Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini bermulalah 72 jam tanpa henti jualan mega raya Starvendors di Putra World Trade Centre yang akan berlangsung selama 4 hari bermula pada hari ini, 24 Mei, sehingga 27 Mei 2019. Terdapat ramai artis yang turut serta berjualan di tapak Starvendors ini. Ikuti Butirannya !
Majlis perasmian Starvendors Mega Raya Festival 2019 ini telah dirasmikan oleh Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran ramai selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Asyraf Muslim, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor diiringi masuk ke perkarangan dewan PWTC |
Bersama primadona-primadona terkenal tanah air. Cantik sungguh kak Erra dan Kak Ziana ! |
Festival yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti ini menghimpunkan lebih 100 vendors di bawah satu bumbung. Pelbagai barang dan persiapan raya boleh didapatkan di sini. Artis-artis terkenal tanah air juga turut berjualan dan menyerikan festival mega raya 2019 Starvendors ini. Sambil membeli sambil dapat beramah mesra bersama artis kegemaran anda.
Pemberian duit raya buat 1000 pengunjung pertama |
Ketika majlis perasmian itu tadi, 1000 pengunjung terawal dapat duit raya dari Starvendors. Seawal jam 10 pagi ;agi, perkarangan dewan PWTC sudah dipenuhi dengan lautan manusia. Aku tak nak ketinggalan untuk dapatkan duit raya, maka aku juga turut sama-sama memberaturkan diri.
Ucapan alu-aluan dari Pegawai Eksekutif Starvendor, Ifa Raziah |
Pegawai Eksekutif program, Ifa Raziah yakin Festival Mega Raya Starvendors 2019 ini, akan dihadiri lebih 2 juta pengunjung dalam tempoh 72 jam sepanjang festival itu berlangsung. Bagi merealisasikan hasrat ini, marilah kita sama-sama datang memeriahkan dan membuat persiapan hari raya dengan membeli-belah di Starvendors nanti. Sebanyak 452 gerai yang akan berjualan di sini. Pelbagai diskaun dan promosi gempak juga terdapat di setiap booth-booth jualan.
Pengunjung-pengunjung Starvendors festival mega raya ini juga bakal dihiburkan oleh artis-artis terkenal tanah air yang akan mendendangkan lagu-lagu hits mereka. Pasti banyak lagu-lagu raya yang bakal berkumandang juga nanti. Barulah ada feeling nak shopping untuk raya. Betul tak ?
Jom ramai-ramai hadir ke festival mega raya 2019 yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula 24 Mei sehingga 27 Mei 2019 di Dewan Utama Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut :
Instagram : https://www.instagram.com/starvendors/
Facebook : https://www.facebook.com/starvendorsevent
Starvendors, lebih vogue, lebih havoc ! Ini baru raya !!
Memang best bila semuanya dibawah satu
ReplyDeleteBumbung. Jimat masa dan tenaga. Paling best harga yang dijual mmg jauh lebih murah :-)
Wuuu akak suka sungguh la masuk lorong Bellaz tu. Tengok booth CPG tu dengan baju batiknya. Rasa kalau akak dah kurus memang ku beli baju itu. Hahahaha. STARVENDORS ni memang best. Lokasi pwtc akak suka sangat. Hehe
ReplyDeleteWow!
ReplyDeleteBahagia la jadi yang 1000 pertama tu kan, mendapat duit raya.
Mesti banyak produk yang menjadi harga murah dan berbaloi kan masa jualan tu.
Wow meriah betul event Starvendors kat PWTC ni. Di samping beli belah pakaian raya dapat pulak jumpa dengan artis. Sayang tahu lambat pasal event ni, kalau tak mesti dah serbu.
ReplyDeleteMacam mahai ja bro, huhu. tapi cuci mata xpa dah hehe
ReplyDeletemeriah betul..macam-macam ada ni..sennag nak shopping raya dalam satu bumbung ni..pergh siap dapat duit raya ye..syoknyaaa...dapat jumpa artis bagai..seronok laa
ReplyDeletebest jugak kan..dapat jumpa dan berselfi dengan artis. Untung2 dapat duet raya lagi kan.
ReplyDeleteAmboih.. syoknya dapat join event ni.. dapat jumpa erra dan ziana plak tu.. senyum sampai ke telinga kamu yea zharif.. haha.. syok pi event macam ni.. mau rambang mata dibuatnya
ReplyDeleteAmboi meriah bebenor di sini yea.. Banyak promosi dan pilihan baju raya yg cantik2 di sini. .leh la AM nak jengah ke sini dgn adik hujung mggu ini..
ReplyDeleteBestnya dapat jumpa Erra Fazira dengan Ziana Zain! Cantik betul even dah masuk 40-an. Meriah betul tengok gambar. Banyak pulak tu barang yang dijual mesti ramai yang rambang mata. Paling best dah puas shopping dapat pulak duit raya
ReplyDeleteBestnya dapat jumpa artis di samping dapat shopping baju-baju yang cantik. Very interesting and saya suka event macam ini.
ReplyDeleteMeriahnya..rugi tak dapat join sama, kalau tak dah banyak sis shopping baju raya. la ni tak ada lagi baju raya ni..huhuhu
ReplyDeleteTudiaaaa... banyak betul artis buka booth ekk. Tapi iye la kan, time-time macam ni la masing-masing nak dapatkan rezeki lebih. Ha, kita pun dapat juga shopping utk raya. Tambah pulak zaman sekarang ni mana sempat nak buat, semua pakat beli je... so, jom la shopping kat starvendors.. hehe
ReplyDeleteSyoknya dpt selfie dgn artis and dpt baju raya lg raya thn ni meriahlah nampaknya
ReplyDeletehaa.. walaupun kite lambat comment tapi kite follow rapat tau . nasib baik sempat baca and sempat singgah masa sale tu .. sesak ye hingga jalan jem
ReplyDelete