Wednesday, May 15, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Buka Puasa Citarasa Malaysia di The Federal Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setiap kali datangnya bulan Ramadhan, detik yang paling ditunggu-tunggu ialah detik berbuka puasa di Kontiki Restaurant yang berada di dalam The Federal Hotel, Kuala Lumpur. Hidangan buffet ramadhan yang ditawarkan di sini sangatlah sedap dan pelbagai. Jom ikuti butirannya !


Pada tahun ini, Kontiki Restaurant menawarkan lebih 100 jenis sajian citarasa Malaysia kepada para pengunjung yang hadir berbuka puasa di sini. Berbuka puasa di sini aku jamin akan memberi satu kepuasan yang maha hebat. Jom tengok menu-menu apa yang disajikan di sini.



Apa yang menariknya ialah, buffet di sini turut menawarkan juadah-juadah kegemaran perdana menteri Malaysia kita yang pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj. Antaranya ialah Ikan Goreng Serai, Daging Kicap dan Kacang Pis, Sambal Udang Petai, Daging Itik Salai bersama Sos Orange, Paru dengan Sambal Kacang, Sotong Goreng Cili, Labu Masak Lemak Putih, Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille dan macam-macam lagi.


Lihat sahaja kepelbagaian lauk-pauk yang disajikan di Kontiki Restaurant nie. Pasti membuat pengunjung rambang mata untuk memilih. Yang pasti, kena rasa semua biarpun cuma dalam kuantiti yang sedikit.


Menu pembuka selera juga sangat pelbagai ya, dan yang paling menarik perhatian aku adalah Kerabu Ikan Salmon di sini. Sangat jarang ditemui di tempat lain. Haruslah aku tambah berkali-kali. Selain itu, apa yang aku suka buffet Ramadhan di Kontiki Restaurant nie ialah hidangan BBQ yang disediakan. Ini merupakan syurga BBQ buat penggemar hidangan BBQ.



Sedap sangat !! Makan panas-panas sambil cicah kuah asam. Syiokk ! Juga terdapat hidang shushi di sini. Itu merupakan satu lagi bonus kenapa korang perlu datang berbuka puasa kat sini. Ouh ya, hidangan pencuci mulut dia juga not bad. Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan. Ada pelbagai jenis kek, kuih-muih tradisional, agar-agar, ABC, dan macam-macam lagi. Pilih je nak yang mana satu ikut selera masing-masing.



Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadhan di sini,

Harga Buffet Ramadhan 2019 di Kontiki Restaurant, Federal Hotel KL

Dewasa : RM 148
Kanak-kanak : RM 48
Warga Emas : RM 74

Sekiranya berminat dan ingin membuat tempahan, boleh telefon atau emailkan pada mereka :

Tel : 03-2148 9166 (ext, 2239)
Email : fnb@federal.com.my


Majlis berbuka puasa tempoh hari diserikan lagi dengan kehadiran adik-adik comel dari Pusat Jagaan Kasih Murni. Pusat Jagaan Kasih Murni dahulunya dikenali sebagai Rumah Kasih Harmoni. Sedikit info mengenai pusat jagaan ini :
  • Terletak di No 1 Jalan Au2a/13, Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur
  • Terdapat 30 kanak-kanak (3 - 12 tahun)
  • Kanak-kanak tersebut merupakan anak-anak yatim, dari keluarga yang bercerai, keluarga yang susah
  • Ditubuhkan pada bulan December 2009 oleh Puan Rohana Binti Ali

Sedikit sumbangan dan duit raya diberikan buat mereka daripada pihak The Federal Hotel. Seronok menyaksikan adik-adik dari Pusat Jagaan Kasih Murni nie gembira. Satu pengalaman berbuka puasa yang tak dapat dilupakan di Federal Hotel. Jom berbuka puasa di sini lagi !

THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

16 comments:

  1. Datang sini jenguk jejaka kaula... done follow blog juga =D

    ReplyDelete
  2. wow macam-macam ada ek, kira berbaloi lah dengan harga yang di tawarkan. Best kalau dapat join event-event CSR ni dapatlah kita bergaul dengan anak-anak/orang-orang yang serba kekurangan ni ek

    ReplyDelete
  3. Ada sushi juga ye? Jarang jumpa buffet ramadhan yang ada menu sushi. Menarik ni. Seksyen BBQ tu pun best tuuu

    ReplyDelete
  4. last time akak buka puasa dengan anak2 yatim akak sendiri bercucuran air mata tak boleh berenti ....hati tak cukup sado nak berbuka puasa dengan mereka sebab faham apa yang mereka hilang apa yang mereka tak ada ....

    sukalah dessert2 tu semua...section feberet akak tu

    ReplyDelete
  5. Heiii awak nak naik basikal tu pergi mana hehehehe seronok nya di dapat makan sedap setiap hari jelous kita hehehehe tengok semua menu sini sedap Federal ni kita selalu juga pergi hehehehe dah lama tak pergi..

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya menu, tak pernah pergi sini lagi, mungkin boleh cuba pasni

    ReplyDelete
  7. So far harga kanak-kanak buffet yg paling logik sbb makan sikit sangat. Haha. Mostly harga kanak-kanak 50% pun still mahal gak. Menu dgn pihan makanan pun banyak jugak.

    ReplyDelete
  8. Uittt hidangan dia banyak sungguh. Kalau sis le..akan cuba rsa sana sikit sini sikit..kalau tak rasa mmg rugi.
    Nanti.bolehle ajak kengkawan makan kat sini

    ReplyDelete
  9. First time jumpa kerabu salmon hah kelassss betul buffet ramadhan dekat federal hotel ni. Desserts dia pun nampak menarik sangat!

    ReplyDelete
  10. tudiaaa.. mai federal hotel naik basikal ka??? kalau sis dah kenyang tak mampu dah nak kayuh.. hahaa.. sedap pulak tgk menu2 kat situ.. macam2 adaaa.. ni rasanya 3 round makan pun x mampu lg nak rasa semua.. hihi

    ReplyDelete
  11. sotong goreng tepung tu nampak sedap je.klau kak liez mmg repeat mkn tu je la.time puasa mmg semua menu nak rasakan. tgk desert dia macam mengancam je. sushi pun ada?mmg rare la kan

    ReplyDelete
  12. Amboi makanan dia! Kemain banyak lgi hidangan. Boleh duduk bangun banyak kali ni sebab nak tambah lain² jenis makanan pula. Hehehe. Fuh kek² dia. Menarik tertarik memang dabom! Sedapnyaa! Rugi kalau tak pergi ni. Semua sedap² belaka.

    ReplyDelete
  13. Banyak tahun dah emi tak pi berbuka kat the federal ni. Bagi emi buffet kat situ memang banyk pilihan. Memang puashati la dengan harga pendek kata. Suasana pun tak crowded sangat.

    ReplyDelete
  14. Wow, ada 100 jenis hidangan kat hotel ni. Berbaloi sungguh kalau dapat berbuka kat sini. Nampak seafood tu sedap sangat. best yer Zharif dapat berbuka puasa kat sini

    ReplyDelete
  15. Wahhh... Meriahnya! Terharu bila ada majlis meraikan anak² yatim ni. Sekali sekala belanja depa makan, besar maknanya untuk diri mereka. Satu kenangan yg tak dapat dijual beli. Moga program ni berterusan sampai bila² walqu bukan di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete