Friday, February 28, 2014

Pagar Gigi Dah Tiada

Assalamualaikum

Rasa pelik. Rasa hairan. Yelahhh dah dekat seminggu orang masih tak perasan. Bila ditanya ada perubahan ke tidak dekat diri ini, perkara pertama yang mereka perasan mesti tentang kekurusan aku tu. Pelik. 1kg naik tu macam tak bermakna apa-apa nampaknya. Menyedihkan. Bila ditanya lagi, ada perubahan lain tak ? Mesti mention wahh rambut baru. Okey, itu satu. Tapi kan ada yang lagi obvious. Lagi terang-terangan ibarat disuluh dengan lampu stadium.


Takkanlah korang tak perasan. Ya rabbi ! Ia telah hilang buat selama-lamanya. Pada Ahad, bersamaan 22 February 2014, diri ini telah pergi Melaka dan mengambil keputusan untuk menanggalkan braces sebab dah tak ada perubahan langsung pada gigi aku. Pakai pon sia-sia.

UPDATE AUGUST 2021

Braces yang aku pakai merupakan braces yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kebodohan diri ini sebab tak hentikan penipuan ini daripada berlaku walaupun dah rasa pelik bila braces itu dipasangkan di rumah instead of klinik gigi. Oleh kerana aku dah bertolak dari jauh menuju ke Melaka semata untuk pasang braces, plus ayah aku dah bersusah payah vcari "penipu" nie, akunak tak nak hanya mengikut. I wass too dumb too young to stand up for myself masa tu. Aku hanya mengikut sahaja. 

Tahun 2021, barulah aku ambil keputusan untuk memakai braces dari mereka yang professional. Alhamdulillah dah mampu untuk bayar sendiri kos membuat braces nie tanpa minta duit ibu ayah. Aku menulis nie, untuk beri awareness pada mereka yang membaca blg nie. Jangan sesekali buat braces pada mereka yang tidak bertanggungjawab. Kalau rasa fishy, batalkan je terus. Sayangi gigi anda. Jangan fikir nak jaga hati, relakan saja.

Since diri ini banyak mengalami kejadian-kejadian yang cukup memalukan dari orang sekeliling sewaktu zaman persekolahan dulu. Diperlekehkan kerana ketidaksempurnaan diriku. Takut nak bercakap dengan orang. Takut dibayangi perasaan hodoh dalam diri. Takut sangat. Bila ayah cakap dia dah jumpa pemasangan braces yang kawan dia sarankan dan dia nak tanggung kos itu, sudah tentu aku yang sangat insecure ini bersetuju dan superbly rasa gembira. Sebab memang dari aku sekolah rendah lagi nak pakai braces tapi tidak mampu.

Walaupun tak banyak perubahan berlaku, aku gembira sebab akhirnya braces yang aku pakai semenjak 17 April 2011 ini, telah ditanggalkan. Dekat 3 tahun aku pakai braces nie kehulu-kehilir. 3 tahun kot tak pernah tengok gigi sendiri tanpa braces. 3 tahun okey. Satu tempoh yang lama tu. Bila tengok diri sendiri dekat cermin bila dah tanggalkan tu, rasa nak menangis.

Ini model gigi atas aku dulu. Dia ambik cetakkan nie masa sebelum buat braces. Tak ada perbezaan pon

Gigi bawah aku je yang ada perubahan sebab dulu gigi bawah jarak-jarak dan senget tak teratur. Sekarang dah teratur. Semua masuk saf walaupun masih ada yang jarak.

Tanggalkan braces sebab dah bosan pakai dan rasa gigi takada perubahan langsung. Ibu aku kata tak apa, nanti buat lagi dekat doktor lain yang betul-betul punya. 

I never felt so bad about myself until one day, this one girl said something harsh and hurtful about my insecurity. I was eleven that time. Sangat-sangat sakit hati, sampai sekarang pon masih lagi boleh ingat kata-kata tu. Walaupon aku buat tak endah and say out loud yang kita tak terasa or tak kesah, tapi dalam hati mesti terkesan juga. Mesti kita terfikir-fikir. Kata-kata itu ibarat pedang tajamnya jadi berhati-hatilah memilih perkataan.

Sedihlah bila orang perlekehkan insecurity kita. Kawan sendiri kot. Kadang aku tak faham. Aku tak pernah pulak nak mengejek insecurity mereka. Boleh je kalau aku nak buat begitu, kengkorang yang perlekehkan aku tu lagi banyak insecurity aku dapat detect tau. Nak aku highlight kan ke ? Menangis tak berlagu nanti korang dibuatnya.

Kepada mereka yang nak buat braces tu, abang nak nasihat sikit.

1-Cari klinik braces yang berdaftar dan dilakukan oleh professional.
2-Pastikan lokasi klinik dekat dengan rumah supaya bila bracket tertanggal, senang boleh terus pergi pasang balik.
3-Nak cantik kene sanggup berkorban fulus, kalau tak jangan mimpi. Make sure RM5k ada dalam tangan.
4-Paling penting, jangan skip appointment. Kena rajin pergi follow up setiap bulan.

Macam kes aku, ayah aku fikir nak murah. Sampai jauh buat dekat Melaka. Tak lama kemudian aku sambung belajar dekat Matrikulasi Pulau Pinang, balik rumah semata-mata nak pergi Melaka nak follow up braces. Ulang alik dari Penang ke Selangor 100 ringgit habis. Pergi buat braces lagi dekat Melaka. Tolak campur darab bahagi duit tol, duit minyak nak ke sana, duit makan lagi. Tak ke sama harganya kalau kau buat braces dekat dengan rumah sendiri yang harganya mungkin lebih mahal sedikit daripada tempat yang kau pilih tu. But at least jimat masa, minyak dan senang nak pergi follow up sebab dekat. Jadi, pilhlah dengan cermat.

Ini semua pengajaran buat diri aku. Aku redha.

Kalau korang dah terlanjur buat braces dekat Melaka yang lokasinya berhampiran Coconut Shake Klebang, dan pemasangan braces itu dibuat di rumah, itu merupakan DOKTOR PALSU. Beliau dikenali sebagai SAHARA DENTIST di wechat. Dulu medium perhubungan kami melalui wechat. Sekarang aku tak tahulah macam mana. Dari mak, ke anak-anak semuanya pakai braces. Dah lama mereka buat business barces fake nie. Tolonglah jangan buat braces di situ. Sedarlah sebelum terlambat.  

13 comments:

  1. Kadang, aku rasa menyampah dengan manusia yang pandang paras rupa dan fizikal je. Aku tahu Zharif macam mana perasaan bila orang cucuk insecurities kau. Haila ._.

    Lepas ni, semua orang kena belajar boost kan self esteem la.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum adik. alhamdullilah. makin kacak lepas ni jangan lupa tegur2 akak ek. hehehe ~~~ jaga diri selalu, study smart okey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak sheila.. Alhamdulillah .. insyaAllah kalau kita bertemu satu hari nanti =)
      terima kasih kak sheila =D

      Delete
  3. Replies
    1. agak menarik pertanyaan tu.. tak pakai =) risau jugak nie..

      sebab tu jangan tanya sy buat dekat mana, sebab mcm xsempurna rawatan saya nie.. jadi kesimpulannya jangan buat dekat situ.. hihi

      Delete
    2. zarep..nak tak nak awk kena pakai retainer gak la..sebab kalau tak pakai..gigi balik pada bentuk asal..rasanya boleh je buat kat klinik lain kan..
      Kwn akak kena pakai braces balik sebab tinggalkan retainer tu..

      Delete
  4. wow! now you already free from braces. nice bro!
    and i also count the day to tanggal braces ni. yehay! follow my blog gadisdancamera.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. wah zarep dah bukak braces...comel..dah okla tu gigi awk..siksa nak pakai braces lagi tau..akak dah pakai dekat 2 tahun ni pun menunggu je bila nak rapat gigi ni n bukak braces..hehe
    dulu time nak pakai braces..banyak survey blog awk..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... wahh dah lama jugak tu pakai =)
      pakai memang lah siksa tp result memuaskan kira berbaloi lah kan =) hihi

      Delete
  6. Hye.. Just wondering if we had the same clinic. Mine pon buat kat Melaka. Izit beside the Melaka Sentral?? If that so, mmg I'm Totally agree with you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure about that. takut salah klinik. pon experience benda yg sama jugak k ? nasib lah kita dpt klinik macam tu... takpe tak ada rezeki =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini