Tuesday, February 25, 2020

Percutian Bajet Ke Singapore Dengan Traveloka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Singapore merupakan salah sebuah negara Asia yang cukup maju dan popular dengan pelbagai tarikan yang cukup menarik. Kunjungan pertamaku ke sana 5 tahun lalu masih segar dalam ingatan. Kini, lebih banyak tarikan telah ditambah dan dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong. Jom tengok senarai tempat-tempat menarik yang anda wajib kunjungi di Singapore. Ikuti butirannya !


Ramai yang beranggapan nak bercuti ke Singapore ni memakan kos yang tinggi. Yelah kan, matawang dorang kan dalam dollar. Jadinya ramai takut untuk berkunjung ke sini. Yes, memang akan makan kos yang tinggi kalau korang tak buat persediaan dari segi penginapan, pengangkutan dan tempat-tempat yang korang nak pergi dengan terperinci.


Bagi yang tak tahu lagi, korang boleh je pergi ke Singapore dengan bas. Tapi perjalanan memakan masa yang agak lama untuk lepas kat imigresen. Dan kalau nak drive, bagi aku tak cukup efektif lebih-lebih lagi korang dari utara atau pantai timur. Jadi apa yang aku boleh cadangkan korang gunakan pengangkutan udara. Sekarang banyak tiket flight murah yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat penerbangan.

Baru-baru nie riki-riki harga tiket flight dekat laman web Traveloka. Haritu aku tengok Singapore Airlines tawarkan harga tickets murah ke sana. Ini lah salah satu sebabnya kenapa aku suka dengan Traveloka nie. Kalau bercadang nak melancong ke mana-mana, book Singapore Airlines tickets melalui Traveloka.

Kalau tak pon, korang boleh cuba buy Cathay Pacific tickets at discount prices sebab Cathay Pacific ni boleh dikira murah jugak untuk korang book kalau bercuti di sekitar Asia dan benua Eropah. Memang sangat efisien kalau ambik flight. Tak perlu hadap jammed bersesak-sesak dekat imegresen.


Dah sampai Singapore, kalau korang bercuti ke sana lebih dari 2 hari, silalah ambik tourist pass. Sangat berbaloi sebab penggunaanya unlimited bagi semua bus dan train kat sana.

Singapore Tourist Pass
One Day Pass – 10 SGD + 10 SGD
Two Days Pass – 16 SGD + 10 SGD
Three Days Pass – 20 SDG + 10 SGD

Sekarang, jom aku share beberapa tempat yang korang boleh pergi berserta harga entrance ticketnya.

Singapore Botanic Gardens (Entrance Fee : FREE)

Satu-satunya tarikan yang ada kat Singapore yang memegang anugerah UNESCO World Heritages Site. Inilah dia. Singapore Botanic Gardens. Kalau korang sampai ke sini, korang dapat agak sendiri kenapa dia dapat anugerah tu. Aku boleh kata majestic la taman bunga ni. Sebab bukan semata-mata bunga je jadi tumpuan. Even layout taman ni sendiri dengan mengumpulkan beberapa taman lain seperti taman bonsai, taman orkid, ukiran-ukiran menarik serta keindahan tasik yang ada dalam ni. Dalam taman ni, korang akan menyusur laluan yang dah disediakan dan nikmatilah setiap langkah tu dengan teruja sebab dalam gambar confirm lawa tempat ni. Aku yakin banyak gambar yang korang bakal ambik sepanjang berada kat taman ni.


Cove Waterpark (Entrance fee untuk ke theme park melalui Traveloka : RM 87.91)

Macam Sunway Lagoon yang ada kat negara kita jugak. So kat Singapore, kalau korang berniat nak rasa taman tema dia, inilah salah satu waterpark yang boleh dikira agak besar di Singapura. Cove Waterpark ! Apa yang aku boleh kata, memang banyak gila aktiviti yang korang boleh buat sepanjang berada kat waterpark ni. Kalau nak lepak sini, memang kena makan 1 hari untuk main semua elemen-elemen yang ada. Sebuah waterpark yang menjanjikan kepuasan yang berlipat ganda untuk korang. Kebanyakkan daripadanya ialah water based activity. Memang basah lenjun habis. So make sure korang rehat secukupnya sebelum datang ke waterpark ni. Aku senaraikan sikit la apa aktiviti yang syok korang boleh buat kat dalam waterpark ni.


Antaranya: Adventure River, Whirlpool Washout, Spiral Washout, Pipeline Plunge, Tidal Twister, Riptide Rocket, Dueling Racer, Met Waze, Splashworks, Big Bucket Treehouse dan banyak lagi yang ada. Tapi macam banyak sangat pulak kalau aku nak senaraikan. Kang sampai besok pon entri nie tak siap-siap. Apa-apa pun, waterpark ni antara terbaik kat Singapore. Korang pasti suka datang ke sini.

Jurong Bird Park (Entrance Fee melalui Traveloka : RM 74.61)

Mana yang datang bawak anak-anak tu, belanjalah dorang masuk bird park nie. Aku yakin dorang bakal melompat kegembiraan punya. Dalam bird park nie ada lebih daripada 600 jenis burung. Ada burung yang diimport juga dari negara lain seperti negara di Eropah, Afrika, Asia Tenggara dan banyak lagi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bergambar dengan burung, bagi makan, boleh pegang burung tu jugak. Penguin pun ada okay. Menurut sumber lain, ada juga aktiviti camping dengan burung-burung ni. Yang tu, kena contact bird park. Aku tak berapa pasti butirannya.


Bugis Street

Dah seronok ke sana-sini, menyelam, melompat, tengok burung, kini tibalah masa untuk korang lakukan aktiviti kemuncak kalau bercuti. Iaitu cuci mata beli cenderamata. Bugis Street merupakan salah satu tempat yang korang boleh datang untuk shopping habis-habisan. Kat sini dorang ada jual macam-macam jenis barang. Termasuklah t-shirt, fridge magnet, keychain. Makanan yang halal pun banyak. Kalau kat Malaysia, boleh dikatakan macam kat Jalan Tar. Harga pun berpatutan. So tak perlu nak pergi beli cenderahati kat tempat lain dah. Semua korang boleh beli dan dapatkan dekat sini. One stop station bak kata omputih.

Tempat-tempat lain yang menarik dan masuk adalah PERCUMA

Bagi anda yang inginkan percutian bajet di Singapura, terdapat beberapa tempat yang anda boleh masuk dengan percuma. Antara nya ialah,
  1. Marina Bay Sand
  2. Merlion Singapore
  3. Explanade
  4. Little India
  5. China Town
  6. Farrer Park
  7. Helix Bridge

Menarik bukan ? Tengok, kalau korang rancang betul-betul perjalanan insyaAllah dapat bercuti secara bajet dan berjimat banyak walaupun mata wang negara tu lebih tinggi daripada kita. Jadi harapnya lepas nie tiada lagi mindset kata takut nak pergi Singapore sebab mahal.

Kalau korang memang ada bajet lebih, boleh la masuk ke tempat yang mahal sikit tu. Kalau korang nak saje jalan-jalan ke sana macam aku, bolehlah pertimbangkan tempat-tempat yang aku senaraikan tu. Banyak je sebenarnya tempat masuk PERCUMA. Nanti kalau ada yang aku boleh kongsi lagi, aku kongsi okay. Bercutilah dengan bijak. Selamat bercuti !

13 comments:

  1. Makin banyak tempat menarik kat singapore ni.. last pegi singapore 15thn lepas.. teringin nak pegi lagi dengan anak2 pulak lepas ni..

    ReplyDelete
  2. bahaya nak pergi sekarang sebab covid-19. Tunggu dah reda nanti memang masuk dalam list lah sebab jurong bird park tu macam best!

    ReplyDelete
  3. Yaya tak berkesempatan lagi nak pergi ke Singapore. Menyesal tak pergi awal sebelum serangan Covid-19 huhu. Sekarang ni memang hold dulu plan nak jalan-jalan demi keselamatan keluarga. Nanti bila semua dah reda boleh usha balik pakej percutian bajet ni hee

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kalau dapat jalan jalan ni Zharif. Tahun ni tak sure lagi sebab Covid-19 ni macam makin lama makin teruk. Takut nak travel. Tunggu reda dulu.

    ReplyDelete
  5. Lovely post! I like all your pictures. Thank you for sharing review about this good package. Insya’Allah after abis musim covid nie leh la travel Singapore lagi.

    ReplyDelete
  6. I went to Singapore last year and bought passes to a few attractions through traveloka too. They have some really good deals indeed.

    ReplyDelete
  7. Dengan traveloka nak pergi mana mana dengan bajet yang murah oun boleh kan. Guna traveloka memnag kita terlebih lebih untung sebab pakej yang ditawarkan murah dan berbaloi grab

    ReplyDelete
  8. Ya Allah... Harap sangat dapat peluang ke Singapore. Tak pernah jejak kaki ke sana. Selalu intai ikut hotel JB je. Haha

    ReplyDelete
  9. Untunglah kalau guna traveloka ni ya, boleh jimat banyak sangat. pakej2 lain pun berbaloi.

    ReplyDelete
  10. Buat masa sekarang ni sis hold dulu travel. Satu sebab wabak ni dan satu lagi poket berlubang dah..hehehe. Nanti boleh le guna traveloka bila dah boleh travel

    ReplyDelete
  11. Zharif ker tu kat Singapore hehehe comelnya zaman bila lah ni wakakakaka.. Kita sendiri pun tak pernah sampai kat negara jiran ini hurrmmmm cuma sekarang ni kena halang dari masuk sana sebab ada Corvid-19 harap semua ok lah..

    ReplyDelete
  12. Rawlins memang suka dengan Traveloka sebab memudah dan memurahkan perancangan dan pelancongan Rawlins terutama bila nak bercuti dengan keluarga . Senang nak rancang perjalanan kan

    ReplyDelete
  13. Kita sejujurnya belum pernah round habis Singapore tu. Nanti ingat bila dah lega Covid19 ni nak ronda laa...
    Serius laa Sis ko tertinggal semua nak komen hahahaha adeiii, rasa yang ni masa tu masuk wad..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini