Thursday, May 2, 2019

Pertandingan Memasak Raya Rasa Sayang Anjuran California Raisins

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku telah masuk satu pertandingan memasak anjuran California Raisins. Dan aku pasti ramai yang sudah sedia maklum, kumpulan memasak aku telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah ada rezeki kami untuk pertandingan itu. Nie nak kongsi pengalaman menyertai pertandingan California Raisins Raya Rasa Sayang. Teruskan membaca !


Masa dapat jemputan untuk turut serta pertandingan nie, aku macam berbelah bahagi. Sama ada nak join ataupun tidak. Yelahh, aku nie bukannya hebat pon dalam bab memasak. Pasti nanti kena bersaing dengan mereka-mereka yang hebat. Kak Ruby, merupakan orang pertama yang mengajak aku untuk turut serta pertandingan nie dan mempelawa aku menjadi ahli kumpulannya. Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang blogger dan kumpulan kami dilengkapi dengan kehadiran Kak Ayu. Kak Ayu merupakan jaguh masakan yang sering menang dalam pertandingan yang melibatkan masakan.


Puas kami memikirkan menu apa yang hendak di masak beberapa hari sebelum hari kejadian dan akhirnya capai kata putus untuk masak ayam masak kismis. Ingat nak buat biskut, tapi menurut kak Ayu ianya agak berisiko. Begitu juga buat nasi kismis, sangat BErisiko kalau nasi tak dimasak dengan betul. Jadinya, kami masak lauk je. Lebih selamat.


Setiap kumpulan mempunyai temanya yang tersendiri dan tema kumpulan kami ialah "Forgiveness". Menu apa yang sesuai dengan tema Forgiveness nie ? Bagi aku, apa-apa makanan sesuai dengan tema ini kerana aku percaya makanan mampu memaafkan dan melupakan sengketa antara kita. Dengan tema ini maka kami menghasilkan ayam masak kismis yang diberi nama "Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan"

Ya, memang agak panjang nama menu kami. Kau ada ?

Maka sesi masak-memasak pon bermula. Agak nervous ya sebab masa yang diberi hanyalah satu jam sahaja. Sebaik sahaja wisel bermula, kami memulakan aksi kami di dapur. Buat apa yang patut.



Alhamdulillah aku bersyukur kerana Kak Ayu dan Kak Ruby banyak membantu dalam menyiapkan hidangan nie. Apa-apa yang aku rasa macam tak pasti, mereka berdua pasti akan membantu dan memastikan aku buat mengikut resepi yang telah ditetapkan. Banyaklah benda aku belajar dari mereka berdua nie.




Buat mereka yang tertanya-tanya resepi menu kami, berikut merupakan bahan-bahan dan cara memasak Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan.

RESEPI AYAM MASAK MASAM MANIS BERSAMA KISMIS HITAM

Bahan-bahan :
  • Ayam
  • Kicap manis (Kami guna jenama ABC), Kicap masin (Kami guna jenama Adabi)
  • Sekeping asam gelugor
  • Bawang merah 
  • Cili giling

Bahan rempah kering :
  • 1 sudu Jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1/2 sudu ketumbar

Bahan-bahan kisar :
  • 2 Bawang besar
  • 3 bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 cawan kismis hitam (California Raisins)

Bahan rempah tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga


Cara membuatnya :
  • Sangaikan bahan rempah kering. Sejukkan dan kisar sehingga halus.
  • Ayam yang telah dipotong kecil digaul bersama sedikit lada hitam yang telah ditumbuk dan kemudian digoreng
  • Kismis hitam direndam dengan air panas untuk seketika, dan kemudiannya dikisar sehingga halus.
  • Tapiskan kismis yang dikisar tadi daripada serdak-serdak yang tidak terhancur (Jangan dibuang serdaknya)
  • Kisarkan bahan-bahan kisar yang lain dan campurkan dengan sebatian kismis yang telah ditapis tadi
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan rempah tumis dan gorengkan sehingga wangi.
  • Tambahkan sedikit cili giling dan gaul bersama.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar kedalamnya. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bahan rempah kering yang telah dikisar ke dalam kuali. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  • Masukkan sedikit kicap manis dan juga kicap masin. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan sedikit serdak-serdak kismis yang tidak hancur tadi (Optional, tak nak masukkan pon tak apa. Tapi kami masukkan sedikit supaya bila makan tu rasa sedikit kismis-kismis yang tak terhancur tu)
  • Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali dan juga sedikit asam gelugor. Gaulkan sebati.
  • Rasakan manis masinnya, tambahkan garam atau tambah asam gelugor jika perlu.
  • Tidak perlu tambah gula kerana kita nak rasa manis dari kismis hitam tersebut.
  • Bila kuah mula pekat atau kering, sedia untuk dihidang (Kepekatan kuah bergantung individu).

Nak lagi umpphh, taburkan bawang goreng. Hiriskan bawang halus-halus dan goreng sehingga sedikit garing dengan api sederhana. Taburkan sedikit bawang goreng di atas ayam yang dihidang. Serious sedap !

Mudah je nak buat resepi nie. Boleh makan dengan apa saja. Nak makan dengan roti boleh, dengan nasi boleh, dengan lemang pon boleh. Kami sediakan dengan ketupat memandangkan nak ambik feel raya tu.


Alhamdulillah, kami berjaya siapkan menu kami dalam masa yang ditetapkan. 1 jam sebenarnya tidak lama. Sekejap je, tahu-tahu dah tamat. Dah kena hidang bawa ke meja juri. Kami pon bersiap sedia untuk mengadap juri. Tawakkal je.



Sesampai je giliran kami untuk menghidang dan terangkan menu kami pada juri-juri, sangat nervous. Rasa macam pergi temuduga pon ada. Kami perlu terangkan menu kami dan macam mana kami hasilkan menu tu menggunakan kismis hitam dari California Raisins. Kami cakap je apa yang terlintas dalam fikiran.



Aku sangat bersyukur kerana berada dalam kumpulan yang terdiri daripada dua kaum ibu yang hebat dalam bidang memasak nie. Banyak benda aku belajar dari mereka kerana mereka banyak pengalaman. Perbincangan hanya dibuat dalam group whatsapp sahaja. Memikirkan menu apa yang kami nak masak, nak pakai baju apa, semuanya dilakukan di atas talian. Dan Alhamdulillah, ada rezeki kami untuk pertandingan tu. Sangat tidak sangka.


Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan rezeki ini. Kumpulan kami, Abanjers, telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan memasak California Raisins Raya Rasa Sayang 2019. Terima kasih buat juri-juri yang telah memilih menu kumpulan kami dan tahniah juga buat kumpulan yang lain. Menang dan kalah adat pertandingan. Yang penting kita seronok dalam pertandingan nie.


Banyak menu yang kita boleh hasilkan dengan menggunakan kismis dari California Raisins. Kena rajin teroka dan mencuba sesuatu yang baru. Tambahkan kismis dalam masakan sebagai pengganti gula, kenapa tidak kan ? Untuk pelbagai lagi resepi menggunakan California Raisins, boleh tengok laman sesawang mereka.

Website :


Terima kasih Kak Ruby dan terima kasih Kak Ayu. Alhamdulillah rezeki team Abanjers.

21 comments:

  1. Wah tahniah buat team sebab blogger jugak berani nak join ptandingan memasak camni. Sangat membanggakan. Kalau ena memang tak berani nak kedepan. Huhu. Sebab tak hebat memasak. Lagi2 kena mengadap juri. Memasak dalam pertandingan ni perlu kuat mental n fizikal. Tahniah sekali lagi berani sahut cabaran n berbaloi dapat wang tunai.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...comelnya siap buat conversation caption kat gambar-gambar. Okeylah, nanti nak cuba juga resepi yang Zharif kongsikan tu

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah zharif dan the geng. Tak dpt nak merasakan masakan korang yng sedap tu. Next time aki plak nk join lawan korang. hehehe

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Cara-cara untuk menyediakan resepi ni pun mudah. Boleh dijadikan salah satu juadah untuk berbuka puasa nanti. Trima kasih kongsi info

    ReplyDelete
  5. waa congrats yea sebab berjaya menang tempat ke 2 dalam pertandingan ni! kemain meriah nama hidangan hehe nama pon mmg dh cukup menarik tu. nampak sedap dan mcm boleh try buat jugak ni nnt ni, sbb rasa ngam betul ayam digandingkan dgn kismis menjadi lauk, pekena pulak dgn nasi minyak ke kan, confirm terangkat hehe!

    ReplyDelete
  6. teringinnya nak masuk contest masak2 live ni..bukannya terer sgt masak tapi bila ada geng tu dia punya feel tu lain kan..boleh sama2 berkongsi idea..tahniah..pasni boleh jd one menu untuk berbuka nanti yehaa

    ReplyDelete
  7. Tahniah menang tempat ke 3. Ada bakat besar buka kedai makan lepas ni. nanti bulan syawal tolong buat open house..boleh la BBL datang rumah merasa masakan zharif..

    ReplyDelete
  8. Wah! Tahniah! Biasanya mouse mommy bagi MR MH makan kismis gini je, blh jadikan masakan ni. Nnt nak cuba masak pakai resipi Abanjers ni! :)

    ReplyDelete
  9. Wah, tahniah geng Zharif. Memang menarik la masakan tu. Tak pernah terpikir pon nak guna kismis untuk buat masakan ayam tu. Selalunya kita tabur atas makanan je kan kismis tu, ni perah ambik air pulak. Memang terbaiklah...

    ReplyDelete
  10. Tahniah, ni semua memang pandai masak bila bergabung sure meletopkan, mesti sedapkan.. Menu yg korang masak tu.. Tahniah semua.. Padu!

    ReplyDelete
  11. hahahahaha..ngeklaaa zharief hahahaha..tapi cam kelakar kan...cam bidan terjun jer...semuanya..alhamdulillah berkat sokongan dari zharief dan ruby kita berjaya melaluinya bersama-sama..seronok bila masak xde stress..just for fun tapi impian nak menang tut tetap ada.. :-)

    ReplyDelete
  12. tahniah2 sebab berani masa dan sedia untuk di judge. bukan senang nak dengan kritikan org ni.. dalam masa sama dapat idea untuk masa time berbuka nanti.

    ReplyDelete
  13. wa sungguh meriah! Congratulations for winning the duit Raya! Mesti sangat happy kan. I want to try your cooking, cook for us next time ok hehe

    ReplyDelete
  14. Bolehlah akak try resipi ni nanti. Nampak sedap pula . Kreatif la ahli kumpulan Zharif. Anyway tahniah sebab menang 1st runner up .Rezeki kan .Bila masak berkumpulan ni rasa seronok dan havoc kan. Sambil masak kita boleh beri idea bagi makanan kita nampak menarik

    ReplyDelete
  15. tahniah zharif...untunglah sebab ada 2 jaguh memasak jadi team ....seronok kan ada program macam nih sesekali , boleh bayangkan bertapa meriahnya suasana ...nebes tengok hidang ke juri untuk di nilai.....

    ReplyDelete
  16. Looks so delicious ! You guys are so amazing in cooking!! Wish I could try some!

    ReplyDelete
  17. Wow! Menariknya join pertandingan memasak! Kalau cx ni, memang dah over nebes! Hahaa Tahniah sebab menang tempat kedua. Bukan calang² masakan team uols ni. Terbaik! Nanti cx nak try la resepi pemenang kita ni. Hebat! Paling suka nama masakan korang. Fuh! Idea korang memang sangat terbaik! Tahniah!

    ReplyDelete
  18. Ko nyer caption boleh buat gelak la. Tu la sibuk main enpon, kan dah tak paham dah. Tahniah Zharif and the gang - memasing pandai masak best la. So, Raya nie kami tunggu hasilnya ye.

    ReplyDelete
  19. Amboih.. Nama Masakan tu.. panjangnyaaa.. hehehehe.. Tahniah Zharif and the geng.. TB terasa nak try resepi tu .. boleh share kat sini tak resepinya? boleh try jadikan menu berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
  20. Wahh... Tahniah Zharif and the geng. Seronoknya aktiviti dan program. Sesekali aktiviti sebegini fun sangat kannn...? Rugi tak dapat join, masa dan tarikh tu tak mengizinkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...