Monday, May 6, 2019

Koleksi Baju Raya Jakel Kini Boleh Dibeli Secara Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Besok dah nak puasa, pasti ramai sibuk buat persiapan untuk berpuasa. Tak dilupa juga persiapan untuk berhari raya. Sekarang ramai buat persiapan raya awal sebab tak nak berpusu-pusu bila dekat-dekat nak raya nanti. Maklumlah, bila dah dekat nak raya, jalan jammed, sesak dengan manusia dan macam-macam lagi masalah. Tak perlu risau, sekarang korang boelh beli baju raya Jakel secara atas talian. Ikuti butirannya !


Beli baju raya Jakel online di www.jakelstore.my

Baju raya Jakel mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sekali. Memikirkan masalah yang mungkin dihadapai oleh mereka-mereka yang berminat dan menginginkan baju raya Jakel, Jakel kini memperkenalkan laman web yang boleh membeli baju-baju raya Jakel secara atas talian.


Lepas nie mudahlah untuk mendapatkan baju raya Jakel. Walau dari mana pon anda berada, anda boleh dapatkan baju raya Jakel. Asalkan ada coverage internet lah. Kalau tak ada, macam mana nak buat tempahan. Hahahaa. Tahun nie nampak gaya meriahlah raya korang dapat melaram dengan baju-baju raya eksklusif Jakel.


Koleksi baju-baju raya Jakel 2019

1) Baju Melayu Aaron Aziz

Baju melayu Aaron Aziz merupakan baju melayu cekak musang tradisional yang masih mengekalkan pesak di badan. Baju Melayu Aaron Aziz masih relevan dan mendapat sambutan kerana ramai masih suka akan ciri tradisional yang dikekalkan dalam rekaan baju melayu cekak musang. Jadi buat para jejaka yang tidak suka baju mengikut potongan badan, baju raya Aaron Aziz adalah pilihan untuk anda semua.



2) Baju Melayu Nabil Ahmad

Baju Raya Nabil Ahmad pada tahun ini telah menambahkan perincian zip di sisi baju dan juga pergelangan tangan. Maklumlah, Baju Melayu Nabil Ahmad ini mempunyai potongan slim-fit dan ini sedikit sebanyak agak menyusahkan si pemakai untuk menyinsing lengan baju. Dengan adanya perincian zip di pergelangan tangan ini, maka memudahkan si pemakai untuk mengambil wudhuk ataupun nak basuh pinggan. Begitu juga perincian di sisi baju. Memudahkan si pemakai untuk pakai dan tanggalkan baju melayu tersebut.



3) Baju Melayu Awal Ashaari

Juga seperti Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari juga mempunyai perincian yang sama yang ditambahkan untuk koleksi baju raya pada tahun ini. Baju Melayu Awal Ashaari tampak lebih kemas dan terletak helokk pada si pemakai kerana potongannya yang slim-fit. Mujur sekarang sudah ada perincian zip di sisi. Maklumlah, potongan baju slim-fit nie agak sedikit susah dan sedikit ketat bila nak pakai dan tanggalkan baju.



4) Kurta Hairul Azreen

Pemakaian kurta semakin mendapat tempat sekarang nie. Oleh itu, Kurta Hairul Azreen daripada Jakel ini pasti menambat peminat baju kurta di luar sana. Potongan slim-fit dan mempunyai potongan leher teluk belanga merupakan satu ciri gabungan moden dan tradisional. Design gabungan moden dan tradisional yang terdapat pada kurta ini, sangat cantik di pakai di pagi raya dan sekaligus sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa, tak kira di mana sahaja anda berada. Koleksi Kurta Hairul Azreen ini juga dilengkapi dengan poket di bahagian sisi kiri dan kanan.



5) Baju Melayu Plus size

Tahun ini, lebih istimewa Jakel bawakan rangkaian baju melayu untuk mereka yang bersaiz besar. Berbadan besar kini bukan alasan untuk tidak nampak segak di pagi raya. Bak kata Abam Bocey, berbadan besar juga kini boleh pakai baju melayu cekak musang. Baju raya plus size disediakan sehingga ke saiz 7XL tau. Kalau masih tak muat jugak, itu tandanya korang kenalah kuruskan badan. Sampai bila nak berbadan besar begitu sampai tak ada saiz. Ini bukan carutan ya.


6) Baju Kanak-kanak koleksi Yusuf Iskandar, Upin Ipin dan Lara Alana

Untuk kanak-kanak, Jakel juga masih mengekalkan pengeluaran baju melayu untuk mereka. Jadi, si kecil anda tidak terlepas untuk bergaya di pagi aidilfitri nanti. Rekaan baju melayu untuk kanak-kanak diolah kepada rekaan baharu yang bersesuaian dengan peredaran masa. Malah setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin akan mendapat samping dan butang baju melayu percuma.



Manakala untuk Koleksi Baju Lara Alana, pembeli pasti teruja melihat design yang dikeluarkan oleh Jakel untuk tahun ini. Warna juga ditambah dan design nya yang terkini. Nanti boleh matchy-matchy baju anak korang dengan korang.


7) Koleksi baju kurung Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha

Baju kurung koleksi ketiga-tiga figura terkenal tanah air ini berkonsepkan kurung moden dan mengikuti citarasa terkini. Malah design dan corak kain juga lebih sharp dan cantik. Perinciannya juga meriah, ada labucci, ada batu-batu dan juga lace. Pasti tampak manis dipakai oleh si gadis di pagi raya. Istimewanya baju kurung moden keluaran Jakel pada tahun ini, terdapatnya perincian zip di tangan untuk memudahkan ambil wudhuk dan juga basuh-basuh pinggan.



Pilihan warna ditambah dan sangat pelbagai. Corak printed dan fabriknya sangat berkualiti tinggi. Sesuai untuk dipakai oleh semua lapisan masyarakat, baik yang mudah mahupun yang sudah berusia.



Jualan Happy Hour Jakel

Setiap hari, Jakel akan mengadakan jualan happy hour yang mana harga ini hanya terhad untuk sesuatu masa dan pembeli. Maka rajin-rajinlah datang ke cawangan-cawangan Jakel yang berdekatan. Jualan Happy Hour sangat menguntungkan kerana mereka menjunamkan harga pada harga yang sangat rendah. Diskaun sehingga 50% tau. Ikut nasib dan rezeki lah. Untungnya kalau dapat beli baju raya Jakel nie dengan harga runtuh. Jimat banyak kot.



Bersiap sedialah dompet dan duit bila nampak staf-staf Jakel mula pegang pembesar suara nie. Kena berebut pi kaunter untuk bayar sebab terhad kepada beberapa pembeli pada satu-satu masa.

Meet & Greet duta-duta Jakel 2019

Pada 4 May yang lalu, telah berlangsung majlis sidang emdia bersama-sama duta Jakel yang telah dilantik untuk mempromosikan koleksi baju raya Jakel. Masih lagi mengekalkan duta-duta lama seperti Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Schawal, Lara Alana, Yusuf Iskandar, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. Tahun ini, Jakel telah melantik satu duta baru iaitu Abam Bocey bagi mempromosikan rangkaian koleksi baju raya Jakel yang ebrsaiz plus size. Tahniah Abam !



Program CSR Jakel, atas nama kemanusiaan dan keperihatinan

Majlis Meet & Greet tersebut juga diserikan dengan kehadiran golongan-golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan


Jakel turut menyumbangkan duit raya dan setiap daripada mereka dapat sepasang baju raya. Ini merupakan satu usaha Jakel untuk membantu dan menggemberikan mereka yang memerlukan untuk persediaan hari raya.

Ingat Raya Ingat Jakel ! Jom membeli-belah di Jakel hari ini.


21 comments:

  1. baju jakel memang cantik dan berkualiti.. rugi tak beli

    ReplyDelete
  2. Banyak kali saya komen n jujur katakan baju aida jebat tu dah menawan mata ini

    ReplyDelete
  3. Bagus Jakel ambil Abam Bocey tahun ni jadi duta plus size, baru customer tertarik nak shopping dekat Jakel. Tahun depan oleh letak duta plus size untuk perempuan pulak.

    ReplyDelete
  4. bestnya sekarang dah boleh shopping baju raya jakel secara online. Mmg patutlah dibuat sebab kitaorang yang jauh ni bolehlah beli online..sebab nak pergi sana ntah bila..plan punya plan terbantut jer plan nya hahaha..

    ReplyDelete
  5. Wah.. Jakel dan ada versi online pulak.. bestnya.. bolehlah cuci mata beli kat online aje.. bukan apa.. kalau nak ke jakel tu.. jenuh nak berebut2.. haha.. dah pernah rasa.. kih3.. TB berkenan la pulak baju Aida Jebat pakai tu.. nak intai Jakel online la jap lagi..

    ReplyDelete
  6. wah dah makin senang la nak beli baju raya jakel. tak payah bersesak cari parking lagi. duduk rumah sambil makan biskut raya boleh scroll cari baju raya sepasang dua. eh tak sabar 10 mei ni nak survey promosi apa jakel offer dalam website tu. Jakel barulah raya namanya. tak gitu

    ReplyDelete
  7. Baju ayda jebat pakai tu nampak cantik elegan. Nak kena pergi jakel ni cuci mata dulu. Boleh survey sekali baju lara alana sbb lebih kurang sebaya je dgn anak. Hehe.. moden design n ada improvement. Pasti ramai yang tertarik nak raya dengan jakel.

    ReplyDelete
  8. selalu g jakel tunggu happy hour dia...sng kan dpat satu set ngan samping sekali...paling best dah ada online sbb sis tak suka bersesak-sesak.

    ReplyDelete
  9. Comel betul lara n yusof dok gayakan baju kanak2 tu. Si lara tu dh tak takut org..elok je dia duk.sblh zarif..hehehe.
    Baju kat jakel mmg cecantik..ingat nak beli lah nanti sehelai dua kat online store dia nanti

    ReplyDelete
  10. Wahh bergaya habis raya tahun ni dengan pakaian Jakel, cantik-cantik design bajunya... nak tengok kat weblah kejab lagi... tahniah jakel!

    ReplyDelete
  11. Senang dah lah kalau boleh beli online. Kalau pergi dekat kedai jakel tu kan, ya Allah sesaknya lah nak cari parking dengan orang ramainya lagi. Beli online senang je, tunggu dekat rumah sampai

    ReplyDelete
  12. Jakel ini mmg tak pernah mengecewakan. Promosi yang dibuat memang berbaloi dan sesuai utk semua lapis umur. Kak liez mmg akan ke Jakel urk cari kain dan baju tak kira utk hari raya atau pakai harian sebab kain2 dia terkini dan berkualiti. Sekarang dah ada online memang senang la

    ReplyDelete
  13. Baju AA memang terbaik - tahun nie rawlins nak amik sapphire blue la. And harganya memang terbaik - sesuai untuk seisi keluarga. Pergi Jakel je, selesai baju raya untuk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  14. Sepatutnya Jakel dah lama boleh buat online ni mudah dan sangat menjimatkan masa pembeli tak perlu nak bersesak dan juga perlu susah-susah beli. Sekarang dah bagus ada online pembelian kena beli awal ni takut tak sempat nak sampai sebelum raya hehehee banyak baju awak raya ni untung lah...

    ReplyDelete
  15. Meriahnya baju raya kat Jakel.
    Sekarang dah boleh beli online juga ye.
    Mudah la macam tu.
    Sebab sesetengah orang tak sempat nak walk in kan.
    Lagi lagi yang bekerja ni.
    Kita yang tak bekerja ni pun kadang rimas nak bersesak dengan orang.
    Nanti nak layari website jakel la.
    Cuci mata. Hehe

    ReplyDelete
  16. Koleksi tahun ni nampak lebih cantik dan menyerlah. Paling suka dengan koleksi ayda jebat sebab ada potongan yang loose. Kalau lelaki suka yang koleksi nabil. Nampak smart giler sebab potongan slim

    ReplyDelete
  17. Wah! best dah ready nak shopping kat Jakel online today.

    ReplyDelete
  18. Jakel ni tak dapat dipisahkan dari keluarga Ruby. Kami suka pi cari kain ela kat sini. Sebab mak menjahit. Kemudian masa akak nak menikah dan sanding. Beli kain dekat jakel. Masuk peraduan. Menang baucar. Hehe. Bila dah berkeluarga. Cari baju siap sedondon aje. Juga di Jakel. Untuk anak akak Cari Akakbaju melayu upin ipin aje. Husband akak suka baju melayu Aaron Aziz. Sesuai lelaki yang berbadan bidang. rasa mcm membesar dengan jakel plak. Hehehe

    ReplyDelete
  19. Ya Allah, sape la yang tak suka shopping baju raya dekat Jakel ni kan. tahun ni apa yang onie perasan, memang dah banyak penambahbaikkan dari segi baju hinggalah ke jualannya. Baju melayu dah ada zip di bahagian lengan tangan (wuduk friendly) and then the best part too is dah ada website, boleh shopping dekat website je dan tak payah nak himpit-himpit dengan orang kan ;D

    ReplyDelete
  20. Waaa sempat ambik gambar dengan lara alana lah. Comey betul dia tu. Hari tu pi Jakel Shah Alam pun ramai jugak macam kat KL ni kan. It's good now dorg buat online store, kalau ada yang tak nak bersesak boleh opt for online je. Semput hooo!

    ReplyDelete
  21. Right on time. Sememangnya tengah cari baju melayu suami, baca2 di atas, baju melayu Aaron Aziz paling sesuai dengan dia. Koleksi Ayda Jebat sesuai untuk gadis-gadis remaja untuk nampak fashionable.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini