Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku tak pernahlah consider myself as a fashion blogger sebab fashion sense aku pon kadang kelaut dalam jugak. Tapi boleh dikatakan, kerap jugaklah aku terima DMs, terutama sekali daripada lelaki, bukanlah bertanyakan untuk berkenalan, choii. Mentang-mentang ada seksual-seksual dekat tajuk tu, terus ke arah itu yer. No no no. Kebanyakkan mereka bertanya pasal baju-baju aku. Beli dekat mana, harga berapa dan macam-macam lagi. Jadi, bagi menjawab pertanyaan mereka, aku siapkan satu post untuk pertanyan itu semua. Ikuti butirannya !
Kalau korang belum maklum, aku jenis tak suka ulang tayang baju dalam jarak yang terdekat. Terutama sekali baju-baju nak pergi event. Means, once aku dah pakai baju tu untuk hadiri satu event, aku tak akan pakai semula baju tu untuk 1-2 bulan berikutnya. Sebab tu, aku terlampau banyak baju dan sering tambah koleksi baju-baju dalam almari.
Adakah sebab itu, aku digelar Metroseksual ? Aku pon kurang pasti. Bagi aku, lelaki metroseksual nie adalah sejenis lelaki yang sangat menitikberatkan penampilan mereka. Dari hujung kepala sampailah ke hujung kaki. Aku tidak pasti sama ada aku jatuh dalam kategori itu ataupun tidak, tetapi yang pasti, aku suka nampak bergaya. Dan aku lebih suka untuk tidak dilabel. Bak kata Cara Delevigne, "Stop Labelling and Start Living !"
Nak bergaya nie, tak semestinya kena keluarkan ratusan ringgit untuk satu baju. Orang selalu nampak aku shopping dan terus claim, ko banyak duit bolehlah beli baju banyak-banyak. Hello ! Aku nie bekerja pon idakk tau. Celah mana kayanya. Yang pentingnya sekarang nie ialah, korang kena tahu di mana dan bagaimana untuk gayakan sesuatu busana tu. Kadang, dengan harga RM20 pon, korang dah boleh dapat baju yang cantik dan tampak bergaya.
Zaman sekarang nie, lelaki pon nak bergaya jugak. Bukan perempuan sahaja. Sebab itu kalau korang perhatikan, banyak sekarang IG shop yang menjual dan memperkenalkan pakaian-pakaian lelaki. Sebab sekarang permintaan pakaian lelaki semakin meningkat dan menggalakkan. Tapi kalau korang jenis prefer beli di fizikal store, aku sarankan beli dekat YFS Concept Store nie. Banyak sebab kenapa aku suka membeli-belah di sini.
YFS Concept Store antara salah sebuah kedai pakaian yang aku sering kunjungi. Tambah-tambah bila musim perayaan. Selalunya waktu-waktu macam nie banyak gila promosi dan diskaun. Nie dekat-dekat nak raya, banyaklah promosi yang sedang berlangsung. Hari tu aku datang ke sini, tak ramai orang. Mungkin tak ramai yang tahu pasal promosi nie. Nasib baik. Kalau tahu nie, confirm dah ramai yang serbu. Promosi raya di YFS Concept Store nie sehingga 9 June 2019.
YFS Concept Store nie adalah untuk seisi keluarga. Bukan untuk pakaian wanita dan kanak-kanak je ada. Pakaian lelaki juga ada di bawah label AD Jeans. Boleh tahan banyak koleksi-koleksi AD Jeans untuk lelaki di YFS Concept Store nie tau. Tiada diskriminasi gender di kedai ini.
AD Jeans tu bukanlah hanya menjual jeans semata. Tidak. Macam-macam jenis pakaian ada. T-shirt ada, turtle neck shirt ada, plain shirt ada, blazer ada, pants ada, short pants ada, men accessories pon ada dan macam-macam lagi lah. Kang kalau aku senaraikan semua, sampai raya tahun depan pon tak habis.
Antara promosi yang sedang berlangsung di YFS Concept Store ialah promosi ini. Hanya RM20 untuk helaian yang ketiga. Promosi nie berlangsung sepanjang musim perayaan ini, 9 June 2019. Sebab tulah, aku suka borong baju dekat sini. Boleh beli secara pukal dengan harga borong.
Serious weyh, baju-baju dekat YFS Concept Store nie murah-murah. Ada yang sehelai cuma RM20 je tau. Sebab tu aku cakap, baju-baju yang cantik bergaya nie tak semuanya harga beratus-ratus. Nak yang plain ada, yang design pelik-pelik pon ada. Kalau lelaki yang jenis berbadan sado nie, pakai baju plain pon dah nampak helokk dan terletak. Untuk yang tulang-temulang macam aku nie, kena extra effort sikit untuk nampak helokk.
Kebanyakkan yang DMs aku merupakan lelaki-lelaki kurus yang insecure tak tahu nak beli baju dekat mana sebab kebanyakkan kedai tak jual saiz XS. Yer wakk, bukan orang terlebih kilo je terdiskriminasi bila bab-bab baju nie. Orang terkurang kilo jugak mengalami situasi yang sama. So for my fellow friends yang terkurang kilo tu, sekarang korang dah tahu nak cari baju dekat mana.
Kena pandai mix & match kan baju dengan seluar. Beranikan diri bermain dengan warna. Jangan takut untuk cuba gayakan sesuatu busana. Berikut merupakan beberapa tips yang aku amalkan sebagai penggemar fashion yang bersaiz tulang-temulang. Boleh ikut kalau rasa ia bersesuaian dengan anda.
- Jangan pakai oversize t-shirt, nanti tenggelam dan nampak sangat tak cantik. Kalau boleh, cari yang ngam-ngam dengan badan. Tak ketat sangat dan tak longgar sangat.
- A big no no to baggy jeans. Nope. It is not for us. Pakai seluar yang slim-fit or skinny-fit untuk serlahkan kepanjangan kaki. Ini tips untuk nampak kaki korang tu panjang dan tinggi. Tapi skinny-fit agak tak sesuai untuk mereka yang berpeha besar. Na'ah. you dont look good in those. So avoid it.
- I always go for 3/4 sleeves or long-sleeves shirt. Aint got no guns ? Hide it. If you want to embrace it, make sure the shirt fits you. Especially, the sleeves part.
- Kalau saiz XS pon kau tak muat, itu maksudnya bukan salah baju atau brand tu. Itu bermaksud kau sendiri yang kena tambahkan berat badan. Same goes with those yang berbadan besar. Kalau sampai saiz 7XL pon tak boleh nak memuatkan kau, maksudnya kau kena turunkan berat badan. Simple.
Promosi Raya Oh Raya ini bermula dari 11 May 2019 sehingga 4 June 2019. Tertakluk kepada terma & syarat. Jom lah membeli-belah di YFS Concept Store berhampiran anda sekarang sementara promosi sedang berlangsung dan selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut :
Website : http://www.yfscorp.com/
Facebook : https://www.facebook.com/yfsconceptstore
Instagram : https://www.instagram.com/yfsconceptstore/
Shopping sampai hilang topi dibuatnya. Nasib baik sebelum nak balik perasan. Hahaha |
Taraaa ! Dah jom balik. |
Fuyooo shopping. Haha kalau Qiss masuk YFS ni memang tak reti duduk sekejap. Baju dia cantik-cantik. Fesyen terbaru. Boleh mix and match la katakan. Kejap-kejap tengok jeans, kejap lagi tengok blouse. Fuhh. Mujurlah dah shopping Raya. Tapi macam nak singgah sini pulak la. Macam cantik macam menarik je promosi dia.
ReplyDeleteMesti harga berpatutan, asal tutup aurat dengan sempurna.. :)
ReplyDeleteWah, sakan shopping! Tapi murah betul lah harga-harga pakaian. Pasti menjimatkan kalau seisi keluarga beli baju raya di YFS Store ni kan. Dah la murah, dapat cash voucher pula tu.
ReplyDeleteThe collection looks interesting and the price is affordable too. I should go there to shop for my brothers.
ReplyDeleteAmboi sakan sungguh shopping sampai hilang topi hahahaha. Tapi betul, nak bergaya tak semestinya kena beli baju yang mahal mahal. Yang penting nampak cantik dan sesuai bila dipakai.
ReplyDeleteAirah pun selalu jugak cucu mata masuk yfs ni sebab kebanyakkan baju dia memang berbaloi beli dengan hatga dan kualiti.ni nak raya best la shopping dekat situ kan
ReplyDeleteNak bergaya ni kena bijak kan.
ReplyDeleteTak semestinya kena beli baju mahal mahal je.
Pilih baju yang sesuai untuk digayakan gitu.
Baru la nampak cun je..
Kadang baju murah pun boleh buat org segak habis dah.
Janji pandai atur.. Hehe
Sampai tak perasan topi takde ye.
ReplyDeleteMelampau shopping tak hajak plak tu.
Sian sorang tu tunggu sampai penat.
And yes, Rawlins setuju pasal jangan takut bermain warna dan juga kena pandai mix and match. Tak semestinya beli baju baru kan.
Hahaha.. okey what kalau gila dengan fashion. Baguslah up to date dengan fashion kan. Nampak kemas dan bergaya. Wah ada promosi raya lah. Nampak best ni. Erm tapi tuhlah jauh nau. Kakau dekat memang akak dahbtwejah dah. Boleh cari blouse untuk diri sendiri nanti
ReplyDeleteYa la harga dekat sini dr rm20 sehelai pun ada mmg sesuai utk family yg nak bajet beli baju yg anak ramai kan
ReplyDeleteNi dah tahap selebriti. Baju yang dah pakai gi event sekali tak kan repeat lagi. Dah tengok gaya shopping gini, memang logik la. Hahaha. Ni mesti penuh wardrobe kat rumah dengan baju baju baru ni. Teringin nak gi shopping sini jugak, hehe
ReplyDeleteKat sini harga dia memang murah dan berbaloi , design pun lawa2 jugak
ReplyDeletepergh macam-macam jenis baju ada..tak pernh lagi pergi sini..bila cakap murah , boleh pergi ni..hahaa..perghh setiap event taknak repeat..dasyttt..hahaa
ReplyDeleteWow.. Selalu bertukar2 baju ye? Kita tak mampu wak.. Kita selalu tukar2 style je - mix and match katanya. Beli baju baru bila perlu je. Tapi kalau murah, boleh diconsider lagi la hehehe.. Nanti kita usha YFS ni. Awak tukar baju selalu tu takpe lagi wak, jangan tukar2 pasangan selalu sudahlah. Eh :D
ReplyDeleteWahWah.. Jejakaula dah mcm model dah sekarang.. Nak nak pilihan baju n stail terletak semuanya.. Mesti makin ramai peminat d luar sana kan?? Nnti AM nak shopping d sini jugalah.. Mana la tahu ada baju yg berkenan d hati kan??, 😉😉😉
ReplyDeleteDah lama tak masuk kedai ni, bukan apa..byk design yg sis suka x ada saiz..hehehe, mayb more utk org2 muda lah kot..hehehe. Nanti nak bawak anak masuk sana lah..cantik2 gak baju untuk dia sis tgok tu, sure dia suka
ReplyDeleteuishhhhh lelawa jugakkan zharif koleksi pakaiann dorang. Ni yang buat kita nak terjah ni. Sale masih lagi berjalan pulak tu. Sabo jelah wahai diri ini. Pantang tengok sale, laju je kepala ni haaa nak p terjah..
ReplyDeleteWahh.. Shopping sakan concept store mcm tu mmg harga dia mampu milik dan kak suka shopping tpt tu
ReplyDeleteSakan bershopping baju dia ye. I jarang beli baju, sebab I lebih banyak menempah baju dekat tailor. Beli baju readymade macam ni, susah nak menepati citarasa, unless kalau T-shirt la. Memang kalau beli, I main petik je kat kedai haha
ReplyDeleteWah I pun kadang beli baju kat sana, sometimes boleh dapat yang bagus and harga pun berpatutan.
ReplyDelete