Thursday, May 23, 2019

Buka Puasa Murah Dengan Set Ramadhan di Tempurung Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Oleh kerana bulan Ramadhan nie aku kerap ke Shah Alam, makanya banyak lokasi buka puasa di sekitar Shah Alam aku terjah. Semalam, satu lagi lokasi berbuka puasa aku cuba. Nama restoran tu ialah Tempurung Kitchen. Ikuti butirannya !


Ini merupakan kali pertama aku dengar dan singgah makan di sini. Nama restoran ini cukup unik sekali sehingga buat aku penasaran untuk tahu kenapa memilih tempurung sebagai nama. Lantas aku bertanyakan pada pemilik restoran ini yang lebih mesra dipanggil, Kak Tini. Kak Tini memberitahu, nama tempurung diambil kerana minatnya terhadap keunikkan tempurung kelapa itu sendiri. Beliau suka mengumpul perkakas dapur yang berbentuk tempurung kelapa seperti senduk tempurung kelapa, mangkuk tempurung kelapa dan macam-macam lagi. Disebabkan itu, beliau memilih untuk meltakkan nama restorannya, Tempurung Kitchen.


Bersempena bulan Ramadhan ini, Tempurung Kitchen menawarkan set berbuka puasa. Set Ramadhan ini hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. Set-set ini sesuai untuk dimakan oleh 2-3 orang makan, bergantung kepada individu. Set Ramadhan yang ditawarkan serendah RM39.90. Aku telah memilih set Ramadhan Talam Chinese untuk berbuka puasa.

Set Ramadhan Talam Chinese
2 nasi putih
Ikan Siakap Sweet & Sour
Daging Masak Black Pepper
Kung Pao/Buttermilk Chicken
Pak Choi Oyster
Sambal Belacan
Kurma

Set Ramadhan Talam Chinese : RM59.90

Set Ramadhan ini cukup meriah ya. Ada ikan, ada daging dan ada ayam. Semuanya ada ya. Portion juga cukup untuk kami makan berdua. Tiada lebih dan tiada kurang. Dari segi rasa, semuanya sangat sedap. Serious semuanya sedap-sedap belaka. Yang paling best aku rasa Daging Black Pepper tu. Sedap betul !

Set Talam Chinese : Ikan Siakap Sweet Sour

Set Talam Chinese : Pak Choy Oyster

Set Talam Chinese : Daging Masak Black Pepper

Set Talam Chinese : Kung Pao Chicken

Selain Set Talam Chinese, pengunjung juga boleh memilih untuk menikmati set Ramadhan yang lain. Terdapat 4 set Ramadhan yang disediakan di Tempurung Kitchen bersempena bulan Ramadhan tahun ini. Pengunjung boleh memilih Set Talam Kelantan, Set Talam Shellout ataupun Set Talam Western. Butiran set, boleh rujuk gambar-gambar di bawah.



Aku cukup berpuas hati dengan Set Talam Chinese yang aku pilih. InsyaAllah lepas nie aku nak cuba Set Talam Shellout dan Set Talam Western pulak. Ramai kata Set Talam Shellout nie best sebab kaya dengan hidangan makanan laut. Set Talam Western pon nampak macam best je.

Colek Kelantan

Pengunjung juga boleh menikmati hidangan tambahan lain yang disediakan setiap hari. Sebagai contoh, pengunjung boleh menikmati Colek Kelantan istimewa ini. Dah kenyang tapi sempat lagi cuba menu colek nie. Sedap !


Sangat disarankan untuk korang cuba set talam Ramadhan yang terdapat di Tempurung Kitchen nie. Yelahh, nak pergi ke hidangan buffet, rasa macam membazir, sebabnya makan pon bukan banyak sangat walaupun bermacam-macam jenis sajian yang disajikan. Jadi kalau korang rasa tak nak membazir, boleh cuba set talam di sini. Murah dan berbaloi.

Hubungi nombor di bawah untuk membuat tempahan :

Tel : 03 - 5524 0940 / 012 - 3100 400
Facebook : TEMPURUNG KITCHEN
Instagram : TEMPURUNG KITCHEN

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan (6 May - 2 June 2019) : 3.00 PM - 11.30 PM
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat


Untuk pengetahuan korang, Tempurung Kitchen pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan tau. Kalau krew-krew JJCM pon dah sampai sini, maksudnya memang betul-betul sedap lah tu. Korang pon mestilah kenalah cuba menu-menu di sini jugak ! Cepat sebelum tamatnya bulan Ramadhan.

TEMPURUNG KITCHEN
LOT 10-1 JLN LENGKUAS D16/D , KEN RIMBA SEKSYEN 16,
40200 SHAH ALAM, SELANGOR

16 comments:

  1. their butter chicken will always be my favourite.

    ReplyDelete
  2. eh makann dia unik lahh ! i suke compilation set set tu, talam kelantan and talam western plg rasa menarik!!

    ReplyDelete
  3. Wah suka konsep kedai ni! Mengimbas nostalgia sangat. Plus presentation makanan dia pun nampak mengancam betul. Gambar-gambar Zharif sendiri pun buat lagi menggoda betul. Harga pun kira reasonable tu. Bolehlah nanti nak cuba sendiri dengan kawan!

    ReplyDelete
  4. ya Allah murah2 laa harga set2 diaa, dala variasi makanan yg disediakan dalam setiap set pon banyak, dr gmbr pon nmpk sedap2 belaka, fuhh mmg berbaloi2 laa if nk try cmni ni kann. next time if ada pergi Shah Alam yg need unt berbuka kat sana, mmg Tempurung Kitchen ni plg first dalam list to go nii hahahah.

    ReplyDelete
  5. Astaga.
    Lagi beberapa jam nak berbuka dan daku terlihat ikan nan lazat tu.
    Mana aku nak cari ikan tu wei?
    Jahat la.
    Nampak gaya kena selitkan masa pergi berbuka kat sana la nie.

    ReplyDelete
  6. wah zharif..untunglah dapat makan sedap2...hehe..tapi betullah harga dia murah dan berpatutan..menu2 tu semua nampak sedap yummy yummy...bolehlah terjah nnt

    ReplyDelete
  7. nie lah yang di cari..memang tengah survey buffet ramadan di shah alam...harga really murah, tempat pun namapak ok..bolelah bawak family berbuka di sini. tg for sharing

    ReplyDelete
  8. seronoknya berbuka puasa kat sini..and paling unik dan jimat sebab ditawarkan dalam set talam...so senang kita order terus based talam tak perlu sakit kepala..dekat ngan rumah ni, bolehlah terjah ngan famili untuk berbuka kat sini

    ReplyDelete
  9. Ingat hidangan letak dalam tempurung..hehehe. Nampak sedap makanan dia ekk..kalau dah masuk dalam rancangan jjcm makan tu haruslah sedap kan. Bolehlah sis cuba satu hari nanti

    ReplyDelete
  10. First time tengok shellout makan dengan nasi kerabu! Rare betul ni. Dah la harga murah je, berbaloi kalau berbuka dekat sini dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  11. Wah. Nampak menarik n Sedap tue.. Boleh la AM ajak boss n staff ke sini sebagai penutup ramadhan nnti sebelum semua blk beraya di kg..

    ReplyDelete
  12. Set-set makanan gini senang nak buat pilihan tanpa pening nak pikir makan apa kan. Nampak makanan sedap dan menarik ni!

    ReplyDelete
  13. Akak suka buka puasa macam ni, makan apa yang kita nak sahaja. Tak membazir dan jimat masa. Buffet Ramadan dapat yang beratur panjang tu jenuh juga la jika ada anak kecil ni.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya semua makanan ini. All are my favourite. I will go try the food here soon.

    ReplyDelete
  15. Menarik.. First time dengar pasal tempurung kitchen ni. Tengok konsep dia pon nice

    ReplyDelete
  16. I have been this place after seeing do many posted about his place. Indeed a comfort food and delicious

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...