Wednesday, May 1, 2019

Pembukaan Cawangan Butik 5 Waktu di Seri Bangi Seksyen 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila dah tiba Ramadhan, mulalah orang-orang mencari baju raya dan kawasan Bangi Sentral akan mula sesak dengan kereta dan orang ramai. Bangi Sentral merupakan lubuk butik-butik terkenal dari pelbagai jenama. Sebab tu kawasan Bandar Baru Bangi akan sesak setiap kali musim perayaan. Cakna akan masalah yang dihadapi setiap kali musim perayaan, Butik 5 Waktu berpindah ke lokasi baharu. Di mana ? Ikuti butirannya !


Butik 5 Waktu berpindah ke lokasi baharu di Bangi

Butik 5 Waktu berpindah ke Seri Bangi, Seksyen 8. Masih lagi di kawasan Bangi cumanya jauh sedikit dari kawasan tumpuan bagi mengelakkan kesesakkan. Memindahkan butik 5 Waktu ke Seri Bangi merupakan satu langkah yang bijak kerana, jenama 5 Waktu hanya menjual pakaian khas untuk lelaki, Jadi lelaki-lelaki di luar sana, tidak perlu bersama-sama menyesakkan diri di kawasan Bangi Sentral yang majoritinya menjual pakaian dan aksesori wanita.

Pembukaan Butik 5 Waktu Cawangan Seri Bangi

Lokasi Seri Bangi telah dipilih kerana kedudukannya yang strategik. Kawasan Seri Bangi tidak tertumpu kepada penjualan pakaian, jadinya kawasan tersebut taklah sesesak macam kat Bangi Sentral tu. Walaupun tidak jauh daripada Bangi Sentral, tapi dari segi kesesakkan lalu lintas sangat berbeza. Tiap kali musim perayaan, Bangi Sentral akan menjadi sangat sesak. Jarak 1 km boleh ambil masa 30 minit untuk sampai. Parkir kereta pon terhad. Tetapi tidak di Seri Bangi. Malah lokasi Butik 5 Waktu bersebelahan dengan RSMY Cheese Naan. Boleh singgah makan cheese naan sekali nanti.

Pembukaan Rasmi Butik 5 Waktu di Seri Bangi

Pembukaan Butik 5 Waktu Cawangan Seri Bangi

Dapat tahu je Butik 5 Waktu nak buka di Seri Bangi, aku siap-siap tetapkan alarm. Yelahh, 100 pembeli terawal dapat hadiah istimewa kot. Aku pon tak nak lah kalah. Nak-nak pulak Serdang dengan Bangi nie cuma sejengkal je jaraknya, jadi gigihlah aku berpusu-pusu menunggu Butik 5 Waktu buka.

Pembukaan Butik 5 Waktu Cawangan Seri Bangi

Aku rasa macam dah awal dah aku datang masa tu, rupanya ada lagi yang lebih awal. Ramai dah dok berkumpul dan berbaris untuk masuk. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, aku berjaya memasukkan diri dalam butik. Serious rambang mata bila dah masuk tu. Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih kurta yang mana satu.

5 Waktu tampil dengan kurta design dan warna baharu

Kurta 5 Waktu

Kurta 5 Waktu

Terdapat beberapa design terbaru yang dibawakan oleh jenama 5 Waktu pada tahun ini. Kurta JABAR merupakan salah satu diantaranya. Dari jauh lagi aku dah sasar kurta Jabar nie. Nampak Chazynash pakai, nampak segak dan smart betul. Terletak je pada badan si pemakai.

Kurta 5 Waktu

Kurta 5 Waktu

Bukan design je baru, pilihan warna pon sangat pelbagai tau. Masuk je ke Butik 5 Waktu nie, pengunjung pasti terpesona dengan rangakaian warna yang ada. Dari warna pastel sehinggalah ke warna-warna berani, semuanya ada. Yang bestnya, warna-warna yang jarang ditemui pon ada tau. Itu yang best tu. Warna-warna typical nie dah biasa sangat, dan dah berlambak dekat rumah tu. Warna-warna yang jarang ditemui nie baru orang-orang rasa nak beli.

Kurta 5 Waktu

Kurta 5 Waktu

Dan apa yang best kurta 5 Waktu nie ialah potongan dia, slim-fit. Potongan slim-fit menampakkan baju tu terletak helok pada badan pemakai. Tambah-tambah kalau si pemakai tu jenis tulang-temulang macam aku. Jadi, baju yang ada potongan badan sangatlah penting ya.

Kurta 5 Waktu

Jadi, kalau korang tercari-cari kurta yang ada potongan, design modern dan material kain yang best dan berkualiti, jenama 5 Waktu lah jawapannya. Harga pon berpatutan ! Alhamdulillah, dah dapat satu baju raya untuk tahun nie. Korang bila lagi? Takkan nak tunggu dah habis stok baru nak datang. Cepat !

BUTIK 5 WAKTU (CAWANGAN SERI BANGI)
G10, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan 
(Bersebelahan RSMY Cheese Naan Bangi)

Tel : 012-282 8907

Pembukaan Butik 5 Waktu Cawangan Seri Bangi


17 comments:

  1. Bagus jugak bila dieorang bukak kedai macam ni. Ye la kan brand 5 waktu ni memang femes. Tapi kalau beli online selalu macam tak sempat sampai sebelum raya lah apa kan. Kalau bukak kedai macam ni, orang boleh walk in, try saiz dan beli terus. tak payah tunggu tunggu macam sebelum ni beli online je

    ReplyDelete
  2. Unik nama dan logo butik ni. Bagus zharif share sekarang mudah untuk buat persediaan sebelum ramadhan. Baju2nya nampak menarik betul dengan colour dan design cantik. Thank you for sharing

    ReplyDelete
  3. ramai betul orang datang butik 5 waktu kat Bangi ni..tambah lagi bila ada promosi special ni. elok jugak beli awal-awal baju raya tak payah bersesak time bulan puasa nanti. BBL pun belum beli lagi baju baharu untuk syawal 2019 nie

    ReplyDelete
  4. Grand opening betul. Meriah betul! Firstvtime dengar brand ni.Banyak nye pilihan baju kat sini.Cantik juga. Boleh la datang shopping raya nanti. Dekat je dengan rumah i.

    ReplyDelete
  5. Wow meriah lah lepas ni baju raya dari 5 Waktu hehehehe seronok tengok jubah dan kurta mereka cantik-cantik berlaka dan trendy sangat sesuai mengikut masa dan semua acara hehehe teringin nak satu tapi tahu tak ada saiznya kita yang plus2 ni wakakakaka....

    ReplyDelete
  6. Wah! Cawangan baru! Alhamdulillah. Makin murah rezeki. Nama pon unik je: Butik 5 waktu. Kurta² yang ada pon nampak cantik dan sangat eksklusif designnya. Memang berbaloi kalau dapatkan di butik mereka. Mesriah ssungguh pembukaan butik ini ya. Rasa teruja. Kalau dekat , mmg pergi hehe

    ReplyDelete
  7. Meriah betul .Design kurta pun cantik cantik dan nice. Kalau kat Bangi dekat jelah. Bolehlah akak terjah butik LimaWaktu macam ni nak belikan kurta untuk suami. Buat pakai Hari Raya nanti.

    ReplyDelete
  8. Wah baju raya.. cantik2 tu.. Kawasan Bangi ni kalau time nak raya meriah betul kan.. larat tak larat je nak jalan.. strategik betul kawasannya tu..

    ReplyDelete
  9. First time dengar brand ini. Tapi collection dia nampak menarik. Boleh la pergi shopping sana nanti.

    ReplyDelete
  10. Yeahh raya ni suami kita berkurta dengan baji 5 waktu ni.. Memg lawa design dia.. Takdela mahal mana.. Patutla orang beli banyak.. Fuh.. Suka baju slimfit ni.. Memang buat laki hensem bila pakai.. Heheh

    ReplyDelete
  11. makin popular jenama 5 waktu ni. kak liezpernah beli kurta last year untuk husband. materila dia ok dan yang penting cutting dia mmg cantik. tahun ni punya design nak warna pun nampak macam menarik je.. boleh ajak husband pergi usha nnt

    ReplyDelete
  12. wowwwww, ramainya orang pergi sana! nampak sangat 5 waktu ni ramai peminat. Design kurta dia pun cantik-cantik belaka, tak sabar nak singgah pergi window shopping.

    ReplyDelete
  13. Congrats Anne, lawa2 juga warna kurtanya. ingat nak belilah juga untuk suami nanti. bagi dia pakai kurta plak hahaha. harga pun tak mahal mana kan :)

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. Wah kurta fav sejak bertahun2 ni. Suka design sebab slimfit then warna yang dieorang offer pun cantik. Boleh mai kesini nnti ni. hehehe

    ReplyDelete
  15. SUKa giler dengan rekaan dari label ni. Cantek2. Paling penting material yang digunakan memang best. Nak cari kaler hijau emerald huhu

    ReplyDelete
  16. Berkenan pulak tengok Kurta 5 Waktu tu.. nampak lain dari yang lain design dia.. mesti hensem orang lelaki pakai Kurta tu.. TB baru first time dengan nama Kurta 5 Waktu tu.. Tapi kalau design lawa camtu.. nak jugak belikan untuk hubby

    ReplyDelete
  17. meriahnya...rasa tak sabar dah nak usha kurta 5 waktu...nampak smart jer bila pakai ...tahun ni bolehlah sambar selai dua untuk anak bujang...

    ReplyDelete