Wednesday, February 26, 2020

Ruangan Majlis Yang Indah di Royale Palace Skyview, Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku sempat berkunjung ke Royale Palace Skyview yang terletak di Cyberjaya. Tak sangka terdapat ruangan ini di sini yang mana korang boleh sewa untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis korporat, lokasi pelancara produk dan apa-apa sahaja kerana ia merupakan satu ruanga yang luas dengan berlatarbelakangkan pemandangan Cyberjaya. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan semua, Royale Palace ini telah ditubuhkan sejak 4 tahun lalu oleh RSV VENTURES SDN BHD. Lokasi pertamanya adalah di Seksyen U6 Shah Alam. Setelah berada lama dalam industri ini, RSV VENTURES melebarkan sayapnya ke Cyberjaya. 


Lokasinya yang cukup strategik di mana ia terletak di tengah-tengah Cyberjaya ini pasti menjadi pilihan semua orang kerana dewannya terletak di tingkat 10 yang mana ia mempunyai pemandanga yang cukup indah di bahagian anjungnya. Dari sini pengunjung boleh menyaksikan kawasan sekitar da tasik Cyberjaya.


Hiasan dalamannya juga secantik pemandangan di luar. Bertemakan ala-ala English Garden, beronakan warna putih, emas, hijau dan coklat, pasti memberikan rasa mewah setiap mereka yang memasuki ruangan dewan ini.



Namun begitu, pada mereka yang berhasrat untuk menukar tema dan hiasan ruangan dewan ini, boleh berunding dengan pihak RSV Ventures. Impian anda untuk mempunyai majlis perkahwinan yang indah boleh ditunaikan oleh mereka.


Cahaya yang memasuki setiap ruangan ini sangat cukup baik untuk pengcahayaan. Gambar yang diambil di dalam dewan ini pasti kelihatan sangat cantik. Menurut Pn Zeileen Yusnita, setiap majlis yang diadakan di sini pasti menjadi detik yang tidak dapat dilupakan buat semua yang menyewa ruangan ini.



Terdapat banyak kemudahan yang terdapat di sini, antaranya ialah ruangan parkir yang cukup banyak ada tersedia. Selain itu, perkhidmatan seperti surau dan tandas juga ada tersedia buat pengunjung. Sekiranya anda bercadang untuk mengadakan majlis yang besar, Royale Palace Skyview Cyberjaya adalah lokasi yang anda cari. Ruangan dewannya mampu memuatkan sehingga 300 orang dalam satu masa. Ya, memang sangat besar dan luas.



Kemudahan lain termasuk :
  • Ruangan yang mesra OKU
  • Bilik pertukaran baju dan menunggu
  • Anjung
  • Surau
  • Dekorasi asas dan sistem suara
  • Ruangan yang dilengkapi pendingin hawa
  • Ruangan untuk merokok
  • Ruangan parkir 10 tingkat

Mearik bukan ? Banyak sungguh kemudahan yang terdapat di sini. Ouh ya, anda juga boleh menempah pakej katerer dengan mereka. Makanan yang disajikan pasti tidak mengecewakan tekak anda.



Apa tunggu lagi, cepat-cepat buat tempahan. Ruangan ini beroperasi 5 hari seminggu hari Selasa sehingga Ahad, dari jam 9 AM sehingga 6 PM. Butiran lanjut mengenai Royale Palace Skyview Cyberjaya, boleh dapatkan maklumat di bawah.

Royale Palace Skyview
Level 10, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknorat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan.

Contact No. : 019-3316728 (Rashman), 016-4450538 (Pogy)
Waze : Skytech Tower 2



Selesai sudah survey lokasi majlis. Korang tunggulah jemputannya nanti okay.

13 comments:

  1. Lokasi yang cukup indah dan pasti memberikan kenangan manis buat pengantin yang mengadakan majlis di sini.

    ReplyDelete
  2. Salam Zharif... akhirnya bertemu awak di event semalam... tetapi kata Zharif dah jumpa kak beberapa kali... nape tak tegur huhu... ok la anyway nice meetg u alls... so bab cerita ni apa yg Kak fas bole katakan ini ada satu venue yg bole menjadi pilihan penduduk Cyberjaya yg mahukan sebuah perkahwinan yang ala ala grden party dan glam.

    ReplyDelete
  3. Suka tengok view kat sini..sangat cantik.Nak buat apa-apa majlis pun boleh sebab ruang yang selesa dan banyak kemudahan-kemudahan lain.

    ReplyDelete
  4. cantiknya dewan dia! Kalau book dewan untuk kahwin dekat sini tak payah risau bab pelamin dah. Katering pun nampak sedap menu dia. Untung la orang Cyberjaya!

    ReplyDelete
  5. Bestlah kalau dapat buat majlis kenduri kahwin kat sini meriah dan mewah sangat nampak lak pemandangan yang cantik sekitar Cyberjaya hehehehe. Tapi jangan pula buat TikTok kat situ sudah oppsss macam kenal jer wakakakka...

    ReplyDelete
  6. trend sekarang kan buat majlis kat event space cam ni.. hee~ suka jugak akak tengok deko hiasan dia.. sejuk mata memandang, tak terlampau sarat.. BONUS !! view kat balkoni dia tu..

    ReplyDelete
  7. Royale Palace Skyview ni memang cantik dan luas. Sesuai sangat kalau buat majlis perkahwinan atau majlis majlis korporat dekat sini. Kalau ambil pakej pun berbaloi. Tengok menu pun sedap belaka.

    ReplyDelete
  8. Sis sangat suka akan dekorasi tempat ni laaa...now tengah mencari-cari yang sesuai untuk majlis anak Sis nanti..kalaulah pakej ni boleh ke Johor, bestnya...tapi mesti mahal ek kalau ke Johor..

    ReplyDelete
  9. Aida suka tang garden view kat luar tu. Best ber ootd dgn famili.
    Pengantin pun x payah nak ootd kat luar.
    Sini dah sgt cantik tempat nya, Zharif.

    ReplyDelete
  10. wah menarik ni dewan berkonsepkan skyview ni. tengok suasananya pun mewah . memang sesuai la untuk mereka yang mengimpikan konsep perkahwinan mewah kan.

    ReplyDelete
  11. Zharif tengah survey lokasi untuk majlis nanti ke? Hihi. Untung stay belah2 bandar ni, banyak lokasi yg nice & harga berpatutan untuk buat majlis. Belah2 kg takde banyak pilihan sangat.

    ReplyDelete
  12. Canteknya tempat makan ni..suka tengok. Banyak pilihan makanan pula tu

    ReplyDelete
  13. Such a nice place for a wedding!!! Memang akan suggest kat kwn2 yang nak kahwin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini