Friday, May 17, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Buka Puasa Pada Harga Mampu di Halaman Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Halaman Shah Alam merupakan satu lagi lokasi buffet Ramadhan yang sangat mampu milik di sekitar Shah Alam. Untuk emreka yang sedang mencari-cari lokasi berbuka puasa yang menawarkan pelbagai sajian buffet, boleh consider Halaman Shah Alam ini. Ikuti butirannya !


Ini merupakan kali pertama aku sampai ke sini. Secara jujurnya, aku tidak pernah dengar lagi nama lokasi ini. Halaman Shah Alam berada di dalam kawasan Intekma Resort & Convention Centre. Intekma Resort merupakan bekas hotel yang dikelolai oleh UiTM Shah Alam. Intekma sangat terkenal sebagai sebuah lokasi perkahwinan-perkahwinan orang Melayu.


Alang-alang aku berada di sekitar Shah Alam pada minggu lalu, maka aku pon mencari-cari lokasi buffet Ramadhan yang terdekat. Maka terjumpalah aku dengan Halaman Shah Alam ini. Menu-menu yang ditawarkan di sini boleh tahan pelbagai dan pastinya menambat hati para pengunjung. Jom lihat menu apa yang ditawarkan di sini.



Lauk Itik Gulai Lemak itu sangat sedap ya ! Dagingnya sangat rapuh dimulut. Buat aku bertambah nasi dibuatnya. Selain menu-menu utama ini, buffet Ramadhan di Halaman Shah Alam ini menawarkan pelbagai menu lain. Menu-menu ini dihidangkan mengikut gerai-gerai yang terdapat di sini. Konsepnya seperti di bazaar ramadhan pon ada.






Untuk bahagian pencuci mulut, Halaman Shah Alam menawarkan variasi hidangan pencuci mulut yang pelbagai. Ada agar-agar, kek, kuih-muih tradisional Melayu dan macam-macam lagi. Pilih je nak makan apa. Malah ais krim, ABC dan cendol juga ada ditawarkan di sini.



Sangat selesa berbuka puasa di Halaman Shah Alam nie kerana dewannya yang luas dan berpenghawa dingin sepenuhnya. Meja dan kerusi makan yang eksklusif membuatkan aku rasa macam tengah hadiri majlis perkahwinan orang ternama pulak. Sangat selesa !


Ruang parkir agak terhad tapi insyaAllah cukup untuk semuanya. Surau juga ada disediakan di sebelah dewan jadi mudahlah untuk kita menunaikan solat maghrib nanti. Pengunjung juga akan dihiburkan oleh live band. Pilihan lagu-lagu tradisional melayu dan lagu-lagu raya pasti menggamit nostalghia dan terbayang-bayang kampung halaman.


Senarai harga buffet Ramadhan di Halaman Shah Alam sangat berpatutan dan berbaloi. Boleh rujuk poster di atas. Sebarang tempahan berbuka puasa, boleh telefon nombor-nombor yang tertera di dalam poster.

Halaman Shah Alam 

Ground Floor, Block 1, Intekma Resort & Convention Centre, 
Persiaran Raja Muda, Section 7, Shah Alam Selangor



Jom berbuka di Halaman Shah Alam !

9 comments:

  1. Bestnye...nak try berbuka kt sanalah

    ReplyDelete
  2. Menu semua menyelerakan. InsyaAllah boleh cuba. Kenapa jauh angat!!!! hahahaa

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya tempat dia. Nampak selesa sangat n besar. Lauk pauk dia pun menyelerakam dn harga pun tak lah mahal sgt. Boleh le dtg gan family nanti ni

    ReplyDelete
  4. Rare jugak ye menu yang disediakan. Menu yang jarang dapat kalau hari biasa. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  5. Intekma ni famous dalam fiksyen syasya kekeke cantik betul decoration memang macam dewan kahwin. Menu pun banyak yang best. Suka sangat tengok desserts dia, cantik!

    ReplyDelete
  6. wowww..semuanya nampak sedap..banyak buffet bulan ramadan ni...pilih je tengok harga mana ok..intekma ni pun nampak ok..

    ReplyDelete
  7. Sana sini buat buffet Ramadan, enjoylah dpt mkn buka puasa

    ReplyDelete
  8. Thanks for content, we enjoy read all of them. Terima kaseyy

    ReplyDelete
  9. Wah menarik ramadan buffet kat sini. banyak pilihan yang ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...