Saturday, May 25, 2019

Promo Ramadhan Istimewa di Dookki, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sesekali, tekak nie teringin juga menikmati juadah buka puasa yang berkonsepkan makanan Korea. Aku percaya, ramai antara kita semua suka makan makanan Korea. Sebab itu, kedai-kedai makan yang berkonsepkan menu Korea tumbuh bagai cendawan. Malah, mee segera dari Korea juga banyak menembus masuk pasaran di Malaysia. Jadi, aku nak bawa korang berbuka puasa di Dookki Restaurant yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Ikuti butirannya !


Aku nie bukanlah penggemar tegar makanan Korea, once in a blue moon je tekak tiba-tiba rasa nak makan makanan Korea. Tapi, oleh kerana aku nie berkawan dengan mereka-mereka yang tekaknya memang ke arah makanan Korea, jadinya aku ambil kesempatan nie nak bawa dorang berbuka puasa kat Dookki nie sebab restoran Dookki sekarang nie tengah buat promosi sempena bulan Ramadhan.


Ini bukanlah kunjungan pertama aku ke sini. Dah masuk kali kedua aku berbuka puasa dekat sini untuk tahun nie. Memang aku suka betul berbuka dekat sini sebabnya sangat mengenyangkan dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi.


Konsep makanan di Dookki nie ialah berkonsepkan steamboat buffet. Jadinya harga di sini ikut kepala. Lepastu makanlah sebanyak mana yang korang nak makan. Mulanya kena pilih kepedasan sup. Ada 4 variasi kepedasan.


Sebelum nie pilih untuk sup yang super spicy, susah nak makan asyik nak bersulam air je. Hahahaha. Pedas dia bukan biasa-biasa yer, jadi sedar diri. Nak selamat ambil pedas biasa je. Lepastu kalau korang rasa nak pedas lagi, boleh minta pada pelayan untuk tambahkan kepedasan.



Lepastu korang pilihlah bahan-bahan mentah. Pilih mana yang berkenan di hati. Meriah tau pilihan bahan mentah dekat sini. Mereka-mereka yang sukakan rice cake, pasti rasa seronok datang ke sini sebabnya rice cake dekat sini pelbagai jenis tau. Untuk bahan protein, terdapat daging dan ayam yang diperap dengan sos istimewa. Buat penggemar udang seperti aku, minta maaf ya di sini tiada udang disediakan. Rasa sedikit hampa. Harap sangat dorang tambah udang sebagai bahan mentah di masa akan datang.



Makanan-makanan sampingan juga ada disediakan seperti oden, makanan bergoreng, ramen dan pelbagai jenis mee yang lain, dan macam-macam lagi. Ouh ya, Cheese Ring tu add on tau, tidak termasuk dalam pakej Ramadhan yang ditawarkan. Korang kena tambah cheese ring tu untuk dimakan bersama ayam yang digoreng. Serious sedap sangat !!



Sampai berdiri-diri nak gulung isi ayam dengan cheese tau. Sangat mencabar tau, nampak macam senang je nak buat bila tengok pelayan Dookki tolong bungkuskan ayam tu dengan keju panas. Tapi bila kena buat sendiri, agak gagal ya nak bungkus isi ayam tu dengan keju dengan rata. Asyik terputus je. Kena praktis lagi nie. Hahahaha



Ouh ya, kalau korang rasa tak nak makan sup-sup tu, korang boleh minta pelayan Dookki untuk masakkan korang nasi goreng atau ramen menggunakan bahan-bahan yang ada. Malah cheese ring yang tak habis tu juga boleh dimasukkan untuk masak nasi goreng tu.

Jom berbuka puasa di Dookki ! Berikut merupakan butiran harga buffet di sini :

Ramadhan Special : RM 35.80 nett

Promosi (Isnin hingga Jumaat - 11.30 AM - 4.30 PM)
Student price : RM 27.80 nett
Lunch hour : RM 29.80 nett

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di pautan berikut

Facebook : DOOKKI MALAYSIA
Instagram : DOOKKI MALAYSIA
Email : mydookki@gmail.com

DOOKKI
Lot L1-12B, IOI City Mall, Putrajaya

Tel : 03 - 86854439
Waktu operasi : Dibuka setiap hari (11.30 AM - 10.30 PM)

11 comments:

  1. Eh. MUrah pula harganya kan.
    Boleh la Rawlins ajak staff Rawlins berbuka kat sini kelak, sementelah memasing gila drama Korea kan. Sesuai la dengan diorang nie. Haha

    ReplyDelete
  2. Amboi makanan korea dia pergi buka puasa best nya kita makan makanan Malaysia jer hehehee... Tapi nampak sedap lah banyak makanan dan harga murah juga boleh tahan ok... nak cuba...

    ReplyDelete
  3. Makanan korea memang sedap. LeYa pun salah satu yg suka kannya.. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah steamboat ala korea. Macam sedap ja. Masa tengok running man teringin sangat nak makan macam ni. Nampak sedap gila. Boleh try nanti makan kat sini. Sekali sekali nak juga kelainan

    ReplyDelete
  5. sedapnya..dia macam steamboat ke..hasihh.menggugat betul la..tak pernah pergi sini lagi ni..nampak bst ni..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi cuba makanan kat sini, cam menarik je untuk di cuba, dah lah sis ni peminat makanan Korea.

    ReplyDelete
  7. Wuuuu bestnya Zharif oiiii. Berbuka makanan Korean plak haaaa. Seronok la bleh makan camni. Akak nak makan bbq, steamboat dan seumpanya kena bawa family. Supaya ada tukang masak. Akak bleh jaga anak. Ecececehhhhh. Hahaha

    ReplyDelete
  8. alaa.. baru ingat nak try.. sekali tengok jauhnya kat Putrajaya.. huhuhu.. tengok gambar2 zharif pun dan teringin pulak nak rasa.. tapi taknak lapedas2 macam zharif pernah try sebelum ni.. hahaha.. tak puas makan kalau asik bersulam air.. pedasss..

    ReplyDelete
  9. Nampak macam sedaplah Zharif. Tapi kita sama bukanlah penggemar makanan korea. Tapi bila tengok orang lain nampak macam sedap dan menyelerakan je tau. Tapi kan banyak banyak makanan Korea akak suka masakan ayam yang pedas pedas tu tak ingat pula nama menu tuh

    ReplyDelete
  10. Tengok level pedas dia tu memang boleh sakit perut kalau ambil super spicy tu haaa. Bab nak gulung ayam dengan cheese tu memang mencabar haha pernah gulung tapi gagal sebab tak sekata. Murah betul harga untuk bulan puasa ni, boleh consider ni

    ReplyDelete
  11. Hahaha I try dahhhhh! Paling suka nasi goreng kimchi dan rice cake dia. kalau dkat mmg nak pi lagiiiii. Serious. Cuma dia macam steamboat je yg ada tak da grill, jadi tak suka ambik yg bebola tak nak kembang. Hehe.

    ReplyDelete