Saturday, May 11, 2019

Seminar Nak Ubah Hidup 2019 Oleh Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri seminar usahawan yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman. Siapa yang tidak mengenal figura Azizan Osman ini. Aku pasti rata-rata semua mengenali nama beliau. Jom ikuti apa input yang aku dapat dari seminar ini.


Tak pernah aku sangka, aku akan berada dalam seminar usahawan Dr Azizan. Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk mengikuti seminar ini untuk melihat sendiri aura dan semangat peserta-peserta seminar ini. Memang agak luar biasa ya semangat peserta-peserta seminar Dr Azizan nie.


Sambutannya sangat luar biasa. Setelah 11 tahun ditubuhkan, sudah lebih 700 ribu peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Ramai antara mereka telah berjaya menjadi usahawan yang luar biasa. Mereka yang asalnya hanyalah berniaga biasa-biasa je, kini sudah mampu menarik nafas lega hidup tiada dalam kesempitan kewangan.


Seminar yang aku hadir ini telah dihadiri lebih kurang 2000 peserta. Seawal jam 8 pagi semua peserta sudah mulai memenuhi dewan. Bukan semua duduk dekat-dekat nie, ada yang datang dari utara, dari Sabah Sarawak pon ada tau. Terlampau banyak input perniagaan yang telah dikongsikan oleh Dr Azizan dalam seminarnya pada ketika itu dan aku sangat mengingati satu kata-kata beliau yang sehingga kini masih terngiang-ngiang dan menjadi semangat aku untuk terus berusaha, iaitu

"Contohi sifat syaitan yang tidak pernah putus asa dalam menodai nafsu manusia. Sifat syaitan yang lain jangan ikut tapi sifat TIDAK PERNAH PUTUS ASA ini kita patut ikut"


Perghhh, rasa bermotivasi bila dengar kata-kata ini. Tak sangka, ada jugak sifat terpuji syaitan yang kita boleh ikuti. Ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk terus mencuba dan terus mencuba tanpa kenal erti gagal dan jemu. Begitu juga sekiranya kalian ingin menceburi bidang perniagaan. Dalam eprniagaan ada pasang surutnya. Jangan bila dah surut, kita mudah rebah dan tewas. Kita perlu bangkit dengan lebih hebat lagi barulah kita boleh kekal kuat dan berjaya.


Dr Azizan Osman yang telah bergelar jutawan seawal umur 32 tahun ini yakin, melalui program Nak Ubah Hidup ini memberi peluang kepada beliau untuk membantu lebih ramai orang denga berkongsi ilmu. Program Nak Ubah Hidup pada bulan Ogos ini sempena kemerdekaan negara, disasarkan akan dihadiri oleh lebih 10 000 peserta. Ini bakal menjadi titis perubahan dalam kehidupan mereka untuk ubah hidup dari zero ke jutawan dengan hanya berniaga.


Jangan lupa untuk sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 -Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes secara live pada 30 Ogos sehingga 1 September 2019 di Setia City Convention Centre (SACC). Untuk pembelian tiket dan pertanyaan lanjut, boleh dapati pada butiran yang berikut,

Website : NAK UBAH HIDUP 
Instagram : Azizan Osman Official
Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman


Email : inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1 300 88 2424


17 comments:

  1. semoga sukses hendaknya... amin

    ReplyDelete
  2. ramai kawan join seminar nih dapat aura positif , dari tak tahu nak buat apa2 at least bila join seminar ni mungkin dapat something untuk digunakan , anak buah pun ada pergi now dia bersemangat betul usahakan apa yang dia buat....

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar tentang seminar ubah hidup ni sbb ada kawan saya pernah hadiri. Kawan sy cakap banyak ilmu yang dipelajari kat sana. Mungkin satu hari nanti saya pun nk join seminar nini.

    ReplyDelete
  4. Beruntungnya dapat join bengkel Dr Azizan. Sesekali pi motivasi memang bagus. Aura positif yang diserapkan InsyaAllah bawa perubahan positif gak untuk kita kan.... Yang penting kena mula bertindak. Moga terus sukses.

    ReplyDelete
  5. Ni bukan je untuk bisnes, tapi kalau yang ada macam masalah confident tak ada tu atau low confident level, boleh jugak pergi untuk naikkan semangat diri.

    ReplyDelete
  6. Bagus ada seminar macam ni. Bagi kita semangat untuk maju. Kdg2 kita lalai dn perlu ada yg bangkitkan kita. Kalau ada lg rasa nak join jugak

    ReplyDelete
  7. Awak nak jadi macam Dr Azizan ker hehehehe sikit jer kurang kena tambah berat badan wakakakak.. Tapi tengok orang yang pergi program beliau ni memang semangat sungguh jangan lepas program tak di amalkan apa yang di ajar sudah...

    ReplyDelete
  8. Amboiii.. sempat snap gambar awek cun ekk.. hehe.. tapi bila pergi program Dr Azizan ni memang aura dia lain maciammm sket. Penuh bersemangat.. Hopefully one day dapat join program beliau

    ReplyDelete
  9. Bestnya klau dpt join seminar mcm ni.. utk ubah hidup menjadi lebih baik atau nak jadi jutawan ni. Klau kak liez nak pergi sbb nak.naikkan taraf hidup dan cuba nak.bebaskan diri dari hutang2.. semoga ada rezwki nak pergi nnt

    ReplyDelete
  10. suka pergi sini bila tengok semua bersemangat, rasa jadi semangat nak join. Best dapat jumpa semua yang power dalam business

    ReplyDelete
  11. Wah untungnya pergi seminar ni. mesti banyak tips dan info diperolehi. Bukan calang2 orang kita boleh timba ilmu terutama tentang dunia perniagaan. Haruslah ambil peluang kan

    ReplyDelete
  12. Wah!! Sambutan yg amat menggalakkan yea.. Mesti banyak tips n Info yg diperoleh utk jadi usahawan yg berkaliber.. DAO mmg ramai pengikut yg setia kan..

    ReplyDelete
  13. i kinda like this dr. his speech very motivated and inspiring. worth to join his workshop!

    ReplyDelete
  14. Aura beliau sangat kuat ye. Setiap kali ada event mesti beribu yang datang. Teringin nak join untuk tengok sendiri cara penyampaian sbb artis pon turun support. Memang hebat.

    ReplyDelete
  15. Bagus ada program macam ini. Sesiapa nak ubah hidup tapi feel lost boleh attend program macam ini untuk mendapat clarity.

    ReplyDelete
  16. Nak ubah hidup juga la! bagu motivation sharing macam ni, bagi semangat kat kita juga kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini