukan seperti menu sarapan hotel biasa. InsyaAllah korang memang akan puas hati. Macam-macam pilihan. Untuk menu sahur tetamu boleh ke Level 1 untuk menikmati juadah bersahur. Genting Highland Premium Outlet dalam 10 minit memandu je dari Geo Resort & Hotel nie. 




Kalau korang merancang untuk menginap sambil berpuasa di tanah tinggi, bolehlah datang ke Geo Resort & Hotel, Genting Highland nie. Pakej Penginapan Ya Habibi Iftar ini adalah sebanyak RM498 nett. Pakej ini sah sepanjang bulan Ramadan ini bermula 19 February sehingga 15 March 2026. Cepat buat tempahan sekarang sementara slot masih ada.

Kalau sekadar nak berbuka sahaja di Geo Resort & Hotel nie, berikut merupakan harga pakej.

Dewasa: RM158.00
Warga emaS: RM79.00
Kanak-kanak (12 tahun kebawah): RM79.00
Kanak-kanak umur 6 tahun kebawah makan percuma
 

Sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang yang berikut www.georesort.my atau hubungi nombor yang berikut 03-9213 0838 / 019-236 7838

No comments:

Post a Comment