Saturday, February 14, 2026

Lamb Weston Sajikan Kentang Goreng Bertaraf Restoran di Acara Tasting “Rasa Bersama” di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lamb Weston, pembekal kentang sejuk beku terkemuka dunia, menghidupkan falsafah “We’re Potato Obsessed” menerusi acara tasting eksklusif bersama media, Rasa Bersama di Malaysia, sekali gus memberi pengalaman secara langsung menikmati kentang goreng bertaraf restoran yang kini boleh didapati di pasaran runcit tempatan.

Majlis dimulakan dengan pembentangan oleh Vicky Mukhi, Pengarah Komersial Asia Tenggara, Lamb Weston, yang berkongsi perjalanan global jenama ini serta komitmen berterusan dalam membawakan kentang goreng berkualiti restoran ke dapur rakyat Malaysia.


Sesi diteruskan dengan demonstrasi produk oleh Evelynn Ng, Pengurus Komersial, Retail & Food Service Malaysia dan Singapura. Beliau memperkenalkan rangkaian baharu runcit Lamb Weston serta bagaimana produk ini direka untuk melengkapkan waktu makan harian rakyat Malaysia — daripada snek ringkas hinggalah ke hidangan perkongsian bersama keluarga dan rakan-rakan.


Enam Gaya Potongan Signature, Lengkapkan Setiap Sajian Anda Dalam sesi tersebut, Evelynn memperkenalkan enam variasi potongan kentang goreng yang kini tersedia di Malaysia. Setiap satu dihasilkan untuk memberikan tekstur rangup sempurna setiap kali — sama ada dimasak menggunakan ketuhar atau air fryer.


Beliau turut menekankan keunikan tekstur, kepelbagaian cara penyediaan serta kemudahan memasak, menjadikannya pilihan bagus untuk menghasilkan kentang goreng ala restoran di rumah

Setiap produk disalut dengan lapisan eksklusif Stealth™ batter Lamb Weston — salutan inovatif ini mampu mengekalkan kerangupan sehingga dua kali lebih lama berbanding kentang goreng biasa, sama ada dimasak menggunakan ketuhar atau air fryer.


Semua produk ini disahkan Halal, vegan dan bebas gluten, sesuai untuk pelbagai keperluan dan gaya pemakanan.

Sebagai penutup acara, Chef Elwin, Pengarah Kulinari Kiam Sng Di dan Naib Presiden Singapore Chef’s Association, mengendalikan demonstrasi masakan secara langsung. Beliau menyediakan hidangan bertemakan perayaan yang sesuai untuk dikongsi bersama, diinspirasikan daripada sambutan perayaan yang akan datang


Selain inovasi produk, Lamb Weston turut menitikberatkan aspek kelestarian. Pek runcit baharu direka 20% lebih nipis dan mengandungi sekurang-kurangnya 60% polietilena bio- boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai.

Inisiatif ini selaras dengan sasaran kelestarian global syarikat untuk mengurangkan pembaziran makanan sebanyak separuh dan menurunkan pelepasan karbon sebanyak 25% menjelang tahun 2033.


“Rakyat Malaysia sememangnya gemar berkumpul sambil menikmati hidangan yang enak, dan kentang goreng adalah antara sajian ringkas yang boleh dinikmati bersama. Kami benar- benar komited terhadap kentang — dan itu bermakna membawakan kentang goreng rangup dan lembut yang dipercayai restoran di seluruh dunia terus ke rumah rakyat Malaysia, agar setiap momen terasa lebih istimewa,” kata Vicky Mukhi, Pengarah Komersial Asia Tenggara, Lamb Weston.


Untuk resipi terkini dan promosi menarik, ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Lamb Weston Malaysia di @lambweston.my.

No comments:

Post a Comment