Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada bulan February tahun yang lalu, me and my work besties pergi road trip ke Pulau Pinang. Dah lama sebenarnya aku tidak memandu jauh dan berjalan-jalan meneroka bumi Malaysia. Biasanya berjalan jauh naik kapal terbang ke negara orang. Done riak. Kbye.
Serius, best juga bila dapat memandu jauh untuk pergi bercuti. Lagi-lagi bila pergi dengan geng yang satu kepala. Memang lain macam syok dia. Gelak tak berhenti, cerita tak pernah habis, penat pun rasa ringan. Masa mula-mula melangkah ke alam pekerjaan dulu, aku selalu dimomokkan supaya asingkan rakan sekerja daripada kehidupan peribadi. Kononnya, rakan sekerja hanyalah sekadar rakan sekerja, cukup di office saja, tak lebih daripada itu. Tapi siapa sangka, daripada hubungan profesional itulah aku ditemukan dengan dua insan tingtong yang akhirnya jadi sahabat, bukan sekadar colleague.
Perjalanan kami bermula di Putrajaya Sentral di mana tempat kami bertiga berkumpul. Kami bertolak pada lewat petang selepas habis kerja. Ouh ya, lupa nak bagi tahu, perkenalkan my work besties, Moon dan Sajita. Aku dan Moon joined the company almost about the same time and Sajita joined a year later. Since then, we are inseparable walaupun sekarang masing-masing dah bekerja di lain-lain company.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam ? or maybe 5 jam sebab aku memandu the first 1 hour and half tu. Sebab tu perjalanan ambil masa yang lama. Then Moon took over sebab mereka kata aku memandu sangatlah perlahan. Awas. Aku memandu secara berhemah, bukan perlahan. Tak baik carut.
Kami sampai Penang agak lewat, dalam jam 10 malam macam tu. Kami terus check in dan bersihkan diri. Malam tu kami order makanan melalui grab je. Lepastu makan dekat pantry hotel sebab tak larat nak keluar. Lagipun dah lewat malam.
Honestly speaking, aku ingatkan kitorang akan tidur dalam kereta or maybe RnR dan besok paginya baru check in. Like what I did last time with my friend. Rupanya malam tu juga check in. Nampak sangat aku tak baca memo dalam Whatsapp group. Sejenis bayar dan redha je apa yang diaturkan oleh kawan-kawan aku nie. Hahahaha.
Tempat penginapan kami sangatlah selesa dan cantik ya. Nama hotel kami ialah Sweet Cili hotel. Setiap bilik dalam hotel nie mempunyai namanya yang tersendiri dan setiap satunya dinamakan berdasarkan jenis-jenis cili yang ada di dunia nie. Contoh macam Jalapeno, Tabasco dan macam-macam lagilah. Aku dah lupa nama-namanya. Benda dah setahun berlalu sis, aku pon dah tak ingat.
Korang kalau datang ke Penang dengan kawan-kawan, menginap dekat sini. Sumpah selesa dan cantik sangat. Bilik yang kitorang tempah nie boleh muatkan 4 orang dan bilik nie bèrkônsepkan duplex. 2 katil di bawah dan ada tangga untuk akses dua lagi katil di tingkat atas.
DAY 1
Besok paginya, barulah sesi untuk menerokai Penang. Tak adalah heavily nak teroka sangat. Jalan-jalan mana yang sempat je. Cuti kali nie hanya nak santai-santai. Kawan kami si Moon nie, dia membesar di Penang. Kira Penang is her second home. Jadi, dialah yang bawa kami jalan-jalan sepanjang dekat Penang.
Keluar pagi tu, kami bersarapan di Bee Hwa Cafe. Agak ramai juga pengunjung yang datang ke kafe nie untuk bersarapan pagi. Kafe nie Halal, jadi to all my Muslim readers, boleh singgah makan dekat sini kalau datang ke Penang, okay? Taste wise, okay-okay je. Typical menu sarapan pagi di kopitiam-kopitiam.
Next kami singgah beli Ais Tingkap. My favourite drink dan wajib beli kalau datang ke Penang. But surprisingly, my friends tak berapa tergamam dengan keunikan rasa ais tingkap nie. Seterusnya, kami strolling around Georgetown dengan berjalan kaki. Singgah kedai mana yang menarik dan tengok-tengok lah apa yang dorang jual. Literally, there is no specific places yang hendak dituju.
Lepastu lalu satu jeti nie, kami pon singgahlah. Ada banyak jetty dekat sini tapi yang kami pergi nie nama dia Tan Jetty. Tak ramai orang masa kami dekat sini, jadinya nak ambil gambar pon seronok. Memang cantik sangat view. Sangat instagrammable and aesthetic. Gituhh.
Berjalan dan terus berjalan sampailah hari gelap. Kami singgah makan malam dekat Padang Kota. Kita pekena pasemboq dan macam-macam lagilah. Lepastu singgah lepak minum dekat satu karaoke bar & restaurant nie. Ingat nak borak-borak sambil minum-minum, tapi bingit sangatlah pulak. So kami pon balik jelah. Hari pon dah lewat malam.
DAY 2
Seawal jam 8 pagi kami dah gerak menuju ke jeti untuk naik boat. Untuk aktiviti kali nie, aku tak pernah buat lagi walaupun dah banyak kali datang ke Pulau Pinang. Bukan nak buat aktiviti snorkeling tapi kita nak pergi ke Teluk Duyung dan Mukah Head Lighthouse. Naik boat dalam RM25 ringgit dua hala. Tak ingatlah berapa ringgit sebenarnya. Dah lama sangat jadi lupa. Tapi tak mahal lah.
Technically kau just bagi tahu je abg tu nak pick up jam berapa, nanti dia datang ambil. Dekat sini line telefon agak segan-segan nak ada. Jadi nak selamat, bagi tahu abang tu siap-siap nak balik jam berapa. Korang agak-agak jelah berapa lama nak lepak dekat Teluk Duyung tu.
Dekat Teluk Duyung nie, kau boleh bermandi-manda dan berkelah. Tapi hati-hati sebabnya banyak gila monyet liar dekat sini. Dia tak serang manusia tapi dia suka curi barang. Terutama sekali barang-barang yang ada dalam plastik. Typical monyet liar, korang faham-faham sendirilah. Macam tak pernah jadi monyet ? Kbye.
Dah sampai Teluk Duyung, korang boleh juga ambil peluang untuk pergi ke Mukah Head Lighthouse. Tapi kena mendaki sedikitlah. A very short hike. Dalam 15 minit easy hike macam tu dah sampai di puncak. Dekat atas tu, korang boleh tengok the lighthouse. Tapi tak boleh masuk pon. Just tengok-tengok keadaan sekeliling sahaja. Masa kami sampai, kami bersarapan dulu, lepastu kami hike pergi ke lighthouse. Dah habis mendaki barulah mandi-mandi dekat pantai Teluk Duyung tu sampailah abang boat tadi datang pick up kitorang.
Make sure korang bawa bekalan makanan yang mencukupi tau sepanjang dekat sini sebab dekat Teluk Duyung nie sunyi sepi tiada apa-apa. Manusia yang berkunjung tu ada lah, cumanya tiada jual-jualan dekat sini. So bawalah bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.
Not bad lah lawatan kami ke sini. It was fun. Satu benda yang baru untuk aku. Next time datang Penang boleh singgah lagi ke sini. Next kami balik semula ke hotel untuk bersiap-siap. Petang tu my friend ajak minum petang di rumah her God mother. Kami pon pergilah ke sana. Agak segan to be honest but her Godma was very lovely.
Her Godma hidangkan kami homemade scones dengan strawberry jammed. Ya Allah !! Sumpah sedap gila namampos. Kami sembang-sembang dan minum petang di sana. Dan ada surprise birthday celebration pulak for me masa tu. Sumpahlah aku dah segan gila. Nak kena si Moon nie tau. Apa-apapun, thank you for having us Moon's Godma =)
Balik je dari rumah Godma, kami singgah makan malam dekat satu restaurant nie. Tak ingat apa nama restaurant nie tapi restaurant berkonsepkan melayu klasik. Interior pon macam rumah kampung. Rasa makanan dia not bad, sedap. Tapi agak seriau. Merinding kalau naik tingkat atas sorang-sorang. Kalau nak pergi tandas dekat tingkat atas tu, bawalah teman. Sumpah takut.
Malam terakhir di Penang, Sajita teringin makan babi. So temankan dorang cari babi. Teringin sangat katanya. Kita pon ikut jelah. Aku pergi temankan saja. Tak makan pon. Kau gila ke apa. Hahahaha. Tempat makan babi nie pon tak jauh dari hotel yang kami inap. Walking distance je. So sebelum balik hotel for good, singgah makan babi sekejap.
DAY 3
The next morning, kami singgah Bukit Bendera untuk tengok sunrise. First time datang Bukit bendera seawal ini. Jam 7.30 dah sampai dekat kaunter tiket ya, Tak lama pon kami dekat atas tu, dalam dua jam macam tu, dah turun semula. Lepastu kami singgah bersarapan di Roti Bakar Hutton Lane. Crowds agak ramai tapi makanan dia rasa biasa-biasa je.
Kami pulang semula ke hotel untuk check out. Sebelum check out, kitorang menghabiskan sisa-sisa kek semalam tu. Selesai check out, kami singgah beli jeruk Pak Ali dan few other things untuk dibawa balik. Alang-alang tu, aku minta dorang belikan aku Ais Tingkap sekali lagi. Aku dengan Ais Tingkap berpisah tiada. Lantaklah orang nak kata rasa dia biasa-biasa saja. Bagi aku, rasa dia luar biasa. Hihi
Sebelum bertolak balik, kami singgah ke Kampung Agung. Ini juga pertama kali aku jejakkan kaki ke sini. Selalu tengok ramai posting dekat Instagram gambar-gambar dekat Kampung Agung nie. Cantik-cantiklah sebab banyak instagrammable spots. Kami pon ambil-ambil gambar dekat sudut-sudut yang menarik. Mujurlah towards the end of our visit tu baru nak mula hujan. Kalau tak, membazir je datang.
Kami singgah makan tengahari dekat Warung Mee Udang 12 Ekor yang berada di sebelah Kampung Agung nie. Malas nak pergi jauh-jauh. Alang-alang dah ada tempat makan di depan mata, kita singgah sajalah. Nanti boleh terus shoot balik Kuala Lumpur. Tak perlu singgah mana-mana. The food was quite nice. Portion besar.
Aku drop kan Sajita dan Moon dekat KL Sentral. Kami sampai KL Sentral dalam jam 11 malam macam tu dan masing-masing pon pulang ke rumah masing-masing. Maka dengan itu, tamatlah roadtrip 3 hari 3 malam kami bertiga di Pulau Pinang. It was fun !
Tak sabar nak rancang road trip yang seterusnya. Actually right after this trip, aku ada lagi satu road trip dengan my colleagues. It happened in August last year dan road trip kali ini ahli rombongan bertambah sedikit. Lagi meriah, lagi gamat, lagi banyak cerita nak dikenang.
Pergi negeri mana?
Yang itu biarlah jadi teaser dulu. Nanti aku kongsikan dalam entri yang lain. Tunggu tau.
Terima kasih kerana sudi baca ! Bye.

No comments:
Post a Comment