Monday, May 27, 2019

Sambutan "Malaysia First Lah" di Lost World Of Tambun Sempena Musim Perayaan Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersempena musim perayaan ini dan juga musim cuti persekolahan, Sunway Lost World of Tambun akan mengadakan sambutan yang bertemakan masyarakat Malaysia. Sambutan ini dinamakan The Malaysia First Lah ini akan berlangsung dari 25 May sehingga 9 June 2019. Ikuti butirannya !


Rata-rata budak-budak sekolah sudah mula bercuti. Kebetulan cuti persekolahan kali ini agak sedikit lama kerana digabungkan dengan cuti hari raya. Pasti ibu bapa di luar sana tercari-cari tempat best dan menarik untuk bawa satu keluarga bercuti, kan ? Nahh, tak usah gusar dan risau, jom ramai-ramai datang ke sambutan The Malaysian First Lah di Lost World of Tambun (LWOT).


Antara aktiviti yang emnarik ditawarkan di sini ialah pelbagai permainan tradisional yang cukup dekat dihati masyarakat. Antaranya ialah permainan congkak, tingting, batu seremban dan macam-macam lagi. Kesemua ini pasti menjanjikan keseronokkan buat para pengunjung.


Sempena musim perayaan ini juga, LWOT ada menyediakan menu-menu yang cukup sinonim dengan hari raya seperti Rendang Tok, Ketupat, Lemang, Nasi Impit & Kuah Kacang, Tempoyak Ikan Patin, Ulam-ulaman, dodol, pelbagai jenis kuih raya dan banyak lagi. Kesemua makanan ini boleh didapati di Dulang Tea House.



Bersempena sambutan The Malaysian First Lah ini, LWOT juga turut melancarkan program pemuliharaan Kuang Raya. Program Pemuliharaan Kuang Raya yang dikelolai oleh Dato' Abdul Kadir Bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), ini merupakan yang pertama wujud di Malaysia. Terdapat 3 pasang Kuang Raya diletakkan di LWOT ini. Keenam-enam ekor Kuang Raya yang dipertontonkan pada umum ini mempunyai warna dan ciri yang sungguh unik.

isn't she beautiful ?

Kuang Raya ini merupakan spesis yang terancam. Oleh demikian, PERHILITAN mengambil kesempatan ini untuk melindungi dan menjaga spesis ini dengan menempatkannya di LWOT. Selain terjaga makan dan minum serta keselamatan spesis ini, pengunjung juga dapat melihat secara dekat apakah itu Kuang Raya. Aku percaya, tidak ramai tahu apa itu Kuang Raya. Betul tak ?



Banyak tarikan lain yang terdapat di Lost World of Tambun nie. Mini zoo ada, siap boleh bagi makan lagi tau. Macam-macam jenis haiwan ada di sini. Hyena ada, harimau ada, zirafah, burung unta, badak air, rumah kucing dan macam-macam lagi. Budak-budak pasti seronok kalau dibawa ke tempat sebegini. Pada belah malam, pengunjung boleh mandi kolam air panas, boleh tengok pertunjukkan orang api, boleh melawat ke Luminous Forest iaitu hutan berlampu yang berkonsepkan glow in the dark.


Kalau rasa dah penat dan tercari-cari tempat untuk menginap, pengunjung boleh memilih untuk menginap di Lost World Hotel yang terletak betul-betul di seberang Lost World Of Tambun nie. Jalan kaki pon boleh.



Jom lah datang beramai-ramai bawa satu family bercuti ke Lost World of Tambun. Satu destinasi yang cukup lengkap dengan pelbagai tarikan. Bersempena sambutan The Malaysian First Lah ini, pengunjung boleh membeli tiket secara online dengan kadar harga diskaun 50%. Cepat-cepat beli sekarang sementara sambutan sedang berlangsung.

Dewasa : RM58.50 (Harga biasa : RM117.00)
Kanak-kanak : RM55.00 (Harga biasa : RM110.00)

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh dapatkan pada butiran yang berikut :

Tel : 05 - 542 8888

15 comments:

  1. Eh.
    Dah kenapa murah pula harga tu?
    Nie yang buat Rawlins takleh nak duduk diam pula - macam nak ambil kesempatan dengan harga murah nie untuk bercuti.

    ReplyDelete
  2. AHHH!!! ade mini zoo ke?? Nak pergi!! that giraffe so cutela! i love animals.. need to plan to go here!

    ReplyDelete
  3. It's a fun place to be! You must be enjoying it a lot when you are there. Hopefully can visit the place one day.

    ReplyDelete
  4. Peh potongan harga yang superbeb~. Nampak ada benda yang baru di sana. Last pergi sana lebih 3 4 tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  5. Dah lama dah tak pergi Lost World of Tambun ni. Nampak macam-macam ada sekarang ni dengan tema hari raya semakin nampak meriah. Hopefull lepas raya nanti ada lagi tema macam ni bagi menarik perhatian orang lain datang

    ReplyDelete
  6. Banyak tu diskaun 50%. Baguslah membuka peluang kepada parents nak bawak anak2 holiday cuti sekolah ni. Cuma cuti raya kejap je kan. Mesti full booking ni. Huhu. Meriah lah.

    ReplyDelete
  7. Ehhh comel badak tu hehehe tapi kita tengok zirafah tu dah tinggi kurus sama macam awak wakakakaka... Lama tak pergi kat sini bestnya hehehehehe nak pergi cuti raya nanti lah....

    ReplyDelete
  8. x tau pulak Lost World of Tambun ada banyak perkara menarik di situ. Biasanya hanya pergi ke sana untuk kolam air panas. Haha...lain kali boleh bawa kawan2 pergi sana jugak.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi ke sini, banyak juga tarikan yang ada ya. Kalau bawak anak-anak kecik ni sure diorg suka tengok haiwan-haiwan yang ada kat sana. Hotel dia pun cantik dan kemas aje..Insaallah kalau ada rezeki memang teringin nak ke sana

    ReplyDelete
  10. Cantiknya bilik kat LWOT. Dan kalau beli tiket secara online, dapat pula diskaun 50%. Berbaloi jimat. Alang2 dah cuti raya, sambunglah pula bercuti kat sini. Kan.

    ReplyDelete
  11. Bestlah lama tak pergi lost world of tambun banyak dah perubahan nnt nak plan dengan familylah pergi situ... tengah ada diskaun 50 %

    ReplyDelete
  12. seronokny abila dapat tengok haiwan jinak-jinak kat sini..lama tak datang sini...rindu nak mandi dan explore tempat ni lagi huhuhu

    ReplyDelete
  13. Wahh.. . Harga promo dia murah! Time ni peluang dan masa sesuai bawa Family bercuti bergembira . Lagipun belum pernah sampai sini lagi... Nampak menarik tuuu! Thanks sharing

    ReplyDelete
  14. Best nyaa boleh tgk Hippo. Hari tu anak merajuk x dpt tgk hippo kat Zoo Taiping sbb masa gi zoo Japan dia dapat tgk hippo bawah air macam ni. Kalau dpt tgk ni mesti dia suka sgt.

    ReplyDelete
  15. Wah!! Ada diskaun 50% la.. Mmg menarik la.. Bestnya dpt bergambar secara dekat dgn zirafah. Xpenah lg dapat berwefie bersama zirafah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...