Wednesday, May 1, 2019

RizQ Islamic School : MyCelebrity, Weekend Enrichment Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera

RizQ Islamic School (RIS) merupakan sebuah sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa yang pertama di ASEAN. Pada yang belum cakna, RizQ merupakan sebuah sekolah rendah swasta yang menawarkan pembelajaran tahfiz dan juga akademik. Kini, RizQ Islamic School sudah ada untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun tau. Selain itu, RizQ juga akan mengadakan program hujung minggu buat kanak-kanak di bawah 12 tahun. Program tersebut diberi nama My Celebrity.

Ikuti butirannya !


My Celebrity merupakan program julung-julung kalinya diadakan oleh mereka. RizQ Educare mennggubal program ini khusus untuk memenuhi masa lapang kanak-kanak di samping dapat mengasah bakat mereka melalui seni kreatif. Ia memfokuskan pembelajaran dalam pendekatan holistik. Program ini akan menyediakan pembelajaran Muzik, Coding, Animasi, Pembikinan Video dan juga bahasa Mandarin.

1) Kelas Muzik
Muzik dipercayai mampu menyerlahkan lagi kreativiti kanak-kanak. Kelas yang berdurasi 2 jam ini akan mendedahkan pelajar akan pengetahuan asas mengenai muzik, teori dan praktikal. Pasti ia satu pembelajaran yang menyeronokkan.

Alat bantuan mengajar yang akan diberikan pada setiap pelajar (My Celebrity Kit)

2) Kelas Animasi
Animasi dan kanak-kanak berpisah tiada. Oleh itu, pelajar pasti tertarik untuk mengetahui pembikinan karakter-karakter kegemaran mereka di kaca tv. Kelas ini akan mengajar mereka teknik-teknik mereka cipta karakter, menulis skrip, pengcahayaan, muzik dan juga bunyi latar.

3) Kelas Coding
Setuju atau tidak, coding memberikan sumbangan besar terhadap teknologi pada hari ini. Oleh itu, RizQ Islamic School berhajat ingin mendedahkan asas coding ini kepada pelajar seawal usia 6 tahun lagi. Mereka akan belajar asas coding yang mudah dan menyeronokkan.

Belajar coding menggunakan tab yang akan diberikan pada setiap pelajar untuk digunakan

4) Kelas Pembikinan Video
Di era kini, pembikinan video merupakan satu kemahiran asas yang semua wajib tahu. Oleh itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik-teknik mudah pembikinan video. Mereka akan belajar banyak perkara mengenai pembikinan video. Satu modul yang sangat bagus untuk melihat kreativiti setiap pelajar.

5) Kelas Mandarin
Bahasa Inggeris sahaja tidak cukup untuk zaman ini. Kanak-kanak sepatutnya diberikan lebih banyak pendedahan untuk belajar bahasa ketiga. Oleh itu, program My Celebrity Weekend Enrichment Program ini menawarkan kelas bahasa Mandarin pada pelajar-pelajar.


Selain 5 modul utama yang diketengahkan dalam program My Celebrity ini, ia juga akan turut diserikan dengan modul pengucapan awam untuk memupuk sifat berani dalam diri pelajar-pelajar untuk bercakap di khalayak ramai. RizQ Studio dan Ebright orang yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran program My Celebrity ini.

RizQ Islamic School percaya, setiap kanak-kanak merupakan seorang bintang dan program My Celebrity ini berpeluang menyerlahkan dan mengasah bakat mereka. Seni dan kreatif membantu tumbesaran kanak-kanak dan memberi peluang buat mereka untuk berimaginasi dan meneroka bakat yang mereka ada.



Menghantar anak-anak untuk belajar seni bukanlah bermaksud nak mereka menjadi seorang artis suatu hari nanti tetapi untuk mencungkil bakat dan mengasah kemahiran mereka. Mana tahu, kemahiran ini bakal menjadi pemangkin rezeki buat mereka bila dah besar nanti. Sebab itu, program My Celebrity ini digubal supaya mereka cakna akan bakat dan kemahiran diri sejak dari muda lagi.

Tak sabar nak masuk kelas percubaan program My Celebrity

Dengan kemudahan yang disediakan di RizQ ini, mereka percaya program ini mampu mencapai objektif yang mereka harapkan. Sekiranya orang-orang di luar sana berminat untuk tahu butiran lanjut mengenai program ini, boleh dapatkan butiran berikut,

Weekend Enrichment Program : My Celebrity (6 - 12 tahun)

  • 5 + 1 Modul (Muzik, Animasi, Coding, Pembikinan video, Mandarin + Pengucapan awam)
  • Bermula : Bulan June sehingga Ogos 2019 (3 bulan)
  • 2 jam setiap kelas (Kelas pertama akan bermula pada 16 Jun 2019)
  • Yuran 
  • Pendaftaran : RM 50
  • My Celebrity Kit : RM 45
  • Yuran kelas untuk 3 bulan : RM 550


Ini merupakan poster untuk program yang aku cerita atas tu. Segala butiran ada dalam poster tu. Kalau korang berminat nak hantar anak ke, anak sedara ke, boleh terus hubungi nombor yang tertera.

Kami berpeluang mengikuti kelas percubaan mereka

Sekiranya berminat, bolehlah mendaftarkan anak-anak anda ke RizQ Islamic School untuk mengikuti program hujung minggu nie. Yelahh, daripada dekat rumah tak buat apa-apa, bolehlah isi masa mereka dengan turut serta program nie. Kalau nak cuba masuk kelas percubaan mereka juga sangat dialu-alukan.

Email : mycelebrity@rizq.edu.my

Tel : 03 - 8912 0447 atau 03 - 8926 0447
Whatsapp : 018 - 351 7357


Program My Celebrity ini akan bertempat di

RizQ Kids

RIZQ PRESCHOOL
No. 12, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Kg Sg. Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan


Kemudahan dan alat-alat yang terdapat di sini sangat hebat dan mantap. Jarang-jarang sekali dapat saksikan studio yang lengkap dengan pelbagai alatan untuk merakam, menyanyi dan macam-macam lagi. Di sini serba-serbi lengkap. Ia sebuah sekolah yang berkonsepkan taman tema dalam bangunan. Seronok je rasa nak belajar dekat sini tau.


Sedangkan kami yang dah usia-usia senja nie pon suka berada dalam RizQ Kids nie, apatah lagi budak-budak kalau dapat belajar sini. Mesti dorang suka dan gembira. Hari-hari nak datang sekolah.

17 comments:

  1. Memang menarikkk sekolah pun tak rasa mcm sekolah.. best sangat.. Allahu kalau kayaaaa akak nak hantar anak sini.. kita yg tua pun rasa excited pi sekolah ni walau dlm 2 jam jer kan..

    ReplyDelete
  2. Bestnya, kalau lah dieorang ada bukak cawangan yang dekat dengan rumah Fadzi ni, memang confirm Fadzi hantar Aneeq terus bila dah cukup umur nanti. Menarik betul program program yang diaorang sediakan tu

    ReplyDelete
  3. Best nya RizQ school ni. Dah la cantik, program pun bagus. Dia xnak bukak cawangan kat Penang ke? Boleh la nak try hantar Balqis. huhu

    ReplyDelete
  4. Pandai ker main guitar tu hehehe awasss yer awak wakakaka.. Nak jadi celebriti dan juga penyanyi kena didik dari kecil dan juga ada semangat untuk majukan diri hehehe tengok macam zarif ni dah pandai main alaat muzik bagus...

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhh dah siap bangunan baru RIZQ ni. Sebelum ni pergi jugak 2 3 kali. Memang luar biasa sistem pendidikan di sini. Onie suka sistem iaitu Finland yang diterapkan di sini. Banyak jugak program yang ada di sekolah ni. Kelas dia pun fuh! Coding tu, hebat. :D

    ReplyDelete
  6. Wow the place looks really neat and comfortable. I am sure children will be thrilled. I personally would love to try the coding class. :D

    ReplyDelete
  7. berminat pulak BBL nak belajar kelas coding tu. bagus betul budak-budak sekarang kecik-kecik dah expose dengan dunia coding, nanti besar boleh create software sendiri. boleh la suggest anak buah register kat sini.

    ReplyDelete
  8. Menariklah ada sekolah muzik macam nih, sebelum nih yang akak tahu Yamaha Muzik jer ada bukak kelas tuk anak-anak belajar, so sekarang adalah pilihan parent nak hantar ank-ank tuk kelas muzik, terima kasih diatas perkongsian ni.. nnt akak kongsi dengan kawan-kawan yea

    ReplyDelete
  9. Wah banyak betul class Yang ada. Jeles betul dengan budak2 sekarang ni. Rasa nak belajar main gitar juga lah. 😋

    ReplyDelete
  10. Wah sekarang sekolah tahfiz dah bertaraf antarabangsa lah .Kagum akak baca tau. Macam macam kemudahan yang serba canggih ada. Beruntung budak budak tahfiz yang bersekolah di sini

    ReplyDelete
  11. Pertama kali dengar RizQ school ni. Menarik laaa... Suasana pun nampak selesa dan menyeronokkan. Ada bajet boleh laaa hantar anak² kat sini. Hehee

    ReplyDelete
  12. selalu kita tengok school mcm ni dimiliki oleh bangsa lain kan..so kita pun rasa was2 nak hantar..kalau RizQ school ni mmg tak ragu2 lagi siap ada macam2 pakej..yelah budak2 ni bukan kita nak fokus untuk belajar sahaja..kdg2 diorg ada bakat yang terpendam..so adanya school ni bolehlah diorg asah bakat dlm bidang muzik ke..animasi ke mcm2 lagi

    ReplyDelete
  13. Bestnya sekolah ni. Program dia pun macam menarik. Tengah mencari program yang sesuai untuk anak ni. Kelas dia pun bagus-bagus. Sayangnya jauh pulak nak ke sana.

    ReplyDelete
  14. Bagus giler tempat dia.. Tapi mesti mahaal kan.. Tapi okla.. Banyak aktiviti boleh buat.. Mana tau anak2 ade bkt terpendam.. Sinila tempatnyaa.. Bestla.. Mesti diaorg enjoy belajr

    ReplyDelete
  15. wah wah, bagusnya tempat ni wak. kita baru tahu ada tempat-tempat yang bagus untuk education macam tempat ni. Mesti seronok kan belajar kat sini

    ReplyDelete
  16. Untung betul budak2 zaman skrg ni ya..macam2 tempat belajar ada, janji mak pak berpoket tebal so boleh le htr tempat2 macam ni. Memang tgok tempat pun sure anak2 sel3sa n enjoy belajar kat tempat cam gini

    ReplyDelete
  17. Gembira melihat banyak sekolah pendidikan awal kanak2 menyediakan aktiviti lain selajn dari akademik. Setiap manusia mempunyai kebokehan berbeza beza, baik di asah dari kecil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini