Wednesday, May 8, 2019

Festival Gegar Gempak Raya 2019 Berlangsung 72 Jam Tanpa Henti

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kurang dari sebulan je lagi kita akan menyambut hari raya. Dalam pada berpuasa tu, pasti ramai sedang juga membuat persiapan raya. Ada yang suka bersiap lebih awal, ada yang suka buat persiapan di saat-saat akhir. Tak kesahlah korang jenis macam mana, 24 May nanti akan mulanya Festival Gegar Gempak Raya 2019 selama 72 jam tanpa henti. Jadi, jangan lepaskan peluang ini okay. Ikuti butirannya !


Ye, korang tak silap baca. 72 JAM TANPA HENTI ! Festival Gegar Gempak Raya nanti bakal berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula 24 May sehingga 26 May 2019. Festival yang dibawakan khas oleh Aisy Azka Event Management Services ini pasti memenuhi keperluan pengunjung dalam mempersiapkan diri menyambut hari raya nanti. Festival Gegar Gempak Raya 2019 itu nanti mungkin akan memecahkan rekod bagi "Largest Foodtruck Gathering" di bawah Malaysia's Book of Record. Seramai 150 buah food truck akan berkampung di sana bermula jam 4 petang sehingga jam 5 pagi.


Selain itu, Festival Gegar Gempak Raya 2019 ini sangatlah mesra ibadah di mana pengunjung boleh sama-sama solat terawih berjemaah selain dapat berbuka puasa berkonsepkan berkelah bersama keluarga. Manakala makanan untuk sahur juga dibawa khas oleh VIP dan sponsor makanan, Arabic Kitchen, bagi memeriahkan keadaan di luar waktu puncak.

Pada 25 dan 26 May nanti, Gegar Gempak Raya akan mengadakan aktiviti rewang untuk menyediakan bubur lambuk, menganyam ketupat dan rendang yang disediakan untuk dinikmati oleh orang awam. Festival Gegar Gempak Raya itu nanti akan dimeriahkan dengan kehadiran 45 artis terkenal tanah air yang ditempatkan di setiap baris jualan.


Panggilan akhir pada vendor-vendor tempatan dari kepelbagaian produk yang ingin sama-sama berniaga di Festival Gegar Gempak Raya 2019 ini nanti untuk membuat tempahan tapak serendah RM2700 bagi zon standard manakal RM3500 bagi zon tumpuan yang berada di hadapan pintu masuk dan keluar. Festival Gegar Gempak Raya ini nantiakan jadi satu lokasi yang membawakan pelbagai keperluan di bawah satu bumbung, baik keperluan hari raya mahupun keperluan harian. Jom ramai-ramai memeriahkan Gegar Gempak Raya 2019 nanti !

GEGAR GEMPAK RAYA 2019

Lokasi : Hall A MAEPS, Serdang
Tarikh : 24 May 2019 - 26 May 2019
Bermula jam 12 pagi 24 May sehingga jam 12 malam 26 May (72 jam tanpa henti)

Trak makanan : Bermula jam 4 petang sehingga jam 5 pagi


Lebih 45 artis terkenal tanah air akan turun padang. Berikut merupakan antara sartis-artis yang akan turun padang :

ZAIN SAIDIN / ROZITA CHE WAN / RASHID JAAFAR / KAPTEN MOHD NOR / HAZAN SCAN / SHARNAAZ AHMAD / NINA FAZURINA / SYED ALI / ZAZLY BAGINDA / HARIEYANTO HASSAN / MAZNAH ZULKIFLI / QAZEM NOR / SITI FAIRUS / S.MARIAM / NINA ISKANDAR / AYU DAMIT / REYHANA / DEJA MOSS / IZZUE ISLAM / ASHRAF MUSLIM / RIEZMAN KHUZAIMI / ERNIE ZAKRIE / SYAMEL / NORANIZA IDRIS / SHAFIQCUTE / ZULIN AZIZ / NABIL / ALIF SATAR / MARIA TUNKU SABRI / EZZATY ABDULLAH / PUTRA AMARIS / ELYANA / BADRUL MUHAYAT / ARIFF AZIZ / ACHEY / ZAITON SAMEON / NIZAM RAHMAN / ARJA LEE / DANNY X-FACTOR / BLACK HANIFAH / ZOEY RAHMAN / ROSLAN SYAH



Vendor-vendor yang berminat untuk sewa tapak :
RM 2700 (Zon standard)
RM 3500 (Zon tumpuan)

Tapak adalah terhad, sudah hampir penuh. Kalau nak, sila tempah cepat !

.

21 comments:

  1. wow wow berita baik.....time ni lah nak shoping kan,mesti murah2 ni...paling best dapat jumpa artis lahhhh...kena pegi ni..nak pilih hari yang sesuai ..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bagus nya siap ada terawikh. 72jwm mak aih meriahnyaaa raya oi

    ReplyDelete
  3. Woah! Konfem meriah ni sebab lama, tapak luas dan ramai pula selebriti! yang penting aktiviti kerohanian pun tak dilupakan juga. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Fuhhh 72 jam tanpa henti! Banyak pulak tu aktiviti dekat festival ni nanti. Meriah nak shopping untuk raya sambil join aktiviti dekat sini.

    ReplyDelete
  5. wah! mesti meriah kaw-kaw nanti. so bolehlah buat perbandingan antara MR dengan yang ini,alah membeli, menang memakai kan? btw muka yang last tu sama lah! hahaah

    ReplyDelete
  6. Wow... 72 hours non-stop ? Looks interesting and might bring my children there to join in the fun.

    ReplyDelete
  7. Ramai jugak artis yang turun padang sama sama jayakan festival ni kan Zharif. Confirm happening dan havoc gila festival ni nanti . Program yang diadakan juga bagus siap ada terawikh lagi. Nak oergi ke sini kena pilihbhari yang sesuai ni.

    ReplyDelete
  8. 72 jam tanpa Henti? Hebatnye. Mesti Meriah giler fiesta ni. Siap boleh shopping and berhibur sekali. Mesti banyak Artis buat performance kat sini. Memang Raya betul ni.

    ReplyDelete
  9. sebab blm buat persiapan raya pastinya ini adalah tempat yang bagus tuk pergi shopping

    ReplyDelete
  10. Bestnya event ini. I can go anytime l want within 72 hours. Looks very happening and fun too.

    ReplyDelete
  11. ni betul-betul gempak buat jualan 3 hari tanpa henti. baru seronok orang nak datang beli baju raya tak payah risau kedai tutup. dah la organiser sediakan foodtruck, senang nak berbuka atau sahur sekali kat kat tapak fiesta

    ReplyDelete
  12. Sure meriah nanti ni, ramai selebriti yang turut ada. Jualan pun macam-macam. Teringin sangat nak pergi..harap-harap adalah yang sudi bawak sis ke sana

    ReplyDelete
  13. Pwrgh mesti meriah ni.. Banyak la koleksi baju raya tu... Sampai pwning nak pilih.. Heehw.. Tapi jauh sangat nak perginyaa.. Suka pergi tempat macam ni, swbb nak thk kemeriahan.. Hehe.. Tak beli pun takpe.. Tapi mesti membeli gak.. Ahhaha

    ReplyDelete
  14. Giler la.. 72 jam bersamaan dengan 3 hari tuuu. Tapi mesti meriah kan, baru la terasa aura nak raya. Siap ada artis lagi... nak ajak member mai shopping sini la nanti

    ReplyDelete
  15. Best karnival macam ni. tapi emi memang dah serik nak cari barang raya kat tempat mcm ni. Crowded dia tu lain mcm. Dah la emi takleh sangat pergi temoat2 bising, boleh trigger migraine.

    ReplyDelete
  16. Mesti meriah pesta ni. Sebabnya ramai artis hebat yang terlibat. Dan keduaya sampai tgh malam. Bolehlah melenjan shopping cari keperluan barangan raya. Kalau dekat confirn terjah

    ReplyDelete
  17. seronoknya tengok program yang disediakan.banyak aktiviti bermanfaat nak sambut raya daam bulan ramadhan ni.sekarang airahsusah nak join benda macam ni sebab dah ada baby.kena pergi tempat kurang sesak

    ReplyDelete
  18. Wow.. menarik la.. dok baca ni pun dah boleh bayangkan kemeriahannya nanti macam mana..
    Beruntungnya siapa yang dapat turut serta.
    Yela, kemeriahan yang boleh dirasai setahun sekali je kan.

    ReplyDelete
  19. ooo ni konsep Mood Republik la ni. Actually i dpt je offer buka booth kat sini tp i dh locked kat MR hehe..insyallah next year la kte tgk sales kat sini camne thn ni sebab masih baru kan

    ReplyDelete
  20. Wow 72 jam tanpa henti. nnti turun kl boleh pergi shopping raya kat sini. bestnya dapat pergi ramai-ramai

    ReplyDelete